Anda di halaman 1dari 2

alatan Sebagai salah satu acara padang sukan olahraga ,lompat kijang mempunyai peralatan dan kawasan lompatan

khusus yang menjadikan acara acara padang yang lain .Adalah menjadi tanggungjawab pihak penganjur untuk menyediakan semua kelenngkapan ini sebelum pertandingan bermula. Lorong larian -lorong khas untuk peserta membuat larian sebelum melakukan lompatan hendaklah berukuran 1.22 meter lebar dan sekurang-kurangnya 40 meter panjang.Lorong ini boleh diperbuat daripada bitumen, tartan atau berumput sahaja.Lorong ini hendaklah bebas daripada sebarang bentuk gangguan atau halangan yang boleh mengganggu peserta ketika melompat. Papan melonjak -papan melonjak yang digunakan sebagai permulaan dalam melakukan lompatan atau lonjakan,merupakan peralatan terpenting walaupaun kecil dari segi saiz. -papan melonjak hendaklah bersaiz 1.22 meter panjang dan 20 sentimeter lebar dan diletakkan 13 meter dari hujung terdekat kawasan pendaratan secara melintang pada lorong larian .Pada bahagian hujung hadapannya dipasangkkan penanda plastisin untuk mengesan tapak kasut peserta yang melakukan lonjakan batal dengan memijak penanda plastisin ini . Pegawai pertandingan akan mengibarkan bendera jika lonjakan dibatalkan.

Kawasan pendaratan -Kawasan khas disediakan sebagai tempat peserta membuat pendaratn selepas melakukan lompatan.Selain sebagai tempat mendarat ,kawasan ini juga dijadikan untuk mendapatkan jarak lompatan yang dibuat oleh setiap peserta . -Kawasan ini hendaklah berukuran minimum 2.75 meter lebar dan sembilan meter panjang .Kawasan inin diisikan dengan pasir halus yang dilembapkan. -Setiap kali selepas seorang peserta membuat lompatan dan jarak diukur ,kawasan pendaratan akan diratakan bagi menghilangkan kesan pendartan pesrta sebelumnya .

Pita pengukur -Dalam acara lompat kijang ,jarak lompatan yang dibuat seseorang peserta ditentukan menerusi ukuran lompatan dengan menggunakan pita pengukur .Kini di sesetengah kejohanan antarabangsa ,pita pengukur secara manual digantikan denyang lebih mudah ,pantas dan tepat. Penggunaan peralatan elektronik ini daripada kemungkinan ukuran yang dibuat tidak tepat. Bendera Isyarat -Walaupun bendera isyarat bukanlah peralatan penting dalam lompat kijang,tetapi bendera diperlukan oleh pegawai pertandingan untuk memberikan isyarat semasa seseorang peserta melakukan lonjakan daripada papan melonjak hingga mendarat di kawasan pendaratan.Bendarat berwarna putih digunakan untuk menyatakan lompatan bersih dan sah,manakala bendera berwarna merah untuk menyatakan lompatan yang batal.

Anda mungkin juga menyukai