Anda di halaman 1dari 9

Latar Belakang Kepercayaan Etnik Kadazandusun

Daripada perspektif naratif lisan (mitos dan legenda) orang Kadazandusun bukun berasal dari tempat lain, sebagaimana yang dinyatakan oleh saintis sosial dan sejarawan. Kinoringan dan isterinya telah mencipta alam semesta di Sabah dengan tanda-tanda alam seperti Gunung Kinabalu sebagai pusat bumi, dan Pulau Mantanani untuk bertugas mengimbangi keadaan bentuk muka bumi yang tidak cukup berat.

Pasangan tuhan mereka telah mencipta manusia pertama di bumi Sabah dan bukannya di tempat lain. Semua legenda penghijrahan Kadazandusun didapati turut menonjolkan persepsi masa nenek moyang Kadazandusun, bahawa semua suku dan subsuku Kadazandusun yang ada di Sabah pada masa kini, sama ada berasal dari tempat yang dikenali sebagai Nunuk Ragang, Kampung Inai, Tuaran atau Kuala Penyu (Dusun Tatana). Dengan kata lain, buku ini menonjolkan persepsi masa silam orang Kadazandusun, bahawa nenek moyang mereka tidak lain dan tidak bukan ialah manusia yang dipercayai mereka itu pada asalnya berasal dari bumi Sabah.

Kajian ini juga mendapati bahawa sistem kepercayaan orang Kadazandusun pada masa silam bukan bercirikan paganisme atau animisme tetapi politeisme. Sebelum ini, pengkaji sistem kepercayaan Kadazandusun melabelkan nenek moyang

Kadazandusun sebagai pagan atau animis. Berdasarkan interpretasi daripada teks mitos didapati orang Kadazandusun masa silam telah mempercayai tentang dewa-dewi yang berhierarki. Dengan kata lain, nenek moyang orang Kadzandusun bukunnya tidak beragama (pagan), atau hanya percaya pada semangat (animis) semata-mata.

Sistem kepercayaan politeisme Kadazandusun seperti ini mempunyai ciri-ciri yang mirip kepada sistem kepercayaan politeisme bangsa bertamadun lain seperti orang Yunani, Cina dan Hindu. Dengan itu, boleh dikatakan orang Kadazandusun juga merupakan satu rumpun bertamadun, yang mempunyai sistem kepercayaan politeisme yang tersendiri.

Kepercayaan Masyarakat Kadazandusun Pada awalnya,masyarakat Kadazandusun di Sabah mengamalkan kepercayaan animisme. kepercayaan ini diwarisi berasaskan fahaman dan adat "pagan" kaum. Bagi masyarakat Kadazandusun, Tuhan ialah "Kinorohingan" yang bersemayam di dunia lain. Mengikut kepercayaan kaum Kadazandusun, Kinorohingan merupakan tuhan di mana mereka meminta sesuatu seperti keselamatan dan perlindungan dari sebarang penyakit. Kinorohingan juga dapat menghalang pengaruh kuasa ghaib seperti "Roogon" atau syaitan. Masyarakat Kadazandusun mempercayai bahawa roh orang mati akan pergi ke Gunung Kinabalu dan apabila tiba masanya roh itu akan pergi ke syurga atau neraka. Setiap tahun selepas menuai padi, masyarakat Kadazandusun mengadakan upacara "Magavau" iaitu upacara kesyukuran bagi menghormati semangat padi. Upacara ini dijalankan oleh "Bobohizan" atau ketua bomoh dengan membaca mentera. Namun demikian,pada hari ini semakin ramai masyarakat Kadazandusun yang telah memeluk agama Kristian dan agama Islam. Humabot Upacara Humabot ialah adat suku kaum Kadazandusun yang diamalkan oleh nenek moyang suku kaum ini apabila mendirikan rumah baru. Sebuah keluarga suku kaum ini yang akan mendirikan rumah akan meminta Bobohizan untuk menjampi tanah tapak rumah itu ddirikan. Bobohizan memasukkan benda-benda seperti garam, butang baju dan kayu sapad ke liang tanah tempat tiang dipacakkan. Selepas itu Bobohizan akan merenjis air disekitar kawasan tapak rumah sambil membaca mantera, ini bertujuan untuk menghalau roh-roh jahat yang berkeliaran di tapak rumah tersebut yang dipercayai akan mendatangkan malapetaka ataupun dalam bahasa Kadazandusun ''kopizo''. Tiang akan dipacakkan jika tuan rumah termimpi baik, tetapi jika sebaliknya, maka tapak tiang akan dialihkan sedikit dari tapak asal. Apabila rumah sudah didirikan, Bobohizan akan dipanggil lagi dan kali ini upacara ''momodu'' atau memandikan rumah akan dijalankan. Bobohizan akan membaca mantera sambil kaum lelaki akan menyalakan apai pada bambu yang hujungnya dibungkus dengan getah (sikalap) dan membawa obor ini mengililingi rangka-rangka

atap rumah sambil bertempik sorak atau ''memangkis''. Ini bertujuan untuk menghalau roh-roh jahat pembawa malapetaka. Upacara ini biasanya disambut dengan keramaian dan para jemputan akan dihidangkan dengan jamuan. Tuan rumah juga akan memjemput ketua keluarga yang mempunyai ramai anak yang semua masih ''hidup'', ke rumahnya dan meminta ketua keluarga itu baring sebentar pada alas tidur tuan rumah. Ini dipercayai bertujuan untuk menjemput rezeki yang berpanjangan kepada keluarga tuan rumah itu. Sebulan selepas tuan rumah tinggal di rumah itu maka upacara ''momohontog sisit'' iaitu upacara menghormati tiang rumah akan diadakan ianya merupakan acara keramaian seperti magagung(memukul gong), sumazau dan makan besar. Setahun selepas tuan rumah tinggal di rumah baru itu, upacara magavau akan diadakan untuk memuja semangat rumah. Seminggu selepas magavau diadakan upacara Humabot pula menyusul, upacara ini juga adalah upacara menghormati rumahdan ianya disambut dengan meriah sekali. Tapai akan disediakan untuk menjamu jemputan yang datang. Dalam upacara itu Bobohizan akan menjampi nasi untuk membuat tapai kemudian meletakkanya diatas daun simpur. Air perahan nasi tapai itu akan diminum dan nasinya pula dilontarkan ke dalam ketawai besar (bekas menyimpan padi), ini adalah untuk memberi makan kepada semangat padi ''bambazon'' makan. Kaum lelaki juga akan melontarkan nasi tapai pada daun simpur itu ke dalam ketawai sambil bertempik sorak (memangkis) . Acara ini berterusan sehingga kesemua nas tapai yang diletakkan atas daun simpur itu habis. Upacara Humabot diadakan setiap selang satu tahun selepas ia diadakan dan lima tahun selepas rumah itu dihumi. Upacara ini juga merupakan upacara keramaian iaitu makan besar dimana seekor kerbau akan ditumbangkan sebagai korban. Nenek moyang suku kaum ini mempercayai bahawa sekiranya upacara-upacara menghormati rumah baru ini tidak dilakukan maka malapetaka pasti akan menimpa keluarga yang tinggal dirumah baru itu, penyakit akan berleluasa, perkara-perkara ganjil dan mengerikan akan terjadi dirumah itu seperti beratus-ratus ekor tabuan (potizukon) akan mengelilingi rumah atau biawak akan tiba-tiba muncul dirumah baru itu.

Mitos dan Lagenda Nunuk Ragang Diceritakan orang bahawa, pada zaman dahulu kononnya ada sepohon pokok kayu ara yang besar dan luar biasa keadaannya tumbuh dekat dengan sebuah danau yang dalam. Danau itu letaknya dekat dengan tempat yang sekarang ini bernama Kampung Tampias di daerah Lubuk Sugut, Sandakan. Pokok kayu ara yang disebutkan tadi, keseluruhannya berwarna merah, termasuk daunnya. Dalam bahasa orang-orang Dusun atau Kadazan pokok kayu ara itu disebutnya 'Nunuk Ragang'. 'Nunuk' bererti pokok kayu ara dan 'ragang' bererti merah.

Kebudayaan Kaum Kadazandusun Pesta Menuai (Pesta Keamatan) Pesta Kaamatan (Menuai) disambut oleh Kadazandusun sebagai meraikan tuaian baik, tetapi Pesta Kaamatan juga disambut oleh semua kaum lain Sabah. Pesta Kaamatan disambut sepanjang bulan Mei walaupun perayaan ini hanya pada 30 dan 31 Mei. Kemuncak perayaan Kaamatan adalah peraduan ratu cantik atau unduk ngadau, tarian tradisi, dan upucara kemuncak yang dijalankan oleh Bobohizan "ketua pendita" Pesta Kaamatan bagi kaum Kadazan juga dikenali sebagai 'Tadau Ka'amatan' dalam bahasa Kadazandusun. Kadazan percaya kepada makhluk halus dan dipercayai terdapat lima makhluk halus: Kinoringan(Ketua makhluk halus & Pencipta), Rusod(semangat semua benda hidup kecuali manusia), Koududuwo (semangat manusia), Tombiruo (semangat orang yang telah meninggal), dan Rogon (semangat jahat). Menurut kepercayaan Kadazan, semangat padi merupakan Kinoingan (Kinorohingan dalam dialek Dusun) yang dikenali sebagaiBambaazon, disembah sebagai pencipta dan berkuasa sumber kepada kewujudan. Semangat padi Bambaazon dimuliakan pada pokok padi, beras, dan nasi. Ramai yang mempercayai bahawa "Tanpa padi, tiada kehidupan."

Ketika pesta Kaamatan, penduduk Sabah mengenakan pakaian tradisi mereka dan bersuka-ria. Selain menari Sumazau dengan alat muzik tradisi, tapai (arak beras) dihidangkan sebagai minuman istimewa. Penduduk Sabah akan menyapa sesama mereka dengan ucapan 'Kopivosian Tadau Ka'amatan' atau 'Selamat Hari Menuai'. Makanan tradisional kaum Kadazan-Dusun Antara makanan tradisi yang terkenal di kalangan kaum Kadazan-Dusun

ialah Hinava, Noonsom, Pinaasakan, Bosou, Tuhau, Sup Kinoring Bakas (tidak halal) dan Sup Manuk Lihing. Makanan-makanan ini dapat disediakan dengan pelbagai cara mengikut kebiasaan amalan tradisi kaum Kadazan-Dusun. Hinava Ginapan Makanan tradisional Kadasandusun penampang ini diperbuat daripada ikan segar yang diperap dengan garam dan jus limau nipis. Makanan ini mementingkan kesegaran serta kebersihan untuk mencapai keenakannya. makanan tradisi juga yang terkenal ialah 'sambal' atau 'jeruk' atau lebih dikenali sebagai BOSOU atau TONSOM. Kebiasaannya, bosou ini dikenali sebagai 'tinamba'...oleh sekitar penduduk ranau. Bosou ini adalah daripada daging mentah, kebiasaannya ikan sungai atau hasil buruan. Daging atau ikan mentah ini diperam dengan nasi putih, garam, dan buah dinikmati kepayang sebagai pengawet, dan disimpan di dalam bekas (biasanya daripada tajau kecil) dan ditutup rapat selama seminggu atau sehingga betul-betul telah masak sebelum dapat dimakan. Asasnya, masakan kaum dusun ini adalah makanan yang direbus sahaja. Kebanyakan masyarakat Dusun menggemari sayur-sayuran segar sebagai hidangan yang dinikmati bersama nasi putih.

Tarian Tradisi Tarian Sumazau merupakan tarian tradisi suku kaum Kadazandusun yang terkenal di seluruh Malaysia. Tarian ritualnya memenuhi pelbagai fungsi seperti mengucap kesyukuran yang berkaitan dengan kegiatan menanam dan menuai padi dan untuk menolak bala, menyemah semangat, dan mengubati penyakit. Juga melaluinya ibubapa/keluarga dapat menonton dan memilih bakal menantu yang berpotensi.

Irama Sumazau adalah perlahan. Alat alat pengiring tarian adalah set gong dan gendang. Pasangan penari berhadapan dan menggerak-gerakkan kaki berlangkah kecil, sementara tumit kaki diangkat-turunkan mengikut irama. Ketika menari tangan dikepakkan keluar, gerakannya turun naik seperti burung terbang. Biasanya Sumazau ditarikan semasa hari keramaian majlis jamuan Pesta Kaamatan. Pakaian Kadazan Dusun

Masyarakat Kadazan atau orang dusun merupakan penduduk majoriti Sabah. Perhiasan dan sulaman pada pakaian tradisi Kadazan adalah sederhana berbeza dengan etnik lain. Pakaian kaum lelaki seperti Gaung (Baju lengan panjang), Souva (Seluar panjang hitam dengan ikat pinggang berwarna biru indigo), Kaking atau toogot (Bengkung pinggang hitam), Siga (Penutup kepala), Tupi sinikat (Topi bulat). Pakaian kaum wanita terdapat 3 jenis :Sinuangga baju blaus pendek dan leher berbetuk U dipakai oleh wanita muda. Sinompukung Blaus dengan lengan dan tidak mempunyai sulaman dipakai oleh wanita pertengahan. Kihongon Blaus dengan lengan panjang, dipakai oleh wanita tua dan spesialis ritual Aksesori yang dipakai seperti Himpogot (Tali pinggang), Titimbak (Pin rambut), Hamai (Rantai leher), Simbong (Subang), Paun Kerongsang Kadazan-dusun terkenal dengan kaum yang mempunyai banyak sub-etnik yang kaya dengan budaya mereka sendiri. Oleh itu, setiap kaum dalam kadazan-dusun mempunyai perbezaannya pakaian tradisionalnya yang tersendiri. Contohnya pakaian tradisi bagi etnik dusun bundu di Ranau dan Liwan di Tambunan adalah berbeza dengan pakaian tradisi bagi etnik Lotud di Tuaran dan juga Kimaragang di Kota Marudu. Setiap etnik dalam kaum kadazan-dusun ini mempunyai keunikannya yang tersendiri.

Pakaian ini biasanya dipakai dimusim perayaan seperti pesta kaamatan dan juga upacara khas seperti perkahwinan. Kebiasaannya para gadis dari kaum Kadazandusun akan memperagakan jenis pakaian tradisi ini apabila adanya pertandingan unduk ngadau kaamatan di peringkat negeri Sabah. Antara perbezaan pakaian suku kaum kadazan-dusun ialah seperti berikut: Suku kaum rungus kudat Kaum rungus merupakan kaum kadazan dusun yang tinggal di kawasan kudat. Kaum ini mempunyai perbezaan cirri-ciri pakaian mereka antaranya ciri-ciri pakaian tradisi kaum rungus di kudat ialah mempunyai blaus berwarna hitam bercorak yang dipakai aras dada ke pinggang dipanggil Banat Tondu. Terdapat juga sarong yang dipanggil tapi rinugading selalunyadi pakai hingga paras lutut sahaja. Kain hitam yang berukuran lebar 28-30 sm pula akan disarungkan keleher hingga ke bahu dan berjuntai ke lengan dan terbentuklah pakaian berlengan. Baju kemeja berlengan pendek atau panjang hanya dikhususkan untuk golongan lelaki sahaja terdapat juga siga untuk mengemaskan pakaian tersebut. Selain itu, barangan kemas pula menjadi pelengkap pakaian tradisional kaum kudat,contohnya pemakaian rantai leher atau dipanggil sanadang yang diperbuat daripada kulit kerang atau kima berwarna putih berkilauan dan tulang haiwan. Terdapat juga sanggul atau dipanggil titimbok oleh masyarakat rungus yang dipakaikan kepada pemakai pakaian tersebut. Berabun dan Giring pula merupakan barang kemas antic yang diperbuat daripadalogam emas berbentuk loceng turut melengkapkan pemakaian tersebut. Pemakaian barang kemas adalah satu kemestian bagi kaum dalam kadazan dusun,termasuk dengan kaum papar juga kerana mereka mengenakan barang kemas terhadap pakaian yang dipakai oleh mereka. Suku Kaum Kadazan Dusun Penampang Merupakan kaum utama dalam kaum kadazan dusun.suku kaum ini tinggal di kawasan penampang di pantai barat sabah. Suku kaum kadazan penampang juga mempunyai ciri-ciri pakaian tradisi mereka yang tersendiri menjadikan mereka salah satu daripada

suku kaum yang unik dalam kaum kadazan dusun.Antara cirri pakaian tradisional mereka ialah mempunyai blaus tidak berlengan yang berwarna hitam atau baldu untuk kaum wanita mereka dipanggil sinuangga. Blaus berlengan pendek,berwarna hitam atau baldu pula dikhususkan untuk wanita pertengahan umur atau sinompukung,manakala blaus berlengan pula digunakan oleh wanita golongan tua terutama bobohizan(kinoigan), untuk golongan lelaki pula kemeja berwarna hitam baldu dan berlengan panjang akan dipakai dan pemakaian siga yang mempunyai pelbagai pelbagai corak yang tersendiri. Pemakaian biasanya akan dihiasi dengan renda atau siling utama keemasan pelbagai corak. Kadazan Dusun Papar Merupakan satu daripada kaum dalam masyarakat kadazan dusun dan ciri-ciri pakaian tradisi masyarakat ini ialah memakai blaus baldu hitam berlengan panjang ataupun dipanggil siya oleh penduduk tempatan. Pemakaian baju di dalam yang berwarna putih atau blaus putih pula perlu dilakukan untuk menampakkan perbezaan pakaian kaum ini. Kaum papar juga memakai sarung atau dipanggil gonob berbeza dengan kaum rungus.terdapat juga pemakaian siga khas untuk kaum lelaki dan pemakaian baju kemeja baldu hitam berlengan panjang. Bagi kaum wanita siung digunakan untuk menentukan jenis pemakaian contohnya pemakaian berlulu binatang (burung) yang berwarna untuk wanita bujang dan pemakaian berbunga-bungaan untuk golongan wanita yang sudah berkahwin. Perhiasan pakaian bagi kaum papar terdiri daripada butang berwarna keemasan kubamban sebanyak lapan pasang didada dan siling dan labuci yang dijahit di lengan blaus juga terdapat tenunan yang dipanggil rinanakit bercorak cetusan bintang dijahit secara menegak dan melintang pada sarong (gonop) Bahasa Pengantar Masyarakat Kadazan Dusun Bahasa kadazan dusun ialah satu daripada 50 atau lebih bahasa dan lebih daripada 80 dielet di sabah. Bahasa kadazan dusun dituturkan oleh kebanyakan populasi di Sabah terutamanya di kawasan pendalaman Kota Kinabalu,Penampang,Ranau,Keningau dan

Tambunan.walaupun kadazan dusun terdiri daripada pelbagai kaum yang disatukan tetapi bahasa pengantar yang digunakan oleh kaum-kaum ini adalah sama dan hanya mempunyai sedikit perbezaan seperti bahasa melayu an bahasa Indonesia.Bahasa ini digunakan oleh kaum kadazan dusun dalam melakukan aktiviti harian seperti bertani,berdagang,berniaga, dan lain-lain. Contoh: Aku dalam bahasa kadazan dusun disebut oku. Alat-Alat Muzik dan Instrumen Permainan muzik tradisional amat penting dalam masyarakat sesuatu kaum.Matlamat utama penciptaan muzik adalah untuk melambangkan identiti sesuatu kaum yang tersendiri dan sebagai alat bagi mengukuhkan perpaduan. Kebanyakan alatan muzik di Sabah diperbuat daripada bahan-bahan asli yang diambil daripada dan sumber

semulajadi.Sebagai

contoh,tongkungan,turali,seruling,sompotan

totunggak

diperbuat daripada buluh.Alat-alat lain seperti gambus,kompang ,dan gendang diperbuat daripada kulit kambing.Gong dan kulintangan pula diperbuat daripada kayu lembut dan menyerupai gitar panjang bertali tiga yang diperbuat daripada giman, sejenis gentian pokok palma. Alat-alat muzik ini dapat dikelaskan kepada tiga bahagian

iaituKordofon,Erofon, dan Idofon.Tongkungan, gambus, sundatan atau gagayan dikelaskan dalam Kordofon.Manakala seruling,turali atau tuahi, bungkau dan sompotan pula dikelaskan dalam Erofon serta tetunggak , gong, kulintangan membranofon iaitu kompang , gendang atau tontog dikelaskan dalam Idofon. Antara alatan muzik yang sering digunakan oleh masyarakat Kadazandusun ialah gong, bungkau, dan sompotan.Gong merupakan tulang belakang dalam kebanyakan arena muzik dan digunakan dalam hampir kesemua upacara sosial masyarakat Kadazandusun.