Anda di halaman 1dari 4

TUGASAN KERJA KURSUS PENDEK TAJUK PROGRAM : PPISMP AMBILAN JUN 2010 TAJUK KURSUS : TP2051D KEMAHIRAN TEKNOLOGI

MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI TARIKH MULA: TARIKH HANTAR: SEMESTER : 1

NAMA GURU PELATIH :

Hasil Pembelajaran Kursus 1. Menjelaskan tentang kepentingan dan pengaruh Teknologi Maklumat dan Komunikasi(TMK) kepada pembangunan negara dan masyarakat serta isu keselamatan, privasi dan etika dalam penggunaan komputer. 2. Mengenali dan menyatakan fungsi komponen asas sistem komputer serta kegunaan peranti-peranti. 3. Menentukan dan seterusnya menggunakan sistem operasi dan perisian aplikasi yang sesuai mengikut keperluan. 4. Menggunakan kemudahan internet secara optimum sebagai salah satu kaedah berkomunikasi. 5. Menyatakan kepentingan dan mengaplikasikan kemahiran literasi maklumat ke atas sumber digital. 6. Menyatakan kepentingan dan menghasilkan aplikasi multimedia mudah secara bersistem 7. Menggunakan Sistem Pengurusan Pembelajaran yang sistematik dan berkesan mengikut mata pelajaran pengkhususan masing-masing 8. Mengamalkan nilai-nilai positif dan beretika dalam menggunakan kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi sebagai alat pembelajaran yang berkesan. Kerja Kursus ini bagi menilai hasil pembelajaran 1, 4, 5, 6, dan 8

Objektif Kerja Kursus Pendek Pelajar dapat:

1. Membuat ulasan yang kritis terhadap impak TMK dalam dunia pendidikan 2. Menghasilkan satu manual pengguna yang ringkas tentang penggunaan fitur-fitur yang terdapat dalam perisian pemprosesan perkataan (Ms Word) 3. Mengintegrasikan elemen teks, audio dan video/grafik serta sebarang bentuk animasi mudah. 4. Menggabungkan pelbagai jenis media seperti teks, grafik, audio, video dan animasi dalam menghasilkan satu persembahan elektronik. 5. Menjawab soalan kuiz bagi topik yang tertentu. Tajuk Kerja Kursus Pendek (100%) Tugasan ini terbahagi kepada 4 bahagian iaitu : 1. Anda diminta mendapatkan satu artikel dari kertas seminar atau jurnal yang berkaitan dengan impak TMK ke atas dunia pendidikan. Buat satu refleksi ringkas tentang apa yang anda perolehi daripada artikel tersebut.. Artikel yang digunakan boleh dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris. Hantar tugasan ini bersama dengan artikel yang dipilih. Jenis Tulisan Times New Roman atau Arial, saiz 12, spacing 1.5. Kulit kertas tugasan adalah warna MERAH JAMBU. Tugasan ini adalah secara individu Butiran berikut dinyatakan pada kulit hadapan: i. Nama Penuh Pelajar ii. Tajuk Kursus iii. Tajuk Tugasan iv. Kelas v. Nama Pensyarah vi. Tarikh hantar pada

15 JULAI 2010
(20 markah)

2. Tugasan ini dibuat secara berkumpulan (2 orang sahaja). Hasilkan satu manual pengguna yang ringkas tentang penggunaan fitur-fitur yang terdapat dalam perisian pemprosesan perkataan (Ms Word) bagi membantu murid-murid di tahap satu. Gunakan minima 10 fitur-fitur yang terdapat di dalam perisian Ms Word. . Jenis Tulisan Times New Roman atau Arial, saiz 12, spacing 1.5. Kulit kertas tugasan adalah warna merah jambu.

Butiran berikut dinyatakan pada kulit hadapan: i. Nama Penuh Pelajar ii. Tajuk Kursus iii. Tajuk Tugasan iv. Kelas v. Nama Pensyarah vi. Tarikh hantar pada

29 JULAI 2010
(20 markah)

3.

Hasilkan bahan multimedia yang sesuai untuk pengajaran asas komputer bagi pelajar tahap satu atau tahap dua. Anda dikehendaki membina satu bahan

pengajaran dan pembelajaran pelbagai media / multimedia menggunakan perisian komputer. Bahan yang dihasilkan minima 15 paparan / slides. Hasil kerja perlu asli dan menggunakan daya kreativiti sendiri. Perkara dibawah perlu diterapkan dalam hasil persembahan dengan menekankan kesesuian pemilihan unsur berikut: i. ii. iii. iv. v. vi. vii. Unsur teks Unsur Grafik dan layout Sound/suara Animasi atau video Interaktif, mesra pengguna Slide pertama adalah: tajuk, nama penuh, pengkhususan,kelas dan tahun. Hasil kerja dihantar dalam bentuk soft copy (CDROM berpakej) dan hardcopy

Sila tulis nama pelajar dan kelas serta nama pensyarah pada CD-ROM. Tugasan ini dibuat secara berkumpulan ( 2 orang shj) Tarikh hantar pada

22 OGOS 2010
(40 markah)

4. Kuiz akan dibuat berkaitan dengan semua tajuk yang telah dibincangkan. Soalan berbentuk objektif dan struktur. Kuiz akan dijalankan pada Minggu ke 13. (20 markah)

Disediakan oleh,

(Penyelaras Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komnukasi PPISMP)

*Rujuk Perancangan Semester LAM-PT09-01