Anda di halaman 1dari 8

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEMESTER JANUARI 2012

HBEF 2703

PENDIDIKAN KOKURIKULUM

REFLECTIVE JOURNAL

NOMBOR MATRIKULASI NOMBOR IC NOMBOR TELEFON EMAIL PUSAT PEMBELAJARAN

: : : : :

710513125738002 710513125738 016-8345103 ninangkongkong@oum.edu.my OPEN UNIVERSITY MALAYSIA CAWANGAN TAWAU EN. RAMLAN BIN MALA

PENSYARAH / TUTOR

ISI KANDUNGAN

KANDUNGAN AKTIVITI

MUKA SURAT

ACARA MERENTAS DESA ( TAHAP 1 & 2 )

SUKANEKA PRASEKOLAH

Acara Tahap 1 SUKANEKA

ACARA BALAPAN

ACARA PADANG

ACARA GURU DAN IBU BAPA

11

AKTIVITI TARIKH HARI MASA

: : : :

ACARA MERENTAS DESA ( TAHAP 1 & 2 ) 29.05.2012 JUMAAT 7.00 PAGI

HURAIAN PERISTIWA Acara merentas desa merupakan acara pertama di dalam program Kejohanan Sukan Olahraga tahun 2012. Di dalam acara ini murid-murid mewakili kumpulan rumah sukan mereka. Iaitu rumah sukan merah, biru, kuning dan hijau.

KEBAIKAN / KELEMAHAN AKTIVITI Gembira melihat kepada semua peserta Kejohanan Sukan Olahraga yang terdiri dari murid-murid Sekolah Kebangsaan Permai. Mereka kelihatan bersemangat untuk memulakan larian merentas desa. Meskipun terdapat beberapa peserta yang cedera, semangat setiakawan yang ditunjukkan oleh rakanrakan murid yang membantu mengambarkan kekuatan setiakawan mereka dalam semangat kesukanan tidak luntur. Kelemahan yang terdapat pada aktiviti ini adalah masa pelepasan yang tidak sama dengan atur cara perjalanan program yang sepatutnya.

CADANGAN / PENAMBAH BAIKKAN Bagi memastikan perkara tersebut tidak berulang, pihak sekolah mencadangkan lebih ramai guru yang bertugas ketika pelepasan murid agar masalah kekangan masa tidak timbul lagi.

AKTIVITI TARIKH HARI MASA

: : : :

SUKANEKA PRASEKOLAH 29.05.2012 JUMAAT 8.30 pagi

HURAIAN PERISTIWA Aktiviti ini merupakan aktiviti sukaneka yang melibatkan kanak-kanak prasekolah. Di dalam aktiviti ini, kanak-kanak prasekolah telah didedahkan dengan acara bola sepak dengan boling padang. Aktiviti ini telah kelolakan oleh guru-guru prasekolah.

KEBAIKAN / KELEMAHAN AKTIVITI Kebaikan aktiviti ini adalah ia dapat mendedahkan kanak-kanak prasekolah dengan permainan bola sepak dan boling padang yang tidak pernah mereka main. Kekurangan kakitangan menyebabkan kurang kawalan peserta ketika acara sedang berjalan.

CADANGAN / PENAMBAH BAIKKAN Pada pendapat saya, lebih ramai guru diperlukan untuk mengawal peserta kecil, iaitu kanak-kanak prasekolah. Kerana kanak-kanak seperti mereka mudah terdedah dengan bahaya andai tiada kawalan keselamatan sepenuhnya.

AKTIVITI TARIKH HARI MASA

: : : :

Acara Tahap 1 SUKANEKA 29.05.2012 JUMAAT 10.00 pagi

HURAIAN PERISTIWA Aktiviti sukaneka ini mendedahkan murid-murid kepada acara membawa bola di dalam gelung dan acara pancing botol. Aktiviti ini melibatkan murid-murid tahap satu. Iaitu murid tahun satu, dua dan tiga.

KEBAIKAN / KELEMAHAN AKTIVITI Murid-murid kelihatan gembira dengan perjalanan aktiviti ini. Penglibatan yang ramai dari murid tahap satu menunjukkan minat mereka terhadap sukan amat tinggi. Ini dapat menjadikan mereka pelapis dalam membentuk atlit muda sedari tahun satu.

CADANGAN / PENAMBAH BAIKKAN Aktiviti seperti ini perlu diteruskan kerana ia memberikan murid-murid kesedaran tentang kepentingan semangat kesukanan. Diharapkan, sekiranya aktiviti ini dimasukkan lagi di dalam program pada masa akan datang, murid-murid akan diberi peluang sepenuhnya untuk melibat diri secara aktif.

AKTIVITI TARIKH HARI MASA

: : : :

ACARA BALAPAN 30.05.2012 SABTU 7.30 pagi

HURAIAN PERISTIWA Acara balapan telah dijalankan pada keesokan harinya iaitu hari sabtu bersamaan 30 Mei 2012. Acara ini melibatkan larian 100 meter, 200 meter, 4X100 meter dan 4X200 meter. Setiap acara ini telah dipecahkan kepada dua kategori, iaitu kategori lelaki dan perempuan. acara ini telah disertai oleh muridmurid tahap dua. Iaitu murid-murid tahun empat, lima dan enam.

KEBAIKAN / KELEMAHAN AKTIVITI Objektif pelaksanaan aktiviti ini adalah untuk memupuk semangat kesukanan. Selain itu, acara ini juga dapat mencungkil bakat murid-murid dalam acara balapan. Malah murid yang berjaya dapat mewakili sekolah menyertai kejohanan sukan olahraga peringkat daerah. Kelemahan-kelemahan yang perlu dibaiki semasa aktiviti ini adalah kekurangan pengetahuan murid-murid terhadap peraturan-peraturan acara balapan. Terdapat murid yang salah lorong ketika berlari.

CADANGAN / PENAMBAH BAIKKAN Latihan dan kelas peraturan balapan didedahkan kepada murid-murid ketika sesi latihan. Guru yang menjadi jurulatih bertindak tegas ketika latihan agar murid dapat membiasakan diri dengan peraturan acara balapan.

AKTIVITI TARIKH HARI MASA

: : : :

ACARA PADANG 30.05.2012 SABTU 8.30 pagi

HURAIAN PERISTIWA Acara padang dijalankan serentak dengan perjalanan acara balapan. Ini bagi menjimatkan masa. Acara ini telah disertai oleh murid tahap dua. Iaitu murid di tahun empat, lima dan enam. Acara ini bertujuan mendedahkan murid kepada acara padang. Ia juga dapat mencungkil bakat terpendam murid. Sekaligus menjadi sesi pemilihan atlit bagi mewakili kejohanan sukan olahraga peringkat daerah.

KEBAIKAN / KELEMAHAN AKTIVITI Peserta amat gembira menyertai acara padang. Malah ramai yang memilih untuk menyertai acara padang. Memandangkan susuk tubuh yang kecil, saingan untuk balapan amat susah. Oleh itu, demi semangat sukan 1M1S, murid-murid tidak melepaskan peluang menyertai acara padang. Masalah yang dihadapi adalah, kekurangan pengadil berpengalaman dalam menjayakan acara padang ini.

CADANGAN / PENAMBAH BAIKKAN Melihat kepada kepentingan pengalaman dalam menjadi pengadil dalam acara padang, pihak sekolah berhasrat meningkatkan kualiti sukan sekolah dengan mengadakan kursus kejurulatihan kepada guruguru di masa akan datang.

AKTIVITI TARIKH HARI MASA

: : : :

ACARA GURU DAN IBU BAPA 30.05.2012 SABTU 10.30 pagi

HURAIAN PERISTIWA Kejohanan sukan olahraga telah diserikan lagi dengan acara guru dan ibu bapa. Aktiviti ini merupakan aktiviti terakhir di dalam atur cara kejohanan sukan olahraga tahun 2012. Sebanyak empat kumpulan telah diwujudkan bagi menjayakan aktiviti ini. Iaitu kumpulan sekolah kebangsaan permai, kumpulan ladang sabah mas, kumpulan ladang permai dan kumpulan kilang. Kumpulan ladang permai telah mengungguli semua acara yang telah disertai mereka.

KEBAIKAN / KELEMAHAN AKTIVITI Kebaikan aktiviti ini adalah dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim sesama guru dan masyarakat sekitar. Malahan, jurang perbezaan antara pihak sekolah dan masyarakat sekitar dapat dirapatkan lagi. Kelemahan yang menonjol adalah, kurang penyertaan dari pihak guru-guru perempuan sekolah. CADANGAN / PENAMBAH BAIKKAN Pihak sekolah menyarankan agar semua guru menyertai semua acara yang dianjurkan dengan hati yang terbuka. Sikap penting diri harus disingkirkan..

Anda mungkin juga menyukai