Anda di halaman 1dari 1

1.Berikan dua ciri nilai.

Nilai didefinisikan sebagai sesuatu benda atau perkara yang boleh dilihat dari segi harga yang boleh dikira dengan aritmetik, dan keduanya dari kualiti yang intrinsik, iaitu sesuatu yang boleh dirasai secara dalaman atau dalam pemikiran dalam kamus.Ciri pertama nilai adalah, nilai ditunjukkan secara lisan atau melalui perlakuan individu atau kumpulan. Contohnya,seseorang yang menghayati nilai kejujuran akan menunjukkan nilai tersebut dalam pertuturan dan kelakuannya.Dia juga akan mempertahankan nilai kejujuran pada dirinya serta mengkritik orang lain yang bersikap tidak jujur.Ciri kedua nilai adalah, nilai boleh berubah tetapi masih stabil dalam kehidupan perseorangan dan masyarakat. Contohnya,nilai hormat kepada orang tua masih stabil dalam kehidupan perseorangan dan masyarakat kita.Selain itu,nilai juga satu kepercayaan preskriptif sama ada diharapkan atau tidak diharapkan.Contohnya,nilai jujur sesuatu yang diharapkan daripada seseorang dan ia merupakan nilai positif, manakala nilai curang tidak diharapkan serta ia merupakan nilai negatif.

Anda mungkin juga menyukai