Anda di halaman 1dari 18

TAJUK: PELITA BAHASA MELAYU PENGGAL 1 ( PERMULAAN NAHU MELAYU)

ZAINAL ABIDIN BIN AHMAD (ZABA)

DI SEDIAKAN OLEH: AMINAH BINTI HAJI ALBANI DIPLOMA USULUDDIN 0904 2104 SUBJEK AL-QURAN & PENEMUAN SAINS

DI SEDIAKAN UNTUK: DR.ALINOR BIN ABDUL KADIR

ISI KANDUNGAN

PENDAHULUAN

BAB I DAN BAB II

4-5

BAB III DAN BAB IV

5-6

BAB V DAN BAB VI

BAB VII DAN BAB VIII

BAB IX DAN BAB X

BAB XI DAN BAB XII

8-9

BAB XIII DAN BAB XIV

9-10

BAB XV DAN BAB XVI

10-11

ULASAN SECARA KESELURUHAN KAJIAN ORANG LAIN BERKENAAN KARYA ZABA


TUJUAN PENYEMPURNAAN TULISAN DALAM SISTEM TULISAN JAWI

11

13

14

LANGKAH-LANGKAH PENYEMPURNAAN EJAAN JAWI (19811989) 15

PENUTUP

17

BIBLIOGRAFI

18

PENDAHULUAN

Za'ba (Tan Sri, 1895-1973) ialah tokoh bahasa dan pemikir Melayu. Nama sebenarnya ialah Zainal Abidin bin Ahmad. Dia lahir pada 16 September 1895 di Kampung Bukit Kerdas, Jempol, batu Kikir, Negeri Sembilan. Ibunya Intan Awaluddin berketurunan Minangkabau. Ayahnya yang berketurunan Bugis Linggi merupakan orang yang berharta, berpengetahuan agama, dan satu-satunya penduduk di kampung itu yang tahu membaca dan menulis Jawi.

Za'ba muncul sebagai cendekiawan Melayu yang dihormati sejak tahun 1920-an lagi. Sepanjang kerjayaan selama hampir 40 tahun, Za'ba bergiat secara aktif dalam bidang penulisan dan berbagai-bagai kegiatan sosial serta politik tanah air. Za'ba merupakan penulis rencana dan esei yang berbakat istimewa dan gigih, sama ada dalam bahasa Melayu atau bahasa Inggeris. Penulisannya yang begitu prolifik mencakupi bidang bahasa sastera, agama, pendidikan, ekonomi dan politik.Kegiatan penulisannya sentiasa dibendung oleh kerajaan kolonial British, terutama sepanjang dia berada di MPSI. Walau bagaimanapun, dia tetap aktif dan banyak tenaganya ditumpukan ke arah penerbitan buku sekolah dan buku bacaan umum di Biro Penterjemahan (pejabat Karang Mengarang) MPSI, selain memberi perhatian yang khusus dan lebih serius kepada usaha untuk memajukan bahasa Melayu.

Beberapa buah buku

penting tentang tatabahasa telah dihasilkannya yang digunakan di

maktab dan institusi pengajian pada masa bagi mengisi kekosongan yang wujud. Antara karyanya ialah Ilmu Bahasa Melayu (1926), Rahsia Ejaan Jawi (1929), Pelita Mengarang, Ilmu Mengarang Melayu (1934), Daftar Ejaan Melayu: Jawi-Rumi (1938), dan tiga jilid dalam siri Pelita bahasa Melayu (1940, 1946 dan 1949). Dalam ilmu kajian bahasa, Tokoh Melayu pertama yang benar-benar menganalisis system ejaan Arab Melayu dari segi prinsip dan segala permasalahannya adalah Zainal Abidin bin Ahmad (Zaba) dengan karyanya Jawi Spelling dan buku Daftar Ejaan Melayu Jawi-Rumi. Tokoh lainnya adalah Raja Haji Muhammad Tahir bin Al-Marhum Mursyid Riau dalam bukunya Rencana Melayu.

Bab I

Manusia memerlukan bahasa dan percakapan untuk berkomunikasi antara sesama manusia. Dengan hal yang demikian terbitlah bahasa atau percakapan diantara manusia. Meskipun terdapat pelbagai bangsa di seluruh dunia, namun semuanya adalah sama kerana mengeluarkan suara untuk berkomunikasi. Dalam bab ini juga membincangkan tentang asal kepandaian manusia menulis dan membaca. Setelah manusia mula bertambah maju, manusia telah mencipta suatu tanda ataupun gambaran bunyi yang kini dikenali sebagai huruf. Melalui wujudnya huruf munculnya kepandaian untuk menulis. Pada zaman dahulu,ketika pemerintahan raja yang beragama hindu sebahagian besar dari tanah melayu terpaksa mempelajari dan meniru tulisan Tulisan ini merupakan sistem tulisan yang paling awal digunakan di kawasan Kepulauan Melayu.

Tulisan ini mula bertapak di Pulau Jawa dan digunakan untuk menulis dalam bahasa Sanskrit. Ketika itu bahasa Sanskrit menjadi bahasa pentadbiran dan ilmu pengetahuan. Penyebaran tulisan dan bahasa Hindu ini dijangka terhad di kalangan golongan istana sahaja disebabkan tiada kemudahan asas untuk mengajar orang kebanyakan membaca dan menulis. Tulisan Pallava juga merupakan sistem tulisan paling awal digunakan untuk menulis dalam Bahasa Melayu Kuno, yang mana banyak menerima pengaruh daripada Sanskrit. Bukti penggunaan tulisan Pallava terdapat pada yupa (tiang batu persembahan)/prasasti di daerah Muara Kaman, pertemuan antara Sungai Mahakam dan Kedang Kepala, sekitar 125 km atau dua jam menaiki bot laju ke hulu Tenggarong, ibu kota Kabupaten Kutai Kartanegara. Yupa tersebut dijumpai oleh pekerja topografi Belanda dalam tahun 1879 dalam huruf Pallava berbahasa Sanskrit. Tujuh yupa tersebut kini berada di Muzium Nasional Jakarta menceritakan tentang pencapaian Raja Mulawarwan, cucu Kudungga. Yupa tersebut berasal dari tahun 400 merupakan tinggalan pemerintahan Hindu.

Pada awal kurun masihi, ramai di antara penduduk tanah melayu yang masuk islam kerana mendapat dakwah dari pedagang-pedagang arab. Kemudian penduduk tanah melayu mrngikuti tulisan orang-orang arab yang menggunakan tulisan jawi. Pada kurun ke-16 pula, tanah melayu telah mula dilawati oleh orang-orang Eropah untuk berniaga dan sebagainya. Setibanya orang Eropah di tanah melayu, orang melayu mula bertutur dalam bahasa melayu dan menulis dalam tulisan rumi kerana mudah dipelajari dan di fahami. Huruf-huruf jawi dan

rumi yang digunakan adalah mempunyai hubung kait yang sangat rapat. Seperti contoh jika kita cuba untuk dengar kebanyakan bunyi huruf jawi adalah sama dengan rumi.

Bunyi tulisan jawi yang sama dengan rumi Alif = A Ba = B Ta = T

Bab II Dalam bab II Zaba membincangkan tentang huruf sebenar dan huruf saksi. Huruf-huruf tulisan terbahagi kepada 2 antaranya ialah huruf benar dan huruf saksi:-

Huruf benar (konsonan): iaitu huruf yang membunyikan huruf sebelah dalam, iaitu huruf yang tidak boleh berbunyi sendiri.

Huruf saksi (vokal) : iaitu huruf yang mengambarkan bunyi sebelah luar, boleh berbunyi sendiri dan boleh menolong kepada bunyi huruf-huruf benar.

Huruf-huruf saksi ialah huruf vokal a,i,e,o,u . pada tulisan jawi huruf saksi hanya ada 3 (

) tetapi huruf-huruf jawi ini hanya boleh digunakan untuk huruf benar. Kekurangan huruf

saksi menyebabkan orang melayu mengambil langkah dengan menggunakan tulisan rumi. Huruf jawi juga memberi kepayahan kepada orang melayu. Akibatnya banyak kekeliruan yang timbul. Walaubagaimanapun,kekurangan ini masih boleh diperbaiki jika huruf-huruf yang baru diterbitkan atau digunakan yang mana boleh diterima oleh semua orang. Untuk mengantikan huruf-huruf saksi, orang melayu telah mula menggunakan tanda baris bagi memudahkan proses membaca dan menyebut tulisan jawi.

Bab III

Ejaan dan tulisan jawi zaman dahulu merupakan tulisan yang di gunakan oleh orang arab iaitu bunyi-bunyinya di keluarkan oleh baris-baris sama ada yang zahir barisnya mahupun tidak. (

) pada masa kini sudah tidak dijadikan sebagai huruf saksi lagi melainkan dalam tulisan

arab. Sebenarnya tiada bunyi panjang yang sebenar dalam melayu. Penulis-penulis jawi yang mula-mula menulisnya dengan kaedah ini tentulah bukan orang melayu. Apabila orang melayu mula memiliki bahasa sendiri mereka lebih mengetahui bahawa di dalam bahasa melayu tidak terkandung bahasa panjang. Menurut Awang Had Salleh (Tan Sri Dato' Dr.) Bekas Penasihat khas Kementerian Pelajaran Malaysia, beliau berpendapat bahawa Zaba merupakan tokoh yang sangat terulung dalam memegang peranan dalam mengasaskan teknik tulisan jaw ini kerana

Bab IV

Perkataan memakai penambah ertuinya perkataan yang telah dimasukkan imbuhan sebagai penambah. Imbuhan boleh di tambah di bahagian pangkal, hujung mahupun pangkal da di hujung. Dalam bab ini juga menerangkan kaedah am bagi merangkaikan huruf dan perkataan dalam tulisan.

Bab V

Huruf-huruf rumi ada 26. Daripada itu 5 huruf merupakan saksi (vokal). Kemudian bagi menulis bahasa melayu ditambah satu lagi huruf saksi iaitu e. Huruf-huruf saksi jika di lihat sebenarnya ianya boleh hidup secara sendiri berbanding dengan huruf-huruf benar. Berbeza dengan huruf-huruf benar. Ia tidak dapat berbunyi dengan sendiri. Ia memerlukan huruf saksi. Dalam bab ini juga diterangkan tentang tempat-tempat yang sukar dalam ejaan rumi. Selain itu juga di dalam bab ini dimuatkan tentang saksi halus atau kasar, perkataan yang belum tetap ejaannya dan ejaan yang boleh mengelirukan. Ejaan perkataan pinjaman juga ada di muatkan dalam bab ini. Seperti contoh bahasa yang selain dari bahasa inggeris dan bahasa arab undang-undangnya segala perkataan yang di pinjam ke dalam bahasa melayu dari bahasa lain yang bukan bahasa inggeris atau arab sudah tetap di eja dengan ejaan mengikut sebutan dan bunyi pada orang melayu. Jika perkataan dari inggeris, undang-undangnya perkataan 6

yang di pinjamkan daripada bahasa inggeris. Jika sudah terbiasa mengejanya dalam bahasa melayu. Ianya boleh di eja mengunakan bahasa melayu.

Bab VI Dalam bab ini, Zaba memasukkan petua-petua ejaan rumi seperti penambahan pe dan me. Semua perkataan yang bermula dengan huruf l, m, n, ng, ny, r, w, dan y ditambahkan pe dan mesahaja. Dalam bab ini, Zaba telah memuatkan beberapa perkara lain antaranya ialah penambahan ber, ter, per, ka, ke. Dalam bab ini juga ada diterangkan tentang bagaimana ejaan bagi perkataan berganda dan petua untuk memakai sempang di dalam perkataan. Selain itu, petua menggunakan huruf besar juga ada diterangkan di dalam bab ini.

Bab VII

Dalam bab ini membincangkan tentang jenis-jenis perkataan daan kerja-kerjanya. Seperti contoh:a) Nama : iaitu segala perkataan yang menyebutkan tentang benda ataupun manusia seperti budak ,burung ,kaki ,tahun ,bulan dan sebagainya. b) Perbuatan : iaitu segala perkataan yang menyebut tentang perbuatan yang dilakukan atau keadaan yang diadakan seperti ambil ,beri ,pergi ,mahu dan sebagainya. c) Sifat : iaitu segala perkataan yang menerangkan tentang sifat sesuatu nama atau perbuatan . seperti: besar,pandai, segera, selalu dan sebagainya. d) Sendi : iaitu menyambungkan antara perkataan dengan perkataan yang lain contohnya dengan, oleh, akan, dan sebagainya. e) Seruan : ialah perkataan-perkataan yang digunakan bagi mengeluarkan perasaan di dalam hati ketika memerhati,terperanjat,menngejek,sakit hati dan sebagainya.

Bab VIII

Perkataan bagi nama ini terbahagi kepada 2 antaranya ialah nama betul dan nama ganti. Nama betul terbahagi kepada 2 antaranya ialah:a) Nama am atau nama nika: iaitu nama am yang dipakai untuk semua benda yang sejenis seperti kitab,negeri, budak dan sebagainya.

b) Nama khas pula ialah nama yang diberikan khas kepada seseorang,tempat atau barang yang berlain-lain jenisnya. Jika kita lihat sebenarnya kata ganti nama terdiri dari pelbagai jenis antaranya ialah kata ganti nama diri yang dipakai untuk mengantikan nama seseorang. Selain itu, ia juga dipakai untuk menganti diri orang yang diajak bercakap contohnya engkau,awak,kamu dan sebagainya. Kata ganti umum juga ada diterangkan di dalam bab ini seperti contoh siapa,mengapa,,apa dan sebagainya.

Bab IX Perkataan perbuatan terbahagi kepada 2 antaranya ialah perbuatan melampau dan perbuatan tiada melampau. Perbuatan melampau ialah mengenai maknanya kepada

sesuatu benda lain, tidak terhenti dengan diri pembuatnya sahaja. Dalam bab ini juga diterangkan tentang perbuatan melampau yang mengunakan 2 penyambut seperti beri dan ajar dalam ayat ini : saya beri budak itu duit.dalam bab ini juga ada diterangkan berkenaan dengan perbuatan yang memakai penambahan dan perbuatan yang memakai penambahan me dan di dan banyak lagi berkaiatan dengan kata perbuatan.

Bab X

Dalam bab ini diterangkan berkenaan dengan kata nama sifat. Perkataan-perkataan sifat terbahagi kepada 2 antaranya ialah menerangkan hal ehwal nama atau gantinya dikenali sebagai (sifat nama), dan yang satu lagi adalah menerangkan dari hal perkataan-perkataan yang lain daripada nama atau gantinya yang dikenali sebagai (kata sifat). Dalam bab ini juga ada menyatakan bahawa ada beberapa perkataan yang boleh dijadikan kata sifat. Tetapi ada juga sesetengah kata sifat yang digunakan menjadi perbuatan contohnya maka budak itu pun besar-lah. Dalam bab ini juga ada diterangkan tentang jenis-jenis kata sifat seperti contoh:a) Kata sifat cara atau gaya : bagaimana,bila,begitu,demikian dan sebagainya b) Kata sifat masa :Kata sifat menentukan bila : sekarang,tadi ,baru,dahulu dan sebagainya Kata sifat menentukan lama : sebentar, sekejap, sejurus dan sebagainya Kata sifat menentukan kali dan ulangan : sekali,kerap kali, janrang-jarang, tekadang dan sebagainya 8

c) Kata sifat tempat : dahulu dan kemudian d) Kata sifat sebab dan tujuan : mengapa,kenapa dan sebagainya e) Kata sifat darjah atau kadar : hampir, lebih kurang, cukup dan sebagainya f) Kata sifat penentu : tentu ia, bukan, tidak, jangan dan sebagainya

Bab XI Dalam bab ini Zaba menerangkan tentang serba sedikit berkenaan dengan perkataan sendi dan seruan. Kata nama sendi ialah khas di pakai untuk nama dan nama ganti bagi menunjukkan perkaitan antara perkataan. Dalam bab ini juga ada diterangkan berkenaan dengan kata seruan. Ia bermaksud, perkataan yang tidak mempunyai banyak perkataan yang diterangkan. Ianya hanya wajib di ingatkan dengan perkataan yang hanya berkaitan. Dalam bab ini juga ada dibincangkan penyambut kata sendi. Yang dikatakan peyambut kata sendi ialah nama atau nama ganti yang mengiringi kata sendi. Kata sendi terbahagi kepada 2 bahagian iaitu kata sendi penambah yang menyambungkan perkataan dengan ayat-ayat tambahan dan tidak menjadikan sambungan itu penolong atau penerang kepada ayat yang tedahulu. Manakala kata sendi penambat pula ialah menyambungkan bahagian penolong atau penerang kepada yang disambung.

Bab XII Dalam bab ini Zaba membincangkan tentang huruf-huruf penambah. Tiap satu huruf yang dimasukkan dalam satu perkataan akan dapat mampu untuk mengubah makna perkataan itu. Terdapat 2 keadaan penambahan huruf. Ada yang di tambah di bahagian hadapan dan ada juga yang di tambah di bahagian belakang. Seperti contoh penambahan me di permulaan perkataan bermaksudnya seseorang itu ingin menerangkan bahawa maksud perkataan itu melakukan sesuatu(memasak,memancing,menangis dll). Manakala penambahan di pula ber dapat digunakan untuk bermaksud seseorang yang membuat pekerjaan dan sedang bangun untuk melakukan kerjanya. Sebenarnya banyak lagi huruf penambah atau kini di kenali sebagai imbuhan yang di bincangkan di dalam bab ini. Penggunaan huruf penambah merupakan salah satu kaedah yang memudahkan masyarakat melayu. Bayangkan jika sesuatu perkataan itu kena di tukar perkataannya agar masyarakat memahami bukankah itu akan memberi beban dan menyusahkan masyarakat untuk menghafal banyak perkataan?. Dalam bab ini kebanyakannya diterangkan berkenaan dengan huruf penambah di bahagian hadapan. 9

Bab XIII Dalam bab ini Zaba membincangkan berkenaan dengan huruf-huruf penambah pada penghujung perkataan. Seperti contoh penambahan kan dalam perkataan. kan berasal dari akan ia biasanya digunakan untuk menerangkan masa hadapan serta ia juga digunakan bagi maksud mengenai. Ada juga penambahan yang mengunakan perkataan kah. Kebiasaannya perkataan ini di tambah bagi menunjukkan pertanyaaan atau menguatkan maksud pertanyaan. Serta banyak lagi penambahan yang digunakan yang mana kesemuanya membawa maksud yang tersendiri. Dalam bab ini juga ada di terangkan berkenaan dengan pergandaan yang di ertikan sebagai sesuatu perkataan yang diulang sebutannya. Perkataan berulang yang sering digunakan ialah nama,perbuatan dan sifat seperti rumahrumah,pandang-pandang,besar-besar dan sebagainya. Apa yang dimaksudkan dengan pegandaan? Pegandaan bermaksud kuasa am pada pegandaan memasukkan maksud banyak atau bermacam-macam atau ulangan dan banyak lagi.

Bab XIV Dalam bab ini Zaba menerangkan tentang kaedah rangkai kata. Kaedah yang dibincangkan dalam bab ini dinamakan kaedah rangkai kata yang mana membincangkan tentang bagaimana menyusun perkataan supaya ia membawa rangkaian yang membawa makna yang betul. Dalam bab ini juga ada dibincangkan tentang kaedah rangkai kata perkataan bagi perbuatan, kata sifat, kata sendi dan kata seruan. Zaba menggunakan method yang mudah untuk difahami.

Bab XV Dalam bab ini Zaba menerangkan tentang ayat-ayat melayu bagaimana kejadian dan ikatannya.kita bercakap, berangan, menulis memerlukan susunan serta kefahaman dengan apa yang kita ilhamkan. Apa perkataan yang akan jadi benda? Tentulah benda adalah jenis nama atau kata kerja. Dalam ilmu nahu melayu, ayat terbahagi kepada dua antaranya ialah:a) Ayat nama : iaitu segala ayat yang menggunakan nama atau segala perkattaan yang termasuk dalam jenis nama b) Ayat perbuatan : iaitu segala ayat yang memakai perbuatan dan sifa, atau rangkaian yang berkenaan perbuatan atau sifat. 10

Dalam bab ini juga Zaba menerangkan tentang penggunaan ayat penyata, ayat tanya, ayat kehendak dan ayat untuk soalan. Berikut adalah maksud dan method pengunaan ayat-ayat tersebut:a) Ayat penyata: iaitu ayat yang menyatakan dengan jelas samada ya atau tidak. b) Ayat tanya: iaitu ayat yang tersusun bagi pertanyaan c) Ayat kehendak: iaitu ayat yang melafazkan surah,tegah,harapan,permintaan atau doa.

Bab XVI Dalam bab ini Zaba mengupas tentang jenis-jenis ayat dan juga huraiannya. Ayat melayu yang biasa di gunakan untuk berbicara mengandungi benda dan satu cerita. Tetapi dalam penghasilan tulisan, para penulis kebiasaannya akan menggunakan ayat selapis. Maksud ayat selapis ialah apabila dua atau lebih ayat dirangkaikan dalam satu ayat oleh kata sendi. Dalam bab ini juga Zaba menerangkan tentang ayat berkait. Maksud ayat berkait ialah apabila satu atau lebih ayat kecil bersatu dengan ayat-ayat yang besar sama ada di sambungkan dengan kata sendi penebat.

ULASAN SECARA KESELURUHAN

Pendeta Za'ba( Zainal Abidin Bin Ahmad) sangat dihormati sebagai seorang pakar bahasa, pujangga dan seorang yang tahu bahasa Arab dan Agama Islam. Dalam usaha Za'ba untuk meninggikan taraf bahasa Melayu yang dianggap sebagai wajib diketahui oleh semua orang Melayu, Za'ba telah memberi perhatian yang tidak putus-putus kepada aspek ini. Hal ini dapat dikesan semenjak tahun 1916 lagi dan berakhir bersama hayatnya sendiri pada tahun 1973. Cita-cita Za'ba untuk menghasilkan sebuah kitab mengenai bahasa Melayu sejak berpuluhpuluh tahun yang lampau tercapai dengan terbitnya buku-buku 'Pelita Bahasa Melayu' I, II, III Pada peringkat pertama, 1916 - 1920, Za'ba telah banyak memperkatakan tentang kelemahan bahasa Melayu dan memberi pendapat-pendapat untuk membaikinya. Pada peringkat kedua Za'ba memulakan penulisannya mengenai bahasa Melayu dengan serius lagi dengan menerbitkan buku-buku mengenainya, walaupun usaha murninya itu telah mendapat halangan. Pada peringkat ketiga terhasillah karya Za'ba yang sebenarnya mengenai bahasa Melayu, iaitu Tatabahasa Melayu yang lengkap pada zamannya. Pengaruh tatabahasa Za'ba ini amat besar sekali terhadap pelajaran dan pengajian bahasa Melayu di Tanah Melayu.

11

Sejarah kedatangan tulisan bahasa Melayu moden ke kepulauan Melayu Sebelum kita mengkaji atau meneliti secara terperinci tentang sistem perkembangan ejaan bahasa melayu, kita seharusnya mencari dari mana datangnya tulisan bahasa Melayu yang menjadi asas kepada kewujudan ejaan bahasa melayu. Tulisan ini sebenarnya datang ke kepulauan melayu bersama-sama dengan kedatangan orang Eropah. Marco Polo adalah seorang pengembara dari itali yang menetap di Sumatera selama lima bulan dalam tahun antara 1292 hingga 1293. Ketika beliau belayar untuk balik ke negara asalnya setelah melawat negara China dan diikuti oleh paderi-paderi franciscan dan pedagang-pedagang Itali yang lain, oleh itu dikatakan orang Portugislah yang mula-mula bertapak dan berkuasa di kawasan ini

(Tate,1971:42).Kemunculan kuasa Portugis yang pertama bertapak di Tanah Melayu dapat dilihat apabila berjaya mengelilingi Cape of Good Hope pada tahun 1487M, yang dipimpin oleh Bartholomew Diaz.

Setelah itu, sepuluh tahun kemudian iaitu pada 1497M, kapal pelayaran Portugis buat pertama kalinya telah memasuki Lautan Hindi dan sampai ke kawasan Timur. Dua belas tahun kemudian iaitu pada 1509M, kapal Portugis di bawah pimpinan Lopez de Sequiera sampai ke pelabuhan Melaka (Tate,ibid,43-48). Dua puluh tahun kemudian, iaitu pada tahun 1511, kuasa Portugis dengan diketuai oleh Alfonso d Albuquerque sekali lagi mengatasi ilmu pelayaran berbanding dengan negara-negara Eropah yang lain. Tetapi kali ini kuasa Portugis berjaya menawan dan menakluki kota Melaka.Setelah kuasa Portugis berjaya menawan kota Melaka,ini menjadi pemangkin dan penaik semangat bagi kuasa-kuasa barat yang lain terutamanya Sepanyol. Orang Sepanyol yang datang ke kepulauan Melayu yang diketuai oleh Megallen berserta lima buah kapal dari Seville pada tahun 1519M. Menurut Bausani, kedatangan Magellan ini menjadi titik tolak bermulanya sistem ejaan bahasa Melayu, dimana seorang ahli yang turut serta dalam pelayarannya iaitu Antonio Pigafetta telah membuat catatan pelayaran. Dalam catatannya telah memuatkan beberapa kosa kata bahasa seperti suku bangsa di Brazil ( lapan perkataan ), bahasa Petagonian (90 perkataan), dan suku bangsa di kepulauan Filipina (160 perkataan) (Hashim Musa,1997:378).

Secara keseluruhan buku ini memberi penerangan berkenaan dengan nahu bahasa melayu. Zaba melampirkan segala kaedah yang dapat digunakan untuk menghasilkan sesuatu ayat yang jelas maksudnya dan sempurna. Buku ini juga menerangkan dengan menggunakan kaedah yang mudah di fahami sewaktu dulu. Malangnya marcapada kini bahasa-bahasa yang digunakan serta ejaan yang sudah tidak serasi lagi. Menurut pendapat saya buku ini harus di 12

terbitkan semula oleh pihak Dewan Bahasa dan Pustaka menggunakan bahsa melayu baru agar mudah di fahami oleh generasi kini. Ada yang berpendapat bahawa generasi kini sudah banyak melupakan hasil karya-karya lama sedangkan sebenarnya remaja kini menghadapi kesulitan untuk memahami bahasa melayu lama. Dalam buku ini banyak di selitkan contohcontoh bagi memberi penerangan dengan mudah kepada para pembaca. Pada ketika dulu buku ini sangat penting terutamanya kepada sekolah-sekolah kerana dijadikan sebagai rujukan terutamanya oleh guru-guru. Menurut saya,buku ini memempunyai keistimewaan yang tersendiri dimana persembahan buku ini seperti seolah-olah bercerita. Ia mampu mendekati hati para pembaca. KAJIAN ORANG LAIN BERKENAAN KARYA ZABA

Haji Hamdan Haji Abdul Rahman, meneliti 40 "undang-undang" itu, membuat kesimpulan bahawa Za'ba merumuskan sistem ejaan Jawinya itu berasaskan kepada tiga prinsip, iaitu: Ekonomi - ejaan yang menggunakan seberapa sedikit bilangan huruf; Kepastian - jika ejaan itu menimbulkan kesamaran sebutan maka diubahsuai ejaannya supaya mengurangkan kesamaran itu; dan Jamaah atau Konvensyen - digunakan kedua-dua ejaan yang berbeda bagi satu-satu perkataan jika kedua-duanya dipakai ramai dan tiap-tiap satunya tidak pula menimbulkan kesamaran sebutan. Amat Juhari Moain menyebut empat tahap perkembangan ejaan Jawi. Tahap pertama: Ejaan Jawi yang menggunakan tanda-tanda baris dan syaddah; Tahap kedua: Ejaan Jawi itu mengekalkan ejaan pada tahap pertama tetapi menanggalkan penggunaan tanda; Tahap ketiga: Ejaan Jawi cara Melayu yang menggunakan huruf saksi pada suku kata pertama; Tahap keempat: Pengenalan huruf saksi pada suku kata kedua pula bila terdapat ejaan yang hanya menggunakan huruf saksi pada suku kata pertama itu mengelirukan kerana ejaan yang sama boleh mewakili dua perkataan. Za'ba merasa perlu untuk menggubal sistem ejaan Jawi yang baru kerana beberapa sebab:

13

Pertama, adanya semacam keberkacauan dalam ejaan Jawi. Seperti yang dinyatakan oleh beliau bahawa walaupun kaedah yang dicuba ikutinya ialah "menurut kecenderungan ahli-ahli sekolah semenjak 40 tahun yang lalu serta kecenderungan penulis-penulis Melayu yang lebih ramai" tetapi beliau juga mengatakan bahawa yang dikatakan "kebiasaan penulis-penulis yang ramai" itu pun "ada banyak tentangnya yang berlain-lain pada lain-lain orang". Kedua, ada usaha hendak menghidupkan semula "ejaan lama yang telah atau beransur mati" oleh Wilkinson dan Winstedt serta setengah-setengah penolong Melayunya. Ketiga, terdapat ketidak-sepakatan di antara kamus-kamus karangan orang Melayu, terutamanya, sehubungan dengan penggunaan huruf qauf, kaf, hamzah, ta dan ta bulat dihujung kalimah dan beberapa huruf lagi. Dalam sistem ejaannya itu, Za'ba mengemukakan 20 "undang-undang", atau hukum, bagi ejaan Jawi untuk kata-kata dasar, dan 20 "undangundang" pula bagi kata-kata yang berimbuhan.

TUJUAN PENYEMPURNAAN TULISAN DALAM SISTEM TULISAN JAWI Tujuan Penyempurnaan Ejaan Jawi: Penyempurnaan sistem ejaan Jawi bertujuan yang berikut: i) Untuk mewujudkan satu sistem tulisan dan ejaan Jawi yang kemaskini yang sekaligus menyelaraskan pelbagai kaedah ejaan Jawi yang tidak seragam dalam penggunaan (sebelum tahun 1986). ii) Untuk membaiki atau membetulkan beberapa kelemahan atau kekurangan yang terdapat dalam sistem ejaan Jawi lama yang sedang digunakan, iaitu Sistem Ejaan Jawi Za'ba. iii) Untuk memodenkan sistem ejaan Jawi (selaras dengan perkembangan ejaan Rumi) supaya dapat diperluas dan dipertingkatkan penggunaannya menjadi wahana penulisan bahasa Melayu moden, tanpa menghapuskan ciri-ciri khusus sejarah dan budayanya, bagi menghadapi perkembangan bahasa, bangsa dan negara dalam merealisasikan wawasan tahun 2020 dan seterusnya.

14

LANGKAH-LANGKAH PENYEMPURNAAN EJAAN JAWI (1981-1989). Dua usaha penting pada peringkat awal penyempurnaan sistem tulisan dan ejaan Jawi ialah usaha yang dibuat oleh Pakatan Bahasa Melayu Persuratan Diraja Johor (P.Bm.P.B) yang menerbitkan sistem ejaan Jawi pada tahun 1937 , dan usaha yang dibuat oleh Allahyarham Zainal Abidin bin Ahmad (seterusnya disebut Za'ba) pada tahun 1939. Tulisan Jawi yang terpakai di sektor pendidikan dan dalam pelbagai urusan sejak awal abad ini hingga tahun 1986 ialah Sistem Ejaan Jawi Za'ba (seterusnya disebut Jawi Za'ba) yang diasaskan pada tahun 1939 itu. Selepas itu, usaha untuk meneliti dan menyempurnakan ejaan Jawi tidak berlaku sehingga akhir tahun 1970-an, kecuali oleh pihak swasta seperti Penerbit Majalah Dian. Dalam dekad 1980-an, antara usaha yang diambil untuk menyempurnakan sistem ejaan Jawi diperturunkan di bawah. i) Pada tahun 1981, Jawatankuasa Mengkaji Penggunaan Bahasa Malaysia (yang dilantik oleh Y.B. Menteri Pendidikan) telah memperakukan supaya "Sistem Ejaan Jawi yang ada sekarang hendaklah dikaji semula dan diperkemas. Sebuah buku Daftar Ejaan Rumi-Jawi yang lengkap hendaklah diusaha dan diterbitkan dengan segera". ii) Untuk melaksanakan perakuan tersebut, Dewan Bahasa dan Pustaka telah melantik sebuah Jawatankuasa Mengkaji Semula Sistem Ejaan Jawi pada bulan Februari tahun 1983 (seterusnya disebut Jawatankuasa Ejaan Jawi DBP). Jawatankuasa tersebut dianggotai oleh pakar-pakar sistem ejaan Jawi yang mewakili Pusat Perkembangan Kurikulum, Jawatankuasa Tetap Bahasa Malaysia, dan Pusat-pusat Pengajian Tinggi Tempatan . Bidang Tugas Jawatankuasa ini ialah membuat kajian semula terhadap Sistem Ejaan Jawi Za'ba ( Pelita Bahasa Melayu Penggal I [Permulaan Nahu Melayu] tahun 1941, dan Daftar Ejaan Melayu [Jawi-Rumi] tahun 1949), Sistem Ejaan Jawi Dian (Majalah Dian) dan sistem ejaan Jawi yang digunakan dalam penerbitan-penerbitan Syarikat Utusan Melayu Sdn. Berhad , serta beberapa penerbitan Jawi yang lain. iii) Hasil kajian Jawatankuasa Ejaan Jawi DBP (1983) itu dibentangkan dalam Konvensyen Tulisan Jawi (Anjuran Yayasan Islam Terengganu, dan Dewan Bahasa dan Pustaka) yang diadakan pada 9-11 April 1984 di Terengganu. Konvensyen ini dihadiri oleh 150 orang pakar tentang ejaan Jawi, termasuk 15

mereka yang fasih dalam bahasa Arab dan ahli agama Islam, yang terdiri daripada wakil-wakil jabatan kerajaan, pusat pengajian tinggi, institusi dan badan sukarela di seluruh negara, serta beberapa perwakilan rasmi dari negara Indonesia, Brunei Darussalam, Singapura, dan Thailand . iv) Cadangan yang dikemukakan oleh Jawatankuasa Ejaan Jawi DBP telah diterima dengan baik oleh peserta Konvensyen di Terengganu itu. Hasilnya telah dirumuskan dan disusun oleh Dewan Bahasa dan Pustaka dalam tahun 1985, dan diterbitkan pada tahun 1986 dalam bentuk buku berjudul Pedoman Ejaan Jawi yang Disempurnakan (seterusnya disebut PEJYD). v) Dalam tahun 1987, Jawatankuasa Ejaan Jawi DBP telah mengadakan pertemuan dan menerima pandangan daripada beberapa orang pakar serta bersetuju membuat sedikit pembaikan ke atas rumusan yang terkandung dalam PEJYD tahun 1986 itu. Kemudian, naskhah pedoman tersebut diperkemas dan diterbitkan sebagai edisi kedua dengan judul PEJYD yang sama pada tahun 1987. vi) Dengan berdasarkan PEJYD (1987) itu, Dewan Bahasa dan Pustaka telah menyusun Daftar Ejaan Rumi-Jawi yang pertama kali diterbitkan pada tahun 1988. Senarai kata masukan adalah berdasarkan senarai kata masukan dalam buku Daftar Ejaan Rumi Bahasa Malaysia (1998). vii) Daftar Ejaan Rumi-Jawi (1988) ini telah diterima dengan pelbagai reaksi oleh pengguna kerana terdapat beberapa banyak kesalahan pengejaan kata. Berdasarkan pandangan beberapa orang pakar, daftar ini telah disemak semula dan diterbitkan cetakan kedua pada tahun 1989. Dalam cetakan kedua ini, terdapat pembetulan terhadap beberapa perkataan yang dicetak salah atau kurang tepat pengejaannya dalam cetakan pertama, terutama perkataan pinjaman dan serapan daripada bahasa Arab. Buku cetakan kedua tahun 1989 ini memansuhkan penggunaan buku cetakan pertama tahun 1988. Beberapa kesalahan pengejaan kata yang masih terdapat di dalamnya akan dibetulkan supaya sesuai dengan PEJYD . viii) Kini, Dewan Bahasa dan Pustaka sedang menyusun edisi kedua Daftar Ejaan Rumi-Jawi . Daftar ini akan mengandungi semua kata dasar dan kata terbitan yang terdapat dalam perbendaharaan kata bahasa Melayu umum dewasa ini. Dengan 16

terbitnya daftar ini kelak, maka cara pengejaan kata dalam tulisan Jawi bagi semua bentuk kata dasar dan kata terbitan umum dapat diselesaikan dan disebarkan. PENUTUP Pelita bahasa merupakan buku yang telah cetak berulang kali. Atas permintaan masyarakat, setiap kali pengeluaran buku ini seringkali akan terus diselitkan dengan benda-benda yang baru agar dapat digunakan oleh para masyarakat khususnya untuk para pelajar. Kebanyakan ilmu-ilmu yang dimautkan di dalam buku ini adalah yang berkaitan dengan tatabahasa. Zaba berpendapat, walaupun ramai pihak-pihak golongan tua tidak mengemari tulisan rumi sewaktu ketika dulu namun tulisan rumi tetap berkembang maju sehingga ke hari ini. Marcapada kini huruf rumi sudah tidak asing lagi. Hampir seluruh dunia menggunakan tulisan rumi. Walaupun kita mengakui sebenarnya buku ini masih mempunyai kekurangan namun ia adalah salah satu cara alternatif untuk menjelaskan kaedah-kaedah nahu melayu. Tujuan utama sebenar buku ini diterbitkan adalah untuk memberi asas-asas ilmu nahu agar orang melayu memahami apa yang disifatkan dengan ilmu nahu. Kitab ini lebih sesuai di beri nama permulaan nahu melayu kerana isinya kebanyakannya hanya membincangkan tentang nahu melayu serta pecahannya.

Cetakan pertama Buku ini dalam cetakan pertama mengatur kaedah nahu agar menjadi lebih lengkap dan sistematik. Pada awal penerbitan buku ini hanya mempunyai 11 belas bab dn di cetak antara tahun 1934-140 (Zaba ) pejabat penasihat pelajaran NNM Singapura.5 July 1940

Cetakan ke dua Dalam cetakan yang ke dua beberapa tempat yang tersalah eja dan membuat pembetulan. (zaba) pejabat penasihat pelajaran Kuala Lumpur 1 Februari 1947

Cetakan ke tiga Cetakan ketiga menggunakan huruf rumi sepenuhnya. Dalam cetakan rumi ini zaba telah menambah 2 bab baru yang menerangkan kaedah ejaan rumi melayu yang sehingga kini masih digunakan 17

(Zaba) Kuala Lumpur 27 March 1953,12 Rejab 1372

BIBLIOGRAFI Pelita bahasa melayu penggal 1 (zaba)


dbp.gov.my/korpus/kertas11a.pdf www.rubiyah.net/article_read.asp?id=49 - 52k bahau.com.my/english/eteratak.htm - 9k www.ashtech.com.my/koleksi_digital/konvension/Display&f=jawi00077&s=1&t=toc.htm - 11k openlibrary.org/b/OL127403M - 11k www.worldcat.org/isbn/9836269533 - 107k ms.wikipedia.org/wiki/Tulisan_Pallava - 25k www.bookfinder.com/author/amat-juhari-moain

18