Barangsiapa membaca sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, nescaya terpelihara dari godaan dan gangguan syaitan, dari bencana manusia dan jin, daripada kecurian dan kebakaran, dan daripada kematian terkejut. Dan barang siapa membaca sebanyak 50 kali diahadapan orang yang zalim, hinalah dan masuk ketakutan dalam hati si zalim serta naiklah keberanian dan kehebatan kepada pembaca.
Barang siapa membaca ayat 35 dari surah ini, pada hari Jumaat sebelum sembahyang Asar, nescaya dia akan disegani oleh orang ramai.
Barang siapa membaca ayat-ayat 45 hingga 48 dari surah ini, nescaya ia akan mendapat kemuliaan dan kehormatan sejati. Dan barang siapa membaca ayat-ayat 60 hingga 66 dari surah ini, nescaya Allah akan membinasakan musuh-musuhnya.
Jika dibacanya oleh seorang askar, ketika ia hendak turun kemedan peperangan, Allah akan mengurniakan kepadanya keberanian dan kegagahan, serta naiklah ketakutan pada musuhmusuhnya. Hikmat-hikmat dan khasiat-khasiat surah Yaasiin ini banyak benar didapati di dalam kitabkitab hadith tetapi cukuplah setakat ini untuk diamal oleh anda sekalian.
surah ini pada setiap malam. Ada lagi satu hadith mengatakan bahawa Nabi s.a.w. bersabda;Bagi segala sesuatu ada perhiasan,dan perhiasan al-Quraan ialah surah Al-Mulk.barangsiapa membacanya pada setiap malam.allah s.w.t. akan menghiasi rumah baginya di dalam syurga.
akan sembuh penyakit itu. Barangsiapa membacanya keatas air, lalu diberi minum kepada orang yang demam, inshaAllah akan sembuh.
Sahabat Abu Hurairah r.a. memberitakan bahawa nabi s.a.w. mendengar seorang membaca surah al-Ikhlaash ,lantas baginda s.a.w. bersabda;telah wajib.aku bertanya: wahai kekasih Allah,apa yang telah wajib?Baginda s.a.w. menjawab :syurga. Hadith ini menunjukkan barangsiapa membacanya, ia pasti masuk syurga. Hadith yang lain menyatakan, barangsiapa membacanya sebanyak 50 kali, nescaya Allah akan mengampunkan dosanya selama 50 tahun. Sahabat Ibnu Abaas r.a. mengatakan : barangsiapa mengerjakan 4 rekaat sembahyang, lalu membaca surah Al-Ikhlash sebanyak 25 kali di tiap-tiap rekaat, nescaya Allah s.w.t. mengampunkan dosanya untuk selama 100 tahun; 50 tahun dahulunya dan 50 tahun kemudiannya. Sahabat Annas r.a. memberitakan bahawa Nabi s.a.w. bersabda : Barangsiapa membacanya sekali,nescaya Allah s.w.t. akan menurunkan kebaikan dan keberkatan untuknya : dan barangsiapa membacanya 2 kali,nescaya Allah s.w.t. akan menurunkan kebaikan dan keberkatan untuk sekelian isi rumahnya, dan barangsiapa membacanya 3 kali,nescaya Allah s..w.t. akan menurunkan kebaikan dan keberkatan untuk sekelian kaum keluarga dan tetangga tetangganya. Hadith yang lain mengatakan bahawa nabi s.a.w. mengatakan ; tidak kuasa kamu membaca 1/3 Al-quraan pada tiap-tiap malam?... mereka bertanya ;bagaimanakah ya Rasulullahs.a.w.? sabda Baginda s.a.w. ;Bacalah surah Al-Ikhlash, serupa dengan 1/3 Al-Quraan Barangsiapa membacannya 10 kali,nescaya Allah s.w.t. membinakannya mahligai didalam syurga. Mereka yang sentiasa membacanya ketika memasuki rumah, nescaya akan bertambah lapang rezeki dan keadaannya.