Anda di halaman 1dari 9

PAK SENIK INSAF

Objektif Pembelajaran : 1)Membaca lancar bahan sastera dengan gaya dan penyampaian yang menarik. 2)Mengenal pasti kata, frasa, peribahasa dan ayat yang biasa digunakan dalam sesuatu genre.

Perenggan Pertama
Pada zaman dahulu, ada seorang lelaki

kaya bernama Pak Senik. Kebun getahnya luas. Haiwan ternakannya juga banyak. Ada lembu, kambing, ayam dan itik. Walaupun berada, dia sangat kedekut. Dia tidak pernah menyembelih haiwan peliharaannya untuk dijadikan lauk. Dia sanggup makan nasi berlaukkan ikan kering sahaja. Dia juga tidak pernah bersedekah kepada orangorang miskin.

Perenggan Kedua
Pak

Senik mempunyai seorang anak perempuan bernama Gayah. Suami Gayah, Dolah, tidak suka akan sifat bapa mertuanya yang bakhil itu. Dolah telah bermuafakat dengan Gayah untuk memberikan kesedaran kepada Pak Senik. Dolah dan Gayah telah menjemput Pak Senik ke rumah mereka. Pada hari tersebut, Gayah memasakkan Pak Senik gulai kambing yang lazat.

Perenggan ketiga
Wah, sedap sungguh gulai kambing

ini! Baunya pun harum dan menyelerakan, kata Pak Senik sambil makan. Dia makan dengan berselera sekali kerana dia tidak pernah menikmati lauk-pauk yang sedap. Dolah dan Gayah tidak makan. Mereka memperhatikan sahaja gelagat Pak Senik.

Dari mana kamu dapat daging kambing ni? tanya Pak Senik. Saya sembelih seekor kambing ayah, jawab Dolah selamba. Pak Senik sangat marah. Kamu mesti bayar ganti ruginya, jerit Pak Senik dengan kuat. Kami tidak makan daging kambing itu, mengapa kami mesti membayarnya? balas Dolah. Pak Senik terdiam. Ayah sudah tua. Harta ayah banyak. Kalau ayah murah hati dan suka bersedekah tentu orang kampung menghormati ayah. Tuhan juga menggandakan rezeki ayah, jelas Dolah dengan lembut.

Sejak peristiwa itu, Pak Senik insaf. Dia

tidak kedekut lagi. Dia sentiasa bersedekah kepada fakir miskin.

Fikir dan Jawab


1. Mengapakah Pak Senik sanggup makan nasi

berlaukkan ikan kering ? 2. Apakah tujuan Dolah menjemput Pak Senik ke rumahnya? 3. Apakah mesej yang hendak disampaikan dalam cerita Pak Senik Insaf ? 4. Adakah wajar Pak Senik diperlakukan sedemikian oleh menantunya? Berikan alasan kamu. 5. Perkataan yang dicetak berwarna merah ialah kata adjektif. Cari lawan perkataan tersebut.

Kata Adjektif
Luas - sempit

Suka - benci
Bakhil - pemurah Harum - busuk Lazat hambar /lecah Marah -sabar Miskin - kaya Kuat - lemah Tua - muda Banyak - sedikit Kering basah

Lembut keras

Anda mungkin juga menyukai