Anda di halaman 1dari 1

Pengenalan Kompang adalah sejenis alat muzik paluan membranofon yang serumpun dengan gendang.

Kompang terdiri daripada bingkai dram yang dipakukan dengan kulit kambing atau lembu yang diregangkan dan mempunyai baluh 'berbingkai' yang diperbuat daripada kayu jenis keras. Lazimnya dari spesis Nangka dan nama saintifiknya Artocarpus heterophyllus. Belulang daripada kulit kambing digunakan sebagai bahan bunyi yang dipasang pada permukaan baluhnya dengan menggunakan bahan pelekat kemudian ditindih dengan paku supaya ketegangannya lebih terjamin. Ianya dimainkan di dalam kumpulan besar kompang (kompang ensembles ) atau bersama beberapa alatan lain dalam persembahan tarian dan nyanyian. Fungsi Kompang dimainkan mengikut iramanya sendiri ketika mengiringi zikir , mengarak pengantin atau pembesar negara atau disatu majlis rasmi. Kini permainan kompang telah mula diajar di sekolah-sekolah serta pusat-pusat pengajian tinggi dan institusi kerajaan. Kompang juga masyur di kalangan masyarakat islam di Sabah dan dikalangan suku Bajau. Cara Bermain Pemain kompang boleh bermain secara duduk, berdiri dan berjalan bergantung kepada kehendak persembahan. Alat ini dimainkan dalam kumpulan dengan memukul dan mengetuk kulit dengan tangan atau jari. Sebelah tangan digunakan untuk memegang bingkai kompang manakala tangan yang satu lagi digunakan untuk memukul. Tiada peraturan yang menetapkan sebelah tangan yang mana untuk memegang atau memukul. Pemain bebas menggunakan mana-mana tangan. Untuk menghasilkan bunyi "pung", pemain perlu merapatkan jari-jari dan memukul pada bahagian sisi kompang manakala untuk menghasilkan bunyi "pak", jari-jari perlu diregangkan dan kompang dipukul di bahagian tengah.

Pengenalan Kompang adalah sejenis alat muzik paluan membranofon yang serumpun dengan gendang. Kompang terdiri daripada bingkai dram yang dipakukan dengan kulit kambing atau lembu yang diregangkan dan mempunyai baluh 'berbingkai' yang diperbuat daripada kayu jenis keras. Lazimnya dari spesis Nangka dan nama saintifiknya Artocarpus heterophyllus. Belulang daripada kulit kambing digunakan sebagai bahan bunyi yang dipasang pada permukaan baluhnya dengan menggunakan bahan pelekat kemudian ditindih dengan paku supaya ketegangannya lebih terjamin. Ianya dimainkan di dalam kumpulan besar kompang (kompang ensembles ) atau bersama beberapa alatan lain dalam persembahan tarian dan nyanyian. Fungsi Kompang dimainkan mengikut iramanya sendiri ketika mengiringi zikir , mengarak pengantin atau pembesar negara atau disatu majlis rasmi. Kini permainan kompang telah mula diajar di sekolah-sekolah serta pusat-pusat pengajian tinggi dan institusi kerajaan. Kompang juga masyur di kalangan masyarakat islam di Sabah dan dikalangan suku Bajau. Cara Bermain Pemain kompang boleh bermain secara duduk, berdiri dan berjalan bergantung kepada kehendak persembahan. Alat ini dimainkan dalam kumpulan dengan memukul dan mengetuk kulit dengan tangan atau jari. Sebelah tangan digunakan untuk memegang bingkai kompang manakala tangan yang satu lagi digunakan untuk memukul. Tiada peraturan yang menetapkan sebelah tangan yang mana untuk memegang atau memukul. Pemain bebas menggunakan mana-mana tangan. Untuk menghasilkan bunyi "pung", pemain perlu merapatkan jari-jari dan memukul pada bahagian sisi kompang manakala untuk menghasilkan bunyi "pak", jari-jari perlu diregangkan dan kompang dipukul di bahagian tengah.