Anda di halaman 1dari 3

Topik 5

INOVASI DAN PERUBAHAN DALAM PENDIDIKAN

Cuba anda fikirkan. Adakah inovasi pendidikan hanya akan berhasil apabila inovasi tersebut berkait rapat dengan penggunaan ICT semata-mata?

5.2.1 Inovasi Dalam Pendidikan Malaysia kini di era millenium mengalami pembangunan yang pesat dari segi infrastruktur sama ada di dalam dan luar bandar. Kepesatan ini telah melibatkan pelbagai sektor kerajaan dan swasta yang mana telah mengambil peranan dalam pembentukan dan pencapaian wawasan 2020 yang di laungkan oleh bekas perdana menteri Malaysia yang keempat iaitu Tun Dr. Mahathir bin Mohamad. Dalam menuju ambang kemajuan dan kepesatan ini kerajaan telah merancang dan mengambil langkah dengan merubah dasar negara dengan dikaji mengikut kesesuaian keadaan dan keperluan hasil dari perkembangan intelektual masyarakat yang celik ilmu dan ICT disamping melahirkan tenaga kerja yang produktif, kritis dan inovatif dalam menghadapi alaf baru wawasan 2020. Falsafah pendidikan yang menekankan perkembangan potensi individu dari segi JERIS iaitu jasmani, emosi, rohani, intelektual dan sosialnya telah mengilhamkan kerajaan untuk mewujudkan sekolah bestari yang lengkap dengan teknologi terkini hasil aplikasi perdana koridor raya multimedia bagi memperbaiki sistem pendidikan yang sedia ada agar dapat melahirkan masyarakat yang berdaya maju dan produktif dalam menghadapi cabaran alaf baru. Menurut Ibrahim (1998), inovasi adalah kaedah mencari jalan untuk menghasilkan produk baru, atau perkhidmatan yang lebih baik. Ini bermakna, setiap organisasi sama ada berasaskan keuntungan atau tidak akan bersaing untuk menghasilkan idea kreatif bagi manfaat organisasi bersama.

Asas kepada perubahan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah melalui penggunaan kemudahan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) yang semakin berkembang pesat saban hari. Pelajar pada era ini membesar bersama-sama dengan teknologi multimedia. Teknologi ini turut digunapakai dalam proses pembelajaran di dalam bilik darjah. Kaedah chalk and talk bukanlah teknik pengajaran yang digemari pada masa kini. Pelajar kini mempunyai kemahiran TMK atau ICT dan berkeupayaan dan berkemahiran untuk menyelesaikan masalah ataupun tugasan yang diberikan. Antara kepentingan teknologi pendidikan dalam pengajaran dan pembelajaran: a. Menjimatkan masa, tenaga dan wang. b. Mengelakkan rasa bosan pelajar seterusnya mengekalkan minat pelajar. c. Membetulkan sebarang kekeliruan atau salah tafsir kerana ia memberi sesuatu gambaran yang menyeluruh dan jelas sesuatu konsep dan kaitannya dengan kehidupan seharian. d. Melibatkan pelbagai deria pelajar. Contohnya: penggunaan visual yang diikuti oleh audio akan melibatkan deria lihat dan dengar dan mungkin deria sentuh. Penglibatan deria ini akan meningkatkan daya ingatan pelajar. e. Memberi kelainan dan kepelbagaian kepada kaedah mengajar. f. Membantu pelajar mendapat kesan pembelajaran yang maksimum dengan penggunaan masa yang minimum. g. Memperkayakan pengalaman pelajar. Contoh: Kejadian yang tidak pernah mereka lihat atau alami akan dapat mereka saksikan sendiri dan ini menjadikan mereka seoalah-olah pelajar mengalaminya.

Inovasi pendidikan merujuk kepada perubahan teknologi internet dan keperluan dunia tanpa sempadan. Inovasi boleh dilakukan dalam pelbagai

bentuk misalnya pengenalan teknologi baharu, perubahan dalam sistem penyampaian dam perubahan dalam prosedur yang boleh meningkatkan produktiviti. Hal ini turut disokong oleh Noriati et all (2010), inovasi boleh berlaku dalam pelbagai bentuk pengenalan teknologi baharu, perubahan dalam sistem penyampaian dan perubahan dalam prosedur yang boleh meningkatkan produktiviti. Selain daripada itu inovasi dalam pendidikan turut berlaku dalam aspek strategi pengajaran dan pembelajaran, perkembangan teknologi pengajaran, perkembangan persekitaran pembelajaran, reka benuk resos dan penaksiran pembelajaran.