Anda di halaman 1dari 13

BUAT DUIT DARI HUBPAGES

Hafiz Nasser

PENAFIAN
Laporan ini dihasilkan untuk memberi maklumat umum kepada pembaca. Anda mungkin perlu merujuk kepada penasihat atau pengamal profesional untuk sesuatu keputusan yang bersifat khusus untuk diri anda. Penulis tidak memberi jaminan terhadap sebarang percanggahan fakta. Strategi yang disebut di dalam laporan ini mungkin tidak sesuai untuk setiap individu dan tidak dijamin dapat menghasilkan kesan tertentu kepada semua pihak. Pembaca bertanggungjawab sepenuhnya atas tindakan sendiri yang dilakukan berdasarkan laporan ini.

HAK CIPTA TERPELIHARA


Anda dilarang mengeluar ulang mana-mana bahagian rencana, illustrasi dan isi kandungan ini dalam apa jua bentuk dan dengan apa cara pun sama ada elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin daripada penerbit HafizNasser.Com. Anda juga dilarang mengedarkan ebook percuma ini secara terus kepada mana-mana pihak tanpa melalui laman web www.HafizNasser.Com/duithubpages. Tetapi anda dibenarkan memberikan ebook ini sebagai bonus bagi produk anda dengan syarat melalui pendaftaran sebagai subscriber di www.HafizNasser.Com/duithubpages

PENGENALAN
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera. Ribuan terima kasih saya ucapkan kepada anda kerana sudi memuat turun laporan percuma saya ini bertajuk Buat Duit Dari HubPages. Laporan ini ditulis melalui kajian saya terhadap peluang menjana pendapatan di HubPages. Ingin saya maklumkan bahawa laporan ini bukanlah 100% pengalaman sebenar saya. Sebelum itu, maafkan saya jika laporan ini mengandungi kesalahan ejaan dan tatabahasa yang tidak disengajakan. Juga terdapat beberapa perkataan bahasa inggeris yang di italic kan. Laporan ini ditulis untuk saya berkongsi idea dan peluang dalam menjana pendapatan di internet amnya dan HubPages khususnya. Di kesempatan ini juga saya ingin mengingatkan kepada anda bahawa menjana pendapatan melalui internet tidak menjanjikan kekayaan sekelip mata tetapi ianya bergantung kepada usaha dan kesungguhan anda dalam mempraktikkan apa yang di pelajari sebelum mengecapi apa yang dihajati. Selain itu, ketepatan anda dalam memilih sesuatu program juga amat penting. HubPages merupakan sebuah penganjur yang sangat dipercayai. Akhir kata, saya berharap sekurang-kurangnya laporan ini dapat memberi anda satu lagi pilihan dalam terus menjana pendapatan di internet. Selamat maju jaya. Terima Kasih

APA ITU HUBPAGES?


Secara asasnya, HubPages merupakan sebuah laman web yang membenarkan anda sebagai pengguna menghantar artikel di laman web mereka. Di HubPages, artikel juga dikenali sebagai hub (artikel = hub) boleh dikarang dalam apa jua topik yang anda minat. Sebagai contoh, anda juga boleh membuat hub tentang bagaimana bermain bola tampar, teknik melukis menggunakan kaki atau menerangkan 50 perkara tentang diri anda! Ya, apa sahaja selagi ianya memberi informasi yang berguna kepada orang lain. Tidak mahir berbahasa inggeris? Ayat lingkang pungkang? Sabar.. tarik nafas dalam-dalam... lepas.. tahukah anda? anda tidak perlu menjadi seorang penulis yang hebat. Ada di kalangan mereka di HubPages mempunyai skil penulisan yang agak teruk tetapi masih boleh menjana pendapatan. Apa yang anda perlukan adalah keupayaan untuk menulis tentang sesuatu perkara. Sekali lagi, ya, tentang apa sahaja.

MENJANA PENDAPATAN DENGAN HUBPAGES?


Terdapat beberapa cara untuk menjana pendapatan di HubPages. Melalui Google Adsense, Kontera, eBay, Amazon dan program Referral. Cara yang paling efektif adalah melalui Google Adsense (anda perlu ada akaun Adsense). Mungkin anda rasakan program Referral lebih mudah. Tapi ia terpulang kepada anda. Jika anda mempunyai network yang kuat dan besar, anggaplah ia sebagai bonus kepada anda. Di sini, anda hanya perlu cipta hub anda dan sebelum anda publish, letakkan Adsense ID anda. Anda akan berkongsi pendapatan dari hub anda dengan pihak HubPages. Di sini winwin situation. Anda dapat publish hub anda dan ambil kesempatan terhadap HubPages, jadi tidak mengapalah sekiranya anda berkongsi pendapatan dengan mereka. Kenapa saya kata ambil kesempatan? Ini kerana, HubPages merupakan laman web yang sangat di sukai oleh Google, Yahoo!, MSN dan lain-lain enjin carian. Artikel anda akan mudah mendapat tempat di enjin carian.

Jika anda cipta hub dengan memilih keyword yang bagus, tidak mustahil trafik akan datang berduyun-duyun dari enjin carian dalam masa 24 jam selepas anda publish hub anda. Apabila pengunjung klik pada iklan Adsense anda, anda akan dapat bahagian anda (60-40). Pendapatan tercipta! Apa yang dimaksudkan dengan 60-40 adalah 60% impressions ke hub anda akan menggunakan Adsense ID kepunyaan anda dan bakinya, 40% adalah Adsense ID milik HubPages. Inilah kaedah pembahagian pendapatan yang dilakukan oleh HubPages.

BAGAIMANA NAK MULA?


Tidak susah untuk mula menjana pendapatan dengan HubPages. Jika anda betul-betul berminat, berikut adalah langkah-langkah semudah 1-2-3 :
1. Daftar di HubPages 2. Cipta hub pertama anda.

3. Daftar untuk akaun Adsense (jika tidak ada). Ini akan mengambil masa beberapa hari untuk mendapat pengesahan dari Adsense.
4. Masukkan Adsense ID anda ke HubPages. Setelah login, klik link My Account

Affiliate Settings. Di sini anda boleh masukkan Adsense ID anda.

Screenshot 1 5. Itu sahaja. Selepas selesai masukkan Adsense ID, anda sudah boleh menjana

pendapatan apabila pengunjung klik pada iklan anda. Amaran : jangan klik pada iklan anda sendiri atau meminta tolong rakan-rakan anda untuk klik. Google mempunyai teknik mereka tersendiri untuk mengesan fraud klik dan ini akan menyebabkan anda di ban dari Adsense.

BAGAIMANA HENDAK BERJAYA DENGAN HUBPAGES?


Kajian keyword
Ini merupakan bahagian yang paling penting. Kebanyakkan daripada mereka menulis untuk manusia berbanding menulis untuk enjin carian. Maksudnya, kebanyakkan tajuk-tajuk di HubPages tidak mesra enjin carian atau kurang search engine optimization. Adalah lebih bagus jika anda dapat lakukan kedua-duanya sekali (mesra manusia dan mesra enjin carian). Apa yang pasti, karang untuk manusia dahulu, kemudian barulah untuk enjin carian. Ini kerana, jika tiada permintaan terhadap artikel anda, pasti artikel anda kurang mendapat sambutan. Pastikan tajuk hub anda mempunyai keyword yang anda mahukan. Rujuk Googles Keyword Tool untuk membantu anda membuat kajian keyword. Di sini anda akan dipaparkan, berapa kali keyword anda dicari dalam sebulan dan jumlah purata carian oleh pengguna internet. Anda perlu cari dan kaji sehingga mendapat keyword yang mendapat carian yang tinggi dan saingan yang rendah. Bagaimana untuk mengesan laman web yang mempunya saingan yang rendah? Rujuk screenshot di bawah :

Screenshot 2

Screenshot 3

Adalah lebih baik jika anda dapat mencari keyword yang mempunyai saingan di bawah 100,000. Anda perlu kreatif untuk tajuk hub anda. Gunakan imaginasi anda untuk fikirkan apa seseorang itu taip di enjin carian apabila ingin mencari sesuatu maklumat. Sebagai contoh, jangan letak tajuk hub anda iPhone tetapi tajuk yang lebih panjang How to control car with iPhone. Jika boleh dapatkan long tail keyword dan ia sedikit sebanyak dapat membantu anda. Apa yang pasti, anda perlu terus mencuba pelbagai cara sehingga ia betulbetul berkesan. Ini kerana, kadang-kadang kajian kita menjadi, tapi kadang-kadang tidak. Nanti dulu, jangan pula lemah semangat. Tahukah anda tidak kiralah anda membuat kajian tentang keyword ataupun tidak, anda tetap mempunyai peluang untuk menarik pengunjung ke HubPages anda. Ini kerana, HubPages sendiri mempunyai page rank yang tinggi. Tapi, jika anda membuat kajian keyword itu lebih baik. Lawan perasaan malas. Letakkan informasiinformasi yang berguna untuk pengunjung laman hub anda. Secara tidak langsung dapat menarik mereka untuk melawat kembali laman hub anda di kemudian hari. Begitulah seterusnya. Tetapi jangan pula selepas ini anda banjiri laman hub anda dengan keyword semata-mata sehinggakan informasi yang ingin disampaikan tidak sampai ke pembaca. Tidak mustahil juga laman hub anda disekat dari mendapat ranking yang tinggi di enjin carian Google.

Isi kandungan
Strateginya di sini, buat beberapa hub dengan topik yang sama atau saling berkaitan. Ini akan memberi lebih peluang untuk hub anda naik di ranking enjin carian. Sebagai contoh, anda karang kira-kira 700 patah perkataan mengenai telefon bimbit LG Renoir dengan kamera 8MP. Anda telah menghabiskan masa berjam-jam malah berhari-hari untuk mengkaji keyword anda (jangan banyak buang masa di sini pula). Anda telah lakukan yang terbaik untuk menyampaikan informasi dengan gaya tatabahasa yang menarik dan mudah untuk di fahami. Pada anda, inilah karya agung yang paling menjadi dari anda. Publish kan! Jadikan ia sebagai artikel utama anda. Dalam masa yang sama, cipta lagi beberapa hub yang berkaitan dengan topik anda sebelum ini dan gunakan ia sebagai batu loncatan kepada artikel utama. Buat anchor text links ke artikel utama anda. Gunakan code di bawah:
<a href="http://laman_hub_anda">telefon bimbit dengan kamera 8MP terbaik</a>

Seperti contoh tadi, hub utama mengenai telefon bimbit LG Renoir dengan kamera 8MP terbaik, mungkin hub yang kedua dan ketiga berkenaan Nokia N86 dan Samsung Pixon (kedua-duanya 8MP). Letakkan link di hub ke-2 dan ke-3 anda untuk ke hub utama anda. Lebih bagus jika anda jadikan ayat yang mempunyai keyword sebagai link seperti, telefon bimbit dengan kamera 8MP terbaik Elakkan menggunakan ayat seperti, lihat artikel saya yang lain mengenai topik ini.

Rajah 1

Buat seberapa banyak hub yang boleh dan link kan mereka satu sama lain. Secara tidak langsung, trafik ke artikel 1 anda kemungkinan berminat untuk ke artikel 2, artikel 3 dan begitulah seterusnya. Isi kandungan hub adalah sangat penting. Hub dengan isi kandungan yang bernilai (berinformasi) pasti akan dapat link dari laman web lain dan trafik yang berulang. Lebih usaha yang anda letakkan dalam artikel anda, lebih mudah untuk anda mendapat trafik dan seterusnya menjana pendapatan. Ingat, apabila anda mengarang hub, ambil masa secukupnya untuk menjadikan ia sesuatu yang sangat membantu, berinformasi dan tidak disalin dari artikel lain.

Trafik
Di dalam perniagaan, tidak kiralah online ataupun offline, trafik merupakan sesuatu yang sangat penting (trafik = pengunjung). Trafik umpama nyawa dalam internet marketing dan perniagaan. Sebagai contoh di dunia nyata, butik batik Datin Diyana tidak akan dapat menjana pendapatan jika tiada trafik (pengunjung) ke kedainya. Dan tidak semestinya pula ada pengunjung ada pendapatan. Jika pengunjung hanya datang menjenguk tetapi tidak membeli, tetap tiada pendapatan. Tetapi setidak-tidaknya, pengunjung yang ramai ke butik Datin Diyana memberi kemungkinan atau peluang untuk jualan terhasil berbanding tiada atau kurang pengunjung. Jika keyword research dan isi kandungan anda menjadi, kerja anda akan menjadi lebih mudah. Sebagai contoh, cuba bayangkan jika 100 orang yang berkunjung ke laman hub anda, dan 10% = 10 daripada mereka klik pada iklan Adsense yang bernilai $0.50, $5 sudah dalam tangan. Dan anda pula mempunyai 20 HubPages, $100 tidak mustahil untuk diperolehi. Mari belajar matematik bersama Hafiz Nasser : 100 (pengunjung) x 10% (anggaran klik) = 10 klik 10 (klik) x $0.50 (nilai iklan) = $5 satu blog $5 (satu blog) x 20 (blog) = $100!

____________________________________

Tetapi anda harus ingat, nilai iklan Adsense anda tidak statik pada $0.50. Nilai di atas adalah contoh sahaja. Ada yang $0.10 dan ada pula mencecah $10 satu klik. Ianya bergantung pada pemilihan keyword anda. Di atas ini hanyalah teori semata-mata, secara praktikalnya, anda tentukan sendiri. Jika ada yang mampu menjana lebih $400 sebulan dengan teknik di atas, mengapa tidak anda? Apa yang penting, action! Bergerak sekarang! Sekian sahaja dari saya. Terima kasih

http://www.hafiznasser.com

Anda mungkin juga menyukai