Anda di halaman 1dari 24

BAB 3 : APRESIASI SENI VISUAL - PENDEKATAN SEJARAH DAN KRITIKAN SENI VISUAL Ringkasan Bab : (a) Konsep Dan

Kaedah Sejarah Seni Visual i. Maksud Sejarah Seni Visual ii. Tujuan Sejarah Seni Visual iii. Kaedah Sejarah Seni Visual (b) Konsep Dan Kaedah Kritikan Seni Visual i. Pengertian Kritikan seni Visual ii. Tujuan Kritikan Seni Visual iii. Kaedah Kritikan Seni Visual

HURAIAN BAB : (A) Konsep Dan Kaedah Sejarah Seni Visual Pengenalan: Seni adalah suatu ciptaan ataupun ekspresi akan sesuatu yang dianggap indah. Seni memenuhi keperluankeperluan naluri estetik dan fizikal manusia yang dipengaruhi oleh faktor-faktor keagamaan, kebudayaan, ruang, masa dan keadaan yang tertentu. Hal ini telah melahirkan kepelbagaian pengertian seni seperti tradisi, moden dan pascamoden, mengikut zaman dan masyarakat yang tertentu. Penghayatan dan penghargaan terhadap seni lazimnya mengambilkira aspek-aspek formal, makna dan konteks penghasilan sesuatu karya. Seni juga mempunyai pelbagai peranan yang bersifat psikologi dan sosiologi.

Kepelbagaian ruang lingkup seni, sama ada dari segi bentuk, makna, teknik, bahan, dan hubungannya dengan konteks penghasilan, termasuklah pengkarya dan persekitaran, serta penghayatan khalayak terhadapnya menjadi perkara-perkara asas kepada bidang Sejarah Seni Visual. Justeru itu, Sejarah Seni Visual adalah suatu bidang ilmu yang mengkaji perkembangan tamadun manusia menerusi penelitian terhadap kerja-kerja seni.

i. Maksud Sejarah Seni Visual


Ringkasan : MENGKAJI PERKEMBANGAN TAMADUN MANUSIA MENERUSI PENELITIAN TERHADAP KERJAKERJA SENI MELIBATKAN APA JUA BERKAITAN KERJA SENI: PENGKARYA, PEREKA, PELUKIS, BENTUK, STAIL, PROSES, TEKNIK, BAHAN, MAKNA, PEMILIK, PENAUNG, PERSEPSI, TANGGAPAN, PERANAN, DLL. MENEROKAI FAKTOR-FAKTOR PENCETUS KARYA, AKIBAT, KESAN, PERANAN, FUNGSI, NILAI, MAKNA, DAN PERSEPSI MASYARAKAT BERKAIT DENGAN BIDANG, ILMU DAN PROFESION LAIN: BUDAYA, SASTERA, SAINS, POLITIK, DLL. PERJELAS PERANAN SENI DALAM KEHIDUPAN

Keluasan pengertian dan skop seni visual memungkinkan bidang Sejarah Seni Visual juga muncul sebagai suatu disiplin ilmu mempunyai skop, peranan, dan cabang-cabang yang luas. Sejarah Seni Visual tidak hanya terbatas kepada persoalan atau pengkajian tentang bentuk-bentuk seni, malahan melibatkan apa-apa jua yang berkaitan dengan kerja seni itu sendiri, termasuklah tentang pengkarya: pelukis dan pereka, bentuk, stail atau gaya, proses, teknik, bahan, makna, pemilik, penaung, persepsi, tanggapan, peranan, dan kemungkinan-kemungkinan yang terhasil akibat daripada kewujudan karya seni itu. Budaya visual yang pelbagai bentuk dan rupa terhasil berlandaskan pelbagai pengalaman yang merentasi ruang dan jarak waktu yang tertentu. Dalam konteks ini, Sejarah Seni Visual pada dasarnya menerokai akan apakah faktor-faktor pencetus terhasilnya karya, akibat atau kesan, peranan, fungsi, nilai, makna, serta persepsi masyarakat terhadap sesuatu karya. Oleh kerana penghasilan karya seni itu turut berhubung dengan bidang-bidang ilmu dan kebudayaan yang luas, justeru itu bidang Sejarah Seni Visual juga dilihat sebagai suatu bidang kajian yang berkait dengan bidang-bidang ilmu dan profesion lain. Sejarah Seni Visual juga dilihat sebagai suatu disiplin kemanusiaan yang menerangkan peranan seni dalam kehidupan manusia (Zakaria Ali, 1989; Muliyadi Mahamood, 1993; Pointon, 1994; Tansey dan Kleiner, 1996).

ii. Tujuan Sejarah Seni Visual


RINGKASAN: MEMAHAMI MASA LALU MENERUSI KERJA-KERJA SENI

KARYA SENI SEBAGAI DOKUMEN SEJARAH APRESIASI/PENGHAYATAN SEBAGAI DASAR/ASAS SEJARAH SENI

Penghayatan terhadap sejarah memungkinkan khalayak mengetahui peristiwa masa lalu sebagai asas untuk memahami situasi masa kini. Jika sejarawan memahami masa lalu dengan mengkaji fakta-fakta peristiwa, sejarawan seni visual pula berusaha untuk memahami masa lalu menerusi karya-karya seni. Dalam konteks ini, karya seni visual menjadi dokumen-dokumen sejarah yang merakamkan akan masa atau era yang menghasilkannya, sementara apresiasi atau penghayatan seni yang menjadi dasar bidang Sejarah Seni Visual bertindak sebagai asas untuk memahaminya. Selain daripada memperjelaskan akan bentuk, makna, dan fungsi sesuatu karya, Sejarah Seni Visual juga melihat akan perubahan-perubahan persepsi, fungsi, mahupun makna yang berlaku ke atas sesuatu karya itu, contohnya dengan mengkaji faktor-faktor yang mewujudkan sesuatu perubahan (Pointon, 1994; Tansey dan Kleiner, 1996).

iii. Kaedah Sejarah Seni Visual


RINGKASAN:

MENGHAYATI SENI DENGAN BERTANYA SOALAN-SOALAN ASAS TENTANG 3

KARYA APAKAH OBJEK ITU? UNTUK SIAPA DIBUAT? BAGAIMANA KEADAANNYA SEKARANG? ADAKAH IA SATU-SATUNYA? APAKAH MAKSUDNYA? BAGAIMANA DIPERSEMBAHKAN? SIAPA MENGHAYATINYA? (ASAS MENGENALI DAN MEMAHAMI KARYA: MENYESUAIKAN DIRI DENGAN KARYA SENI)

Dalam bidang Sejarah Seni Visual, karya seni merupakan dokumen sejarah atau sumber primer yang penting, sementara apresiasi atau penghayatan seni menjadi asasnya. Kaedah mendekati atau menganalisis karya seni boleh dilakukan dengan mengajukan beberapa soalan asas tentang karya yang sedang dikaji ataupun dihayati. Misalnya, ia boleh dimulai dengan bertanya apakah objek itu?; untuk siapa ia dibuat?; ia dibuat daripada apa?; bagaimana keadaannya sekarang?; adakah ia satu-satunya objek sedemikian?; apakah maksudnya?; apakah yang cuba disampaikan?; bagaimanakah ia dipersembahkan?; dan siapakah yang menghayatinya?. Atau, ia boleh dimulakan dengan soalan siapakah pembuatnya?; di mana ia sekarang?; bagaimana ia berada di tempatnya kini?; bila ia sampai di tempatnya kini?; siapa yang mendapatkannya?; mengapa?; berapakah harganya?; siapa pemilik asalnya?; siapa yang menghayatinya? (Pointon, 1994: 61). Persoalan-persoalan asas ini menjadi dasar dalam mengenali serta memahami sesebuah karya seni itu dengan lebih dekat dan bermakna. Ini yang ditegaskan oleh Hauser dalam tulisannya, bahawa dalam usaha memahami karya seni, kita tidak terus menerangkannya, tetapi cuba menyesuaikan diri kita dengannya. Berbicara tentang karya seni, Hauser menulis: We do not go straight towards them, but circle around them. Each generation sees them from a different point of view and with a fresh eye; nor is it to be assumed that a later point of view is more apt than an earlier one. Each aspect comes into sight in its own time, which cannot be anticipated or prolonged; and yet its significance is not lost, for the meaning that a work assumes for a later generation is the result of the whole range of previous interpretations. (Hauser, 1959 in Fernie, 2001: 205). Pengkajian Sejarah Seni Mengambilkira Aspek Berikut :

RINGKASAN: MENGAMBIL KIRA ASPEK: PENGOLAHAN KARYA : IDEALISASI , REPRESENTASI , STAILISASI GAYA PENAMPILAN : REALISTIK , SEPARA REALISTIK , ABSTRAK PERIOD/ASPEK MASA: SEJARAH DAN KEBUDAYAAN MAKNA: TERSURAT, TERSIRAT

Secara umumnya, pengkajian terhadap karya seni perlu mengambilkira aspek-aspek bentuk (aspek-aspek formal, termasuklah pengolahan karya dan gaya penampilan) dan makna (ikonografi: tersurat dan tersirat). Penelitian terhadap bentuk dan makna ini pula dihubungkan dengan konteks penghasilan sesuatu karya, misalnya aspek-aspek period atau masa: sejarah dan kebudayaan. a. Aspek Formal Pengolahan karya : Idealisasi ,Representasi , Stailisasi -Idealisasi merujuk kepada persoalan kepercayaan -Staillisasi merujuk kepada pengkaryaan dan perekaan -Representasi merujuk kepada perlambangan Pengolahan Idealisasi Ciri-ciri/maksud -Idealisasi merujuk kepada persoalan kepercayaan -gaya ini banyak diguna pada imej agama.Olahan dibuat menggunakan formula dan perkiraan. -ia biasa dibuat dalam susunan segitiga(hieratic) dan saiz figura berbeza mengikut kepentingan. -ia dibuat begitu untuk menyampaikan rasa keunggulan dan ketinggian serta kemuliaan. -susunan secara hieratic iaitu satu system susunan bertingkat, dimana orang yang penting diletakkan di bahagian atas.Biasanya dibuat dalam susunan segitiga. -unsur exaggeration juga dibuat pada imej.Exageration bermaksud imej utama dilebih-lebihkan terutama dari segi saiznya.Contohnya imej Tuhan dibesarkan saiznya hampir 3 Stailisasi kali ganda saiz orang biasa. -Staillisasi merujuk kepada pengkaryaan dan perekaan -imej dibuat dengan menekankan aspek bahan yang digunakan dan rupa yang akan diserasikan.keserasian bahan dengan imej.Ia lebih kepada masalah rekaan contohnya penggunaan gambar dalam motif.Sesuai atau tidak gambar yang digunakan 5 -motif batik , wayang kulit Contoh -contoh dalam karya Leonardo da Vinci , El Greco.

pada motif tersebut,cth motif pada kain batik. -juga disebut penggayaan imej dimana imej diringkaskan atau Representasi dimudahkan.Contoh imej kartun. -Representasi merujuk kepada perlambangan -perlambangan untuk tujuan abstrak/mujarad bagi menerangkan perkara bukan objek contoh tentang asal usul atau ketuhanan. -menekankan aspek elemental(unsur-unsur) dan primeval(asas). -corak pada ukiran misalnya boleh menyatakan tentang unsure asas pada alam kalau ukiran itu bermotifkan tumbuhan.Tumbuhan tersebut diringkaskan atau diabstrakkan. -ukiran tradisi Melayu , arabesque(corak hiasan pada dinding masjid yang bersifat geometric)

Contoh pengolahan idealisasi :


Contoh pengolahan idealisasi bentuk hieraki segitiga Pengkarya :Leonardo DA VINCI (14521519) Italian painter, draftsman, sculptor, architect, and engineer Tajuk:The Virgin of the Rocks Tahun:1503-06 Media: Oil on wood Saiz: 189.5 x 120 cm (6 x 4 ft) Contoh pengolahan idealisasi bentuk hieraki segitiga Contoh pengolahan idealisasi bentuk saiz

b. Aspek Formal Gaya Penampilan : Realistik , Separa Abstrak , Abstrak Gaya Penampilan Ciri-ciri/maksud 6 Contoh

Realistik

-gaya yang menekankan aspek ketepatan dan realistik.Imej dilukis seperti objek asal atau menyamai objek asal. -juga disebut aliran naturalisme , realisme , superealisme. -superealisme adalah pendekatan pengkaryaan yang hampir menyamai gambar foto atau seperti foto.

-karya Leonardo da Vinci , Constable.

Separa Abstrak Abstrak c. Period : Sejarah , Kebudayaan -Sejarah merujuk kepada kronologi. -Kebudayaan merujuk kepada ketamadunan. d. Makna : Tersurat , Tersirat -Ikonologi , ikonografi , tema , hal benda , dan simbol merujuk kepada makna yang tersurat dan tersirat

Kesimpulan: SEJARAH SENI VISUAL: MENGKAJI PERKEMBANGAN TAMADUN MANUSIA MENERUSI PENELITIAN TERHADAP KERJA-KERJA SENI

(B) Konsep Dan Kaedah Kritikan Seni Visual Pengenalan Karya seni Visual merupakan sesuatu yang amat subjektif untuk dinilai , justeru itu pemahamannya adalah berlainan antara individu . Dengan itu individu akan mengemukakan pandangan sendiri (own opinions) tentang sesebuah karya. Pandangan sendiri ini pula perlu berasaskan peraturan menilai karya seni kerana terdapat aspek-aspek tertentu yang perlu diberi perhatian semasa membuat penilaian.Kebolehan mengemukakan pandangan sendiri dalam proses kritikan inilah yang perlu ada pada setiap pelajar seni atau masyarakat sekitar , sebab ia dapat menyumbang kepada pembentukan persepsi dan apresiasi (penghargaan) seni visual yang lebih berkesan. Dengan itu 7

kewujudan produk seni visual di sekeliling akan dilihat dengan lebih bermakna dan bukannya sesuatu yang berfungsi sebagai hiasan sahaja. i. Pengertian Kritikan seni Visual Seorang pensejarah seni iaitu Feldman (1994) menyatakan bahawa kritikan seni bermaksud wacana tentang sesuatu karya seni sama ada dalam bentuk lisan ataupun tulisan(Defined as talk-spoken or written-about art ). Kritikan seni dilakukan daripada pelbagai sudut berasaskan satu sistem atau strategi yang teratur, merangkumi aspek diskripsi, analisis, interpretasi dan pertimbangan. Sesebuah karya seni Visual merupakan suatu produk yang bermakna dan berfungsi.Ia dihasilkan bukan kerana tujuan yang kosong tetapi berisi. Isinya atau maknanya pula boleh dibaca atau dinilai walaupun persembahannya dalam bentuk imej atau visual. Pembacaan imej adalah satu proses memahami sesebuah karya itu maka ia disebut PEMAHAMAN SENI. Melalui proses pembacaan ini juga akan keluarlah pendapat , pandangan , serta ulasan tentang sesuatu karya itu baik secara bertulis atau lisan dan proses atau aktiviti inilah yang disebut sebagai KRITIKAN SENI. Pemahaman dan kritikan ini adalah berasaskan satu sistem yang teratur dan ia dikaji dari pelbagai sudut yang relevan. Keseluruhan proses atau aktiviti kritikan seni dilakukan daripada pelbagai sudut berasaskan satu sistem atau strategi yang teratur, merangkumi aspek diskripsi, analisis, interpretasi dan pertimbangan. Proses kritikan ini pula mungkin dibuat secara bertulis atau secara lisan dan biasanya ia berlaku secara lisan iaitu secara perbincangan dan sebagainya.Penulisan pula lebih bertujuan untuk kajian atau lebih ilmiah atau untuk penerbitan. Selain Feldman (1994) terdapat beberapa pendapat yang dikemukakan oleh penulis barat lain tentang maksud kritikan seni visual antaranya : i. (Art Talk) An organized system for studying a work of art Dalam konteks ini kritikan seni visual itu dimaksudkan sebagai satu sistem tersusun yang diguna pakai dalam proses mengkaji karya seni visual.Definisi ini lebih menekankan penggunaan satu sistem atau skima yang teratur yang telah ditetapkan oleh pengkaji tersebut atau pengkaji terdahulu atau satu sistem yang telah diiktiraf oleh ramai pengkaji. Umpamanya dengan inilah yang dimaksudkan sebagai sistem tersebut. 8 menggunakan strategi tertentu seperti melalui diskripsi , analisis , interpretasi serta proses pertimbangan.Strategi

ii. (Michael) Write and talk about art Pendapat ini pula menyatakan bahawa kritikan seni itu adalah satu aktiviti atau proses yang melibatkan penulisan dan perbincangan serta ceramah tentang karya seni atau tentang seni itu secara umum.Skop penulisan , perbincangan serta ceramah mungkin boleh melibatkan tentang pameran seni , stail seni , sejarah seni atau tentang seseorang pelukis. iii.Those who cultivate this ability to look at art , analyse the forms , offer multiple interpretations of meaning , make critical judgements and talk or write about what they see , think and feel about art are doing art criticism(DBAE) Pendapat ini adalah merangkumi definisi yang telah dihuraikan terdahulu.Setiap sesuatu aktiviti yang dilakukan yang berkaitan pemerhatian terhadap karya seni atau menyentuh karya seni dikatakan adalah proses kritikan seni. Ini termasuklah membuat analisis bentuk karya tersebut , memahami maksud , membuat penilaian , menulis , berfikir serta berbincang tentang karya seni adalah kritikan seni. Kesimpulan : Kritikan seni penting dalam perkembangan seni visual kerana ia mempengaruhi profesion karyawan, persepsi dan daya apresiasi khalayak, cita rasa dan strategi pengumpul seni, pemilik galeri serta promoter seni. Justeru itu, kritikan seni yang baik boleh dianggap sebagai suatu alat terbaik menentukan arah perkembangan seni pengkarya dan seni visual secara umumnya.

ii. Tujuan Kritikan Seni Visual Kritikan seni merangkumi pelbagai persoalan asas dan ruang litup seni visual, seperti bentuk, makna dan konteksnya. Dalam kritikan seni, pengkritik perlu mengambil kira aspek hal benda, komposisi, dan kandungan karya menerusi strategi terancang yang melibatkan aspek diskripsi, analisis, interpretasi dan pertimbangan. Sesebuah karya kritikan seni boleh terhasil dalam bentuk jurnalistik mahupun ilmiah, diterbitkan serta disebarkan untuk pengetahuan pengkarya dan khalayak. umumnya. Berikut merupakan tujuan kritikan Seni Visual : 1.PENGKARYA: MEMPERTINGKATKAN MUTU KARYA 9 Kritikan seni memainkan peranan penting dalam perkembangan seni visual baik bagi pengkarya mahupun khalayak secara

Kritikan seni boleh mempengaruhi profesion pengkarya kerana ia merupakan suatu bentuk reaksi, maklum balas, pengesahan malahan pengiktirafan terhadap sesuatu produk seni yang dihasilkan. Menerusi maklum balas itu, pengkarya boleh menambahbaik mutu atau gaya karya mereka secara berterusan. Proses penambahbaikan ini boleh menyentuh persoalan idea, konsep, teknik, tema, hal benda, atau gaya persembahan secara umumnya. Hal ini demikian kerana kritikan seni lazimnya menyentuh kepelbagaian aspek itu, berdasarkan kemampuan serta pendekatan yang diambil oleh pengkritik. Bagi pengkarya, kritikan boleh membantu mereka mempertingkatkan profesion menerusi penambahbaikan dalam proses pengkaryaan dengan mengambil kira reaksi serta maklum balas dari pengkritik mahupun khalayak. 2.MASYARAKAT/KHALAYAK/PENGHAYAT: PERTINGKAT TAHAP APRESIASI DAN BERI KEFAHAMAN Penulisan sejarah serta kritikan seni merupakan dokumen-dokumen penting bagi pengkaji dan khalayak untuk mengenali sesebuah karya itu dengan lebih berkesan dan bermakna. Hal ini memungkinkan mereka mempertingkatkan kefahaman, persepsi dan daya apresiasi tentang seni secara umumnya. Menerusi kritikan seni, khalayak boleh memahami dengan lebih lanjut akan sesebuah karya itu, misalnya dari sudut tema, teknik, gaya dan makna. Khalayak memahami aspek bentuk dan makna karya secara tersurat dan tersirat, bukan melihat secara luaran sahaja kerana kritikan seni menampilkan diskripsi, analisis, interpretasi dan pertimbangan yang membolehkan mereka meletakkan seni pada konteks ruang dan masanya. Bagi penghayat pula, kritikan seni boleh mempertingkatkan tahap apresiasi serta persepsi mereka terhadap seni visual secara umumnya.Dalam kritikan, pengkritik seni menyentuh persoalan-persoalan yang meliputi aspek perasaan, idea, serta pelbagai perkara lain yang diungkapkan pengkarya melalui karyanya, sama ada dalam bentuk catan, lukisan, arca, periklanan, kartun, komik, reka bentuk laman web, poster dan seumpamanya. Pengkritik berperanan sebagai penghubung antara pengkarya dan khalayak menerusi hasil kritikannya yang mengupas kepelbagaian nilai serta makna. Dengan kata lain, pengkritik juga berupaya mengupas serta memperjelaskan nilai-nilai yang tersurat dan tersirat dalam sesebuah karya seni untuk makluman khalayak dan pengkarya itu sendiri. Menurut Feldman (1994), pengkritik mempunyai dua peranan besar, iaitu mengulas organisasi estetik dan pengolahan teknik karya, di samping menyentuh persoalan-persoalan minat serta nilai yang disimbolkan dalam sesebuah karya seni. 3.MENENTUKAN ARAH PERKEMBANGAN SESEBUAH KEBUDAYAAN:DKK, PENCARIAN IDENTITI NASIONAL SERTA MENYELESAIKAN ISU KEBUDAYAAN

10

Oleh kerana kritikan seni mengulas, menganalisis, menginterpretasi, dan menilai karya seni visual yang juga merupakan objek budaya, maka ia pada dasarnya berhubungan dengan hal ehwal kebudayaan. Dalam konteks ini, kritikan seni sebenarnya turut berperanan dalam menentukan arah perkembangan sesebuah kebudayaan. Karya seni adalah cerminan masyarakat dan budaya yang terungkap melalui pengucapan tatabahasa visual pengkarya. Pengkritik mengupas persoalan-persoalan tersebut, justeru memaklumkan kepada khalayak tentang kedudukan pengkarya dan kebudayaan secara umumnya. Pertimbangan serta penilaian pengkritik boleh dijadikan landasan serta panduan penambahbaikan mahupun penentuan arah seni dan budaya. Dalam konteks ini, tujuan-tujuan kritikan seni adalah untuk membimbing, memberi kefahaman dan penjelasan kepada khalayak mengenai sesuatu karya yang dikupas. pertimbangan serta penilaian yang dilakukan, pengkritik berupaya memperjelaskan Menerusi ataupun

menyelesaikan isu-isu berkenaan estetik dan kebudayaan. Justeru itu, kritikan seni pada dasarnya tidak terpisah daripada konteks kebudayaan pengkarya, masyarakat mahupun tamadun. 4.PROMOSI SENI, GALERI, BAKAT BARU Bagi pemilik galeri dan promoter seni, kritikan boleh membantu mereka mempromosi serta menjual karya seseorang pelukis. Ia boleh mewujudkan suatu bentuk komunikasi antara pemilik galeri atau promoter seni dengan pembeli atau khalayak. Kritikan membolehkan pemilik galeri dan promoter seni mengenalpasti bakat-bakat baru di samping terus mempromosikan pelukis-pelukis sedia ada. Meskipun dalam etika kritikan, seseorang pengkritik tidak seharusnya secara langsung bekerjasama dengan pemilik galeri ataupun promoter seni bagi menaikkan seseorang pengkarya ataupun sesuatu produk, tulisannya yang neutral itu boleh mempengaruhi khalayak secara umumnya.

5.PERTINGKAT NILAI KARYA BAGI PENGUMPUL KARYA SENI Bagi pengumpul karya seni, kritikan boleh mempertingkatkan nilai sesuatu karya yang mereka miliki. Sesebuah karya seni akan menjadi lebih terkenal jika ia diperkatakan serta dibicarakan secara meluas, justeru itu memungkinkan ia dikenali lebih ramai dan menjadi popular. Kepopularan karya boleh mempertingkatkan nilai komersilnya. Di samping itu, kritikan juga berupaya mengesahkan atau membenarkan persepsi atau tanggapan pengumpul seni terhadap sesuatu karya yang mereka miliki atau berhajat untuk dibeli. Bagi muzium, galeri seni awam dan swasta, serta yayasan kesenian yang mengumpul seni, kritikan seni berupaya memperkayakan dokumentasi serta bahan rujukan koleksi, di samping memberi mereka panduan bagi membeli karya-karya yang baru, baik dan berpotensi. 6.DOKUMEN SEJARAH SENI 11

Bagi sejarawan dan pengkaji seni, kritikan seni boleh membantu usaha mereka meletakkan kedudukan seseorang pengkarya mahupun produk seni itu dalam peta perkembangan seni yang lebih luas. Hal ini menunjukkan bahawa, selain daripada menjadi wadah pendidikan, kritikan seni juga boleh menjadi dokumen-dokumen sejarah yang penting lagi berharga.

iii. Kaedah Kritikan Seni Visual


1. Pendekatan Kritikan Seni Terdapat dua pendekatan asas yang digunakan untuk membuat kritikan terhadap karya seni visual iaitu pendekatan Jurnalistik dan Ilmiah.Dua pendekatan ini adalah lebih kepada bentuk kritikan secara penulisan. a) Pendekatan Jurnalistik (lihat contoh lampiran) Pendekatan ini adalah penulisan dalam bentuk laporan , penerangan dan penulisan secara diskriptif (penerangan ringkas dan tidak terperinci) seperti penulisan berkaitan sesebuah pameran seni di galeri atau isu seni visual yang disiarkan dalam surat khabar atau majalah , radio dan televisyen untuk bacaan dan makluman umum.Penulisan biasa dibuat oleh orang/penulis yang berkaitan dengan seni atau oleh orang /penulis biasa.Pendekatan ini merupakan penulisan yang tidak menyeluruh dan kurang terperinci.

12

b) Pendekatan Ilmiah(lihat contoh lampiran) Penulisan yang lebih terperinci dan in-depth dibuat secara interpretif yang disiarkan dalam jurnal dan majalah ,buku , laporan dalam seminar dan conference berkaitan dengan isu-isu seni visual juga berkaitan dengan sesebuah karya tetapi lebih menyeluruh konteks penganalisaannya. Pendekatan ilmiah selalunya

disokong oleh fakta serta sumber-sumber rujukan dan kajian lain yang menyokong serta memperkukuhkan sesuatu hujahan. Penulisan seperti ini lazimnya dilakukan oleh sarjana seni, misalnya profesor, kurator muzium, penyelidik, dan penulis. PERBEZAAN ANTARA PENDEKATAN KRITIKAN SENI SECARA ILMIAH DENGAN JURNALISTIK ILMIAH JURNALISTIK Kaedah/Cara Kaedah/Cara -Penulisan yang lebih terperinci dan in-depth dibuat -Laporan , penerangan dan penulisan secara secara interpretif diskriptif (penerangan ringkas dan tidak terperinci) Medium Penerbitan/Penyiaran Medium Penerbitan/Penyiaran -Biasa disiarkan dalam jurnal dan majalah ,buku , -Biasa disiarkan dalam surat khabar atau majalah , laporan dalam seminar dan conference radio dan televisyen Penulis Penulis -Penulisan seperti ini lazimnya dilakukan oleh sarjana -Penulisan biasa dibuat oleh orang/penulis yang seni, misalnya profesor, kurator muzium, penyelidik, berkaitan dengan seni atau oleh orang dan penulis. /penulis/wartawan biasa yang tiada kaitan dengan seni visual. Fakta Rujukan(Nota kaki dll) Fakta Rujukan(Nota kaki dll) Pendekatan ilmiah selalunya disokong oleh fakta serta Pendekatan jurnalistik tidak begitu memerlukan sumber-sumber rujukan dan kajian lain yang fakta yang menyokong serta memperkukuhkan menyokong serta memperkukuhkan sesuatu sesuatu hujahan. Terdapat fakta rujukan yang hujahan.Fakta rujukan merupakan sesuatu yang digunakan tetapi tidak wajib. wajib. 2. Strategi Kritikan Seni Pengenalan : Strategi kritikan seni adalah satu proses yang sistematik dan teratur dalam membuat kritikan seni visual.Ia meliputi peringkat mudah sehinggalah ke peringkat kompleks iaitu meliputi aspek diskripsi , analisis , interpretasi dan pertimbangan.Dalam hal ini kefahaman pengkritik tentang aspek asas bahasa seni(rujuk tajuk Bahasa Seni Visual) visual karya iaitu hal benda , komposisi(aspek formal/asas seni reka) serta kandungan(makna /fungsi/konteks) amatlah perlu.Tanpa kefahaman atau penguasaan bahasa seni visual ini seseorang pengkritik itu tidak akan berjaya membuat kritikan yang berkesan dan menyeluruh.Justeru itu untuk menjadi seseorang pengkritik mereka perlu menguasai bahasa seni visual.Biasanya seseorang yang buta seni visual hanya akan dapat membuat kritikan sampai peringkat diskripsi sahaja iaitu melihat secara tersurat/luaran sahaja. Berikut merupakan strategi-strategi utama kritikan seni visual mengikut tahap. i.Diskripsi Diskripsi adalah peringkat strategi kritikan yang paling mudah,ia meliputi satu proses yang melibatkan pemerhatian tentang imej , subjek/hal benda/objek yang kelihatan/tersurat pada karya 13

sahaja

secara

ringkas

tanpa

perincian.Juga

disebut

mengkaji

aspek

Imitationalisme(Literal

Quality).Dalam strategi diskripsi, seseorang pengkritik perlu mengenalpasti ciri-ciri fizikal karya, seperti pengolahan formal dan mengenal pasti imejan tanpa perincian. Dia perlu mengumpul data-data asas atau data-data visual karya dan fakta-fakta pengkarya seperti biodata, tajuk, medium,saiz/dimensi dan tarikh: jelasnya, menyediakan suatu inventori akan perkara-perkara utama itu. ii.Analisis Mengkaji dari segi organisasi atau penyusunan hasil seni umpamanya bagaimana prinsip seni dan elemen rekaan (asas seni reka) digunakan untuk menimbulkan kesan kesatuan(unity) pada karya.Juga disebut sebagai mengkaji aspek formalistik (formal qualities). Pada tahap analisis karya, pengkritik perlu menganalisis fakta-fakta visual, contohnya dari sudut pengolahan komposisi, garis, cahaya, bentuk, warna, permukaan, dan jalinan. Ini dihubungkan dengan persoalan proses dan teknik serta mencari pertaliannya dengan persoalan idea dan perasaan misalnya. Menerusi strategi ini, pengkritik seharusnya berupaya menganalisis serta mengenal pasti kepelbagaian hal benda dalam karya yang antara lain merangkumi figura, alam semula jadi, alam persekitaran dan objek buatan manusia. Keupayaan mengenal pasti ini seharusnya diiringi dengan kebolehan membaca bentuk penampilan imejan yang mungkin berkaitan dengan pelbagai aliran dan gaya seni, baik yang bersifat tradisi, moden, pascamoden mahupun kontemporari. Pengetahuan ini memungkinkan pengkritik membuat perbandingan serta perhubungan di antara satu karya dengan karya-karya yang lain, ataupun satu gaya dengan gaya-gaya yang lain. Hal ini amat penting bagi membentuk pandangan dan pertimbangan kendiri oleh pengkritik. Komposisi merangkumi aspek-aspek asas seni reka, media dan teknik. Pengkritik sewajarnya berupaya menganalisis pengolahan komposisi karya dengan memberi tumpuan kepada prinsip dan unsur seni serta memahami kepelbagaian bentuk tatabahasa visual seperti abstrak, realistik, naturalistik, dan separuh abstrak yang digunakan pengkarya bagi mengungkapkan bentuk dan makna karyanya. berupaya menyelami kaedah-kaedah pembentukan sesebuah karya dengan lebih mendalam. iii.Interpretasi Bahagian ini lebih terperinci di mana ia mengkaji kualiti ekspresif yang melibatkan mood , perasaan dan idea.Dalam erti kata lain pengkritik mengkaji maksud tersirat yang terdapat dalam karya melalui analisis terhadap kualiti ekspresif pada karya.Ia juga disebut sebagai Emotionalisme (expressive qualities).Tafsiran kualiti ekspresif ini mungkin berbeza antara seorang pengkritik dengan pengkritik yang lain. 14 Pengetahuan pengkritik mengenai penggunaan media dan teknik akan mempertajamkan kritikannya kerana dia

Berdasarkan analisis hal benda dan komposisi, seseorang pengkritik berupaya melakukan interpretasi iaitu mengenal pasti kandungan sesebuah karya yang mengungkapkan sesuatu tema, makna, dan fungsi. Dalam hal ini, pengkritik berusaha meletakkan bentuk dan makna karya pada konteksnya.

iv.Pertimbangan(Judgement)

Pada bahagian ini seseorang pengkritik sudah boleh menilai sesebuah karya itu samada ia karya yang berkesan atau sebaliknya , berkualiti atau tidak.Rangkuman ketiga-tiga proses di atas iaitu diskripsi , analisis dan interpretasi memungkinkan pengkritik membuat pertimbangan dan penilaian yang sewajarnya.Pengkritik boleh membentuk pendapat dan membuat keputusan bagi menentukan degree of
artistic merit dalam hasil karya seni visual.

Menurut Feldman terdapat tiga bentuk pertimbangan dan penilaian iaitu yang berbentuk formalisme, ekspresivisme, mahupun instrumentalisme (Feldman, 1994). Pertimbangan dari sudut formalisme adalah pertimbangan berasaskan aspek-aspek keindahan dan harmoni; ekspresivisme ialah pertimbangan berdasarkan keupayaan menyampaikan perasaan dan idea; sementara instrumentalisme bermaksud pertimbangan berdasarkan keberkesanan karya sebagai suatu wadah atau alat, contohnya dalam konteks sesuatu institusi, masyarakat dan negara. Kesimpulan : Kritikan seni memerlukan daya kefahaman individu yang baik terhadap pelbagai aspek karya seni visual yang dibicarakan. Justeru itu, untuk menjadi seorang pengkritik yang baik, seseorang individu itu sewajarnya mempunyai pendidikan formal dalam bidang seni serta berpengetahuan luas. Dia seharusnya berupaya berkomunikasi dengan baik dan jelas, sama ada secara lisan ataupun tulisan. Dia juga sewajarnya bersifat terbuka, bersedia untuk berkongsi pengalaman dan pengetahuan dengan khalayak, serta mempunyai kejelasan pemikiran dan ekspresi. Aspek-aspek ini amat perlu bagi seseorang pengkritik dalam menghasilkan pertimbangan dan penilaian yang berbentuk formalisme, ekspresivisme, mahupun instrumentalisme (Feldman, 1994). CONTOH PENGGUNAAN STRATEGI KRITIKAN SENI VISUAL DISKRIPSI Pengkarya: Abdullah Ariff Tajuk : Coconut Plantation-Dawn(1948) Media: Cat Air Saiz : 15x22 Hal benda : Ladang kelapa (alam) , peladang , pondok , kambing , buah kelapa . ANALISIS

15

-Perbezaan cahaya yg ketara mewujudkan kesan ruang.Warna-warana gelap memenuhi bhgn latar hadapan sementara cahaya cerah menguasai latar belakang. -Pengolahan ruang menggunakan tona warna yg mewujudkan kesan-kesan kekabusan dikenali sebagai atmosphera perspektif.Stail impresionis. -Imej diolah dgn sapuan yg berhati-hati.Pokok kelapa berfungsi sebagai garisan menegak menampakkan ruang yg jelas. Sumber Idea : Pemerhatian , persekitaran , pengalaman . Gaya penampilan:-Imitasi (realisma) ,imej jelas dipersembahkan dalam bentuk nyata.Pengaruh aliran realime dan impresionis. Imej :-Naratif ,wujud cerita di sebalik karya.Aliran:- Moden INTERPRETASI -Menggambarkan kehidupan kampung masyarakat setempat.Dokumentasi budaya msykt sezaman. -Kehidupan sederhana masyarakat kampung sebagai petani kecilan.Kehidupan yang harmoni. -Menghargai unsur alam ciptaan tuhan.Menghargai tanah air tercinta -Kegigihan dan ketekunan mengerjakan sumber alam. Fungsi/peranan karya : Nasionalisme(sosiologi),sensitiviti,(psikologi) PERTIMBANGAN -karya yang dihasilkan agak bermutu tinggi.Ia menimbulkan kesan ruang yang amat jelas.Satu karya dokumentasi yang agak berjaya.

Aspek Asas Dalam Strategi Kritikan Seni Visual dan Cara Kritikan dibuat(contoh ayat) Terdapat beberapa aspek asas yang perlu disentuh dalam strategi kritikan seni visual iaitu hal benda/subjek matter/imej , penampilan imej dari segi stail/aliran , bentuk imej (realistic , abstrak atau non-objektive) , komposisi dan kandungan/mesej/isi. 1.Hal Benda /subjek matter Hal benda adalah berkaitan dengan penampilan dan penggunaan imej yang digunakan oleh pelukis dalam sesebuah karya seni tampak. Aspek ini meliputi benda/subjek matter (figura , objek alam , objek buatan manusia dan lain-lain) dalam karya seni visual .Merujuk kepada penggunaan imej tertentu seperti figura , lanskap , kerusi , haiwan dan sebagainya. Contoh ayat : 16

Antara ayat yang boleh digunakan oleh pelajar untuk membuat kritikan ialah : pelukis menjadikan imej figura manusia sebagai subjek utama dalam karya, unsur lanskap merupakan imej yang diguna oleh pelukis dalam karya ini. objek-objek yang terdapat dalam karya ini ialah perahu nelayan , pukat , manusia ,pokok kelapa. Biasanya terdapat banyak objek dalam sesebuah karya seni visual. 2.Penampilan imej dari segi stail/aliran Aspek ini merujuk kepada aliran yang digunakan oleh pelukis umpamanya aliran kiubisme , impressionime , realisme , pop-art dan lain-lain. Contoh ayat : Antara ayat yang boleh digunakan oleh pelajar untuk membuat kritikan ialah : imej-imej yang digunakan oleh pelukis pada karya bersifat geometric atau dalam bentuk kiub , ini bersesuaian dengan aliran yang digunakan oleh pelukis iaitu aliran kiubisme, pelukis merujuk kepada aliran realisme dalam penghasilan karya ini,jadi semua imej adalah ditampilkan secara nyata dan jelas. 3.Bentuk imej (realistic , abstrak atau non-objektive) Aspek ini menjurus kepada bentuk imej yang digunakan oleh pelukis samada imej realistic , abstrak atau non-objektive. Contoh ayat : Antara ayat yang boleh digunakan oleh pelajar untuk membuat kritikan ialah : imej diolah oleh pengkarya secara abstrak, karya diolah secara realistic oleh pengkarya , unsure lanskap begitu jelas sekali. 4.Komposisi(Bahasa Seni Visual) Dalam membuat kritikan seni visual aspek komposisi adalah sangat penting dan perlu dianalisis secara terperinci kerana setiap karya yang berkualiti adalah dibuat berdasarkan aspek ini.Komposisi dalam kritikan seni adalah merujuk kepada aspek asas seni reka yang diguna oleh pelukis dalam penghasilan karya.Komposisi juga merangkumi aspek media dan teknik yang digunakan oleh pelukis dalam berkarya.Berikut adalah huraian tentang aspek berkenaan dan bagaimana aspek ini dianalisis dalam sesebuah karya seni visual.

17

Asas Seni Reka Asas seni reka lebih merujuk kepada hukum atau aturan yang harus digunakan dalam penghasilan karya seni visual. Pengolahan imej dalam karya seni visual adalah terikat dengan hukum aturan aturan. Seorang sejarawan seni iaitu Giorgio Vasari ada menyatakan bahawa karya akan rosak tanpa hukum dan peraturan. Seorang penulis buku seni iaitu Edmund Burke dalam bukunya Varieties of Visual Experience ada menyatakan ; formal order is the expression of a preference for stabillity in art Asas seni reka ada dua komponen utama iaitu ELEMEN/UNSUR dan PRINSIP rekaan. Elemen rekaan termasuklah garisan , rupa , bentuk , jalinan , ruang dan warna. Prinsip rekaan pula meliputi harmoni , kepelbagaian , kontra , penegasan , imbangan , ekonomi , dominan , pergerakan/irama/rentak/pengulangan , dan kesatuan. Elemen dan prinsip ini perlu diadun dengan baik oleh seseorang pelukis dalam menghasilkan sesebuah karya seni visual yang bersatu bentuknya. Proses Analisa Aspek Asas Seni Reka Dalam Sesebuah Karya Seni Visual Kenalpasti asas seni reka yang diguna dalam karya tersebut. Kenal pasti unsur-unsur dan prinsip rekaan yang agak dominan digunakan dalam karya berkenaan . Namun demikian tidak semua aspek asas seni reka berkenaan terdapat dalam karya. Contoh ayat : Antara ayat yang boleh digunakan oleh pelajar untuk membuat kritikan ialah : pelukis banyak menggunakan unsur garisan halus pada karya, pelukis banyak menggunakan pengulangan atau unsur pergerakan dalam karya , pelukis begitu taksub menggunakan warna yang berjalinan dalam karya. Kaji dan Kenal pasti maksud asas seni reka (sifat ekspresif) tersebut. Terdapat sesetengah aspek asas seni reka yang digunakan dalam karya berkenaan yang membawa maksud tertentu( bersifat ekspresif) . Contoh ayat : Antara ayat yang boleh digunakan oleh pelajar untuk membuat kritikan ialah : jalinan warna yang agak kuat menunjukkan tentang emosi yang memberontak , atau penggunaan garisan yang agak kasar menimbulkan kesan perasaan yang tertentu terutama warna. Kaji olahan dan adunan asas seni reka dalam karya tersebut. 18 bercelaru atau warna sejuk memberikan suasana tenang pada karya. Jadi aspek asas seni reka juga boleh membawa maksud

Terdapat sesetengah pelukis mengolah asas seni reka secara spontan atau tanpa disedari dan ada yang merancang secara sedar.Ini bergantung kepada kebolehan pemerhati untuk membuat analisa. Contoh ayat : Antara ayat yang boleh digunakan oleh pelajar untuk membuat kritikan ialah : pelukis mengolah aspek jalinan dengan baik dalam karya , jalinan yang kuat di bahagian hadapan menimbulkan kesan ruang yang ketara pada karya, warna-warna kabur dan sejuk di bahagian belakang diselang selikan dengan garisan halus menimbulkan kesan ruang yang jelas, untuk terhadap aspek garisan menimbulkan pergerakan pelukis menggunakan pengulangan yang ketara lain . Media dan Teknik Merujuk kepada bahan dan kaedah yang digunakan oleh pengkarya untuk menghasilkan kesan ekspresif. Contoh ayat : Antara ayat yang boleh digunakan oleh pelajar untuk membuat kritikan ialah : teknik warna tebal atau impasto yang diguna oleh pelukis menimbulkan suasana tegang, kesan goresan yang kuat pada warna tebal memberi kesan emosi yang kuat, Media arang yang diolah secara bercelaru yang diguna oleh pelukis membantu menimbulkan kesan kemarahan pada karya, Teknik terang gelap pada imej memberi kesan dramatik pada karya, Media akrilik yang digunakan oleh pengkarya memberikan kesan ceria pada karya, Besi yang tajam menimbulkan kesan kekuatan pada arca ini.

.Biasanya unsur-unsur dan prinsip rekaan ini saling membantu dan melengkapi antara satu sama

5. Kandungan(Tema , makna , mesej , idea dan fungsi) Bahagian kandungan biasanya boleh difahami melalui tajuk karya serta imej yang digunakan pada karya.Ia meliputi aspek tema , makna , mesej , idea yang digunakan oleh pelukis serta fungsi karya. Contoh ayat : Antara ayat yang boleh digunakan oleh pelajar untuk membuat kritikan ialah : tema yang digunakan oleh pelukis adalah berkaitan dengan alam sekitar, peperangan, flora dan lain-lain. Mesej dan makna pula lebih menjurus kepada pengajaran atau isu yang hendak 19

dibawa oleh pelukis umpamanya gambaran mangsa perang menimbulkan rasa insaf kepada audien ,karya meggambarkan tentang keadaan ekonomi masyarakat setempat ketika itu yang bergantung kepada pertanian.

Contoh Kritikan Karya


1.

Pelukis : Mohammed Hoessein Enas 20

Tajuk Karya : Mengutip Daun Tembakau Tahun : 1963 Media : Cat Minyak Ulasan/Kritikan Karya : -Warna yang cerah dan kontra digunakan untuk menimbulkan suasana yang riang dan sibuk di ladang -gaya catan realistic menonjolkan imej gadis Melayu yang cantik , lemah lembut , gembira , rajin dan menghormati warisan budayanya. -tema catan menggambarkan aspek kehidupan masyarakat Melayu dalam bidang pertanian atau ekonomi di Kelantan. -karya ini menonjolkan imej kemelayuan yang bersifat kebangsaan. 2.

Pelukis : Peter Harris Tajuk : Rumah Rakit Kuala Lipis Tahun : 1960 Media : Cat Gouche Ulasan / Kritikan Karya : -Pelukis menggunakan gaya impresionis dalam catannya.Kesan gaya warna yang harmoni kuning kehijauan mengukuhkan gaya tersebut dan kesan suasana serta cahaya. -tema pemandangan landskap tempatan rumah rakit di Kuala Lipis -pelukis berjaya menonjolkan suasana hidup masyarakat di kawasan persisiran Sungai Pahang. -sapuan berus yang terkawal dengan sifat gouche yang lebih tebal.Karya yang berwarna monokromatik kehijauan ini melukiskan keindahan dan ketenangan alam semulajadi tempatan yang belum tercemar oleh arus pemodenan. -pengolahan komposisinya agak dinamik dan bernyawa,terutamanya pada aliran sungai yang bersifat diagonal. 3.

Keluarga Haji Keluarga Baba Pelukis : Redza Piyadasa 21 Malaysian Story No. 2

Tajuk : Keluarga Haji , Keluarga Baba , Malaysian Story No. 2 Tahun : 1990 , 1986 , 1999 Media : campuran ( cetakan sutera saring dengan warna akrilik serta foto) Ulasan/Kritikan Karya : -karya menampakkan masyarakat Malaysia yang mempunyai pelbagai budaya , tentang penghijrahan dan asimilasi budaya , tradisi dan warisan , sejarah politik dan social. -kebanyakkan karyanya dibentuk dengan imej frontal(dialog) iaitu gambar foto dengan imej mengadap ke depan. -karya menggabungjalinkan cetakan sutera saring untuk imej figurative dengan sapuan warna akrilik pada bahagian tertentu untuk menimbulkan penegasan dalam gubahannya.

Tajuk : Dua Orang Wanita Melayu Tahun 1984 Media : Cetakan Sutera Saring Ulasan : -bertemakan masyarakat Melayu tradisi -pelukis menggunakan media cetak untuk mendapatkan imej dua orang wanita Melayu yang memakai pakaian tradisional. -warna yang digunakan memberi kesan tradisi kepada karya. -pelukis berjaya menonjolkan pakaian Melayu tradisi.

4.
Pengkarya: Patrick Ng Kah Onn Tajuk : Spirit of Earth , Water and Air Tahun : 1958 Media: Cat Minyak atas Hardboard (48 x 40/137 x 122 cm) Sumber Idea : Homages dan imaginasi (unsur keagamaan/spiritual hinduisme dan animisme)

Huraian Karya : Catan penting 50-an.Karya mengenai benda semulajadi yang anih dan ganjil , penuh dengan lambang , ia mendapat perhatian hingga ke hari ini . Sumbangan Patrick adalah mengenai dunia benda semulajadinya yang tersendiri dipenuhi dengan daun-daun rimbun yang banyak iaitu di bahagian tepi karya.Terdapat

22

juga imej bunga teratai iaitu di bahagian posisi bawah karya.Teratai merupakan bunga yang dianggap mulia di kalangan orang India atau orang Hindu.Unsur alam digabung jalin dengan baik sekali oleh Patrick.Air digambarkan di bahagian posisi bawah depan karya dimana bunga teratai hidup.Manakala posisi tengah mewakili tanah atau bumi dimana segala tumbuhan dan hidupan hidup,Pada posisi ini juga elemen pondok dimasukkan oleh pelukis mungkin untuk menggambarkan kehidupan..Manakala kawasan posisi atas mewakili angin.Ia digambarkan dengan kesan tiupan angina pada pokok dimana daun-daunnya menghala ke atas seolah-olah ada angin sedang bertiup dari bawah.Anehnya angin bertiup dari bawah ! Mungkin pelukis cuba menggambarkan konsep semangat atau roh,kekuatan semangat bumi , air dan angin! Unsur pergerakan mendominasi keseluruhan karya ini.Seolah-olah ada tarian sedang dipersembahkan.Unsur pergerakan diwujudkan dengan cara membuat ulangan pada elemen tertentu seperti pada imej manusia dan daun pokok palma di belakang.Ruang diolah dengan baik oleh pengkarya ,ruang depan ,tengah dan belakang nampak jelas dalam posisi menaik.Unsur garisan juga banyak digunakan oleh pelukis. Imajan figura manusia yang digayakan dan dipermudahkan , dan jinjang.Warna perang terhad,hijau dan kuning serta merah , mencadangkan seruan kerohanian.Dengan sengaja menggelakkan rasa antarabangsa dan menumpukan kepada penyelesaian sendiri.Penglibatan beliau dengan mitos tempatan , motif flora dan fauna , memberinya ramuan gambaran dalam bidang penglibatan pilihannya.Catan ini menampakkan bentuk garis lengkung warna yang terkawal dan implikasi zat alam , satu usaha sedar mewujudkan identiti Malaysia. Berdasarkan pengaruh lukisan tradisional Bali , Patrick Ng membuat percubaan untuk menggabungkan simbolisme mitologi dan metafizik . Ciptaan pelukis ini menggambarkan kemesraan Taman Firdausi dalam konteks pemandangan Malaysia.Alam semula jadi menghiasi bumi dengan tumbuhan tumbuhan dan didiami oleh dewa-dewi alam. Patrick Ng cuba mengabadikan semangat bumi , air dan angin . Beliau juga meminjam corak susunan bentuk dari tarian kecak Bali untuk menghiaskan karyanya dengan bentuk-bentuk manusia lelaki dan perempuan.Langkah ini menegaskan lagi perkaitan karya ini dengan konteks Asia Tenggaranya.Dilihat dari skop dan cara persembahanya , karya ini masih lagi disanjung sebagai sebuah karya utama yang memperolehi sifat-sifat sanjungan kepada Tuhan.

CONTOH PENDEKATAN KRITIKAN SENI VISUAL Pendekatan Jurnalistik (Laporan tentang sesuatu pameran di galeri)

23

CONTOH PENDEKATAN KRITIKAN SENI VISUAL Pendekatan Ilmiah (Penulisan terperinci tentang sesuatu isu seni secara interpretif )

24