Anda di halaman 1dari 5

Cempedak dan asam pilihan si Liny, Dikongsi bersama dengan si Roslan, Kejayaan bukan suatu destinasi, Tapi ianya

suatu perjalanan.

Hari ini saya ingin berkongsi dengan anda mengenai tips kejayaan daripada Steve Jobs. Beliau merupakan salah satu idola saya dan merupakan salah seorang pereka teknologi yang begitu kenali. Tahu iPhone? Itu adalah salah satu penghasilan beliau. Beliau merupakan pengasas kepada syarikat Apple. Tetapi oleh sebab-sebab tertentu, beliau telah disingkirkan daripada syarikat tersebut. Tetapi akhirnya kembali ke syarikat tersebut kerana hanya beliau sahaja mampu membuat Apple pergi jauh dengan kebolehannya. Owh..panjangnya saya bercerita mengenainya. Apa kata kita terus ke tips mengenai kejayaan yang dikongsi.
1. Lakukan perkara yang anda sukai. Hasil karya yang baik datang daripada

2.

3.

4.

5.

6.

melakukan perkara yang anda suka. Semua orang yang berjaya pada hari melakukan perkara yang mereka minati.Tiger Woods dengan golfnya. Donald Trump dengan minatnya berurusan dengan hartanah. Tony Fernandes dengan minatnya dalam pemasaran. Menjadi seorang yang berbeza. Belajarlah untuk berfikir lain daripada lain. Berfikir di luar kotak dan idea baru. Sekadar berkongsi dengan panjang, ini sebenarnya mematuhi hukum Pareto. Anda akan dibayar lebih jika melakukan perkara di mana orang lain kurang mahir dalam melakukannya. Lakukan yang terbaik. Dalam setiap perkara yang dilakukan, berikan yang terbaik. Mungkin hasilnya tidak nampak sekarang, tetapi percayalah ianya pasti kembali. Lakukan analisis SWOT . Strengths, Weaknesses, Opportunities, and Threats. Senaraikan kelemahan dan kekuatan anda. Membuat senaraian membuat anda tahu apa yang perlu dikuatkan dan apa yang perlu dielakkan. Bermula kecil dan berfikiran besar. Jangan terlalu memikirkan sesuatu perkara dengan begitu kompleks. Bermulalah dengan sesuatu yang mudah.Think big and start small. fikir pe yg kte nk wat tok ari esok berulah fikir tok yg akn dtg. Memberi fokus pada hasil akhir. Hal ini kerana tidak kira apa yang anda lakukan, masyarakat menilai pada hasil akhir. Buktikan kepada mereka.

Itulah 6 tips yang dikongsi oleh Steve Jobs. Harap ianya membantu. Selamat mencuba. Salam inspirasi.

Semua orang inginkan kejayaan. Tidak kira apa jantinanya, keturunan, warna kulit, suku kaum, adat budaya, latarbelakang pendidikan, keadaan ekonomi, atau apa sahaja faktor perbezaaan; semuanya ingin berjaya. Cuma bezanya, ada yang mempunyai keinginan yang membuak-buak, dan ada yang hanya suam-suam kuku sahaja. Saya percaya, anda adalah antara manusia terpilih yang mempunyai keghairahan yang tinggi untuk berjaya. Jauh di dalam sanubari anda, ada satu perasaan yang kuat untuk membuktikan sesuatu, dan untuk mendapatkan sesuatu. Anda mahu melakukan apa yang anda sukai, ataupun sekurang-kurangnya anda mahu menyukai apa yang anda sedang lakukan. Memang perasaan itu sungguh ketara dalam jiwa anda sekarang. Kenapa saya berani berkata begitu? Ya, cetusan hati untuk menjamah buku dan membelek-belek buku ini sudah cukup untuk membuktikan kesimpulan saya sebentar tadi. Dalam negara Malaysia ini, berapa peratuskah yang sanggup meluangkan masa bersama buku self help? Saya kira jumlahnya tidaklah begitu banyak (walaupun kadarnya meningkat dengan begitu hebat sekali sekarang!), dan anda adalah yang terpilih untuk menjadi sebahagian daripada mereka. Tahniah saya ucapkan! Untuk tidak mengecewakan keghairahan anda itu, saya rasa tidak adil untuk memanjangkan lagi pendahuluan perbincangan kita ini. Ya, anda membaca tulisan ini untuk berkongsi dengan saya tentang apakah idea-idea untuk mencapai kejayaan. Dan pada kali ini, saya ingin menerangkan kepada anda lima (5) perkara penting yang anda perlu miliki jika ingin memulakan langkah kejayaan. Perkaraperkara tersebut saya istilahkan sebagai LIMA PERALATAN UNTUK BERJAYA: 1. Peralatan Pertama: Peta yang jelas dan terperinci. Perjalanan menuju kejayaan adalah umpama satu pengembaraan. Ia bermula daripada satu titik mula dan berakhir di destinasi yang ingin ditujui. Orang yang hendak mengembara mesti membawa peta. Jika tidak, mereka tidak tahu di mana

hendak bermula dan di mana hendak berakhir. Begitu juga dengan kejayaan. Anda perlu memiliki peta sebelum melangkah ke arah destinasi kejayaan anda. Apakah peta itu? Ya, ia adalah perancangan hidup anda. Apa yang anda inginkan dalam masa setahun nanti? Bagaimana pula dalam masa lima tahun? Sepuluh tahun? Tiga puluh tahun? Peta hidup anda mestilah ditentukan secara terperinci. Tentukan persoalan apa, bila, siapa, berapa, dan di mana. Lewis Walker, iaitu bekas Presiden Institut Jururunding Kewangan Berdaftar di Amerika Syarikat berkata, ada satu perkara yang mesti dielakkan dalam membuat sasaran; Jangan buat matlamat dan sasaran yang kabur. Beliau berkata, jika anda berniat untuk memiliki sebuah kabin di atas bukit suatu masa nanti, suatu masa nanti adalah satu kekaburan. Bukit juga suatu kekaburan. Kenapa begitu? Kerana kekaburan menyebabkan anda tidak jelas bagaimana cara untuk mendapatkannya. Harga tanah di atas bukit pada tahun ini sudah tentu berbeza jika dibandingkan dengan harganya pada 30 tahun akan datang. Begitu juga teknologi dan spesifikasi kabin juga pasti berlainan 30 tahun nanti. 2. Peralatan Kedua: Kompas Peta tanpa kompas semacam tidak berguna sahaja. Anda perlukan satu alat untuk memberikan anda isyarat tentang di mana anda sekarang, dan ke mana arah yang seterusnya. Begitu juga dengan kejayaan hidup ini. Kompas yang saya maksudkan adalah panduan hidup. Ia boleh jadi prinsipprinsip agama, budi pekerti, norma sejagat, peraturan, undang-undang dan sebagainya. Cuma dalam konteks anda yang sedang mengejar kejayaan peribadi, mentor dan role model adalah antara kompas yang perlu anda miliki. Pilihlah mentor di kalangan role model yang telah berjaya dalam bidang yang anda ingin ceburi. Jika anda ingin menjadi seorang artis yang berjaya, anda mungkin boleh menimbang nama-nama seperti Siti Nurhaliza, Mawi, M.Nasir, dan Jamal Abdillah. Kalau anda bercitacita untuk menjadi seorang usahawan, mungkin anda patut meneliti nama-nama Syed Mokhtar Al Bukhari, Ananda Krishan, dan Vincent Tan. Tetapi mungkin mereka hanya sesuai untuk menjadi role model, bukannya mentor. Mentor ialah seseorang yang rapat dan boleh meluangkan masa dengan anda. Lainlah jika anda mempunyai nombor telefon bimbit Siti Nurhaliza dan boleh mengajaknya makan pasembur malam ini, maka anda layak untuk menjadi apprenticenya. Jika tidak, maka carilah mentor yang boleh memberikan komitmen untuk menjadi mentor anda (Atau anda mungkin juga boleh menyertai rancangan Mentor di TV3!- gurau sahaja).

3. Peralatan Ketiga: Perisian Hidup (Life Software) Yang Berguna Manusia ini adakalanya boleh disamakan dengan komputer. Komputer yang baik dan berguna ialah yang mempunyai pelbagai perisian yang berfaedah dan boleh digunakan (sudah tentu juga perisian yang asli dan dilesenkan!). Bayangkan jika anda diberikan dengan sebuah komputer berspesifikasi terkini- tetapi penuh dengan perisian porno, virus, cecacing, dan bahasa-bahasa penggodam (hacking); sudah tentu ia tidak akan memberikan faedah kepada hidup anda.Begitu juga dengan diri kita semua. Diri anda dan diri saya sekarang mempunyai ribuan program yang telah diinstalkan sejak dari kecil lagi. Bolehkah anda public speaking? Adakah anda seorang yang peramah? Adakah anda bersedia mengambil risiko? Adakah anda seorang yang sensitif? Anda suka Matematik? Anda pemandu berhemat? Anda suka menolong orang? Itu adalah antara soalan untuk mengesan sebahagian kecil perisianperisian dalam diri anda. Sedar ataupu tidak, ianya akan mempengaruhi kerja dan tindakan kita seharian. Jika kita yakin bahawa kita tidak boleh public speaking, maka kita akan sedaya upaya cuba untuk mengelak daripada melakukannya, bukan begitu? Lebih baik mati daripada berceramah di atas pentas! Seorang kawan saya pernah berkata. Jadi, jika anda ingin berjaya, buangkanlah perisian-perisian lama yang negatif dalam diri anda. Install perisian baru yang dapat membantu perjalanan kejayaan anda. Bagaimana caranya? Ada banyak kaedah yang sukar untuk diterangkan di sini. Carilah buku-buku tentang percubahan sikap dan hidup yang banyak di pasaran. Ataupun anda boleh menyertai modul-modul yang dikendalikan oleh saya di firma bina insan kami. Selamat memiliki program yang baru! 4. Peralatan Keempat: Perisai Yang Perkasa Perjalanan menuju kejayaan bukanlah semudah membaca artikel ini (walaupun bagi sesetengah orang, membaca artikel seperti ini sudahpun terlalu sukar sekali!). Bermacam ujian dan dugaan pasti akan mendatang; dan anda tidak punya banyak pilihan- melainkan berhadapan dengannya. Ujian dan dugaan boleh datang dalam pelbagai bentuk; contohnya seperti perancangan yang gagal, sabotaj, sumber yang terhad, khianat, konflik dalaman, stress, dengki, perubahan polisi, rintangan masyarakat, dan bermacam lagi. Untuk menghadapi semua ini, anda perlu mempersiapkan diri dengan pertahanan jiwa yang kental dan kesabaran yang tinggi. Fokuskan kepada matlamat yang diimpikan, dan bukalah minda untuk mengatasi semua yang mendatang. Anggaplah semua dugaan sebagai satu permainan yang menyeronokkan. Dan setiap kali anda berjaya mengatasinya, berilah ganjaran peribadi sebagai pendorong di masa hadapan kelak. Sepanjang pengalaman saya mengendalikan bengkel menghadapi konflik, menyelesaikan masalah, dan menguruskan stress; saya dapati bahawa orang yang berjaya mempunyai kemahiran yang tinggi untuk berhadapan dengan situasi2 yang getir dalam hidup mereka. Kenapa tidak anda?

5. Peralatan Kelima: Krew-krew Yang Komited Anda tidak berseorangan, dan anda tidak boleh berseorangan dalam dunia ini. Anda perlukan orang lain, dan begitu juga sebaliknya. Dalam menempa tugu kejayaan, anda tidak boleh mengenepikan faktor ini- teamwork. Anda perlu tahu bagaimana untuk mencipta suasana kerja berpasukan, dan bagaimana untuk bekerja secara berpasukan. Lain padang, lain belalang. Banyak udang, banyaklah ragamnya. Begitu juga dengan manusia ini. Apa yang anda perlu lakukan ialah; tahu bagaimana untuk menguruskan kerenah yang berbagai, dan bagaimana untuk membina komitmen yang tinggi di kalangan mereka. Mungkin anda boleh mendapatkan beberapa buku tulisan saya berkenaan dengan kerja berpasukan ini. Ada beberapa edisi yang sudahpun diterbitkan di pasaran.

Anda mungkin juga menyukai