Anda di halaman 1dari 7

ZAIRIL AZHAR BIN ROZLAN 2010301341 Istilah peralihan kod (code switching ) adalah salah satu bidang sosionguistik.

Peralihan kod ialah penggunaan unsur bahasa asing. Pada tempat-tempat tertentu, sama ada dalam bentuk kata frasa dan bahkan ayat dalam suatu wacana yang diujarkan oleh seseorang (Dr. Awang Saiyan: 2000). Dalam pengaruh Melayu, peralihan kod ini juga boleh dikatakan sebagai satu fenomena bahasa rojak. Fenomena bahasa rojak telah lama tersebar dalam kalangan masyarakat Malaysia, sama ada dalam media massa, media elektronik malahan dalam pergaulan seharian seseorang itu. Beberapa orang sarjana inggeris telah berusaha untuk mendefinisikan code switching (peralihan kod) dan mixing code (percampuran kod) . Antaranya ialah Appel and Muysken (1987) Amuda (1989), Atoye (1994) dan Belly (1976). Contohnya, Hymes (1974) mendefinisikan peralihan kod hanya sebagai "istilah umum untuk menggunakan alternatif dari dua atau lebih bahasa, variasi bahasa atau bahkan gaya bicara" sementara itu Bokamba (1989) mendefinisikan kedua dua konsep demikian dengan mengatakan bahawa peralihan kod adalah pencampuran golongan kata , frasa dan kalimat dari dua gramatis yang berbeza (sub) sistem melintasi batas-batas perkataan dalam ayat yang sama. Pencampuran kod pula mengikut beliau ialah sebagai menamakan pelbagai unit linguistik seperti imbuhan (morfem terikat) , kata (morfem tidak terikat), frasa dan klausa dari pertuturannya. Dr. Awang Sariyan (2000) mengatakan, istilah bahasa rojak, timbul oleh sejumlah orang yang melihat adanya fenomena bahasa yang bercampur-campur antara bahasa Melayu dengan bahasa asing. Pencampuran bahasa ini khususnya kepada bahasa Inggeris. Bahasa rojak membawa konotasi atau membawa maksud tidak enak. merupakan sejenis makanan yang lazat. Tujuan penulisan artikel ini ditulis adalah untuk melihat sejauh mana penggunaan peralihan kod dalam filem 3, 2, 1 Cinta dari segi golongan kata, frasa, klausa dan binaan ayat. Semua aspek ini akan dikaji dalam dialog yang ditulis oleh penulis skrip. Filem 3, 2,1 Cinta memaparkan seorang gadis yang berpewatakan kasar iaitu Sam cuba untuk memikat hati Nazril. Dalam masa yang sama, Sam ditakut-takutkan dengan fakta bahawa dengan sikap kasarnya itu, dia akan ditakuti oleh semua lelaki dan dia akan bersendirian sampai mati. Perjalanan kisah ini berlatarkan masyarakat bandar dan latar masa, masa kini iaitu tahun 2011. Walaupun pada hakikatnya rojak

1|Page

ZAIRIL AZHAR BIN ROZLAN 2010301341 Dari segi golongan kata, peralihan kod yang digunakan dalam filem 3, 2, 1, cinta dapat dilihat dalam jadual di bawah.

Struktur dialog filem 3, 2, 1 Cinta

Struktur Dialog Bahasa Melayu

Perempuan : Hai, handsome. Perempuan: Cantiknya motor you. Perempuan: Ini i punya number. Fariz: Kau dah register belum?

Perempuan: Hai, kacak. Perempuan: Cantiknya motor awak. Perempuan: Ini saya punya nombor. Fariz: Kau dah daftar belum?

Jadual 1 : Penggunaan peralihan kod dalam golongan kata. Jadual 1 menunjukan antara pengunaan peralihan kod dalam golongan kata yang terdapat dalam filem 3, 2, 1 Cinta. Pertama ialah kata adjektif handsome dan dalam struktur bahasa Melayu yang betul ialah kacak. Dialog pertama itu sepatutnya menjadi Hai, kacak. Melalui jadual 1 juga, kata nama you dan dalam struktur bahasa Melayu yang betul ialah awak . Dialog kedua itu sepatutnya menjadi Cantiknya motor awak. ini sepatutnya menjadi Ini saya punya nombor. Selain itu, dialog Fariz iaitu Kau dah register belum? didapati terdapat pengunaan peralihan kod dalam golongan kata iaitu kata kerja register. Jika diterjemahkan dalam bahasa Melayu, ayat itu akan menjadi Kau dah daftar belum? Kata kerja register itu sepatutnya menjadi daftar. Ketiga ialah pengunaan kata nama iaitu i dan number. Dalam bahasa Melayu yang betul, golongan kata

2|Page

ZAIRIL AZHAR BIN ROZLAN 2010301341 Filem 3, 2, 1 Cinta juga menggunakan peralihan kod dalam bentuk frasa seperti yang ditunjukkan dalam jadual 2 di bawah:

Struktur dialog Filem 3, 2, 1, Cinta Fariz: Sejak bila kau pakai colour pink?

Struktur dialog Bahasa Melayu Fariz: Sejak bila kau pakai warna merah jambu?

Mimi: Saya akan settle everything. Sam: Habis kau cakap aku bukan taste you.

Mimi: Saya akan selesaikan segalanya. Sam: Habis kau cakap aku bukan citarasa awak.

Nazril: I bawa you jumpa family i.

Nazril: Saya bawa awak jumpa keluarga saya.

Jadual 2 : Penggunaan peralihan kod dalam golongan frasa. Melalui ayat pertama dalam jadual 2 di atas, kita dapati bahawa terdapat penggunaan peralihan kod dalam golongan frasa iaitu frasa adjektif colour pink. Jika diterjemahkan dalam struktur bahasa Melayu, colour pink itu menjadi warna merah jambu. Ayat kedua juga didapati terdapat pengunaan peralihan kod iaitu Saya akan settle everything. Settle everything merupakan frasa kerja. Jika diterjemahkan dalam bahasa Melayu, frasa ini akan menjadi selesaikan segalanya. Melalui ayat yang ketiga dalam jadual 2 di atas, kita dapati bahawa terdapat penggunaan peralihan kod dalam golongan frasa iaitu frasa nama taste you. Jika diterjemahkan dalam struktur bahasa Melayu, taste you itu menjadi citarasa awak. Ayat keempat juga didapati terdapat penggunaan peralihan kod iaitu I bawa you jumpa family i. Family i merupakan frasa nama. Jika diterjemahkan dalam bahasa Melayu Standard, frasa ini akan menjadi keluarga saya. . 3|Page

ZAIRIL AZHAR BIN ROZLAN 2010301341 Filem 3, 2, 1 Cinta juga menggunakan peralihan kod dalam bentuk klausa. Klausa ialah satu unit rangkaian perkataan yang mengandungi subjek dan predikat, yang menjadi konstituen ayat. Contoh peralihan kod yang digunakan boleh dilihat dalam jadual di bawah.

Struktur Dialog Filem 3, 2, 1 Cinta Sam: Korang ni mathematics fail lah.

Struktur Bahasa Melayu Sam: Korang ni matematik gagal lah.

Perempuan: You handsome sebab tu saya Perempuan: Awak kacak sebab tu saya suka. suka. Sam: Tidak apa, biar i settle. Sam: Tidak apa, biar saya selesaikan.

Sam: Betulke, Fariz extend part eight sebab Sam: Betulke Fariz memanjangkan sehingga nak tunggu aku? bahagian lapan sebab nak tunggu aku?

Jadual 3: Penggunaan peralihan kod dalam klausa. Dalam ayat pertama dalam jadual 3 di atas, kita dapati bahawa terdapat peralihan kod dalam klausa iaitu mathematics fail. Klausa mathematics fail mengandungi subjek

mathematics dan predikat fail. Jika diterjemahkan dalam bahasa Melayu, mathematics fail akan menjadi matematik gagal. Selain itu, ayat kedua juga menunjukkan penggunaan perlaihan kod dalam klausa.

Klausa you handsome boleh berdiri sendiri dan bersifat ayat lengkap. Klausa you handsome mengandungi subjek you dan predikat handsome, dan sekiranya diucapkan dengan intonasi yang sempurna dan betul, klausa tersebut akan menjadi ayat lengkap: You handsome. Jika diterjemahkan dalam bahasa Melayu, klausa you handsome akan menjadi awak kacak. Dalam ayat ketiga dalam jadual 3 di atas juga, kita dapati bahawa terdapat peralihan kod dalam klausa iaitu i settle. Klausa i settle boleh berdiri sendiri dan bersifat ayat lengkap. Klausa i settle mengandungi subjek i dan predikat settle, dan sekiranya diucapkan dengan intonasi yang sempurna dan betul, klausa tersebut akan menjadi ayat lengkap: I settle. Jika diterjemahkan dalam bahasa Melayu, klausa i settle akan menjadi saya selesaikan.

4|Page

ZAIRIL AZHAR BIN ROZLAN 2010301341 Dalam ayat keempat pula, kita dapati bahawa terdapat juga penggunaan peralihan kod dalam klausa. Klausa Fariz extend part eight mengandungi subjek Fariz dan predikat extend part eight. Jika diterjemahkan dalam bahasa Melayu, Fariz extend part eight akan menjadi Fariz memanjangkan sehingga bahagian lapan.

Walaubagaimanapun, terdapat juga peralihan kod dalam binaan ayat dalam Filem 3, 2, 1 Cinta. Contoh-contoh tersebut boleh dilihat dalam jadual di bawah.

Struktur Dialog Filem 3, 2, 1 Cinta

Struktur Bahasa Melayu

Fariz: Kak Zah tahu tak, bapa saya bagi nama Fariz: Kak Zah tahu tak, bapa saya bagi nama saya Fariz. All the peoples call me Mr cool. saya Fariz. Semua orang panggil saya Mr Kak Zah jangan panggil saya Ayam boleh tak? cool. Habislah reputasi saya kat sini. Kak Zah jangan panggil saya Ayam

boleh tak? Habislah reputasi saya kat sini.

Encik Zubir: Alamak, bangga saya! Sekali lagi Encik Zubir: Alamak, bangga saya! Sekali lagi tahniah. Fariz, all the best! tahniah. Fariz, semoga berjaya!

Nazril: Okey badut. Bercinta, bercinta juga. Nazril: Baiklah badut. Bercinta, bercinta juga. Tapi jangan lupa kelas matematik dengan Tapi jangan lupa kelas matematik dengan budak-budak ya. Okey bye! budak-budak ya. Baiklah, selamat tinggal!

Jadual 4: Penggunaan peralihan kod dalam ayat. Dalam dialog pertama yang diujarkan oleh Fariz dalam jadual 4, kita dapati bahawa terdapat pengunaan peralihan kod. Dalam ayat pertama, ayat ketiga dan keempat, beliau menggunakan bahasa Melayu manakala dalam ayat yang kedua beliau menggunakan bahasa Inggeris iaitu All the peoples call me Mr Cool. Jika diterjemahkan, ayat ini akan menjadi Semua orang panggil saya Encik Cool. Oleh itu penulis skrip mencampurkan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris dalam dialog Fariz. Selain itu, dialog kedua yang diujarkan oleh Encik Zubir juga didapati bahawa terdapat penggunaan peralihan kod. Dalam ayat pertama dan kedua, beliau menggunakan bahasa 5|Page

ZAIRIL AZHAR BIN ROZLAN 2010301341 Melayu manakala dalam ayat ketiga beliau menggunakan bahasa Inggeris iaitu Fariz, all the best! Jika diterjemahkan, ayat ini akan menjadi Fariz, semoga berjaya! Oleh itu penulis skrip mencampurkan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris dalam dialog Encik Zubir. Seterusnya, dialog ketiga yang diujarkan oleh Nazril juga didapati bahawa terdapat penggunaan peralihan kod. Dalam ayat pertama dan keempat beliau menggunakan bahasa Inggeris iaitu Okey, badut! dan Okey, bye! manakala dalam ayat kedua dan ketiga beliau menggunakan bahasa Melayu. Jika diterjemahkan, ayat pertama iaitu Okey, badut akan menjadi Baiklah, badut! Manakala ayat keempat iaitu Okey, bye! akan menjadi Baiklah, selamat tinggal! Sesungguhnya, peralihan kod dalam sesebuah filem menunjukkan gambaran bahawa masih ada lagi bentuk kesalahan bahasa yang digunakan oleh masyarakat melayu khususnya dalam sesebuah filem. Filem 3, 2, 1 Cinta menunjukkan sebahagian daripadanya. Seperti pengkaji pengkaji barat mengatakan bahawa peralihan kod ataupun code switcing pencampuran dua bahasa daripada golongan kata , frasa, klausa dan ayat. Oleh hal demikian dalam filem ini memperlihatkan keempat-empat aspek berkenaan telah digunakan dalam filem tersebut.

6|Page

ZAIRIL AZHAR BIN ROZLAN 2010301341 Bibliografi Bahasa rojak , Melayu hambuger. 04 April 198. Dicapai pada 23 , Oktober , http://www.utusanmalaysia online.com.my. Bahasa Rojak. 19 Julai 2000. Dicapai pada 23 Oktober , 2011 , http:// 2011,

www.pts.my/modules.php?name=Newss&file=article&sid=192. David Teo (Penerbit) , dan Azhari Zain (Pengarah). 2011. 3, 2, 1 Cinta [Filem]. Johan Jaaffar.(2007). Punca pentutur guna bahasa rojak. Kuala Lumpur: Berita Harian. Muhammed Salehudin Aman. 2006. Keracunan bahasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Nik Safiah Karim et al. 2010. Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Nordic Journal of African Studies 15(1): Code-Switching and Code-Mixing: Style of Language Use in Childhood in Yoruba Speech Community. 9 September 2006. Dicapai pada 27 Ogos , 2010 , http://www.njas.helsinki.fi/pdf-files/vol15num1/ayeomoni.pdf.

7|Page