Anda di halaman 1dari 8

SIDANG MEDIA OLEH YBHG. DATO PROF. DR.

RUJHAN BIN MUSTAFA KETUA PENGARAH JABATAN PENGAJIAN TINGGI KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA MENGENAI STATUS KEPUTUSAN PERMOHONAN KEMASUKAN KE INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI AWAM (IPTA) BAGI PROGRAM PENGAJIAN LEPASAN STPM/MATRIKULASI/ASASI (IJAZAH PERTAMA) SESI AKADEMIK 2012/2013

1.

Sukacita dimaklumkan bahawa dasar pengambilan dan

pemilihan kemasukan ke IPTA bagi Program Pengajian Lepasan STPM/Matrikulasi/Asasi (Ijazah Pertama) adalah berasaskan prinsip meritokrasi dengan mengguna pakai 90% markah akademik dan 10% markah kokurikulum dalam

menentukan nilai merit seseorang calon. Prinsip meritokrasi yang dilaksanakan tanpa mengira agama, bangsa, keturunan, negeri, tempat tinggal dan sebagainya.

2.

Mulai

tahun

ini,

semua

IPTA

berstatus

Universiti

Penyelidikan (RU) iaitu Universiti Malaya (UM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Universiti Sains Malaysia (USM) diberi autonomi mengenai pengurusan

kemasukan pelajar ke IPTA berkenaan. Calon diberi peluang memilih program pengajian di RU dan; atau 15 IPTA lain mengikut minat, cita-cita dan kecenderungan calon.

3.

Kejayaan calon untuk memperoleh tempat bergantung

kepada susunan merit dan pemilihan program pengajian di IPTA yang dimohon. Jika merit mereka tidak begitu tinggi dan

memohon program pengajian kompetitif, berkemungkinan besar mereka tidak terpilih untuk ditawarkan program pengajian pilihan calon. Begitu juga jika mereka memohon hanya di IPTA yang popular, mereka juga mungkin akan menghadapi persaingan yang tinggi dan akhirnya tidak mendapat apa-apa tawaran daripada IPTA berkenaan. 4. KPT amat prihatin dengan calon yang memperoleh merit

yang tinggi tetapi tidak mendapat tawaran di mana-mana IPTA. Calon berkaitan berpeluang menerima tawaran mengikut tiga (3) bidang pilihan calon semasa mengemukakan permohonan. Tawaran tersebut tertakluk kepada kekosongan tempat di IPTA dan penyataan setuju terima calon untuk menerima tawaran di luar pilihan program pengajian mereka. 5. Sejumlah 63,467 calon Lepasan STPM/Matrikulasi/Asasi

telah mengemukakan permohonan pada sesi ini. Ia menunjukkan penurunan 1.9% berbanding sesi lepas. Seramai 27,289 (43.0%) calon memohon adalah terdiri daripada aliran Sains dan 36,178 (57.0%) adalah terdiri daripada aliran Sastera. Sementara itu, sejumlah 21,336 (33.6%) calon adalah lelaki dan 42,131 (66.4%) calon adalah perempuan. 6. Berdasarkan permohonan, seramai 52,430 (82.6%) adalah

calon yang layak dan melepasi Syarat Am Universiti serta Syarat Khas Program Pengajian. Ia juga menunjukkan penurunan 1.5% berbanding sesi yang lepas.
2

7.

Berdasarkan calon yang layak pula, seramai 25,213 (48.1%)

adalah calon Aliran Sains dan 27,217 (51.9%) adalah calon Aliran Sastera. 8. Sejumlah 17,481 (33.3%) daripada calon yang layak adalah

lelaki manakala 34,949 (66.7%) calon adalah perempuan. 9. Sejumlah 38,549 (73.5%) daripada calon yang layak telah

berjaya mendapat tawaran di 20 IPTA.

10.

Berdasarkan 38,549 jumlah calon jaya tersebut, 21,959

(57.0%) adalah daripada aliran Sains dan 16,590 (43.0%) adalah daripada aliran Sastera. 11. Sejumlah 13,177 (34.2%) daripada calon jaya tersebut

adalah lelaki manakala 25,372 (65.8%) adalah perempuan.

12.

Prestasi calon berjaya berbanding calon layak mengikut

kaum menunjukkan bahawa 27,455 (70.2%) adalah Bumiputera, 8,986 (86.4%) kaum Cina, 1,384 (72.8%) adalah kaum India dan 724 (69.8%) adalah lain-lain kaum. 13. Sementara itu, prestasi calon jaya dalam beberapa program

pengajian kompetitif adalah seperti berikut:-

KAUM BIDANG BUMI PERUBATAN PERGIGIAN FARMASI UNDANGUNDANG KEJURUTERAAN KIMIA KEJURUTERAAN MEKANIKAL KEJURUTERAAN ELEKTRIK & ELEKTRONIK PERAKAUNAN 512 (58.5%) 113 (66.5%) 183 (62.0%) 199 (56.2%) 462 (69.4%) 845 (78.9%) 693 (75.4%) 518 (64.4%) CINA 254 (29.0%) 51 (30.0%) 104 (35.3%) 126 (35.6%) 157 (23.6%) 184 (17.1%) 193 (21.0%) 233 (29.0%) INDIA 99 (11.3%) 6 (3.5%) 7 (2.4%) 25 (7.1%) 33 (4.9%) 24 (2.2%) 23 (2.5%) 35 (4.4%) LAINLAIN 10 (1.14%) 0 (0.0%) 1 (0.3%) 4 (1.1%) 14 (2.1%) 18 (1.7%) 10 (1.1%) 18 (2.2%) JUMLAH 875 170 295 354 666 1,071

919

804

14.

Selaras dengan dasar kerajaan bagi merealisasikan Bidang

Keberhasilan Utama Kementerian (MKRA) iaitu meningkatkan akses dan ekuiti dalam pendidikan pengajian tinggi, KPT amat prihatin dan komited terhadap golongan masyarakat socially disadvantage seperti Orang Asli dan Orang Kelainan Upaya (OKU).

15.

Selain itu, bagi memperkasakan sukan di IPTA, KPT juga

menyelaras agar atlet yang beraksi di peringkat negara dan antarabangsa diberi peluang menceburi sukan pilihan di Pusat Kecemerlangan Sukan dan Pusat Sukan Tumpuan IPTA yang
4

ditetapkan. Ini adalah usaha kerajaan bagi melahirkan graduan holistik yang mampu merealisasikan agenda dan wawasan nasional.

16.

Pencapaian

golongan

tersebut

bagi

Sesi

Akademik

2012/2013 adalah seperti berikut : BIL 1 2 3 GOLONGAN ORANG ASLI OKU ATLET NEGERI & NEGARA POHON 44 74 1,993 LAYAK TAWAR 30 50 1,783 22 28 1,682 PERATUS BERJAYA 73.3% 56.0% 94.3%

HEBAHAN RASMI KEPUTUSAN 17. Status keputusan permohonan kemasukan ke IPTA bagi Pengajian Lepasan STPM/Setaraf Sesi Akademik

Program

2012/2013 boleh disemak mulai 13 Julai 2012 (Jumaat), jam 12.00 tengah hari melalui saluran hebahan rasmi di bawah:
1 Laman Web http://upu.mohe.gov.my http://www.jpt.utm.my http://jpt.uum.edu.my https://jpt.unimas.my http://jpt.ums.edu.my 03-8870 6767 03-8870 6777 03-8870 6755/6766 Sila taip: UPU RESULT [No. KP] dan SMS ke: 15888
5

2 3 4 5

Hotline Helpline Talian Am Sistem Pesanan Ringkas(SMS) (Short Messaging Service) Untuk semua talian telefon bimbit

18.

Pihak IPTA akan mengeluarkan surat tawaran rasmi kepada

calon yang berjaya mulai 16 Julai 2012. Semua calon yang berjaya dikehendaki membuat pengesahan setuju terima tawaran oleh IPTA dalam tempoh 10 hari iaitu pada atau sebelum 22 Julai 2012. Pengesahan setuju terima tawaran dan surat tawaran boleh dicetak melalui Laman Web IPTA seperti di Lampiran 1.

19.

Bahagian

Pengurusan

Kemasukan

Pelajar,

Jabatan

Pengajian Tinggi, (BPKP JPT), juga akan membuka kaunter semakan status keputusan permohonan kemasukan ke IPTA di Aras 4, No.2 Menara 2, Jalan P5/6, Presint 5, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62200 W.P.Putrajaya mulai 13 Julai hingga 20 Julai 2012 untuk memudahkan pemohon membuat semakan dan mendapatkan khidmat runding cara.

20.

BPKP JPT juga menyediakan perkhidmatan untuk membantu

menjawab sebarang pertanyaan melalui saluran Talian Khidmat Bantu (Helpline) di talian 03-8870 6767 atau Hotline di talian 03-8870 6777 atau melalui e-mel di alamat upu@mohe.gov.my.

e-RAYUAN 21. Aplikasi e-Rayuan dibuka untuk capaian melalui Laman

Web Rasmi Kemasukan ke IPTA di http://upu.mohe.gov.my mulai 13 Julai 2012 (Jumaat) jam 12.00 tengah hari. Hanya calon yang gagal menerima sebarang tawaran ke IPTA sahaja dibenar mengemukakan rayuan melalui Aplikasi e-Rayuan dalam tempoh 10 hari selepas keputusan rasmi diumumkan.

22. 23.

Tarikh tutup permohonan e-Rayuan ialah pada 22 Julai 2012. Keputusan pemilihan rayuan adalah tertakluk kepada

kekosongan tempat mengikut program pengajian di IPTA selepas pendaftaran pelajar baharu. Tawaran adalah muktamad. Jika tiada sebarang jawapan diterima dari IPTA sehingga 30 September 2012, maka rayuan tersebut hendaklah dianggap gagal. PENDAFTARAN PELAJAR BARU 24. Tarikh pendaftaran pelajar baharu di IPTA ialah 1 hingga 2

September 2012.

Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar Jabatan Pengajian Tinggi Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia
12 Julai 2012

LAMPIRAN 1 SENARAI URL LAMAN WEB IPTA UNTUK CETAKAN SURAT TAWARAN PERMOHONAN KEMASUKAN KE IPTA PROGRAM PENGAJIAN LEPASAN STPM/MATRIKULASI/SETARAF (IJAZAH PERTAMA) SESI AKADEMIK 2012/2013 BIL 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 IPTA UM USM UKM UPM UTM UIAM UUM UNIMAS UMS UPSI UiTM UMT UTHM USIM UTeM UMP UniMAP UniSZA UMK UPNM URL LAMAN WEB IPTA www.um.edu.my/kemasukan https://pohon.usm.my www.ukm.my/kemasukan/tawaran www.smp.upm.edu.my/tawaran www.jpt.utm.my www.iium.edu.my/kemasukan/tawaran www.uum.edu.my/kemasukan www.unimas.my/kemasukan/tawaran bpa.ums.edu.my/tawaran www.upsi.edu.my/kemasukan/tawaran www.online.uitm.edu.my intake.umt.edu.my/tawaran e2.uthm.edu.my/tawaran esst.usim.edu.my www.utem.edu.my/kemasukan www.ump.edu.my/kemasukan/tawaran www.unimap.edu.my/kemasukan/tawaran www.unisza.edu.my/tawaran www.umk.edu.my/kemasukan/tawaran www.upnm.edu.my/kemasukan/tawaran

Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar Jabatan Pengajian Tinggi Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia 12 Julai 2012
8