Anda di halaman 1dari 1

Solat sebagai tajuk kajian Nama No Pendaftaran

Menurut sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

Solat merupakan tiang agama. Sesiapa yang mendirikan solat, dia telah mendirikan agama dan sesiapa yang meninggalkan solat, maka dia telah meruntuhkan agama

Hadis di atas telah menggambarkan bahawa tegaknya atau tidak Islam di dalam seseorang itu bergantung kepada keistiqamahan seseorang individu itu dalam mengerjakan solatnya. Solat itu bukan hanya satu kewajiban tetapi juga sebagai salah satu impak positif kepada umat yang mengerjakannya. Sesungguhnya Allah SWT telah berfirman di dalam Surah Al-Ankabut ayat 45 yang bermaksud:

Sesungguhnya solat itu mencegah dari perbuatan keji dan mungkar

Namun begitu, masih ada lagi sebahagian daripada umat Islam yang tidak mengerjakan solat. Jika solat itu dilaksanakan dengan baik, mengapa ada segelintir yang mengerjakan solat masih lagi melakukan kemungkaran. Melalui kajian yang akan dibuat, kami akan mengkaji faktor-faktor yang menjadi penyebab kepada masalah ini. Kami akan menggunakan kaedah kaji selidik iaitu dengan mengedarkan borang kaji selidik kepada pelajar-pelajar Muslim di Politeknik Kuching secara khususnya, bagi mengkaji penyebab kepada masalah ini. Maka dengan mengetahui puncanya, diharapkan suatu langkah penyelesaian dapat diperolehi sekaligus dapat dipraktikkan di dalam kehidupan kita. Diharapkan dengan penyempurnaan solat, masyarakat Muslim di Politeknik Kuching akan menjadi lebih baik.

Anda mungkin juga menyukai