Anda di halaman 1dari 4

IMPLIKASI ASPEK-ASPEK PENGURUSAN BILIK DARJAHYANG MESRA BUDAYA DAN SARANAN PENAMBAHBAIKAN TERHADAP PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

ASPEK PERHUBUNGAN ANTARAN KELOMPOK ETNIK Murid yang terdiri daripada pelbagai bangsa perlu bersosial dalam kelompok mereka terutamanya dalam melakukan aktiviti pembelajaran.Proses sosialisasi antara kaum tanpa mengira anutan agama hendaklah dikembangkan supaya proses pembentukan kendiri murid dapat dilaksanakan. Semua murid tanpa mengira etnik dan jantina dapat belajar dan menjalankan aktiviti bersama. Setiap murid diberi peluang yang sama rata untuk meneroka aktiviti pembelajaran tanpa mengira bangsa dan agama. Pengurusan yang cekap dalam merancang dan melaksanakan sesi pengajaran dan pembelajaran akan membantu mengurangkan ketidakseimbangan di dalam penyampaian pelajaran kepada setiap murid. Seharusnya seseorang guru mengenali dan memahami sosiobudaya setiap muridnya agar sesi P&P akan menjadi lebih mudah dan mesra murid. ASPEK SOSIOLINGUISTIK DAN KOMUNIKASI Interaksi akan berlaku di antara guru kepada murid yang dikenali sebagai komunikasi sehala, interaksi guru dengan murid yang dikenali sebagai komunikasi dua hala, serta interaksi guru dengan murid, murid dengan guru dan murid dengan murid yang dikenali sebagai komunikasi pelbagai hala. Bilik darjah yang mesra budaya yang baik akan merangsang semangat murid menyertai aktivitiaktiviti yang dijalankan proses pelajaran dan pembelajaran dijalankan. Di samping itu, ia juga member peluang sama rata kepada semua murid untuk mengambil bahagian dalam aktiviti pembelajaran.

ASPEK PERSEKITARAN FIZIKAL Membentuk suasana pembelajaran yang kondusif

Tugasan atau aktiviti yang diberikan kepada murid-murid ini memenuhi tahap perkembangan dan pemikiran mereka supaya dapat mewujudkan iklim yang kondusif serta murid tidak berasa tertekan semasa menghadiri kelas tersebut. Isu sensitif berkaitan dan kaum hendaklah dielakkan sama sekali. Setiap kepercayaan dan nilai haruslah diterima seadanya oleh setiap guru. Aktiviti pembelajaran yang dirancang hendaklah menjurus kepada penglibatan semua murid tanapa mengira kaum, adat budaya dan pegangan agama mereka. Guru perlulah cekap dalam menghasilkan sebuah bilik darjah yang dapat ditransformasikan sebagai sebuah rumah yang menepati sloganrumahku, syurgaku. Murid pasti akan lebih seronok belajar daam suasana yang kondusif. Menarik minat murid belajar Murid-murid akan lebih member perhatian dan menumpukan perhatian tentang apa yang diajar oleh guru. Ini adalah kerana guru mengetahui serta memahami latar belakang dan sosiobudaya murid.Dengan itu, murid tidak akan rasa tersisir dan kesamarataan dapat dirasai antara semua murid. Guru juga dicadangkan supaya menggunakan pendekatan yang menarik seperti aktiviti P&P dimulakan dengan set induksi yang menarik, ini bertujuan bagi menarik minat murid untuk mengetahui isi pelajaran yang selanjutnya. ASPEK PENGURUSAN PELAJARAN DAN PEMBELAJARAN Guru akan lebih member perhatian semasa menyediakan aktiviti dan P&P yang hendak dijalankan di dalam kelas. Ini adalah kerana pelbagai etnik yang terdapat di dalam kelas, oleh itu, perkara ini harus dipertimbangkan oleh guru untuk memastikan isi dan aktiviti yang dijalankan sesuai dengan semua murid.Dalam merangka objektif pengajaran dan pembelajaran, guru harus mengambil objektif yang sesuai dengan kumpulan yang berbeza keupayaan supaya murid yang lambat tidak terus tertinggal dan murid yang pandai tidak berasa bosan.Dengan ini, di dalam ruang lingkup bilik darjah, guru perlu membuat sedikit analisis mengenai latar belakang murid-murid sebelum merancang pengajaran. Ini penting supaya objektif pengajaran yang hendak disampaikan tercapai dan aktiviti pembelajaran yang akan dilaksanakan mampu dilakukan oleh pelajar.

ASPEK KELAS BERCANTUM Murid-murid yang mempunyai budaya, latar belakang keluarga dan tahap sosioekonomi yang berbeza-beza digabungkan ke dalam kelas yang sama. Dengan itu, murid-murid dapat berkomunikasi dan bekerjasama dengan rakan yang lain tanpa mengira bangsa dan agama. Selain itu, murid-murid juga akan menghormati rakan yang lain. Contohnya,murid lain tidak berbuat bising antara murid berlaku. Sebagai contoh, murid-murid yang berlain bangsa dapat bergaul dengan rapat. Dalam konteks kepelbagaian ini, di mana pertumbuhan dan perkembangan seseorang pelajar itu mempunyai kesan yang sangat kuat dalam menyusuri arus pembelajaran mereka. Ia juga adalah satu impak yang sangat penting untuk mencapai kejayaan daripada hasil pembelajaran mereka di sekolah. Oleh yang demikian, pemahaman yang mendalam akan kepelbagaian pelajar yang wujud sekarang bukan hanya dilihat dari segi tahap pembelajaran mereka bahkan juga pemerhatian yang teliti perlu diberikan kepada budaya, etnik, bangsa, latar belakang keluarga dan sesioekonomi.

CADANGAN PENILAIAN DAN PENAMBAHBAIKAN P&P SECARA BERTERUSAN Berdasarkan apa yang dinyarakan di atas, seseorang guru haruslah peka dengan kepelbagaian sosio-budaya murid-muridnya. Pendekatan yang bijak harus digunakan dengan tidak membezakan kelas social murid. Murid hendaklah dilayan sama rata tanpa mengira samada mereka dari kelas atasan atau bawahan. Guru juga harus bijak mencetuskan situasi pembelajaran yang mesra rakan. Aktiviti yang melibatkan interaksi di kalangan murid haruslah sentiasa dijalankan agar murid dapat menjalinkan hubungan yang lebih mesra sesame mereka tanpa mengira latar belakang social dan kecerdasan individu. Cadangan kaedah P&P dalam menangani kepelbagaian sosio-budaya murid Kepelbagaian sosio-budaya murid member kesan secara langsung terhadap kaedah yang harus diguna oleh guru dalam sesi P&P agar setiap murid mendapat peluang sama rata dalam penerimaan pembelajaran.

Budaya belajar yang ceria, menyeronokkan, menyentuh emosi, di samping meningkatkan kecergasan mental, kreatif dan inovatif dan bermatlamat boleh menarik minat murid.

Anda mungkin juga menyukai