Anda di halaman 1dari 1

Aktiviti ini dapat mengeratkan lagi hubungan mesra guru dan murid.

Murid tidak lagi merasa takut untuk menyebut perkataan sambil menyanyi. Perasaan ini perlu terus dipupuk pada kemahiran bacaan yang lebih tinggi, seperti membaca perkataan yang mengandungi diftong dan diagraf berganding, serta membaca ayat. Dengan ini saya telah dapat menanamkan keyakinan diri dan merasakan dirinya benar-benar berguna dan dihargai . Sesungguhnya proses pengajaran yang tidak membosankan ini telah menggalakkan murid untuk mencuba dan terus mencuba, untuk terus membetulkan sebutan dan memperoleh ganjaran sama ada dalam bentuk material atau non material ( pujian dan sanjungan ). Rumusannya , proses p P&P Bahasa Melayu berbentuk seperti ini secara tidak langsung telah membantu murid untuk menguasai sebutan khasnya dan3M amnya seiring dengan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan, untuk melahirkan insan yang seimbang dari aspek jasmani, emosi , rohani dan intelek.

Anda mungkin juga menyukai