Anda di halaman 1dari 7

Tutorial Minggu 3 :

Kelebihan/Kekuatan dari aspek penggunaan media pengajaran dalam bilik darjah


Alif Fahmi Mohd Pauji

Kelebihan/Kekuatan dari aspek penggunaan media pengajaran dalam bilik darjah


1. Menjadikan sesi P&P lebih menyeronokkan. 2. Memberikan gambaran dan peristiwa di luar bilik darjah ke dalam bilik darjah. 3. Membantu murid membentuk konsep dengan lebih mudah serta jelas. 4. Mengatasi Batasan Ruang, Waktu dan Pancaindera. 5. Mempelbagaikan aktiviti pengajaran pembelajaran

1. Menjadikan sesi P&P lebih menyeronokkan.


Kaedah chalk and talk membosankan. Penggunaan bahan media seperti Media Tayang Kaku, Tayang Bergerak, Bahan Grafik, Audio dan Cetak akan menyeronokkan murid membawa kelainan dalam sesi P&P

2. Memberikan gambaran dan peristiwa di luar bilik darjah ke dalam bilik darjah.
Penggunaan bahan media mampu memberikan gambaran sebenar peristiwa diluar bilik darjah. Contoh menayangkan video kemalangan kereta kepada murid. Tidak semua murid pernah melihat kemalangan kereta.

3. Membantu murid membentuk konsep dengan lebih mudah serta jelas.


Tidak semua murid miliki tahap imaginasi yang tinggi. Penggunaan bahan media bersesuaian mampu membantu murid. Contoh media tayang kaku = transparensi, slaid.

4. Mengatasi Batasan Ruang, Waktu dan Pancaindera.


Objek yang terlalu besar atau kecil boleh digantikan dengan model, gambar, transparensi, filem atau video. Gerak yang terlalu lambat atau terlalu cepat dapat dibantu dengan timelapse atau highspeed photography. Kejadian yang berlaku pada masa lalu dapat ditampilkan dalam bentuk filem, gambar foto mahupun secara lisan.

5. Mempelbagaikan aktiviti pengajaran pembelajaran


Guru menjalankan aktiviti menggunakan media yang bersesuaian. Contoh Media pameran tiga dimensi seperti model dan boneka. Guru bercerita dengan menggunakan media tersebut atau murid mencipta media tersebut dan bercerita.

Anda mungkin juga menyukai