Anda di halaman 1dari 6

BAHASA MELAYU KERTAS 1 Satu jam Soalan 1 7 Lengkapkan ayat-ayat yang berikut dengan memilih perkataan yang paling

g sesuai. 1 Tunas ini diambil _________bahagian batangnya, kata pegawai pertanian itu. A. di B. dari C. pada D. daripada 2 _________ Majlis Hari Kecemerlangan Murid telah melakukan beberapa kesilapan ketik a menyebut nama-nama pemenang. A. Juruacara B. Juruulas C. Juruhebah D. Jurubahasa 3 Cikgu Zawiyah _______bilangan pelajar yang akan menyertai rombongan ke Cameron Highlands setakat empat puluh orang sahaja. A. mengira B. mengehadkan C. menghadkan D. menganggar 4 Semenjak demam, bayi itu asyik _______dan tidak mahu berenggang dengan ibunya. A. meratap B. merungut C. meracau D. merengek 5 Jadual kegiatan yang ketat dan ______ telah menyebabkan pekerja kilang itu terkejarkejar untuk menyiapkan tugasan mereka. A. padat B. santak C. suntuk D. sendat 6 Usaha-usaha untuk menarik kereta yang terhumban ke dalam itu gaung itu menemui ________kerana jurang sangat dalam. A. jalan mati B. jalan buntu C. jalan belakang D. jalan pintas 7 Orang ramai yang tinggal di sekitar Bandar Segamat_______ke pejabat kami untuk m

endapatkan borang membeli rumah murah. A. berarak-arak B. berpusu-pusu C. berasak-asak D. bertalu-talu Soalan 8 - 14 Ayat-ayat yang berikut mungkin betul dan mungkin salah. Jika terdapat kesalahan, kes alahan itu telah ditandai dengan A, B, C. dan jika tiada kesalahan telah ditandakan den gan D Pilih jawapan yang paling sesuai. 8 Setelah termenung sejenak, murid itu menggoyangkan kepalanya apabila guru A mengajukan soalan yang memerlukan daya pemikiran yang tinggi. BC Tiada kesalahan D 9 Jika sistem penjualan melalui internet berkembang pesat mungkin pada masa AB akan datang kita tidak perlu keluar daripada rumah untuk membeli-belah. C Tiada kesalahan D 10 Jika dinilai dari sudut positif, penubuhan jawatankuasa disiplin itu dapat A meningkatkan kesedaran dalam kalangan pemimpin tentang tanggungjawab B mereka terhadap kebajikan rakyat. Tiada kesalahan CD 11 Pelajar yang cergas dalam pelajaran mampu berjaya dengan gemilang pada ABC masa hadapan. Tiada kesalahan D 12 Mangsa kemalangan itu ditenangkan oleh ahli Persatuan Bulan Sabit Merah dan A diberikan bantuan kecemasan sebelum dihantar ke hospital. Tiada kesalahan BCD 13 Meskipun harga perabot yang dibeli oleh Puan Salmah amat mahal, malah AB beliau tetap berpuas hati kerana masih elok setelah digunakan bertahun-tahun C Tiada kesalahan D 14 Salim terjumpa sebuah dompet ketika berjalan pulang dari sekolah lalu A

melaporkan tentang perkara itu di balai polis. Tiada kesalahan BCD Soalan 15 -17 Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul. 15 I Penduduk kampung telah menemukan bekas tapak kaki harimau di kebun getah mereka. II Bekas wakil rakyat kawasan itu telah meninggal dunia malam tadi. III Orang tua itu menyusun beberapa bekas kayu api di belakang rumahnya. IV Suraya mengisi bekalan ke tempat kerja di dalam bekas plastik berwarna putih. A. I,II,dan III sahaja B. I,II,dan IV sahaja C. I,III, dan IV sahaja D. II,III,dan IV sahaja 16 I Kami sekeluarga akan pulang ke kampung jika ada kesempatan. II Gunakanlah kesempatan yang ada dengan sebaik-baiknya, kata penceramah kepada para peserta kursus. III Sabri telah membuang majalah-majalah lama di biliknya kerana tiada kesempatan ruang. IV Asap yang tebal menyebabkan mangsa kebakaran itu kesempatan udara dan sukar untuk bernafas. A. I dan II sahaja B. III dan IV sahaja C. I, II dan III sahaja D. I, II dan IV sahaja 17 I Perahu nelayan yang tertambat pada sebatang tiang itu terolang-aling dipukul ombak. II Dia tetap akan meneruskan cita-citanya walaupun tertambat oleh kemiskinan keluarga. III Hati pelancong itu tertambat oleh keindahan pulau-pulau di Malaysia IV Lembu yang tertambat di pokok itu kepunyaan Wak Lan. A. I dan III sahaja B. II dan IV sahaja C. I, III dan IV sahaja D. II, III dan IV sahaja Soalan 18 - 21 Bahagian yang bergaris dalam ayat-ayat yang berikut mungkin mengandungi kesalaha n penggunaan bahasa atau mungkin juga tidak. Tandakan sama ada A, B atau C jika ayat itu mengandungi kesalahan dan tandakan D j ika tiada kesalahan. 18 Pencapaian banyak ahli-ahli sukan negara merosot setelah mereka berjaya dalam

sesuatu kejohanan besar. A. banyak ahli sukan ahli sukan negara B. banyak ahli sukan negara C. banyak ahli-ahli sukan-sukan negara D. banyak ahli-ahli sukan negara 19 Dia mengalami kesusahan yang teramat sangat setelah mengalami lumpuh seluruh anggota badan. A. susah yang sangat B. kesusahan yang amat tersangat C. susah yang tersangat D. kesusahan yang teramat sangat 20 Murid yang cemerlang dalam bidang akademik dan kokurikulum akan diberi biasisw a untuk melanjutkan pelajaran ke pusat pengajian tinggi. A. di dalam bidang akademik dan kokurikulum B. di bidang akademik dan kokurikulum C. pada bidang akademik dan kokurikulum D. dalam bidang akademik dan kokurikulum 21 Pelancong itu bertanyakan kepada saya jalan ke Menara Kuala Lumpur. A. bertanya saya B. tertanya-tanya kepada saya C. bertanya kepada saya D. bertanyakan kepada saya Soalan 22 - 24 Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau yang paling hampir dengan ayat y ang dicetak tebal. 22 Tukar pakaian kamu dan berbaris di padang dalam masa sepuluh minit, kata Cikgu Sahar kepada murid-muridnya. A. Dalam masa sepuluh minit, murid-murid perlu menukar pakaian dan berbaris di padang. B. Murid-murid diarahkan oleh Cikgu Sahar agar menukarkan pakaian dan berbaris di padang dalam masa sepuluh minit. C. Cikgu Sahar mengarahkan murid-muridnya agar berbaris di padang untuk menukar pakaian dalam masa sepuluh minit. D. Cikgu Sahar memberikan masa selama sepuluh minit kepada murid-muridnya untuk bertukar pakaian dan berbaris di padang. 23 Kerajaan memberi tempoh selama dua bulan kepada pendatang tanpa izin untuk keluar dari Malaysia tanpa sebarang tindakan undang-undang. A. Kerajaan tidak akan mengenakan sebarang tindakan undang-undang kepada pendatang tanpa izin yang keluar dari Malaysia dalam tempoh dua bulan.

B. Sebarang tindakan undang-undang tidak akan dikenakan kepada pendatang tanpa izin yang keluar dari Malaysia selama dua bulan. C. Pendatang tanpa izin harus memanfaatkan tempoh dua bulan yang diberikan oleh kerajaan Malaysia untuk keluar dari negara ini. D. Sekiranya tidak mahu dikenakan sebarang tindakan undang-undang, pendatang tanpa izin yang berada di Malaysia harus segera keluar dari negara ini. 24 Pengetua itu menasihati pelajar-pelajarnya agar bersungguh-sungguh supaya dapat menjadi cendekiawan yang berguna kepada bangsa dan negara. A. Untuk menjadi bangsa yang berguna kepada negara pelajar-pelajar perlu menjadi cendekiawan dengan belajar bersungguh-sungguh sebagaimana amanat peng etua. B. Pelajar-pelajar dinasihati oleh pengetua supaya belajar dengan tekun untuk menjadi cendekiawan yang dapat berkhidmat kepada bangsa dan negara. C. Pelajar-pelajar dinasihati pengetua agar belajar bersungguh-sungguh untuk menjadi bijak pandai yang ingin berkhidmat kepada bangssa dan negara. D. Demi bangsa dan negara maka pelajar-pelajar digesa oleh pengetua untuk menjadi cendekiawan yang belajar dengan bersungguh-sungguh. Soalan 25 - 27 Pilih ayat-ayat yang betul 25 I Anak sulung Pak Ali diperisterikan dengan gadis sekampungnya. II Banyak perbezaan antara Ramli dan Razali walaupun mereka kembar. III Kami sekeluarga akan melancong ke Pulau Pinang dan Kedah pada cuti ini. IV Saya sama sekali tidak pernah mencacinya, justeru memuji sikap baiknya terhadap saya. A. I dan II sahaja B. II dan III sahaja C. IIIdan IV sahaja D. I dan IV sahaja 26 I Penjenayah itu telah dijatuhi hukuman yang berat oleh hakim II Tragedi tsunami telah mengorbankan ramai nyawa. III Hotel bertaraf lima bintang itu menawarkan pakej yang amat menarik kepada para pelancong sempena Tahun Melawat Malaysia IV Kepulangan abang disambut dengan tangisan gembira oleh kami sekeluarga. A. I, dan II sahaja B. I, dan III sahaja C. II, dan III sahaja D. III, dan IV sahaja 27 I Air sirap yang dibuat kakak terlalu manis kerana terlebih gula. II Ibu dan ayah merenjis air mawar kepada pasangan pengantin di atas pelamin. III Hajar sedang tawar-menawar harga tudung yang hendak dibelinya di pasar malam. IV Syarikat telekomunikasi itu akan memberikan rebat sebanyak 15% kepada para penggunanya. A. I dan II sahaja B. II dan IV sahaja C. I, III dan IV sahaja

D. II, III dan IV sahaja

Soalan 28 hingga Soalan 30 Pilih peribahasa atau maksud peribahasa yang paling sesuai. 28 Zakuan, kamu berhak menyelesaikan masalah itu tetapi kamu mestilah berhati-hat i agar tidak ada mana-mana pihak yang tersinggung,kata Encik kepada anaknya. Nasihat di atas sesuai dengan peribahasa A. menangguk di air keruh B. sebelum ajal berpantang mati C. sudah terantuk baru terngadah D. menarik rambut di dalam tepung 29 Keamanan negara yang kita kecapi hari ini ialah hasil sumbangan anggota-anggota keselamatan tanah air yang tidak pernah takut berkorban di medan perang dalam memperjuangkan kemerdekaan dan kedaulatan tanah ibunda yang tercinta. Bagi mereka A. alang-alang berdakwat biar hitam B. biar putih tulang jangan putih mata C. biar jatuh terletak, jangan jatuh terhempas D. buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali 30 Peribahasa belum duduk sudah belunjurbermaksud A. membuat sesuatu kerja yang sepatutnya sebelum sampai masanya lagi B. melakukan sesuatu perkara sebelum diarahkan untuk mengerjakannya C. membuat kerja sambil lewa dan mengambil masa terlalu lama D. menyiapkan sesuatu kerja secara tergopoh-gapah dan tidak sedar JAWAPAN KERTAS 1 1. D 11. A 21. C 31. B 2. A 12. D 22. B 32. A 3. B 13. B 23. A 33. B 4. D 14. B 24. B 34. D 5. A 15. C 25. D 35. D 6. B 16. A 26. B 36. C 7. C 17. C 27. C 37. B 8. A 18. B 28. D 38. C 9. C 19. C 29. B 39. A 10. D 20. D 30. A 40. C

Anda mungkin juga menyukai