Anda di halaman 1dari 2

Bil.

Jurnal Minggu praktikum

: ke 5 :3

Tarikh peristiwa/ kejadian : 3 April hingga 7 April 2011 Tajuk jurnal : Pengurusan Masa

1. Masalah Pada minggu ketiga saya berada di sekolah ini, masalah yang saya hadapi ialah pengurusan masa yang agak padat. Ini berikutan pada minggu ini sekolah saya sedang membuat persiapan tuan rumah kejohanan bola tampar peringkat zon. Selain daripada itu saya bersama dengan rakan praktikum dikehendaki membuat mural dan melatih wakil sekolah dalam acara bola tampar dan bola baling. Pada minggu ini juga saya menduduki peperiksaan MUET.

2. Analisis Hal ini berlaku kerana saya tidak merancang masa saya dengan betul. Selain daripada itu sifat bertangguh dalam melakukan sesuatu kerja membuatkan saya tertekan dan melengahkan masa yang ada. Sifat mengharapkan orang lain juga menjadi satu kelemahan kerana bergantung pada benda yang belum pasti dan menyalahkan individu lain bagi memuaskan hati.

3. Cadangan tindakan susulan Selepas berfikir sejenak, saya rasakan ini bukan satu penghalang bagi saya untuk berjaya. Saya harus memperbaiki kelemahan diri saya di mana tidak membazirkan masa yang ada. Kesibukan disekolah dan urusan peribadi harus saya susun dan mendahulukan mana yang harus sebelum yang sunat. Saya juga telah membuat jadual waktu peribadi untuk memudahkan saya mengawal aktiviti yang dilakukan. Sikap terbuka harus ada pada diri supaya tidak bergantung harap pada orang lain kerana ini hanya akan membazirkan masa. Saya ditugaskan untuk mengajar jikalau saya bergantung harap sampai bila saya

hendak berdiri dengan kaki sendiri. Menerima kelemahan yang ada dan memperbaiki dengan cara yang betul supaya dapat diterima oleh semua pihak. Tidak menyalahkan pihak lain andai apa yang dihajatkan tidak tecapai.

4. Tempoh masa Masa yang diberi cukup sebenarnya jikalau hendak dibandingkan jika saya sudah bekerja kelak. Saranan saya jadual waktu peribadi harus ada supaya tempoh masa melakukan sesuatu aktiviti dapat dijalankan dan berakhir dalam masa yang dijangkakan.

5. Penilaian kejayaan Pada minggu ini penilaian saya dapat dibuat apabila saya dapat menyiapkan RPH, portfolio, mural dan melatih murid diwaktu petang. Saya juga masih ada masa bersama rakan dan beriadah di kala petang. Diharapkan kejayaan berterusan sehingga tamat praktikum.

6. Tindakan susulan Apa yang terjadi pada minggu sebelum ini membuatkan saya belajar erti seorang guru. Bukan sahaja mengajar tetapi pengorbanan masa dan wang juga diperlukan. Wang boleh dicari tetapi masa tiada ganti. Saya harus memperbaiki masa saya supaya tidak melengahkan perjalanan saya untuk terus belajar dalam mempelajari bidang perguruan selain daripada menimba pengalaman baru.

Disemak oleh Guru Pembimbing Tandatangan : Nama Tarikh : :

Disahkan oleh Pensyarah Penyelia Tandatangan : Nama Tarikh : :

Anda mungkin juga menyukai