Anda di halaman 1dari 3

BAHAGIAN B 1.

a) senaraikan 2 perbezaan antara perkembangan dan pertumbuhan kanak-kanak (4m)

b) nyatakan tiga cara bagaimana persekitaran mempengaruhi perkembangan kanakkanak (6m)

2. a) menurut Piaget, kanak-kanak aktif membentuk kefahaman terhadap persekitaran melalui 4 tahap perkembangan kognitif. Dua proses penting dalam pembinaan kefahaman terhadap pesekitaran ialah pada tahap organisasi dan adaptasi.

Jelaskan 2 cara bagaimana adaptasi dapat dilakukan (4m)

b) sebagai seorang guru di sekolah rendah, anda perlu tumpukan perhatian terhadap pembelajaran kanak-kanak pada peringkat operasi konkrit serta memahami kebolehan mereka.

Jelaskan 3 cara anda dapat membantu murid memahami konsep yang diajar dengan cara berkesan (6m)

3. a) Carl Jung mengklasifikasikan personality individu kepada ekstrovert, introvert dan ambivert.

Jelaskan secara ringkas ketiga-tiga jenis personality tersebut

(6m)

b) jelaskan 2 cara bagaiman seorang guru membantu murid membentuk konsep kendiri positif dalam diri mereka (4m)

4. a) nyatakan 4 ciri kanak-kanak yang mengalami masalah penglihatan (4m)

b) terangkan 3 cara seorang guru membantu kanak-kanak yang menghadapi masalah penglihatan dalam p&p dalam bilik darjah (6m) BAHAGIAN C 1. a) jelaskan secara terperinci ciri-ciri perkembangan kognitif pada peringkat operasi konkrit menurut pandangan Jean Piaget yang boleh dimanfaat oleh para guru dalam proses p&p dalam bilik darjah (10m)

b) huraikan implikasi perkembangan kognitif peringkat operasi konkrit oleh Jean Piaget terhadap p&p dalam usaha meletakbetul (repositioning) tingkah laku murid dalam bilik darjah. (10m)

2. a) terangkan dengan terperinci peranan guru dalam membentuk personality distingtif iaitu yang merangkumi pemikiran dan emosi supaya murid-murid dapat mengadaptasikan diri dengan kehidupan mereka (10m)

b) bincangkan cara-cara guru dapat membantu pembentukan konsep kendiri dalam kalangan murid-murid supaya mereka mempunyai pandangan yang positif dalam menyesuaikan diri dengan orang lain dan persekitaran dengan lebih mudah (10m)

3. a) huraikan ciri-ciri kanak-kanak yang memerlukan perhatian dan penjagaan yang khusus dari aspek masalah fizikal (10m)

b) huraikan implikasi yang wujud dalam kalangan kanak-kanak bermasalah kecacatan fizikal terhadap p&p dalam bilik darjah. (10m)

yang ni adlah soalan yg en.azmi bagi ritu,,nak kata spot pom tak tau lar,,

Anda mungkin juga menyukai