Anda di halaman 1dari 2

RESEPI 1 BISKUT SHORTBREAD Sumber : Rnet Bahan (utk base biskut) 120g tepung gandum 50g gula kastor

40g serbuk badam 100g butter 45g susu tepung Cara 1. Alas loyang cutter dengan kertas kuih 2. Gaul kesemua bahan hingga sebati (adunan akan menjadi serbuk roti). 3. Masukkan adunan ke dalam acuan. Tekan/canai adunan sehingga padat dan rata dlm acuan dan cucuk ngan garfu base tersebut. 4. Tekan alat pemotong ke dalam adunan biskut dan bakar pada suhu 180 selama 12. 5. Bila biskut masak, keluarkan alat pemotong dan biarkan sehingga biskut sejuk sebelum dihias dengan coklat. Bahan Hiasan 200g coklat masakan (boleh tambah jika suka banyak coklat) + sedikit shortening 100g coklat orange/putih/strawberry Cara 1. Cairkan coklat masak + shortening, kemudian tuang atas biskut yg telah disejukkan tadi. 2. Cairkan coklat putih, masukkan ke dalam beg piping dan lorekkan atas coklat masak. 3. Tarik coklat putih dengan lidi utk dijadikan corak batik. 4. Masukkan semula alat pemotong kek ke dlm biskut dan sejukkan dlm fridge selama 10 atau sehingga coklat telah keras 5. Bila coklat dah beku, keluarkan alat pemotong dan pisahkan biskut sebelum menyimpan biskut dlm bekas kedap udara.

RESEPI 2 CORNFLAKES SHORTBREAD sumber : rinchan BAHAN-BAHAN : 250gm butter 70gm gula caster 250gm tepung gandum 3sb tepung ubi 1sb tepung jagung 50gm cornflake, dikisar halus 30gm badam kisar Cara 1. Lengser tray dengan majerin 2. Pukul butter + gula hingga kembang. 3. Ayak semua tepung dan gaulkan dengan serbuk badam + cornflake kisar. 4. Campurkan sedikit demi sedikit tepung ke dalam bancuhan butter dan uli hingga menjadi doh,

tidak melekat di tangan. Kalau melekat tambah sedikit tepung. 5. Tekan dalam loyang hingga padat dan bakar...dah masak keluarkan cutter.

Posted by maklang azie at 7:23 PM

Snow almond
Bahan-bahan ( bergantung saiz penerap yg diguna )

BAHAN A: 200gm butter 100gm gula kastor 1 sudu besar shortening 1 sudu kecil esen kopi 1 biji kuning telur BAHAN B: 220gm tepung gandum 70gm tepung ubi 50gm nestum - dikisar 40gm badam kisar 1 sudu besar coffeemate - saya guna susu tepung HIASAN: Coklat masakan - dicairkan white breadcrumb

Cara-cara
1. Pukul butter,gula dan shortening hingga sebati. Masukkan esen kopi dan kuning telur. Gaulkan rata. 2. Satukan kesemua bahan B dan masukkan ke dalam adunan A, sedikit demi sedikit. 3. Uli dan canai doh, terap menggunakan acuan pilihan anda. 4. Bakar pada suhu 175cc selama 20minit. Angkat dan biarkan sejuk dahulu. 5. Setelah sejuk, celupkan ke dalam coklat masakan yang telah dicairkan. Kemudian golekkan pula ke dalam serbuk roti putih tadi. 6. Setelah coklat kering, bolehlah simpan dalam bekas kedap udara.