Anda di halaman 1dari 10

GURU BESAR CEMERLANG; PN.

FAUZIAH BT ABDUL MALEK

PENOLONG KANAN PENTADBIRAN ; PN. MARIAM BT. SHAABAN

PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID ; EN. ROSLI B. MOHD ISA

PENOLONG KANAN KO-KURIKULUM PN. ZAHARAH

PERANAN PIHAK PENGURUSAN SEKOLAH Senarai peranan guru besar dan pengurusan sekolah :

1. Pemimpin Teknikal: - Tumpukan kepada teknik pengurusan yang cekap dan mahir memanipulasi strategi dan keadaan bagi jamin keberkesanan yang maksimum.

2. Pemimpin Manusia: - mahir dan cekap dalam aspek perhubungan manusia, perhubungan individu dan manusia menggerakkan (motivate) stafnya, membina dan mengekalkan moral yang tinggi, galakkan inovasi dan kreativiti di samping beri sokongan yang perlu.

3. Pemimin Pendidikan: - main peranan sebagai 'clinical practitioner' iaitu sumbangkan kepakaran dalam pendidikan dan persekolahan. Mahir dalam aspek kurikulum, diagnosis keperluan pelajar, penilaian dan penyeliaan atau pencerapan yang berkesan.

4. Pemimpin Simbolik: - mainkan peranan sebagai penghulu (chief) yang memberi isyarat tentang nilai, kepentingan atau tujuan sesuatu yang hendak dicapai. Perlu punyai wawasan yangdisampaikan kepada staf dan pelajar di sekolahnya.

5. Pemimpin Budaya: - main peranan sebagai 'high priest' - dilihat dari usaha-usahanya mencari, mentafsir dan memperkukuhkan nilai, kepercayaan dan unsur budaya yang dapat menjadikan sebuah sekolah yang unik. Kepemimpinan ini selalunya memperlihatkan usaha bagi mengekal imej dan prestij sekolah.

Hussein Mahmood (1993) menyenaraikan peranan-peranan berikut sebagai menyumbang kepada kejayaan, kecemerlangan dan kualiti sekolah.

1. mempunyai wawasan tentang sekolahnya; 2. menetapkan falsafah, misi (mission) dan matlamat serta objektif sekolahnya; 3. menjelaskan wawasannya kepada semua staf dan pelajar termasuk ibu bapa dan masyarakat sekitar; 4. menetapkan objektif dan strategi pengajaran dan kurikulum; 5. menyelia, mengesan dan menilai kurikulum dan program pengajaran; 6. menyelaras program pengajaran dan aktiviti kurikulum sekolah; 7. mengawasi waktu pembelajaran murid; 8. menggalak dan memberikan sokongan perkembangan profesional kepada guru; 9. membantu dan memberi sokongan kepada guru dalam pengajaran serta menyediakan intensif dan sumber; 10.mengawal mutu pengajaran di sekolah; dan 11.mewujudkan iklim sekolah yang kondusif bagi meningkatkan proses pembelajaran

Membina Hubungan Interpersonal/ Organisasional

Mewujudkan hubungan interpersonal dalam sesebuah organisasi amat penting dilakukan secara profesional bagi menentukan kejayaan objektif yang telah ditentukan. Satu situasi hubungan yang dinamakan Menang/Menang (Win/Win) harus dapat diwujudkan dan ini sekaligus melibatkan prinsip-prinsip kepemimpinan interpersonal.

Kepemimpinan interpersonal yang berkesan perlukan:

1. Visi 2. Inisiatif proaktif 3. Bimbingan 4. Kebijaksanaan dan Hikmah

5. Kuasa

Situasi menang/menang mempunyai lima dimensi yang penting;

1. Watak 2. Hubungan 3. Persetujuan 4. Sistem sokongan 5. Proses

1. Watak : Asas kepada menang/menang dan terdiri daripada tiga ciri penting iaitu:

a. INTEGRITI - nilai kepada diri sendiri - bina sedar-diri dan kebebasan memilih dan bertindak dengan menunaikan janji dan komitmen.

b. KEMATANGAN - ditakrifkan sebagai imbangan antara keberanian dengan pertimbangan. - tinggi keberanian dan pertimbangan adalah perlu untuk capai situasi menang/menang.

c. ABUNDANCE MENTALITY - satu paradigma bahawa terdapat banyak ruang dan peluang bagi semua orang. - hasilnya berkongsi prtestasi, pengiktirafan, keuntungan, membuat keputusan dan sebagainya.

2. Hubungan : Terbina selepas asas kepada watak dan kepercayaan. walaupun kita melihat sesutau berbeza tetapi oleh kerana kita mempercayai satu sama lain, kita sedia mendengar dan komited bagi memahami pandangan masing-masing dan kerana itu sedia untuk bekerjasama.

3. Persetujuan : Terdapat lima unsur bagi wujudkan persetujuan menang/menang.

(a) Hasil yang dikehendaki (bukan kaedah) iaitu kenalpasti apa perlu dilakukan dan bila. (b) Bimbingan; perincikan batasan-batasan )(prinsip dan polisi) di mana hasil perlu disempurnakan. (c) Sumber; kenalpasti bantuan dari segi kemanusiaan, kewangan, teknikal atau organisasional bagi membantu mencapai hasil. (d) Akauntabiliti; tetapkan standard prestasi dan waktu penilaian akan dibuat. (e) Kesan-Akibat; perincikan antara baik dan buruk; natural atau logikal; apa akan berlaku sebagai kesan daripada penilaian tersebut.

4. Sistem Sokongan:

- Bagi mencapai matlamat dan nilai, kita perlu selaraskan sistem ganjaran dengan matlamat dan nilai-nilai tersebut. - Libatkan staf di peringkat akar umbi untk membina dan memupuk jenis-jenis sistem yang boleh memotivasi mereka. - Untuk kejayaan menang/menang, sistem-sistem yang perlu ada: - sistem latihan - sistem perancangan - sistem komunikasi - sistem belanjawan - sistem informasi - sistem ganjaran - Lazimnya sering berlaku masalah di dalam sistem, bukan orangnya. Jika kita letak orang yang baik di dalam sistem yang buruk, kita akan mendapat hasil yang buruk!

5. Proses: Proses dilihat sebagai satu cara bagaimana mencapai situasi menang/menang. Unsur kepada rundingan berprinsip ialah dengan mengasingkan orang daripada masalah, tumpuan kepada kepentingan bukan kepada kedudukan, mencipta pilihan berfaedah bagi kedua-dua belah pihak di samping menekankan kepentingan objektif.

Oleh itu penyelesaian menang/menang patut melibatkan proses berikut:

1. Lihat masalah daripada sudut pandangan yang lain. Benar-benar cuba memahami dan beri pendapat kepada keperluan pihak yang satu lagi. 2.Kenalpasti isu-isu kunci dan perkara-perkara yang berkenaan dan bukan kepada kedudukan. 3.Tentukan apa hasil yang diperolehi dalam sesuatu penyelesaian yang diterima sepenuhnya. 4.Kenalpasti pilihan-pilihan baru yang boleh mencapai hasil-hasil tersebut.

PRASARANA SEKOLAH Kemudahan di sekolah

Catatan

: segala kemudahan dijaga dengan baik oleh pihak sekolah . Semua

kemudahan berada dalam keadaan baik, bersih dan teratur. Menyediakan persekitaran bermaklumat yang lengkap dan sistematik serta kondusif dan selesa. Makmal sains Menjadi bilik sumber kepada P&P Sains dengan penyediaan peralatan yang mencukupi.

NILAI-NILAI MURNI AMALAN DALAM KALANGAN MURID Peranan penting yang dimainkan oleh Unit HEM SKS2A (1) dari tahun 2004 2006 ialah melaksanakan budaya-budaya dan program-program bagi meningkatkan

kecemerlangan sahsiah murid seiring dengan Peningkatan Kecemerlangan Akademik mereka bagi pembentukan modal insan gemilang sebagaimana yang telah digariskan dalam Teras Kedua Pelan Induk Pembangunan Pendidikan yang telah dilancarkan oleh Perdana Menteri.

KESELAMATAN PENGAWAL KESELAMATAN Sekolah ini dilengkapi dengan pengawal keselamatan khusus. Mempunyai pondok pengawal khas bagi menjamin keselamatan warga sekolah.

PANDUAN KECEMASAN / KEBAKARAN

A. GURU DALAM BILIK DARJAH. 1. Mengarahkan murid beratur di luar kelas dan bergerak ke tempat berhimpun yang ditetapkan (padang sekolah) mengikut laluan. 2. Mengarahkan murid meninggalkan semua barang termasuk beg dalam kelas. 3. Buku Kedatangan Murid yang berada di kelas mesti dibawa bersama oleh guru. 4. Guru harus memantau dan memastikan semua murid telah keluar dari keluar.

C. GURU DAN KAKITANGAN SEKOLAH YANG BERADA DI PEJABAT. 1. Hubungi pihak BOMBA dan POLIS dengan segera. 2. Pastikan suis utama ditutup sebelum meninggalkan pejabat. 3. Pastikan semua Buku Kedatangan Murid diambil dan dibawa ke tempat berhimpun.

D. TEMPAT PERHIMPUNAN. 1. Semua guru mengawal keadaan murid-murid supaya tenang dan terkawal. 2. Guru-guru Kelas semak Buku Kedatangan Murid dan jika terdapat murid yang tiada di tempat perhimpunan sila ambil tindakan segera untuk mengesan murid berkenaan.

REFLEKSI

Saya ingin merakamkan ucapan ucapan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang telah membantu saya dalam menjayakan bina insan guru fasa ke-5 pada kali ini. Saya telah ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Paroi untuk praktikum kali pertama bersama pasangan saya Abdullah Salim b. Kaswadi. Kami berada di sekolah selama satu bulan. Selain daripada mengajar, kami juga mempunyai tugasan yang lain iaitu untuk tinjauan dan pemerhatian bagi memilih penanda aras untuk sekolah tersebut. Tugasan ini dibawah tajuk Bina Insan Guru ( BIG ).

Pelbagai perkara telah saya perolehi dan pelajari semasa berada di sekolah. Antara perkara yang telah saya pelajari ialah terdapat pelbagai kekuatan dan kelemahan pada sekolah. Kekuatan sekolah terletak pada makmal sains dan perpustakaan. Terdapat pelbagai kemudahan di perpustakaan dan di makmal sains.pihak pentadbir sekolah telah menyediakan pelbagai kemudahan yang sesuai dengan bilangan pelajar agar kesemua pelajar dapat menggunakan sepenuhnya kemudahan yang telah di sediakan oleh pihak sekolah dan pihak kerajaan.

Sebagai kesimpulan, banyak pengajaran yang saya peroleh hasil dari kajian dan pemerhatian yang dilakukan. Saya berharap tugasan seperti ini harus diteruskan bagi kebaikan bakal-bakal guru itu sendiri.

Anda mungkin juga menyukai