Anda di halaman 1dari 10

Pink Panther

Implikasi dalam konteks dalam negara Malaysia.

Setiap tindakan atau peristiwa yang berlaku pasti akan memberi implikasi secara langsung atau tidak langsung kepada golongan sasaran. Isu ketaksamaan peluang pendidikan ini akan memberi kesan atau implikasi kepada individu, keluarga, masyarakat , Negara, gender , kumpulan minoriti dan murid berkeperluan Khas. Individu ketaksamaan peluang pendidikan ini akan membuatkan pelajar tersebut tidak selari dengan pencapaian pendidikan normal pelajar

Individu tersebut akan tersisih daripada arus pembangunan negara, hidup dalam kejahilan, tiada masa depan yang cerah dan juga kurangnya ilmu di dada. Jika dilihat dari sudut positifnya, individu itu akan lebih berdikari.Ini kerana individu tersebut tiada kemudahan asas dan kesenangan seperti mana pelajar lain. Ini mungkin membuatkan mereka akan lebih beruasaha untuk setaraf dengan pelajar lain atau sekurang-kurangnya berdaya saing dengan yang lain

Keluarga Kita percaya bahawa pendidikan mampu mengubah nasib keluarga. Jika jurang ketaksamaan peluang pendidikan masih melebar, tidak mustahil nasib keluarga masih berada pada tahap yang sama tanpa perubahan positif. Masyarakat refleks daripada implikasi kepada keluarga. Apabila kelompok keluarga yang kurang proaktif ini membentuk satu komuniti, sudah masti masyarakat tersebut terkenal dengan tidak proaktifnya, mundur dari aspek pendidikan malah tercicir daripada arus pembangunan negara.

Negara

Sesebuah negara bergantung penuh kepada kepakaran modal insannya. Sekiranya modal insan yang diharapkan berpendidikan dan berpengetahuan luas di samping berdaya saing dan proaktif tidak mencukupi, sudah semestinya banyak dasar-dasar yang telah digubal oleh pemerintah tidak dapat dilaksanakan. Kesan daripada hal sedemikian, negara akan menjadi mundur, tidak mampu menjadi negara yang kuat dan yang paling memalukan, kedaulatan negara akan dicabul.

Gender Kecenderungan pelajar lelaki dan perempuan memilih mata pelajaran yang bersifat kelakian dan keperempuanan menyebabkan wujudnya jurang yang besar khususnya di IPT dan sektor awam. Pemisahan ini telah jelas di bidang pengurusan di mana lebih 60 peratus tenaga pengajar di sekolah terdiri dari kalangan perempuan. Kementerian Pelajaran yang mewajibkan setiap pelajar menyertai satu jenis sukan di sekolah turut memberi tekanan ke atas sistem pendidikan untuk mencari calon guru yang sesuai dengan berbagaibagai jenis sukan kerana tidak semuanya bersesuaian dengan guru perempuan.

Kumpulan minoriti
Kumpulan minoriti adalah kumpulan kecil dalam sesebuah masyarakat dan tidak berupaya mempengaruhi kumpulan etnik lain. Contohnya Orang Asli yang kebanyakannya tinggal di dalam atau pinggir hutan. Sebahagian besar masyarakat ini mengamalkan ekonomi berasaskan pertanian dan bersifat sara diri. Dari segi pencapaian dalam pendidikan, tahap akademik mereka amat rendah dan jauh ketinggalan. Keadaan ini berlaku kerana kemudahan infrastruktur dan prasarana pendidikan yang kurang lengkap. Bekalan elektrik, air bersih, jalan raya dan bilik darjah belum sempurna. Di samping itu, keciciran sekolah juga menjadi faktor yang menghalang kemajuan pendidikan. Daripada kenyataan Jabatan Hal Ehwal Orang Asli, minat belajar dalam kalangan kanak-kanak Orang Asli masih berada di tahap yang rendah di mana kadar keciciran ialah 45 peratus dan kadar buta huruf 49.2 peratus.

Murid berkeperluan khas Murid berkeperluan khas memiliki kecerdasan yang amat rendah berbanding dengan kecerdasan purata dan menghadapi masalah penyesuaian diri dalam masyarakat dan program sekolah biasa. Mereka memerlukan pendidikan khas kerana berdepan dengan masalah menyesuaikan diri di sekolah biasa. Terdapat tujuh kategori kanak-kanak istimewa yang memerlukan program pendidikan khas iaitu kerencatan mental, masalah pembelajaran, kecelaruan tingkah laku, cacat pendengaran dan masalah komunikasi, cacat penglihatan, cacat fizikal serta pintarcerdas dan berbakat istimewa. Sekiranya kelompok ini tidak diberi perhatian dalam pendidikan mereka, kadar keciciran akan bertambah dan menjadi beban kepada masyarakat dan negara. Langkah kerajaan memperkenalkan Akta Pendidikan Khas 1996 amat penting kerana memberi kuasa kepada Kementerian Pendidikan untuk menyediakan kemudahan pendidikan khas, menggubal kurikulum yang sesuai, pendidikan yang sesuai dengan watak murid dan tindakan-tindakan lain bagi mengembangkan pendidikan

Jurang pendidikan di antara bandar dan luar bandar boleh memberi impak negatif terhadap pembangunan masyarakat dan negara. Polarisasi penduduk luar bandar yang terlibat dalam pertanian sara diri sentiasa meletakkan diri mereka dalam tahap kemiskinan. Mereka juga kurang terdedah dengan aktiviti-aktiviti pembangunan, akses kepada kemudahan asas yang terhad, prasarana pendidikan dan kesihatan yang rendah serta limpahan pembangunan bandar yang lambat. Semua faktor ini menyumbang kepada jurang ketidaksamaan bagi mendapatkan peluang-peluang pendidikan.

Selaras dengan perkembangan ekonomi yang maju, Malaysia memerlukan lebih ramai tenaga manusia yang cergas dan memiliki latar belakang pendidikan yang lebih baik. Langkah kerajaan memperkenalkan konsep Sekolah Bestari, projek Sekolah Net, projek Smart Lab dan projek Sekolah Vista adalah sebagai lonjakan kepada pemantapan sektor pendidikan negara. Usaha sama Kementerian Pelajaran Malaysia dan National Implementation Task Force (NITF)untuk menambah baik jurang pendidikan adalah komitmen kerajaan bagi memperkasa pendidikan negara.

Anda mungkin juga menyukai