Anda di halaman 1dari 3

Unit Bimbingan Dan Kaunseling SMKSH

psikologi

PSIKOLOGI
Bidang psikologi kini semakin penting dan berkembang dalam masyarakat memandangkan bidang ini mempunyai kaitan langsung dengan kelakuan manusia. Bidang ini merupakan satu profesion yang memerlukan seseorang yang melibatkan diri di bidang ini berkemahiran, berkebolehan serta berpengetahuan bagi menyelesaikan masalah-masalah yang berlaku kepada manusia. Daripada segi definisi, psikologi ialah suatu disiplin kajian dan pengurusan saintifik berkaitan dengan tingkah laku manusia. Bidang psikologi adalah suatu bidang yang luas yang boleh dipecahkan kepada beberapa pengkhususan termasuk psikologi kaunseling; klinikal; pendidikan; industri dan organisasi; perkembangan; ergonomik dan psikologl sosial. Psikologi kaunseling ialah perhubungan menolong yang sistematik berasaskan kaunseling bagi menghasilkan perubahan oleh individu. Mereka yang mengendalikan psikologi kaunseling dipanggil kaunselor. Kaunseling merupakan satu proses di mana kaunselor membantu klien membuat tafsiran terhadap fakta yang berkaitan sama ada dengan membuat pemilihan keputusan, perancangan ataupun pelarasan yang lebih baik perlu dilakukannya. Bagi mereka yang melibatkan diri di bidang psikologi klinikal, perlu menilai dan merawat pesakit yang mengalami masalah psikologi. Mereka menggunakan pelbagai kaedah berkaitan ilmu psikologi dalam memberi kaunseling dan terapi. Selain itu, ahli psikologi sentiasa bekerjasama dengan doktor-doktor, ahli psikiatri dan kakitangan perubatan dalam menangani masalah yang dihadapi pesakit. Bidang psikologi pendidikan pula menawarkan kaunseling dan bantuan kepada pelajar remaja yang menghadapi masalah di bidang pelajaran dan perkembangan tingkah laku. Mereka ini sentiasa memberi kerjasama kepada klien, iaitu pelajar serta guru-guru dan ibu bapa. Sementara bidang psikologi industri dan organisasi melibatkan permasalahan yang berhubung dengan perlakuan organisasi dan pekerja. Bidang ini menyentuh hal-hal berkaitan kepuasan bekerja dan stres; dinamika kumpulan; komunikasi interpersonal; masalah kesatuan sekerja; kepemimpinan dan pengaruh; prejudis dan diskriminasi dalam organisasi; permasalah kembangan organisasi; latihan dan pembangunan kerjaya. Bidang psikologi menjanjikan peluang kerjaya yang disiplin cukup baik sama ada di sektor awam, swasta atau menjalankan perkhidmatan perundingan. Anda boleh berkhidmat sebagai pensyarah, kaunselor, pakar pemulihan, pembangunan sosial, pembantu sosial, penyelidik, pentadbir, industri pegawai perjawatan, eksekutif sumber manusia, eksekutif latihan dan perunding. CIRI-CIRI PERIBADI YANG DIPERLUKAN (i) (ii) (iii) (iv) (iv) (v) Minat terhadap profesion ini Minat terhadap orang dan kelakuan manusia Matang dan stabil aspek emosi Seorang yang sabar, berkemahiran mendengar dan menangani permasalahan Mampu menyimpan rahsia klien Memiliki kemahiran berkomunikasi

Manmohan Singh /03/08/2010

muka surat 1/3

Unit Bimbingan Dan Kaunseling SMKSH

psikologi

(vii) Empati (viii) Mampu berfikir secara kreatif (ix) Berupaya memberi bantuan dan menyelesaikan masalah (x) Mempunyai kebolehan menganalisis dan menilai (xi) Mahir dalam statistik dan matematik SYARAT MENCEBURI BIDANG INI Seperti kebanyakan bidang profesional lain, untuk menceburi bidang psikologi ini memerlukan seseorang itu memiliki sekurang-kurangnya ijazah sarjana muda dan universiti dalam atau luar negara. TEMPAT MELANJUTKAN PENGAJIAN Pada masa ini universiti tempatan yang menawarkan psikologi ialah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Universiti Malaysia Sabah (UMS). Manakala universiti tempatan lain yang menawarkan bidang yang lebih khusus iaitu kaunseling ialah UKM, UIAM, Universiti Malaya(UM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Universiti Putra Malaysia (UPM). Universiti Pendidikan Sultan Idnis (~ UTM dan UPM menawarkan kursus bidang pendidikan bimbingan dan kaunseling. UMS turut menawarkan kursus psikologi industri dan organisasi. Semua universiti ini menawarkan pengajian di peringkat sarjana muda. Terdapat banyak universiti luar negara menawarkan kursus ini termasuk Amerika Syarikat, United Kingdom dan Indonesia. SYARAT YANG DIPERLUKAN UNTUK MELANJUTKAN PENGAJIAN Pengambilan untuk memasuki universiti tempatan memerlukan syarat yang berbeza-beza. UKM, UPM, UMS dan 1251 mengambil pelajar dan lepasan STPM. UTM mengambil pelajar lepasan SPM/SPMV, sementara UIAM membuka peluang kepada lepasan SPM/SPMV melalui program matrikulasi dan STPM. UKM mengambil calon yang lulus STPM dengan mendapat sekurang-kurangnya tiga prinsipal termasuk prinsipal C dalam pengajian am serta kepujian bahasa Melayu dan matematik atau mana-mana mata pelajaran sains di peringkat SPM/SPMV. (i) UPM dan UM memerlukan calon lulus STPM dengan mendapat tidak kurang daripada tiga prinsipal termasuk pengajian am. Calon juga perlu lulus bahasa Melayu, matematik dan sains di peringkat SPM. (ii) UIAM mengambil calon lepasan SPM/SPMV pangkat satu. Mencapai sekurang-kurangnya C5 mata pelajaran bahasa lnggeris serta kepujian lima mata pelajaran termasuk Pendidikan Islam. UIAM juga mengambil pelajar lepasan STPM dengan syarat mendapat sekurang-kurangnya tiga prinsipal serta kepujian bahasa Melayu dan bahasa Inggenis di peringkat SPM/SPMV. UMS memerlukan calon lulus STPM dengan mendapat sekurang-kurangnya tiga prinsipal termasuk pengajian am. Keutamaan diberi kepada calon yang mendapat kepujian matematik di peringkat SPM/SPMV.

Manmohan Singh /03/08/2010

muka surat 2/3

Unit Bimbingan Dan Kaunseling SMKSH

psikologi

(iii) (iv)

UPSI memerlukan calon lulus tiga prinsipal di peringkat STPM serta kepujian bahasa Melayu di peringkat SPM/SPMV. UTM mengambil pelajar lepasan SPM/SPMV. Calon perlu mendapat kepujian sekurang-kurangnya lima mata pelajaran termasuk bahasa Melayu dan matematik. Calon yang memohon mengikuti kursus ini akan melalui temuduga dan ujian psikologi yang dikendalikan oleh Fakulti Pendidikan.

Manmohan Singh /03/08/2010

muka surat 3/3