Anda di halaman 1dari 14

HAK KANAK-KANAK DI MALAYSIA

Akta Perlindungan Kanak-Kanak 1991 (Akta 468) Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984 (Akta 308) Pengambilan Anak Angkat (Akta Pengangkatan Anak Angkat 1952) Akta Kanak-Kanak 2001 (Pindaan 2002)

Akta Perlindungan Kanak-Kanak 1991 (Akta 468)

Dalam seksyen 2 (Akta Perlindungan Kanak-Kanak 1991), dikatakan kanakkanak memerlukan perlindungan jika:

Kanak-kanak itu telah atau besar kemungkinan kanak-kanak itu akan dicederakan dari segi fizikal,dicederakan dari segi emosi atau dianiayai dari segi seks oleh penjaganya;

Penjaga kanak-kanak itu tak layak, atau telah abai atau tak upaya, menjalankan pengawasan dan pengawalan yang sepatutnya ke atas kanak-kanak itu dan kanak-kanak itu mulaterlibat dalam pergaulan yang tidak sihat, atau terdedah kepada bahaya moral, atau sudah tidak terkawal lagi;
penjaga kanak-kanak itu telah abai atau berkeberatan untuk mengadakan pemeliharaan, makanan,pakaian dan tempat berteduh yangmencukupi untuk kanak-kanak itu;

kanak-kanak itu tidak mempunyai penjaga, atau telah ditinggalkan oleh penjaganya dan selepas siasatan yang munasabah penjaga itu tidak dijumpai, dan tiada orang lain yang sesuai sanggup dan berupaya memelihara kanak-kanak itu; kanak-kanak itu perlu diperiksa,disiasat atau dirawat bagi maksud memulihkan atau memelihara kesihatannya dan penjaganya telah abai atau enggan mendapatkan kanak-kanak itu diperiksa, disiasat ataudirawat sedemikian;

kanak-kanak itu berkelakuan dengan cara yang, atau yang mungkin,memudaratkan dirinya atau mana-mana orang lain dan penjaganya tak upaya atau berkeberatan untuk mengambil langkah-langkah yang perlu untuk memperbaiki keadaan ataulangkahlangkah memperbaiki keadaan yang diambil oleh penjaga itu gagal; terdapat pertelingkahan yang sedemikian rupa di antara kanak-kanak itu dengan penjaganya, atau di antara penjaga-penjaganya, sehinggakan hubungan kekeluargaan terganggu dengan serius, dan yang demikian itu menyebabkan kanak-kanak itu mengalami kecederaan emosi;

Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984 (Akta 308)

Suatu Akta untuk mengadakan peruntukan bagi pendaftaran, pengawalan dan pemeriksaan Tamantaman Asuhan Kanak-kanak dan bagi maksud-maksud yang berkaitan dengannya.

KEMUDAHAN
Akta ini memberi perlindungan kepada kanak-kanak yang berusia di bawah 4 tahun yang memerlukan perkhidmatan Taman Asuhan Kanak-kanak (TASKA) semasa ibu bapa mereka di tempat kerja. Mewajibkan pendaftaran TASKA yang mempunyai lebih daripada 9 orang kanakkanak dibawah usia 4 tahun. Memastikan hak kanak-kanak dilindungi iaitu dari segi perkembangan, kebersihan dan keselamatan.

Hukuman Ke Atas TASKA Yang Tidak Berdaftar


Mereka yang didapati bersalah boleh dihukum denda tidak melebihi RM 1,000. Bagi kesalahan kali yang kedua atau kali yang kemudiannya, boleh didenda tidak melebihi RM2,000.00.

AKTA PENGANGKATAN ANA K ANGKAT 1952 (AKTA 257)


Suatu Akta bagi mengadakan peruntukan pengangkatan anak. Syarat-syarat: 21 tahun ke bawah. Sek.2, Wujud perkahwinan yang sah. Sek. 2, Ibu bapa angkat berumur 25 tahun ke atas dan sekurangkurangnya 21 tahun lebih tua dari anak angkat atau, Ibu bapa angkat berumur 21 tahun tetapi salah seorang dari mereka itu waris kanak-kanak atau ibu/bapa kandungnya. Sek.4(1) a, b & c, Anak angkat sudah berada dalam jagaan dan saraan berterusan selama tidak kurang 3 bulan. Sek 4(4) a, Anak angkat dan ibu bapa angkat bermastautin di Malaysia. Sek.4(3),

Izin bersurat diperolehi di hadapan Majistret atau Pesuruhjaya Sumpah, atau, Pengecualian izin diperolehi dari Mahkamah. Sek.5(1),(2), Jika berlaku pemberian/penerimaan wang ianya hendaklah dilapor kepada Mahkamah. Sek.6 c, 13(1), Kedua ibu bapa angkat memelihara dan memberi saraan kepada anak angkat. Sek.13(1) c, Ibu dan bapa angkat hendaklah bersepakat memelihara dan memohon ke Mahkamah. Sek.5(1), Seorang laki-laki yang hidup membujang dilarang memelihara anak angkat perempuan, kecuali dalam keadaan kecemasan atau pemohon adalah waris kanak-kanak itu. Sek4(2), Tiada sebarang larangan bagi wanita yang membujang memelihara anak angkat.

KEMUDAHAN
Memberi peluang kepada anak angkat yang dipelihara oleh keluarga bukan Islam diiktiraf di mahkamah melalui Akta Pengangkatan 1952. Ini bermakna anak angkat bukan Islam menjadi lebih teguh. Taraf anak angkat menjadi SEIMBANG dengan taraf anak kandung di mana:
Hak jagaan dan tanggungjawab ibu bapa kandung diputus dan dipindahkan kepada ibu bapa angkat. Sek. 9(1) Pertalian dengan keluarga angkat menjadi teguh seperti sedarah sedaging. Anak angkat berhak mewarisi harta pusaka keluarga angkatnya. Sek. 9(3) Anak angkat dibolehkan mendapat nama gelaran dan nama keluarga yang baru mengikut keinginan dan pilihan ibu bapa angkat.

AKTA KANAK-KANAK 2001 (AKTA 611) PINDAAN 2002

Akta Kanak-Kanak 2001 (Akta 611) (selepas ini dirujuk sebagai Akta 611) hanya mula berkuatkuasa pada 1 Ogos 2002, walaupun ia telah diluluskan pada tahun 2001. Akta 611 telah memansuhkan tiga status yang lain, iaitu Akta Mahkamah Juvana 1947, Akta Perlindungan Kanak-Kanak 1991 dan Akta Perlindungan Wanita dan Gadis 1973, dan telah menggabungkan undang-undang berkenaan pemeliharaan, perlindungan dan pemulihan kanak-kanak

Penubuhan Majlis Penyelaras bagi perlindungan Kanak-Kanak


Seksyen 3 1. Maka hendaklah ditubuhkan suatu Majlis yang hendaklah dikenali sebagai Majlis Penyelaras bagi Pelindungan KanakKanak
2. a) b)

c)

d)

Majlis hendaklah: Bertanggungjawab bagi menasihati Menteri tentang segala aspek pelindungan kanak-kanak Mereka bentuk suatu sistem pengurusan yang cekap dan berkesan di seluruh Malaysia yang menggabungkan saluran maklumat bagi melaporkan kes kanak-kanak yang memerlukan perlindungan Mengesyorkan perkhidmatan-perkhidmatan yang ditujukan khusus untuk memenuhi keperluan orang, kanak-kanak dan keluarga yang memerlukan perkhidmatan perlindungan kanak-kanak Menyelaras pelbagai sumber mana-mana Jabatan Kerajaan yang terlibat dengan perlindungan kanak-kanak.

e)

f)

g)

h)

i)

Membangunkan program-program untuk mendidik orang ramai dalam pencegahan penganiayaan dan pengabaian kanak-kanak.memberikan nasihat tentang pengurusan , operasi dan amalan Pasukan Pelindungan kanak-Kanak di seluruh Malaysia Memberikan nasihat tentang pengurusan ,operasi dan amalan pasukan pelindungan kanak-kanak seluruh Malaysia. Memberikan nasihat tentang pembangunan program latihan bagi anggota Pasukan Pelindungan Kanak-Kanak di seluruh Malaysia Menyelesaikan apa-apa pertelingkahan yang mungkin berbangkit dalam Pasukan Perlindungan Kanak-Kanak Melaksanakan apa-apa fungsi lain yang ditetapkan oleh peraturan-peraturan yang dibuat di bawah akta ini

Anda mungkin juga menyukai