Anda di halaman 1dari 11

INVENTORI PERSONALITI WARNA

APAKAH IPW

Mengandungi 100 item (format ya atau tidak)

Respons individu : Dapat menerangkan ciri-ciri personaliti individu. Empat skala (Emas, Hijau, Biru dan Jingga)

EMAS Kata Kunci:Saya Bertanggungjawab


Ciri Umum Keibubapaan, ikut adat resam, setia,tradisional atau konservatif, praktis, waras fikiran, Boleh dipercayai, bertanggungjawab, berperaturan dan bersistem. Ciri-Ciri Diri Saya perlu ikut peraturan, taat dan boleh diharap, tahu baik dan buruk, peneliti, menghormati masa, peraturan dan sistematik hargai hidup berkeluarga/tradisi, keibubapaan, memelihara sesuatu resam, menolong.

Sambungan..

Ciri-Ciri di Tempat Kerja Menjaga kestabilan, menyusunatur, mengorganisasikan kerja, urusan perincian, bekerja keras, bekerja dahulu barulah main, ikut peraturan kerjasama dan ikut kebiasaan.

Ciri-Ciri Semasa KanakKanak Ikut Undang-undang, memahami dan menghormati pihak berkuasa, selesa dengan rutin pelajaran, sistem sekolah (ok)

HIJAU Perasaan Ingin Tahu Yang Tinggi


Ciri Umum Cenderung dan cekap dalam pelbagai lapangan, merekacipta, ingin mengetahui, faham konsep, pengetahuan luas, bijak dan mahir, panjang akal, berasaskan logik. Ciri Diri Cenderung dan cekap, merekacipta sesuatu yang baru, menjalankan tugas dengan sempurna, ingin tahu, minat tentang konsep, tanggapan dan idea, panjang akal, tenang, prinsip dan jujur, perlu penjelasan, analitikal.

Sambungan
Ciri di Tempat Kerja Kerja permainan, cabaran tugas-tenang, merekacipta model, meneroka idea, beralih ke projek lain setelah sempurna idea.

Ciri Semasa Kanak-Kanak Lebih tua dari umur (pemikiran), fokus kepada perkara yg diminati (mendapat pencapaian yg tinggi dalam subjek yg merangsang mental), tak sabar dengan kaedah latih-tubi atau rutin, menyoal guru/orang lain, perlu hormati guru sebelum belajar dengan mereka.

BIRU Sukakan Keharmonian


Ciri Umum Tulin, mesra, mengasihani, unik, berkebolehan mengalami perasaan dan fikiran orang lain, penyayang dan setia, mesra, berseni, memberi inspirasi, riang, penuh kasihsayang, bersemangat. Ciri Diri Mahu rasa unik, mudah simpati, mencari makna dalam kehidupan,ingin perhubungan yang mesra, boleh selami perasaan orang lain, mesra, berkarya,memberi ilham puitis, romantis, imaginatif, pengasuh.

Sambungan
Ciri di Tempat Kerja Dorongan yang kuat untuk pengaruhi orang lain, bekerja dalam bidang seni,pendidikan, profesion menolong orang lain, motivasi dan berinteraksi. Ciri Semasa Kanak-Kanak Sangat imaginatif, agak sukar untuk menyesuaikan diri dalam struktur sekolah, mahu pengiktirafan, tidak suka perbalahan dan penolakan dalam diri, sukakan galakan dan bukan persaingan (tidak suka dibandingkan dengan orang lain).

JINGGA Suka Mengembara/Adventurous


Ciri Umum
Cergas, pandai guna kesempatan, spontan, suka pertandingan, tergopohgapah tetapi bersemangat, realistik, berfikiran terbuka, gemar pengalaman luarbiasa yg bahaya tetapi menyeronokkan, berani, bertindak atas desakan fikiran, suka keseronokan, berkemahiran.

Ciri Diri
Bertindak spontan, berjenaka, menawan, hidup sebagai permainan, suka keseronokkan dan sesuatu yang memberangsangkan, suka akan persaingan, kadangkala tindakan gopohgapah tetapi bersemangat dan menimbulkan kesan mendalam, suka pengalaman bahaya tetapi menyeronokkan.

Sambungan
Ciri di Tempat Kerja Bosan dan gelisah jika kerja berstruktur, rigid dan ikut rutin, puashati dalam kerja yg memberikan kebebasan, dapat guna koordinasi fizikal dan alatan. Ciri Semasa Kanak-Kanak Kesulitan besar untuk sesuai diri dengan rutin sekolah, belajar dengan membuat/mengalami dan bukannya membaca atau mendengar,pembelajaran perlu penglibatanfizikal, suka bersaing dan inginkan keseronokkan.

Apakah Personaliti Anda? Untuk keterangan lanjut.


Jom berjumpa dengan Pegawai Psikologi anda

Beri Nilai