: Keselamatan : Keselamatan di Rumah, Sekolah dan Tempat Permainan. Contoh: kawasan merbahaya ; Rumah-dapur, tandas, balkoni dan tangga. : Sekolah-tandas, tangga, dan kolam. : Tempat Permainan-tangga, kawasan yang ramai orang luar. Tarikh : 02 Julai 2008 Masa : 11:45 pagi -12:15 pagi Tahun : 3 Amanah Bil Murid : orang Objektif : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, diharap murid-murid dapat : 1) Psikomotor: a) melakukan aktiviti suai kenal gambar di papan putih dengan betul. 2) Kognitif : a) Menyebut tempat yang merbahaya di rumah. b) Menyebut tempat yang merbahaya di sekolah. c) Menyebut tempat merbahaya di tempat permainan. 3) Afektif : a) Menunjukkan semangat berkumpulan semasa menyelesaikan silang kata. b) Memperlihatkan keyakinan diri dengan mengangkat tangan dan berdiri untuk menjawab soalan guru. Pengalaman Sedia Ada: Murid melalui kehidupan seharian di rumah dan pernah melihat peralatan yang terdapat di rumah. Alat Bantu Mengajar : Laptop 1 buah LCD 1 buah Lembaran kerja Kertas mahjong Penerapan Nilai : Berusaha, berhati-hati dan bekerjasama. Strategi Utama : Pembelajaran secara kontekstual. Pengintegrasian KKE : Kesedaran Kendiri (Keyakinan Kendiri), Pengurusan Kendiri (Berpandangan Optimis, Kawalan Emosi), Pengurusan Sosial (Kerja Berkumpulan)
Aktiviti 1) Guru menayangkan slide tentang kawasan yang terdapat di rumah, sekolah dan tempat permainan.
Butiran mengajar - Guru meminta murid diam sebelum tayangan slide bermula. - Semasa slide ditayangkan, murid melihat dan memerhati kawasan yang terdapat di rumah. - Selepas tayangan, guru bertanyakan kawasan-kawasan yang terdapat di dalam slide yang telah ditayangkan dan melalui pengalaman seharian mereka. Contoh : dapur, tandas, beranda, tangga, taman permainan. - Guru mengiakan jawapan murid dan membaiki jawapan yang tidak tepat. - Setiap kumpulan diberikan tugasan iaitu menyelesaikan silang kata tentang kawasan yang merbahaya yang terdapat di rumah,sekolah dan tempat permainan. Contoh : tandas,tangga,kolam,beranda -Setiap kumpulan diberi masa selama 5minit untuk menyelesaikan tugasan tersebut. - Setelah selesai, wakil setiap kumpulan dikehendaki bangun dan memberitahu perkataan yang terdapat pada silang kata tersebut.
Organisasi - Murid berada ditempat masingmasing. - Guru berada didepan dan sekali sekala berjalan mengelilingi kelas bagi memastikan murid tidak bercakap atau melakukan kerja lain semasa tayangan tersebut.
- Murid dibahagikan kepada 4 kumpulan - Lakukan aktiviti dengan mengikut arahan guru.
Nilai Kerjasama berkumpulan. KKE - Kesedaran Kendiri (Keyakinan Kendiri) - Pengurusan Sosial (Kerja Berkumpulan) Alatan : Silang kata
Butiran mengajar Organisasi -Beberapa orang murid dikehendaki Murid masih berada dalam tampil kehadapan menyuai padan gambar kumpulan masing-masing. dengan jawapan yang betul. -Kemudian guru menyatakan mengapa tempat-tempat tersebut merbahaya kepada murid. Contoh : -tangga jatuh, cedera -tandas licin, jatuh dan cedera. - orang luar penculikan. -Guru menerangkan langkah-langkah keselamatan yang boleh di ambil semasa berada di rumah, sekolah dan tempat permainan. - Guru menerapkan sikap berhati-hati semasa berada di tempat-tempat tersebut supaya tidak berlaku sebarang kemalangan. - Guru menerangkan menerangkan sebab-sebab kawasan tersebut merbahaya. - Murid dikehendaki menyebut langkahlangkah keselamatan yang perlu di ambil berdasarkan kawasan tersebut. - Murid masih berada di dalam kumpulan seperti di atas. - Guru sentiasa memantau keadaan kelas supaya murid dapat memberikan tumpuan pada sesi pembelajaran. -Murid masih berada dalam kedudukan seperti di atas.
Langkah 3 (6 minit)
Guru menerangkan langkah-langkah keselamatan semasa berada di rumah, sekolah dan tempat permainan.
Nilai : - Kerjasama dan semangat berpasukan. - Berhati-hati. KKE - Pengurusan Sosial (Kerja Berkumpulan) - Pengurusan Kendiri (Berpandangan Optimis, Kawalan Emosi)
Butiran mengajar - Guru memberi tugasan kepada murid dalam bentuk lembaran kerja. - Murid menyiapkan lembaran kerja berdasarkan pembelajaran pada hari ini.
Organisasi
Alatan/catatan Nilai murni : -Berusaha dan berhati-hati. KKE : -Pengurusan Kendiri (Berpandangan Optimis, Kawalan Emosi)
Refleksi