Anda di halaman 1dari 2

FAKULTI SAINS KOMPUTER & SISTEM MAKLUMAT SYARAT KEMASUKAN Memenuhi Syarat Am Universiti dan Keperluan Khas Program.

Syarat Am Universiti 1. Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf dengan mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia atau kepujian Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia Kertas Julai. Dan 2. Mempunyai Diploma atau kelulusan lain yang diiktiraf setaraf dengannnya oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat Universiti. Dan 3. Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 1 (Band 1) dalam Malaysian University English Test (MUET).

KEPERLUAN KHAS PROGRAM

Sarjana Muda Sains Komputer (Kejuruteraan Perisian) - (SCJ) 1. Memiliki Diploma Sains Komputer dari UTM/setaraf dengan mendapat PNGK sekurangkurangnya 2.50 atau; Bagi calon-calon yang mendapat PNGK kurang dari 2.50 tetapi mempunyai sekurang-kurangnya 2 tahun pengalaman bekerja dalam bidang yang dipohon juga layak memohon. 2. Lulus dengan kepujian dalam mata pelajaran Matematik di peringkat SPM/setaraf atau mendapat sekurangkurangnya Gred C dalam salah satu mata pelajaran Matematik di peringkat Diploma.

3. Calon dikehendaki menghantar keputusan peperiksaan yang lengkap semasa Diploma (daripada semester pertama hingga semester akhir) ke UTM. Calon juga dikehendaki mengemukakan salinan Diploma atau surat pengesahan tamat pengajian. Catatan: Tahun kemasukan dan tempoh pengajian sebenar adalah tertakluk kepada pengecualian kredit yang diluluskan oleh UTM.

*Calon-calon hendaklah mengemukakan salinan Lembaga Akreditasi Negara (LAN).

Sarjana Muda Sains Komputer (Kejuruteraan Multimedia & Grafik) - (SCV) 4. Memiliki Diploma Sains Komputer dari UTM/setaraf dengan mendapat PNGK sekurangkurangnya 2.50 atau; Bagi calon-calon yang mendapat PNGK kurang dari 2.50 tetapi mempunyai sekurang-kurangnya 2 tahun pengalaman bekerja dalam bidang yang dipohon juga layak memohon. 5. Lulus dengan kepujian dalam mata pelajaran Matematik di peringkat SPM/setaraf atau mendapat sekurangkurangnya Gred C dalam salah satu mata pelajaran Matematik di peringkat Diploma.

6. Calon dikehendaki menghantar keputusan peperiksaan yang lengkap semasa Diploma (daripada semester pertama hingga semester akhir) ke UTM. Calon juga dikehendaki mengemukakan salinan Diploma atau surat pengesahan tamat pengajian. Catatan: Tahun kemasukan dan tempoh pengajian sebenar adalah tertakluk kepada pengecualian kredit yang diluluskan oleh UTM.

*Calon-calon hendaklah mengemukakan salinan Lembaga Akreditasi Negara (LAN).

Anda mungkin juga menyukai