Anda di halaman 1dari 2

Enam Usul Untuk Memulakan Perbahasan Bidah

Muhammad Hanief bin Awang Yahaya Petikan dari www.darulkautsar.net

Bagi mencapai kata sepakat dan bersikap adil dalam membahaskan kedudukan bidah dalam agama, enam usul semestinya diberikan perhatian sebelum menentukan hukumnya. Sering kali berlakukan perbezaan pendapat dalam suatu persoalan tetapi sebenarnya berbeza pada lafaz sahaja. Ada ketikanya pula, tidak langsung titik persepakatan maka pada ketika khilaf yang berlaku itu khilaf secara mutlak. Pertama Bidah hendaklah difahami dengan mana shari iaitu mengikut pengertian istilah agama bukan dengan mana lughawi atau pengertian bahasa. Sekiranya bidah itu difahami sebagai perkara yang tidak ada di zaman Rasulullah seperti mendirikan sekolah agama, membuat sukatan hadis untuk dipelajari maka ia masih lagi dalam pengertian lughawi. Dengan ini, hadis setiap bidah adalah sesat difahami dengan jelas tanpa perlu dita`wilkan kepada mana lain. Kedua Bidah hendaklah dibahas dengan mengambil kira kepada lawannya iaitu Sunnah. Maksud sunnah ialah Sunnah Rasulullah s.a.w. dan sunnah khulafa` Rashidin yang terpimpin. Pemahaman tentang mana bidah akan terus kabur kepada masyarakat selagi pemahaman tentang Sunnah tidak jelas. Penyair ada mengatakan:


Banyak perkara akan nyata dengan menyebutkan lawannya. Orang yang bakhil menyuruh orang lain bakhil juga supaya kejelekannya itu tidak menjadi nyata kerana orang itu juga mempunyai sifat yang sama dengannya. Selagi mana ada yang bersifat pemurah maka semua orang mengetahui kebakhilannya. Dengan itu, jika berpegang dengan Sunnah Rasulullah s.a.w. itu wajib, maka melakukan perkara bidah itu tercela. Sebagaimana pengertian tawhid hanya dapat dicapai dengan menjauhi syirik maka begitu juga sunnah benar-benar dapat diikuti apabila menjauhi bidah.

Ketiga Perbahasan bidah adalah dalam konteks ia berkait dengan perkara pengabdian kepada Allah s.w.t. dan cara untuk memperolehi pahala dan keredaan-Nya. Oleh itu, ciptaan baru dalam urusan kehidupan dunia yang memudahkan kehidupan manusia seperti ciptaan mesin maka ia di luar perbincangan bidah. Keempat Permulaan berlakunya bidah ialah selepas zaman sahabat. Pengamalan para sahabat menjadi pedoman untuk umat Islam. Setiap amalan yang tidak dianggap baik oleh sahabat maka tidak boleh dianggap sebagai baik. Ini kerana sahabat terdidik dalam suasana wahyu, yani mendapat pendidikan secara langsung daripada Rasulullah s.a.w. dan mereka adalah orang yang adil dan ahli bahasa Arab yang lebih mengetahui ruh agama dan maqasid Shariah. Kelima Bidah tidak ada kaitan dengan wasilah tetapi berkaitan dengan maksud. Usaha untuk membetulkan huruf dan bacaan al-Quran bagi bangsa selain Arab tidak boleh dihukumkan sebagai bidah kerana ia wasilah untuk mengelokkan bacaan seperti ia diturunkan. Wasilah untuk memahami agama seperti mendirikan sekolah, menentukan sukatan pengajaran dan tahap kelas tidak boleh dianggap bidah kerana ia adalah jalan untuk mendalami ilmu agama. Begitu juga penyusunan ilmu nahu dan cabang bahasa Arab yang lain yang bertujuan untuk memahami al-Qur`an dan Hadis. Keenam Seperti mana yang dimalumi, tujuan perbahasan tentang syirik dan pembongkaran ajaran sesat adalah untuk untuk menjaga aqidah umat dari terjerumus ke dalam lembah kesesatan. Sejajar dengan itu, matlamat membahaskan bidah bukan untuk menyesatkan sesiapa tetapi untuk menegakkan Sunnah dan mengembalikan masyarakat ke landasan yang sebenarnya dalam pengamalan agama untuk mencapai keredaan Allah s.w.t. Ia juga bukan bertujuan untuk mempertahankan amalan yang tidak sabit dalam Sunnah tetapi memurnikan amalan supaya selaras dengan Sunnah.

Sumber: http://darulkautsar.net/article.php?ArticleID=4472