Anda di halaman 1dari 5

Edisi Mei 2012(Semakan Nazir KPM)

Format Rancangan Pengajaran Harian Sejarah KSSR

Mata Pelajaran Kelas Bil Murid Masa Tarikh Tema Tajuk

: : : : : : :

Sejarah 4 Cemerlang 45 orang 8.10-9.10 pagi 2 April 2012

Standard Isi Pembelajaran (Kod Sahaja):

Objektif/Hasil Pembelajaran: Pada akhir aktiviti ini, murid dapat 1. 2. 3. Menyenaraikan latar belakang anggota keluarga dengan menyediakan carta salasilah keluarga asas dan keluarga kembangan . Menyebut kata-kata untuk menunjukkan kasih sayang terhadap angota keluarga Menghasilkan bahan kreatif seperti puisi/ kad ucapan/ album keluarga untuk menyatakan perasaan kasih sayang terhadap anggota keluarga :

Isi Kandungan 1. 2.

Carta salasilah keluarga asas dan keluarga kembangan murid Kata-kata yang boleh menunjukkan kasih sayang terhadap keluarga

Kemahiran Berfikir:

Penerapan Nilai:

- Kasih sayang - Menghargai - Jujur - Berbangga dengan ahli keluarga. - Bersyukur

Unsur Patriotisme

Pengetahuan Sedia ada: - Murid mempunyai keluarga sendiri dan mengetahui peranan setiap ahli keluarga Pentaksiran: Elemen Merentas Kurikulum:

Edisi Mei 2012(Semakan Nazir KPM)

Sumber P&P:

Radio dan Kaset Kertas Sebak Marker Plastik Perekat Kad / kertas Warna Alatan lukisan Alat tulis

1 buah 8 helai 8 batang 2 gulung 40 keping 10 keping 10 set

Prosedur Perlaksanaan

Kemahiran Generik/ Pembestarian P&P

Catatan

Set Induksi (5 minit) Guru membaca keratan akhbar mengenai rintihan seorang tua yang ditinggalkan oleh anaknya di rumah orang tua. Murid diminta untuk memberi pendapat mengenai isu tadi. Guru mengaitkan jawapan murid dengan tajuk pelajaran hari ini. Langkah 1 (10 minit) 1. Guru menunjukkan carta salasilah keluarga asas dan keluarga kembangan, dan bersoal jawab dengan murid mengenai perbezaan kedua-dua carta berkenaan. Contoh perbezaan: Keluarga asas hanya terdiri daripada bapa, ibu dan anak-anak, manakala keluarga kembangan melibatkan datuk, nenek, bapa saudara, ibu saudara, sepupu, selain daripada ahli keluarga asas murid itu sendiri. 2. Guru bersoaljawab dengan murid mengenai sejauh mana mereka mengenali dan mengetahui latar belakang ahli keluarga masing-masing TKP: Visual ruang

SPP: Keratan akhbar Nilai Murni : Kasihsayang

KB :Menjana idea.

SPP: carta salasilah keluarga asas dan keluarga kembangan

Edisi Mei 2012(Semakan Nazir KPM)

3. Guru meminta murid menghasilkan carta salasilah keluarga asas masingmasing. 4. Guru meminta murid secara rawak bercerita mengenai keluarga asas mereka di hadapan kelas. Langkah 2 (10 minit) 1. Guru membentuk 4 kumpulan dan mengedarkan kad arahan. Setiap kumpulan diminta berbincang untuk menghasilkan kata-kata yang boleh digunakan untuk menunjukkan kasih sayang dan penghormatan kepada anggota keluarga

Pembelajaran Koperatif: SPP : Kad arahan Fan N- Pick Kertas Sebak Round Robin Marker TKP: Interpersonal Intra-personal

Contoh kata-kata: Ibu kaulah ratu hatiku Ayahkaulah sanjunganku (Contoh sajak dalam Lampiran 1) 2.Wakil kumpulan diminta membacakan kata-kata kasih sayang itu di hadapan kelas. Langkah 3 ( 20 minit) 1. Guru meminta setiap ahli kumpulan menghasilkan sekeping kad ucapan kepada anggota keluarga berdasarkan kata-kata yang telah ditulis oleh ahli kumpulan 2. Murid diminta mempamerkan kad ucapan yang telah dihasilkan. 3. Tiga ahli kumpulan diminta bergerak ke meja kumpulan lain untuk melihat dan memberi komen terhadap hasil kerja kumpulan lain. Seorang ahli kumpulan perlu berada di meja kumpulan untuk memberi penerangan dan penjelasan mengenai kad yang dihasilkan oleh kumpulan mereka. 4. Semua kad dipamerkan di hadapan kelas untuk dilihat murid. Kemahiran Pelbagai kecerdasan : Visual Ruang Kinestetik Interpersonal Intrapersonal Linguistik KB: Kreatif dan Kritis Pembelajaran Koperatif One Stay Three Stray Pembelajaran Kolaboratif Pendekatan Konstruktivisme Nilai Kerjasama menghormati SPP: Kad manila Alat tulis Kertas warna

Edisi Mei 2012(Semakan Nazir KPM)

Langkah 4 (10 minit) 1. Guru meminta murid secara berkumpulan berbincang dan menghasilkan tugasan berkaitan kepentingan keluarga Kumpulan 1 : kepentingan mewujudkan keluarga bahagia Kumpulan 2 : Punca dan kesan ketiadaan kesejahteraan keluarga Kumpulan 3: Bagaimana memelihara keharmonian keluarga Kumpulan 4: Langkah penyelesaian masalah dalam keluarga (Rujuk lampiran 2) 2. Hasil kerja kumpulan dipamerkan di dinding kelas. Wakil kumpulan diminta menjelaskan hasil tugasan kumpulan . Penutup 5 minit Guru mengedarkan keratan ikrar Akujanji kepada murid untuk menjaga ahli keluarga mereka apabila mereka telah dewasa dan berjaya kelak. Muzik dan lagu dimainkan mengiringi penulisan ikrar itu. Guru meminta murid untuk membaca ikrar akujanji secara beramai-ramai. Kecerdasan pelbagai: Muzik Intrapersonal Intrapersonal Nilai: Kasih sayang Menghargai Menghormati Bersyukur Sumber: Lagu Ayah dan Ibu oleh Sudirman Hj Arshad Teknik TOC : Pokok/ Awan SPP: Contoh rajah Awan dan Pokok (TOC)

TPK: Visual ruang KB : Penyelesaian masalah

Refleksi :

P&P pada hari ini adalah baik. Semua objektif pembelajaran yang ingin dicapai telah tercapai. Kebanyakan murid menunjukkan minat dan melakukan semua aktiviti yang dirancang dengan aktif. Dalam aktiviti kumpulan pula, murid-murid kelihatan seronok dan bersemangat serta dapat membuahkan hasil perbincangan yang bernas. Melalui aktiviti kumpulan juga, guru dapat memupuk semangat bekerjasama dan bertolak ansur di kalangan murid. Melalui aktiviti menghasilkan kad ucapan pula, kreativiti murid dapat dicungkil. Ini dapat dilihat melalui kad-kad yang dihasilkan sangat menarik, kreatif dan unik. Arahan-arahan yang jelas dalam semua aktiviti yang saya rancangkan juga turut menjadi faktor penyebab kejayaan P&P saya pada hari ini.

Edisi Mei 2012(Semakan Nazir KPM)

Walaubagaimana pun terdapat beberapa kelemahan dalam pengajaran saya pada hari ini. Antaranya ialah pengurusan masa yang lemah. Saya kurang prihatin tentang penggunaan masa terutama sekali aktiviti kumpulan dalam langkah 3, iaitu aktiviti wakil kumpulan memberi komen terhadap hasil kumpulan lain tidak dapat dilaksanakan. Hal ini berlaku disebabkan pada awal pengajaran tadi, saya menghadapi masalah LCD tidak berfungsi seperti mana yang saya rancangkan. Pada masa akan datang saya akan lebih prihatin lagi dalam pemilihan dan penggunaan sumber P&P seperti memastikan ia berfungsi sebelum sesuatu P&P bermula. Kelemahan-kelemahan lain dalam P&P saya pada hari ini ialah semasa sesi penilaian. Saya tidak memberi peluang kepada murid untuk menyemak jawapan masing-masing selepas membuat latihan. Sepatutnya saya meminta murid bertukar kertas soalan dengan rakan dan seterusnya menyemak jawapan rakan masingmasing.