Anda di halaman 1dari 2

Kepentingan Bersenam

Bersenam dan bersukan telah menjadi trend masa kini kepada semua masyarakat di Malaysia . Terdapat pelbagai jenis senaman dan aktiviti sukan seperti sit up, berbasikal, jogging, bermain badminton dan lain lain lagi. Namun begitu, ada juga segelintir rakyat Malaysia yang hanya memandang ringan dan tidak ambil peduli tentang kepentingan aktiviti senaman ini. Di bawah ini saya sertakan tiga kepentingan bersenam di dalam kehidupan seharian. Kepentingan yang pertama ialah, dengan bersenam kita dapat mengisi masa lapang yang ada. Selain itu, bersenam juga boleh dijadikan sebagai hobi. Contohnya, jika kita mempunyai kelapangan masa, kita boleh melakukan aktiviti bersenam di gimnasium, taman taman yang berdekatan dengan rumah dan sebagainya. Namun begitu, jika kita mempunyai jadual kerja atau jadual harian yang ketat, kita boleh melakukan senaman ringan seperti aktiviti regangan badan yang berupaya memberikan kelegaan setelah penat bekerja seharian. Di samping itu, senaman juga dapat menghindarkan kita daripada terjebak dalam kegiatan yang tidak bermoral dan tidak sihat. Tambahan lagi, bersenam dapat membentuk kita menjadi lebih berdisiplin kerana setiap senaman menpunyai urutan langkah yang tertentu, jadi kita perlu mengikut langkahnya satu persatu supaya senaman tidak mendatangkan kecederaan kepada kita. Kepentingan bersenam yang kedua ialah dapat merapatkan hubungan silaturrahim sesama keluarga, rakan dan masyarakat sekeliling. Seperti yang kita tahu, semua orang amat sibuk pada hari bekerja dan kadang kadang tidak dapat meluangkan masa bersama keluarga dan rakan yang tercinta. Dengan melakukan aktiviti bersenam bersama sama pada hujung minggu, hubungan yang renggang itu tadi akan kembali erat. Contohnya, kita boleh melakukan aktiviti jogging bersama keluarga atau rakan rakan di taman rekreasi. Tambahan lagi, kita berkongsi kemudahan alatan senaman di taman rekreasi dengan masyarakat sekeliling. Dengan itu, kita boleh berkenalan dan beramah mesra bersama mereka

Kepentingan yang ketiga ialah, aktiviti senaman ini juga dapat menjadikan tubuh badan kita sihat dan cergas. Contohnya, setiap kali kita melakukan senaman, badan kita akan mengeluarkan peluh. Secara tidak langsung, garam yang berlebihan didalam badan dapat dikeluarkan. Selain itu, bersenam juga dapat meningkatkan daya tahan kardiovaskular. Kita dapat meningkatkan daya tahan kardivaskular dengan melakukan aktiviti larian seperti jogging dan lari jalan kaki. Oleh itu, kesihatan jantung kita akan sentiasa terjamin jika kita kerap melakukan senaman ini. Selain itu bagi kaum wanita, senaman juga boleh membentuk tubuh badan yang langsing dan fleksibel. Wanita perlu menjaga badan dan kesihatan masing masing supaya rumah tangga aman bahagia dan dapat menjaga orang lain dengan sempurna. Oleh itu, semua pihak harus sedar tentang betapa pentingnya aktiviti bersenam kepada manusia. Tambahan lagi, sekarang ini di Malaysia sudah ramai orang yang menghidap obesiti kerana faktor pemakanan. Dengan itu, aktiviti bersenam ini juga boleh dijalankan untuk mengurangkan masalah obesiti di samping mengambil pemakanan yang sihat dan seimbang. Jika semua masyarakat bersenam, maka otak akan menjadi cerdas, hasil daripada tubuh badan yang sihat dan cergas.

Anda mungkin juga menyukai