Anda di halaman 1dari 11

IKHTIAR HIDUP DI HUTAN

PENGENALAN
Ikhtiar Hidup Di Hutan adalah satu ilmu yang sangat

berguna bagi sesiapa yang minat aktiviti kembara di kawasan perhutanan tropika seperti di negara kita ini.
Kita perlu ketahui bahawa didalam hutan bukanlah

seperti di pekan atau di kampung dimana berbagai barangan dan bahan sentiasa boleh dibeli untuk makan atau diguna bagi keselesaan hidup. Jadinya setiap orang yang minat mengembara ke hutan harus membuat persiapan yang mencukupi.

BEKALAN DAN PERALATAN YANG PATUT DIBAWA UNTUK KEMBARA DI HUTAN IALAH:
Khemah, pemetik api, parang, lampu picit serta

bateri, peta, kompas Beras, makanan ringan ,kopi, teh, gula, garam, minyak masak, sardin, cili kering, bawang,Periok, pinggan dan sudu plastik serta pisau dapur. Sepasang baju dan seluar panjang, topi serta kasut dan stoking, seluar ganti serta sehelai sarong. Ubat dan alatan pertolongan cemas.

PERALATAN IKHTIAR HIDUP


Persediaan diatas amat sempurna untuk ke hutan. Tetapi

biasanya bagi seseorang yang hilang di hutan, peralatan tersebut jarang sekali dibawa bersama. Oleh itu selain pakaian, peralatan yang harus dibawa adalah seperti berikut: . Macis, pemetik api dan parang . Lampu picit dan bateri . Ubat pertolongan cemas wisel dan peralatan dandanan . Hammock dan ponco . Kain jarang (untuk tutup muka dan badan sewaktu tidur) . Sarong tangan Hammock diikat di pokok dan jadikan buaian untuk tidur. Ponco diguna sebagai bumbung untuk megelak dari hujan. Kain jarang dipakai sebagai selimut dan sarong tangan bagi mengelak dari gigitan nyamuk.

PERALATAN TERPENTING
Jika senarai peralatan tadi tidak juga dibawa,

maka yang paling terpenting dibawa ialah: Macis atau petik api dan parang Tanpa kedua barangan diatas, ikhtiar hidup masih lagi dilakukan. Tetapi ia bertambah sukar. kerana api penting dalam usaha ikhtiar hidup. Begitu juga parang yang sangat berguna menebang dan memotong kayu untuk membuat tempat perlindungan atau memotong buluh untuk alat memasak.

MEMBINA PERLINDUNGAN
Yang utama dalam Ikhtiar Hidup di hutan ialah membina sebuah

perlindungan atau dangau. Membina dangau mengambil masa lebih kurang selama 3 jam. Yang penting ialah mengumpul bahan binaan yang boleh dikutip diatas tanah atau dipotong dari pokok-pokok yang terdapat dikawasan berhampiran. Untuk membina dangau 4 batang kayu panjang dipacak diatas tanah sebagai tiang menjadi satu struktur 6 kaki tinggi, 7 kaki panjang dan 4 kaki lebar. Kemudiannya stuktur ini kira-kira pada ketinggian 3 kaki dari tanah diikat dengan rotan kepada 4 batang kayu atau buluh untuk di lapik dengan beberapa batang kayu kecil sebagai lantai. Batang kayu tambahan dipakai bagi memperkuatkan lantai. Seterusnya daun-daun lebar diikat disebelah atas dangau sebagai bumbung. Dangau yang siap memberi semangat kepada penghuninya untuk hidup. Sekurang-kurangnya ia memberi perlindungan dari cuaca buruk dan biasanya binatang hutan akan mengelak dari kawasan tersebut. Lebih-lebih lagi jika api dipasang ditepinya.

MENCARI AIR DAN MAKANAN


Hutan sentiasa mempunyai sumbar air untuk minum Seperti di

sungai- sungai kecil dan di lereng-lereng bukit. Untuk makan, hutan sebenarnya mempunyai berbagai bahan yang boleh mengisi perut yang lapar.Umpamanya di sungai kecil pun ada banyak ikan yang boleh ditangkap dengan mengguna berbagai cara mudah. Bubu boleh dibuat dari buluh dan diikat dengan rotan. Kemudian bubu ini diletak di saloran air yang biasa dilalui ikan. Untuk menentukan ikan akan mengikut arus ke dalam bubu, permukaan bahagian anak sungai berkenaan boleh ditambak dengan tanah atau batu supaya arus airnya disalorkan melalui kawasan yang dikenakan bubu. Cara demikian boleh menghasilkan banyak ikan terperangkap didalam bubu. terdapat berbagai tumbuhan di hutan yang boleh dimakan. Pokok pisang dan ubi juga banyak terdapat di hutan. Kadang-kadang kalau nasib baik mungkin terjumpa pokok buah cempedak atau langsat dan durian.

MENYEDIA API
Dari sudut ikhtiar hidup di hutan, api dianggap paling pentng. Oleh itu seseorang yang

memasuki hutan sudah tentu membawa macis atau petik api. Api boleh dinyalakan dengan membakar ranting-ranting kecil serta daun kering yang diatur dalam bentuk piramid setinggi 1 atau 2 kaki. Apabila ranting ini menyala dengan baik, Ranting-ranting yang lebih besar dimasukkan supaya apinya akan menjadi lebih kuat. Seterusnya batang-batang kayu sebesar paha ditambah kepada api yang membara sehinggalah ia menjadi cukup besar untuk berbagai guna. Sekiranya seseorang itu tidak mempunyai macis atau pemetik api, tidak bermana ia tidak boleh berusaha membuat api. Masyarakat dizaman silam memang mengguna berbagai cara untuk mendapat api. Antaranya ialah dengan menggesek batu untuk menghasilkan percikan api yang kemudiannya di tangkap oleh daun kering menjadi bara. Bara itu ditiup sehingga ia menyala menjadi api. Ada juga api dihasilkan dengan menggunakan 2 jenis kayu. Satu kayu lembut yang dijadikan dulang dan satu kayu keras yang dipakai sebagai pengguris. Dihujung kayu dulang itu dibuat satu lubang untuk mengumpul habuk kayu akibat penggurisan bertubitubi keatas dulang oleh kayu keras. Apabila kayu pengguris itu digeselkan tidak berhenti-henti haba panas akan dirasai diikuti dengan asap yang keluar dari bakaran bara habuk kayu yang terperangkap dalam lubang dulang. Bara yang panas itu dipindah keatas daun-daun dan ranting-ranting kering yang telah disediakan. Apabila ditiup bara itu akan menyala dan apinya boleh diguna untuk masak.

MEMASAK
Memasak tanpa periuk atau kuali boleh dibuat dalam keadaan

terdesak. Batang buluh boleh dijadikan alat memasak seperti yang digunakan oleh masyarakat Melayu membuat lemang. Umpamanya ikan yang ditangkap dengan bubu boleh dibalut dengan daun dan dimasukkan kedalam buluh yang disediakan. Seterusnya air secukupnya dimasukkan ke dalam buluh. Kemudiannya buluh itu disandarkan ketepi api untuk memasakkan ikan. Setelah masak, buluh itu dibelah untuk mendapat ikan dan kuahnya. Sayur juga boleh direbus dalam buluh sebelum dimakan. Mungkin kalau tidak sabar menunggu masakan dalam buluh, ikan boleh dipanggang diatas bara api dengan menggunakan buluh sebagai pengapit ikan. Ubi juga boleh dibakar diatas bara api sebelum dimakan.

MENCARI JALAN KELUAR


Sekiranya pihak yang hilang itu lebih daripada satu orang

dan berkemampuan untuk mencari jalan keluar dan mendapat bantuan, maka mereka harus merancangnya dengan cara teratur. Pilih 2 orang yang cergas diantara mereka untuk menuju kearah perkampungan manusia diluar hutan.
Jika ada anak sungai berdekatan, maka sebuah rakit

boleh dibina dengan menggunakan buluh-buluh atau kayu yang dikumpul. Rakit itu dibawa ke sungai dan dinaiki oleh 2 orang yang dipilih untuk mencari pertolongan. Mereka juga diberi bekalan makanan supaya tidak kelaparan.

KESIMPULAN

Diharap agar pembentangan yang dibuat oleh kumpulan kami ini dapat memberikan anda ilmu tentang ikhtiar hidup di hutan supaya dapat membantu sedikit sebanyak jika tersesat didalam hutan.

Anda mungkin juga menyukai