Berlari di lereng bukit ghairah mengejar rerama Kita terasa amat bersemangat dan sihat bertenaga; unggas yang tiba-tiba melintas atas kepala kita tahu sengaja menghantar isyarat rahsia. Inilah tanah air pusaka paling, paling dicinta.
Pohon-pohon di sini semarak, segar dan sasa khazanah alam yang menyimpan duka ria bangsa. Dan berlari di sisi pohon-pohon mengejar rerama Jelas kita terlihat ajaibnya belantara baka. Tanah air kita ini paling, paling dicinta.
Inilah belantara sumber hujan dan udara mesra betapa perih pun tanggungjawab kitalah memeliharanya
Catatan: Kita wajar diingatkan agar alam belantara dijaga kerana manfaat yang diberikannya kepada insan yang menghuni bumi ini.
Aidilfitri Mesra
Datanglah lagi hujankita semakin didewasakan. Wirid terdengar nyaring walau dalam kesenyapan. Kita hayati hikmah antara tasbih dan solat malam, berdamai atas sejadah, khusyuk taat depan al-Quran; nafas kita semakin wangi ranum pembacaan.
Dalam kerlip serba indah kita sambut Ramadhan mulia; Segala rindu di qalbu menghangat kasih ke Rasulullah. Dalam lenggang waktu begitu mesra, di tengah ummah, kita menghimpun pujian sekhusuk untuk Baginda, Lebih-lebih lagidalam jujur dan takwakepada Allah.
Setahun lagikini kita diranumi musim puasa, Aidilfitri datang bakal mamahkotakan ibadah kita.
Malam Doa
Kita mengesani kembali kisah syahdu Israk dan Mikraj, tekun meneliti ketakjuban Nabi sepenuh hayat; kita semak setiap ayat dan masuk khusyuk ke dalamnya, mengangkat iktibar permata, bergetar dalam pesannya. Kita dirangsang terus beribadah tulus kepada Allah.
Siang yang memberi kita perisai untuk mengawal diri; malam direndami doa menghantar kita ke tahap suci. Dan maghrib melerai simpul nafsu yang garang menguji. Antara jari-jari waktu ini kita makin bertambah tahu, Ramadhan mendakap kita dengan pelukan akrab rindu.
Setahun lagikini kita semakin erat diramahi puasa; Aidilfitri dengan gemalai asyik melambai seghairahnya.
Merindui Buku
Inilah denai jejak seni ke hati, puncak fikir yang indah sekali. Tanpa himpunan ilmu di qalbu buku kita tak sempat sampai ke mercu itu.
Di sini diri sentiasa di taman menikmati unggas dan puspa menawan; di sinilah vista buku saraf seni, meranum akal mematang peibadi.
Kita wajar berpesta di qalbu buku menghayati nikmatnya seindah syahdu; dalam tenang waktu khusyuk di pustaka lebih cepat kita terasuh dewasa.
Buku adalah denyut nadi utama penting bagi minda waras manusia; dan buku juga gema fikir yang sakti Nyaman dan mesranya sebuah simfoni.
Kita memupuk insan yang luhur budi melalui tapisan hikmah berseni; dan buku memang tasik aneka ilmu yang perlu diselami sejujur qalbu.
Buku mengasuh diri sasa bersuara; membaca menjadi jambatan bertuah. Kita merindu buku dan ghairah baca agar sentiasa canggih dan berhemah.
17 Mac 2004
Catatan : Kerana temanya serasi dengan dunia pelajar, maka puisi ini sering dideklamasikan
Langsir Merdeka
Suara dari Dinding Dewan 2003
Jendela yang tersenyum segar langsirnya, menghayati semangat bumi warisan bertuah. Hati syahdu seperti di pelabuhan yang aman selalunya begitu kita hargai kemerdekaan!
Tiada rasa gementar, sangsi diri pun tiada, kini sedamai itu bernafasnya bumi ibunda.
Di mana tapak dimula tempat segar berdiri ke mana arah bahtera pastinya ke tulus hati. Memang segala dirangsang menyanjung bangsa rakyatnya diasuh supaya mencintai Negara.
Setiap fajar begitu dihayati ufuk merdeka kebahagiaan yang wajib kita membinanya.
Catatan: Juga puisi yang sering dideklamasikan pada bulan menyambut ulang tahun kemerdekaan