Anda di halaman 1dari 4

Apakah itu dadah ?

Dadah adalah bahan kimia psikoaktif yang ada ciri di bawah : Kesan paling ketara ke atas sistem saraf pusat ( otak dan saraf tunjang) . Bukan untuk tujuan perubatan dan penggunaannya adalah dilarang. Diperolehi secara haram. Membawa kepada pengantungan secara fizikal dan psikologikal serta meningkatkan daya tahan terhadap dadah. Mendatangkan kesan buruk terhadap kesihatan dan fungsi sosial.

Takrif seorang Penagih Dadah


Seorang adalah Penagih Dadah apabila: Penggunaan dadah menjadi sebahagian penting kehidupan seharian. Penggunaan dadah mengatasi lain-lain keperluan hidup. Daya tahan meningkat di mana semakin banyak dadah perlu digunakan untuk mengalami kesan yang diharapkan. Mengalami gejala apabila tidak mengguna dadah. Merasa terdesak untuk menggunakan dadah terlebih lagi apabila cuba mengurang atau berhenti mengguna dadah serta tidak lagi dapat mengawal jumlah dan kekerapan penggunaan. Mempunyai kecenderungan untuk menagih semula setelah berhenti menggunakan dadah untuk beberapa waktu.

Bagi memudahcara dalam membuat penyelesaian isu dadah maka diperlukan langkah di bawah : Prihatin perkembangan sekitar . Kerjasama dengan badan relevan. Tindakan bersepadu. Kesungguhan berterusan.

Jangan ditambah seorang lagi. Cukuplah, sudah terlalu ramai !


Sejak 1988 sehingga 2004 terdapat sejumlah 274,420 orang atau 1.09%daripada penduduk Malaysiadidaftarkan sebagai penagih dadah.Mengikut UNICEF, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu bagi setiap seorang penagih yang didaftar terdapat 4 orang lagi yang masih tidak berdaftar .

Punca-punca Penagihan Dadah


Punca Utama Pengaruh Kawan Punca Kedua Rasa Ingin Tahu Punca Ketiga Ingin Berseronok Punca Keempat Tekanan Jiwa Punca Kelima Lain-lain 54 % 26 % 14.6 % 4.26 % 1.14 %

Di Wilayah Persekutuan misalnya, daripada 3,217 penagih yang dikesan di Kuala Lumpur pada Januari hingga Ogos tahun ini (2005), 67 Melayu Datuk Seri Najib Tun Razak .

% adalah anak-anak

Dadah merosakkan diri,keluarga, kerjaya , masyarakat serta negara. Dadah dilihat sebagai faktor yang boleh mengancam kestabilan, keselamatan dan melambatkan tempuh pembangunan dan kemajuan sesebuah negara. Awasi anak-anak anda bukan bermaknamengekang kebebasanmereka. Ianya adalahcara terbaik menjauhkananak anda dari perangkap dadah. Sejumlah besar warga Malaysia yang terlibat dengan dadah adalah golongan muda. Firman Allah s.w.t, Surah Al-Ankabut; Ayat 1-2 ( Terjemahan ) : Alif Laam Miin. Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan( saja ) mengatakan: Kami telah beriman, sedang mereka tidak diuji lagi . Kegagalan adalah kekalahan sementara. Gagal untuk bangunlah sesungguhnya merupakan kegagalan bagi kita.Kemuliaan kita yang terbesar bukanlah kerana kita tidak pernah jatuh,melainkan kerana kita bangkit kembali setiap kali kita jatuh. Ketagihan dadah adalah penyakit yang boleh dihidapi oleh sesiapa sahaja.Tunjukkan keprihatinan anda melalui kempen anti dadah. Kehidupan adalah lebih baik apabila bebas daripada najis dadah. Adalah perlu dan wajib bagi ibubapa, pendidik, masyarakat dan pemimpin negara untuk bersama mencari penyelesaian dan menyumbang ke arah menjadikan negara kita Malaysia untuk bebas daripada salahguna dadah menjelang 2015.

Perubahan wajah kerana ketagihan dadah jangka masa 10 tahun

Penyalahgunaan dadah di Kelantan meningkat lebih 100 peratus


KOTA BHARU 28 Feb. - Kes penyalahgunaan dadah di negeri ini mencatatkan peningkatan lebih 100 % pada tahun lalu iaitu sebanyak 9,124 kes berbanding hanya 4,255 pada 2010. Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wira Abu Seman Yusop berkata, kebanyakan yang terlibat adalah golongan muda membabitkan pengambilan dadah jenis methamphetamine atau pil kuda kerana ia lebih mudah diseludup masuk dari negara jiran. - UTUSAN