Anda di halaman 1dari 4

Nama : . PEPERIKSAAN 1B/2012 PENDIDIKAN MORAL TINGKATAN DUA Tarikh : 22-05-2012 (Selasa) Masa : 5.00 ptg - 6.

00 ptg (1 jam)

Tingkatan :.

Disediakan oleh : Disemak oleh :

Arahan : Kertas soalan ini mengandungi 4 bahagian iaitu A, B, C dan D. Jawab semua soalan dalam kertas jawapan. Bahagian A (30 Markah) Isikan tempat kosong dengan memilih jawapan yang paling sesuai. kasih sayang toleransi berdikari 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. 13. 14. 15. amanah kesederhanaan kreatif kemajuan jati diri agama pupus mempertimbangkan memaafkan layanan teguran perpaduan larangan maruah diri rasional

______________ mendorong kita melakukan perkara yang memberikan faedah kepada manusia dan alam semesta. Kita digalakkan supaya ________________ dan tidak menyimpan dendam terhadap orang yang mengakui kesalahannya. Masyarakat yang mengamalkan sikap toleransi akan dapat mewujudkan _______________. Remaja yang tahu menjaga ____________ akan mengelakkan diri daripada perkara negatif. Kita haruslah bersedia menerima ____________ sekiranya gagal melaksanakan sesuatu tugas dengan sempurna. Individu yang ____________ akan menjauhi amalan rasuah. Sebelum membuat sesuatu keputusan, kita harus _____________ segala kemungkinan yang akan berlaku. Penglibatan golongan remaja dalam aktiviti kemasyarakatan dapat membentuk akhlak dan _________ yang teguh. Aktiviti pembalakan dan pemburuan menyebabkan flora dan fauna semakin _____________. Orang yang ___________ akan menjalankan sesuatu tugas tanpa meminta bantuan orang lain. Individu yang bersikap __________ tidak akan melakukan sesuatu yang menyalahi undang-undang. Peraturan di sekolah diwujudkan supaya semua pelajar mendapat ___________ yang adil. Amalan sikap ____________ dalam melakukan sesuatu mestilah mengambil kira kepentingan diri dan orang lain. Bersikap ___________ dan inovatif dalam segala usaha perlu diamalkan oleh setiap individu. Sebagai anak, kita harus mematuhi perintah atau ______________ ibu bapa.

Bahagian B (20 Markah) Berikan definisi kepada nilai-nilai berikut. 1. 2. 3. 4. 5. Kerajinan : ________________________________________________________________ . Kasih Sayang :_____________________________________________________________ . Keadilan : ________________________________________________________________ . Kesederhanaan : ___________________________________________________________ . Tanggungjawab terhadap Keluarga : ___________________________________________ .

Bahagian C (20 Markah) Nyatakan (B) untuk BETUL dan (S) untuk SALAH bagi situasi-situasi di bawah. 1. 2. 3. 4. Lee Seng sentiasa menyalahkan orang lain apabila dia gagal melaksanakan sesuatu tugas. ( ) Kim Lai tidak suka berkawan dengan pelajar yang berlainan agama dengannya. ( ) Suziana membuat kerja sekolahnya tanpa meminta bantuan daripada kakaknya. ( ) Walaupun telah beberapa kali gagal dalam ujian, tetapi Patricia masih tidak berputus asa dan terus berusaha dengan lebih gigih lagi. ( ) 5. Lai Tze sentiasa memikirkan kesan baik dan buruk sebelum mengambil sesuatu tindakan. ( ) 6. Cikgu Peter sentiasa mengambil berat tentang pelajaran pelajar-pelajarnya tanpa membezakan mereka antara satu sama lain. ( ) 7. Walaupun Geetha sering dimarahi oleh ibu bapanya, tetapi dia tidak pernah terlintas untuk lari dari rumah. ( ) 8. Tat Kai hanya membuat perkara yang disukainya sahaja tanpa mengambil kira perasaan orang lain. ( ) 9. Nurul sentiasa merungut setiap kali ibu bapanya meminta bantuannya. ( ) 10. Hani bergilir-gilir dengan ahli keluarga yang lain menjaga neneknya yang sakit di hospital. ( ) Bahagian D (30 Markah) Jawab semua soalan struktur di bawah. 1. June telah dilantik sebagai bendahari kelasnya dan dia perlu mengutip wang daripada setiap pelajar kelasnya pada setiap bulan. Setelah beberapa bulan, June telah menggunakan wang kutipan kelasnya untuk membeli barangan yang disukainya secara senyap-senyap. a) Huraikan dua nilai yang patut diamalkan oleh June. (8 markah) b) Terangkan dua kepentingan menjalankan sesuatu tugas dengan baik. (4 markah) Lee Hong sentiasa memastikan dirinya menyiapkan kerja-kerja sekolahnya walaupun setiap hari dia perlu membantu ibunya di kebun selepas waktu persekolahan. a) Huraikan dua nilai yang diamalkan oleh Lee Hong. (8 markah) b) Nyatakan kepentingan mengamalkan sikap seperti Lee Hong. (2 markah) Walaupun anaknya kerencatan akal, Puan Yee tidak membiarkan anaknya begitu sahaja. Sebaliknya, dia mencuba sedaya upayanya untuk menjaga dan mendidik anaknya dengan baik. a) Nyatakan dua nilai yang ditunjukkan oleh Puan Yee. (4 markah) b) Berikan penerangan anda berdasarkan jawapan soalan 3a). (4 markah)

2.

3.

PEPERIKSAAN 1B/2012 PENDIDIKAN MORAL TINGKATAN DUA Skema Jawapan Bahagian A (30 Markah) 1. Agama 2. memaafkan 3. perpaduan 4. maruah diri 5. teguran 6. amanah 7. mempertimbangkan 8. jati diri 9. pupus 10. berdikari 11. rasional 12. layanan 13. kesederhanaan 14. kreatif 15. larangan

(2 m) (2 m) (2 m) (2 m) (2 m) (2 m) (2 m) (2 m) (2 m) (2 m) (2 m) (2 m) (2 m) (2 m) (2 m)

Bahagian B (20 Markah) 1. Kerajinan - Usaha yang berterusan penuh dengan semangat ketekunan, kecekalan, kegigihan, dedikasi dan berdaya maju dalam melakukan sesuatu perkara. (4 m) 2. Kasih Sayang - Kepekaan dan perasaan cinta yang mendalam serta berkekalan yang lahir daripada hati yang ikhlas. (4 m) 3. Keadilan - Tindakan dan keputusan yang saksama serta tidak berat sebelah. (4 m) 4. Kesederhanaan - Bersikap tidak keterlaluan dalam membuat pertimbangan dan tindakan sama ada pemikiran, pertuturan atau perlakuan tanpa mengabaikan kepentingan diri dan orang lain. (4 m) 5. Tanggungjawab terhadap Keluarga - Kewajipan yang harus dilaksanakan oleh setiap individu terhadap keluarga untuk melahirkan keluarga bahagia, meningkatkan imej dan menjaga maruah keluarga. (4 m)

Bahagian C (20 Markah) 1. S 2. S 3. B 4. B 5. B 6. B 7. B 8. S 9. S 10. B (2 m) (2 m) (2 m) (2 m) (2 m) (2 m) (2 m) (2 m) (2 m) (2 m)

Bahagian D (30 Markah) 1a) Nilai ( mana-mana 2 x 2 = 4 m)

Penerangan ( mana-mana 2 x 2 = 4 m) Terima sahaja jawapan yang dianggap munasabah Menyimpan wang kelas dengan baik bukan digunakan untuk tujuan persendirian. Mengutip dan menyimpan wang dengan baik untuk mendapat kepercayaan pelajar lain Patut memikirkan kesan selepas membelanjakan wang yang bukan miliknya.

Bertanggungjawab Amanah Rasional

1b) Akan mendapatkan kepercayaan orang lain terhadap kita. (2 m) Akan dapat menimbulkan keyakinan orang lain terhadap kita. (2 m) (terima sahaja jawapan yang dianggap munasabah)

2a) Nilai ( 2 x 2 = 4 m) Penerangan ( 2 x 2 = 4 m) Terima sahaja jawapan yang dianggap munasabah Menjadi seorang pelajar baik yang bertanggungjawab dengan menyiapkan kerja sekolah dengan sempurna Berusaha kuat menolong ibunya untuk berkebun

Bertanggungjawab Kerajinan

2b) Dapat berusaha mencapai kejayaan yang dikehendaki. ( 2 m ) (terima sahaja jawapan yang dianggap munasabah) 3a) Nilai Kasih sayang terhadap keluarga Nilai Tanggungjawab terhadap keluarga (2 x 2 = 4 m) 3b) Mempunyai rasa sayang yang berkekalan terhadap anaknya. Melaksanakan tugas sebagai seorang ibu dengan baik. (2 x 2 = 4 m) (terima sahaja jawapan yang dianggap munasabah)