Anda di halaman 1dari 49

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KAMPUS IPOH

PENDIDIKAN ALAM SEKITAR

JEREBU
PENSYARAH: EN.MANI RAJAN A/L ELLAPPAN

DEFINISI JEREBU
Jerebu boleh didefinasikan sebagai kehadiran sebarang bahan asing di dalam udara selain daripada kandungan udara tulen dan bersih yang boleh membawa kesan buruk kepada manusia dan juga tumbuhan termasuk berbagai jenis binatang. Keadaan atmosfera dikatakan berjerebu sekiranya terdapat partikulat terampai di dalamnya dalam kepekatan yang tinggi dan kandungan kelembapan yang rendah . Ini menyebabkan jarak penglihatan menjadi kabur atau kurang jelas.

Partikel daripada punca di atas menyerap dan menyerakkan cahaya matahari

Partikel bercampur dengan wap air

Udara nampak samar kerana partikel terampai dan kering (kelembapan air kurang daripada 95%)

Mengurangkan jarak penglihatan dan seterusnya menjejaskan penglihatan

INDEKS PENCEMARAN UDARA (IPU)


IPU diperolehi daripada pengukuran habuk yang halus (10 mikron ke bawah) dan beberapa jenis gas yang boleh menjejaskan kesihatan iaitu karbon monoksida, sulfur dioksida, nitrogen dioksida dan ozon. Digunakan untuk mengetahui kualiti udara dan kesannya terhadap kesihatan.

Nilai IPU Status : 0 - 50 - Baik 51- 100 - Sederhana 101- 200 - Tidak sihat 201- 300 - Sangat tidak sihat 301- 500 - Berbahaya

PUNCA JEREBU

SEMULAJADI

PERBUATAN MANUSIA

CUACA

PEMBAKARAN HUTAN PEMBAKARAN TERBUKA

GUNUNG BERAPI

PERINDUSTRIAN

PENINGKATAN KENDERAAN

PUNCA JEREBU SECARA SEMULAJADI

Fenomena pemanasan global yang sedang berlaku di muka bumi ini menyebabkan keadaan cuaca di kawasan hutan hujan tropika memeng terlalu panas sehingga menyebabkan tumbuh tumbuhan terbakar dengan sendirinya.

CUACA

Contohnya : Keadaan jerebu yang paling serius di alami pada tahun 1997 di negara kita adalah disebabkan oleh pembakaran terbuka di Kalimantan yang menjilat sebahagian besar kawasan hutan. Pembakaran ini menimbulkan masalah besar kepada Thailand , Singapura , Brunai , Filipina dan juga negara kita. Hasil pembakaran ini menghasilkan gas karbon monoksida yang paling berbahaya dimana ia boleh menyebabkan maut jika dihidup untuk jangkamasa yang panjang.

GUNUNG BERAPI
Letusan-letusan gunung berapi yang besar seperti ini banyak mengeluarkan bahan-bahan seperti habuk dan gas-gas ke dalam udara. Contohnya : Letusan Gunung Krakatua (1883) dan letupan Gunung Agung (1963).

PUNCA PUNCA ( KEGIATAN MANUSIA )

Pembakaran hutan secara besar besaran


Fenomena pemanasan global yang sedang berlaku di muka bumi ini menyebabkan keadaan cuaca di kawasan hutan hujan tropika memang terlalu panas sehingga menyebabkan tumbuh tumbuhan terbakar dengan sendirinya.

Contohnya : Keadaan jerebu yang paling serius di alami pada tahun 1997 di negara kita adalah disebabkan oleh pembakaran terbuka di Kalimantan yang menjilat sebahagian besar kawasan hutan. Pembakaran ini menimbulkan masalah besar kepada Thailand , Singapura , Brunai , Filipina dan juga negara kita. Hasil pembakaran ini menghasilkan gas karbon monoksida yang paling berbahaya dimana ia boleh menyebabkan maut jika dihidup untuk jangkamasa yang panjang.

Pembakaran secara terbuka tanpa kawalan


Pembakaran terbuka yang dilakukan untuk menghapuskan sampah sarap, pembakaran jerami oleh pesawah untuk penanaman semula padi menyebabkan asap meliputi kawasan luas dan menyebabkan jerebu.

Peningkatan jumlah kenderaan


Terdapat 9.3 juta buah kenderaan di jalan raya Malaysia. Kenderaaan yang tidak dilengkapi
pengubah pemangkin telah menyebabkan 16.2 tan karbon monoksida dan dua tan sodium dioksida dikeluarkan setiap hari. Kesesakan lalu lintas menyebabkan kenderaan tidak bergerak tetapi mengeluarkan asap pencemar. Gas-gas pencemar ini merupakan bahan terampai yang memenuhi udara dan tidak dapat dibebaskan ke atmosfera dan sebaliknya terperangkap dalam lapisan bumi. Kejadian gas-gas yang terperangkap ini bagai selimut yang menutupi bumi. Peningkatan jumlah kenderaan di jalan raya akan menyebabkan jumlah asap yang dikeluarkan dari paip ekzos kenderaan meningkat dan berlegar-legar di atmosfera dan terperangkap di lapisan ozon serta tidak dapat keluar ke angkasa lepas. Hal ini menyebabkan udara menjadi tebal dan berlakulah jerebu di negara kita.

Kegiatan industri yang tidak terkawal


Kemajuan negara bergantung pada pendapatan dari bidang perindustrian. Namun, sikap pengusaha kilang menyebabkan asap-asap dari kilang yang dilepaskan ke udara telah mencemarkan udara di negara kita.

Sambung.
Asap yang dikeluarkan dari kilang tanpa tapis mengandungi sulfur dioksida dan nitrogen yang boleh mengakibatkan udara menjadi berjerebu. Situasi ini bertambah buruk apabila ada pihak pengusaha kilang yang memasang corong asap yang terlalu rendah sehingga menyalurkan asap beracun ke udara. Pelepasan asap kilang yang tidak terkawal dan tidak mengikut prosedur tertentu akan memburukkan keadaan jerebu di negara kita lagi.

KESAN-KESAN JEREBU
KESIHATAN

KESELAMATAN

AKTIVITI HARIAN

KESAN

ALAM SEKITAR

SEKTOR EKONOMI

Kesihatan
Karbon Monoksida, sulfur dioksida, nitrogen dioksida, ozon, habuk dan logam mengancam kesihatan manusia terutamanya golongan kanak-kanak, warga tua dan juga kepada mereka yang menghidapi penyakit tertentu.
JEREBU MENGANCAM KESIHATAN ANDA

CEGAHLAH PENYAKIT AKIBAT JEREBU

AKTIVITI HARIAN
Kejadian jerebu menyekat aktiviti seharian yang menjadi rutin kepada seseorang. Penduduk juga disarankan supaya mengelakkan daripada membuat aktiviti luar untuk mengelakkan masalah kesihatan. Dengan ini, mereka menghadapi masalah dalam mencari sumber pendapatan. Penduduk yang bekerja sebagai petani dan nelayan terpaksa mencari alternatif lain untuk mencari pendapatan buat sementara waktu

Sektor Ekonomi - Jerebu turut menjejaskan sektor ekonomi terutamanya industri pelancongan yang merupakan sumber utama pendapatan negara.

Alam Sekitar- Jerebu yang teruk boleh menjejaskan pemandangan alam sekitar. Habuk-habuk yang menutupi daun dan dahan pokok mengakibatkan proses fotosistesis tersekat sekaligus membantutkan pertumbuhan pokok.

Keselamatan - Jerebu yang tebal juga mengancam keselamatan terutamanya kepada pemandu kenderaan di mana tahap penglihatan yang terhad menyukarkan pemandu memandu dan akhirnya boleh mnyebabkan kemalangan.

Kandungan gas-gas yang merbahaya yang terdapat dalam jerebu boleh menyebabkan hujan asid. Tindak balas gas ini dengan wap air dalam udara membentuk asid nitrik dan asid sulfurik lemah. Apabila hujan, ia dikenali sebagai hujan asid. Boleh memusnahkan tumbuh tumbuhan, merosakkan binaan, mencemarkan air dan mengancam hidupan air. Kesihatan manusia terjejas.

LANGKAH MENGATASI JEREBU


LARANGAN PEMBAKARAN TERBUKA

PEMBENIHAN AWAN

KEMPEN HIJAU

PERANAN IBU BAPA

PERANAN NGO

PERJANJIAN ASEAN

1) LARANGAN PEMBAKARAN TERBUKA

-Profesor Eric Goh, penyelidik USM memberitahu dalam sidang akhbar supaya
rakyat boleh memandang ringan terhadap masalah jerebu. Tegasnya, rakyat perlu mengelak pembakaran terbuka yang merupakan punca utama berlakunya jerebu. -Menurut Syahrumie Ali( Ketua Balai Bomba & Penyelamat Miri), tindakan tegas mendenda individu perlu dilakukan untuk menghentikan pembakaran terbuka. Menurut beliau, denda yang dikuatkuasakan mampu menakutkan orang ramai agar mereka tidak melakukan pembakaran terbuka. Individu yang dikesan lakukan pembakaran terbuka akan didenda antara RM200 hingga RM2000. 2) PEMBENIHAN AWAM
-S.Santhira,(Pengarah Jabatan Meteorologi Pulau Pinang) menyatakan bahawa pihaknya sudah melakukan 10 siri penerbangan pembenihan awan membabitkan kos RM500,000 untuk menghasilkan hujan bagi mengatasi masalah jerebu. -Iodin perak @ ais kering akan ditabur untuk turunkan suhu awan. Ais kristal akan terbentuk dan semakin besar lalu ditarik oleh graviti, ia akan jatuh ke bumi dan bertukar menjadi titisan air apabila cair akibat daripada suhu bumi yang panas. -Jurucakap Jabatan Perkhidmatan Kaji Cuaca Negeri Sarawak, berkata bahawa pembenihan awan dapat hasilkan hujan dan ia secara tidak langsung dapat menangani jerebu.

3) KEMPEN HIJAU -Kerajaan dan pertubuhan alam sekitar seperti Tabung Alam Malaysia(WWF Malaysia) & Persatuan Pencinta Alam (MNS) berusaha memupuk kesedaran penjagaan alam melalui pelbagai kempen. -Kita menyambut Hari Alam Sekitar Sedunia dan Minggu Alam Sekitar Malaysia setiap tahun. Objektif utama sambutan seperti ini adalah untuk meningkatkan kesedaran alam sekitar dikalangan rakyat. -Ini membolehkan rakyat melibatkan diri dalam aktiviti menyelamatkan alam sekitar dengan menanam tumbuh-tumbuhan di sekitar kawasan rumah, pejabat, sekolah. Pokok-pokok hijau dapat menyerap karbon dioksida di udara. -Kempen kesedaran juga dapat dilakukan melalui penerbitan majalah dan risalah. Contohnya, Majalah Era Hijau diterbitkan oleh Universiti Putra Malaysia untuk Jabatan Alam Sekitar setiap tiga bulan. Majalah ini diedarkan secara percuma ke perpustakaan sekolah di seluruh negara. -Di Georgetown, Syarikat Petronas telah menerbitkan 15 jilid majalah alam sekitar bertajuk Our World untuk diedarkan ke semua sekolah di seluruh negara. Naib Presiden Bahagian Pendidikan Petronas, Datuk Dr Rosti Saruwono, berkata majalah ini akan menjadi pemangkin kepada sekolah untuk menjaga alam sekitar.

6) PERANAN BADAN BUKAN KERAJAAN (NGO) -dlm Rancangan Malaysia Kesembilan 2006-2010, usaha mempromosi dan memupuk budaya dan amalan mesra alam di kalangan rakyat Malaysia akan dipergiat dgn penglibatan aktif sektor swasta dan NGO. - pd thn 2002, Pertubuhan NGO Alam Sekitar Malaysia (MENGOs) diwjdkan utk menggabung 18 NGO berkaitan dengan alam sekitar. -ia bertujuan mengukuh kerjasama dan integrasi dlm usaha meningkatkan kesedaran terhadap alam sekitar -Program Bandar Lestari-Anugerah Alam Sekitar telah dilancarkan pa thn 2005 dan Kuantan,Pahang merupakan negeri pertama yang menerima anugerah tersebut. -peranan NGO adalah meluas dalam menyemai budaya dan amalan mesra alam sekitar di semua peringkat masyarakat.

JEREBU DI MALAYSIA
Peristiwa-peristiwa berikut berlaku di sekitar kawasan Shah Alam pada 12 Jun 2009. Kelihatan jerebu tebal menyelimuti awan dan menghalang pandangan, bangunan-bangunan tinggi yang biasanya kelihatan indah dan menarik, pada jam 8.30 pagi ini masih dilindungi jerebu dan kelihatan kabur serta tidak puas mata memandang.

Di kawasan Taman Perumahan Jalan Batu Tiga Lama

Gambar ini diambil ketika berada di atas bulatan Megawati, Shah Alam

Berhampiran Sek.Men.Teknik Jalan Batu Tiga Lama, Shah Alam

Pada 12 Jun 2009, Hospital Pulau Pinang mengeluarkan nasihat kesihatan jerebu.
Nasihatnya seperti berikut: Elakkan kegiatan merokok Elakkan aktiviti di luar rumah Minum air kosong sekurangkurangnya 8 gelas. Jaga kebersihan dalam rumah Memakai alat lindungan diri (mask)

PEMBENIHAN AWAN 10 SIRI ATASI JEREBU


Jabatan Meteorologi Pulau Pinang melakukan 10 siri penerbangan pembenihan awan membabitkan RM500,000 untuk menghasilkan hujan pada 18 October 2006

MALAYSIA BANTU MASALAH JEREBU


Malaysia membantu melaksanakan sistem perparitan terancang untuk megurangkan pembakaran di Rokam Hilir, Riau, Indonesia. Pakar-pakar akan mengajar petani di kawasan terbabit megenai sistem tersebut. Mereputkan sisa kelapa sawit bagi menggantikan amalan pembakaran secara terbuka. Malaysia bekerjasama dengan Indonesia untuk megurangkan masalah ini.

Peristiwa jerebu merah ini berlaku pada 16 september 2009 di Sydney

KESIMPULAN
Kita sudah sedia maklum bahawa jerebu adalah perbuatan manusia. Semua pihak harus bersinergi dalam mengatasi masalah jerebu seperti pepatah berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Kaji Cuaca Malaysia, Dr Yap Kok Seng meminta agar usaha yang berterusan perlu digembleng untuk mendidik dan meningkatkan kesedaran seluruh lapisan masyarakat supaya menghayati amalan mesra alam dalam seluruh aspek kehidupan. Disamping itu, kerjasama antara negara-negara Asean menguatkuasakan Perjanjian Jerebu ASEAN adalah sangat penting. Menurut Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, pengurusan alam semulajadi yang sistematik perlu diberi perhatian bagi memastikan pembangunan negara secara lestari dan bersifat mesra alam. Marilah kita bersama-sama berganding bahu untuk menangani masalah jerebu agar masa depan Malaysia maju, harmoni dan sihat.

J E R E B U

JAGA ALAM SEKITAR


ELAKKAN PEMBAKARAN TERBUKA RAJIN MENANAM POKOK ELAKKAN ASAP KENDERAAN

BERFIKIR SEBELUM BERTINDAK


UNTUK KEBAIKAN BERSAMA

BIBLIOGRAFI

Ab. Latif Ibrahim (1992). Pembangunan dan Kesannya Terhadap Alam Sekitar di Malaysia: Satu Pendekatan Geografi, Bahagian Geografi Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia. Chan Ngai Weng (2002). Pembangunan, Pembandaran dan Peningkatan Bahaya dan Bencana di Malaysia, Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia. Department of Environmental (1989). Environmental Quality Report 1988. Kuala Lumpur: Ministry of Sciences, Technology and the Environment. Mohmadisa Hashim dan Mohamad Suhaily Che Ngah (2005). Pembangunan dan Alam Sekitar Di Malaysia, Perak: Universiti Pendidikan Sultan Idris. Sham Sani, Abdul Samad Hadi (1990). Pembangunan dan Alam Sekitar di Malaysia Isu dan Pengurusannya, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Sumber Akhbar
PEMBENIHAN AWAM PULAU PINANG, OKTOBER 2006 BERITA HARIAN PERKUKUH KESEDARAN KELESTARIAN ALAM, SEPTEMBER 6,2006 GEORGETOWN: MAJALAH ALAM SEKITAR, OGOS 4 ,2006. PEMBENIHAN AWAN BERHASIL, OGOS 23,2006.

Sumber internet
http://www.sabah.org.my/bm/kenali_sabah/alam_jerebu.asp http://www.mail-archive.com/jenaka@yahoogroups.com/msg00643.html http://anelyza.blogspot.com/2009/09/faktor-jerebu.html

RENUNGAN VIDEO

TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai