Anda di halaman 1dari 4

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU KERTAS KERJA KEJOHANAN BOLA TAMPAR LELAKI TERTUTUP IPG KAMPUS

BAHASA MELAYU 2012

1.0

TUJUAN Tujuan kertas kerja ini adalah untuk mengadakan Kejohanan Bola Tampar Lelaki Tertutup IPG Kampus Bahasa Melayu 2012 yang hanya akan disertai oleh para pelajar lelaki IPG KBM.

2.0

LATAR BELAKANG Para pelajar merupakan aset negara yang akan membimbing masyarakat pada masa hadapan. Kesinambungan profesionalisme keguruan adalah merupakan tanggungjawab yang harus dipikul oleh para pelajar untuk memastikan profesionalisme keguruan ini terus berkembang sejajar dengan aspirasi negara.

Dalam aktiviti ko-kurikulum, aspek organisasi dan pentadbiran sukan adalah satu perkara yang amat dititikberatkan untuk memastikan sesuatu aktiviti sukan dapat dilaksanakan dengan jayanya. Melalui projek pertandingan bola tampar ini, diharapakan para pelajar dapat menimba pengetahuan dan pengalaman mengurus, mengendali dan mentadbir sesuatu pertandingan dengan cemerlang.

3.0

ASAS PERTIMBANGAN Memberi pendedahan dan pengetahuan kepada para pelajar mengendalikan pertandingan bola tampar serta memberi peluang;

3.1 3.2 3.3 3.4

Memperkembangkan potensi pelajar dalam bidang sukan. Memberikan peluang kepada para pelajar melibatkan diri dalam sukan. Menggilap potensi individu dan rasa tanggungjawab. Memberi peluang kepada para pelajar untuk merancang sesuatu pertandingan dari semua aspek.

3.5 4.0

Meningkatkan semangat kesukanan dan kekitaan.

CADANGAN Cadangan Kejohanan Bola Tampar Lelaki Tertutup IPG KBM 2012 akan diadakan mengikut ketetapan berikut :

Tarikh Tempat Masa Peserta Format

: : : : :

3 Mac 2012 (Sabtu) Gelanggang Bola Tampar, IPG KBM 8.00 pagi 2.00 petang Pelajar lelaki IPG KBM Round-Robin

5.0

IMPLIKASI
5.1 5.2 5.3 5.4 5.5 5.6 5.7 5.8

Senarai nama AJK Senarai bidang tugas Anggaran perbelanjaan Borang pendaftaran Peraturan pertandingan Aturcara pertandingan Jadual pertandingan Borang keputusan

: Rujuk lampiran 1 : Rujuk lampiran 2 : Rujuk lampiran 3 : Rujuk lampiran 4 : Rujuk lampiran 5 : Rujuk lampiran 6 : Rujuk lampiran 7 : Rujuk lampiran 8

5.9 5.10

Senarai keseluruhan alatan Senarai hadiah

: Rujuk lampiran 9 : Rujuk lampiran 10

5.11

Pelan susunan dan kedudukan semasa pertandingan. : Rujuk lampiran 11

6.0

KESIMPULAN Penganjuran kejohanan seperti ini amatlah bermakna buat semua guru pelatih yang akan ditempatkan di sekolah-sekolah seluruh Malaysia suatu hari nanti. Hal ini kerana pendedahan dan latihan awal mengenai penganjuran dan pentadbiran satu-satu program dapat melatih dan menyediakan diri kesemua bakal guru dengan ilmu yang sepatutnya. Pengalaman dan kemahiran yang diperoleh menerusi program seperti ini juga amatlah membantu dalam meningkatkan penguasaan ilmu dan kemahiran seperti komunikasi dan interpersonal. Diharapkan dengan adanya program-program seperti ini dapat membantu menghasilkan guru yang berkualiti.

7.0

SYOR Jawatankuasa Kejohanan Bola Tampar Lelaki Tertutup IPG Kampus Bahasa Melayu 2012 memohon agar cadangan ini dapat dipertimbangkan sekali gus meluluskan kertas kerja ini.

Sekian, terima kasih.

Disediakan oleh :

( FATEHAH BINTI ZULKIFLI ) Setiausaha, Kejohanan Bola Tampar Lelaki Tertutup IPG KBM 2012.