Anda di halaman 1dari 9

Schachter Sebarang liputan mengenai teori-teori kognitif emosi tidak akan sempurna tanpa menyebut tentang Schachter.

Namun begitu, mungkin adil dikatakan bahawa sumbangan terbesar beliau terhadap pemahaman kita tentang emosi datang dari siri eksperimen yang dimanipulasikan secara bijak dan interpretasi yang didorong oleh eksperimen tersebut, serta nilai heuristik am mereka. Schachter (1959, 1964, 1970) mempunyai pandangan kognitif/fisiologi terhadap emosi, mencadangkan bahawa penentuan utama bagi keadaan-keadaan emosi adalah faktor-faktor kognitif. Teori yang diolah secara mudah ini mencadangkan bahawa keadaan-keadaan emosi adalah dicirikan oleh rangsangan umum pada sistem saraf simpatetik dan dari satu keadaan ke satu keadaan yang lain rangsangan ini mungkin memiliki sedikit corak yang berbeza. Kita menginterpretasi dan mengklasifikasikan keadaan-keadaan ini dari situasi yang kita percaya telah mencetuskan keadaan-keadaan tersebut, dan juga daripada mod tipikal persepsi kita. Secara ringkasnya, rangsangan fisiologi telah berlaku dan rangsangan ini telah diberikan arah yang jitu oleh kognisi kita akan apa yang mencetuskan rangsangan tersebut. Pandangan ini telah membawa Schachter untuk mengetengahkan tiga saranan yang telah memasyhurkan nama beliau. (1) Sekiranya kita mengalami rangsangan fisiologi tetapi tidak dapat menerangkan kenapa atau apa yang mengakibatkan rangsangan tersebut, maka kita memberikan nama pada keadaan tersebut dan bertindak ke atasnya dalam mana-mana keadaan kognitif yang terbuka. Oleh itu, mana-mana satu keadaan boleh dilabelkan dalam pelbagai cara bergantung pada individu dan juga keadaan terbabit. Seandainya kita mengalami rangsangan fisiologi dan penjelasan lengkap lagi munasabah turut hadir, adalah mustahil bagi kita melayan sebarang faktor kognitif alternatif. Saranan ketiga melibatkan pendekatan terhadap teori ini dari sudut yang berbeza. Jika dari masa ke masa kita mengalami kognisi yang sama, kita akan hanya dapat menjelaskan perasaan kita sebagai emosi seandainya kita berada sesetengah keadaan rangsangan fisiologi.

(2) (3)

Justeru, perspektif asas Schachter mengatakan bahawa emosi-emosi dikawal menerusi antara-hubungan yang rapat dengan dan interaksi antara rangsangan fisiologi dan penilaian kognitif yang kini lazimnya dikenali sebagai teori emosi dua faktor. Sebagaimana yang telah dijelaskan sedari awal, Schachter telah mengabdikan sebahagian masa untuk menjalankan siri siasatan empirikal yang direka untuk menguji tiga saranan yang membentuk teori dua faktor beliau. Kajiankajian Schachter telah dianalisis serta dikritik secara meluas dan ini bukanlah sebab terkini untuk mengkaji literatur ini. Namun, adalah penting untuk menghasilkan beberapa poin yang disampaikan daripadanya. Sebagai contoh, Leventhal (1974) (lihat juga Leventhal dan Tomarken, 1986) melihat emosi sebagai permasalahan bagaimana rangsangan dan kognisi bergabung dalam emosi. Schachter tidak, contohnya, mengatakan bila atau bagaimana rangsangan menyumbang kepada keadaan-keadaan perasaan tertentu. Pengkonsepsualan beliau tentang emosi membenarkan kognisi tiga fungsi yang berkemungkinan dalam pengalaman emosi. Fungsi-fungsi ini mengizinkan interpretasi stimulus emosi, pengiktirafan rangsangan dan penglabelan emosi. Leventhal menganggap jangkaan sebagai penentu penting akan keadaan emosi. Semakin tepat jangkaan tersebut, semakin cenderung bagi kita menjadi emosional. Beliau turut mempertimbangkan sama ada atau tidak kognisi melabel rangsangan dan seterusnya menghasilkan perasaan-perasaan subjektif. Jika begitulah keadaannya, maka, beliau mendebatkan, perasaan-perasaan haruslah dipelajari. Beliau mempertikaikan kemungkinan ini dengan menyoal bagaimana seorang anak kecil berupaya merasakan apa-apa sebelum anak itu mengenali label perasaan tersebut, seandainya label tersebut yang menggalakkan perasaan itu. Keadaan ini hanya benar sekiranya situasisituasi itu mempunyai makna yang hampir sama dengan situasi-situasi yang telah dikenalpasti labelnya oleh anak kecil itu. Leventhal secara dasarnya membidas poin ini dan mencadangkan bahawa situasi-situasi ini mungkin dianggap sebagai sama kerana mereka menjana perasaan-perasaan yang sama. Set perasaan yang dorman menjana maksud.

Perkara ini membawa kepada kedudukan di mana kognisi dilihat menjurus kepada reaksi-reaksi tertentu sistem saraf tunjang (CNS) dan kepada tindakbalas-tindakbalas tubuh yang jelas, dengan tindakbalas-tindakbalas tubuh tersebut bersepadu dengan perasaan. Cotton (1981) dan Reisenzein (1983) membuat analisis yang teliti terhadap teori emosi Schachter. Berdasarkan kritikan mereka adalah jelas bahawa hanya satu daripada saranan-saranan yang terhasil daripada teori tersebut yang disokong dengan fakta yang mencukupi. Jika keadaan emosi mempunyai rangsangan yang terhasil daripada sumber yang tidak relevan, keadaan emosi itu akan bertambah ekstrem. Tetapi, tiada kajian yang menunjukkan bahawa rangsangan periferi adalah kondisi yang perlu bagi keadaan emosi. Nampaknya ada sokongan untuk satu bentuk teori Schachter yang agak goyah. Ia mengatakan bahawa maklumbalas dari rangsangan boleh memiliki kesan yang mendalam terhadap keadaan-keadaan emosi dan hubungan rangsangan-emosi ini dibantu dan/atau diubah oleh aspek-aspek penyebab dalam sumber rangsangan tersebut. Secara amnya, teori emosi Schachter telah menjadi begitu berpengaruh dan mempunyai tumpuan yang ternyata berfokus pada aspek-aspek kognisi emosi. Teori beliau juga turut dikatakan memberi penerangan berlebihan tentang peranan rangsangan periferi dan kaitan antara rangsangan dan emosi. Namun demikian, setakat ini teori tersebut belum lagi ditolak sepenuhnya, dan semoga mungkin salah satu daripada teori-teori itu tidak akan dapat ditolak sepenuhnya.

Siminov Penerangan ringkas tentang teori emosi agak mudah Siminov (1970) turut diselitkan di sini disebabkan persamaannya dengan teori Leventhal (1974). Ini adalah pendekatan teori informasi dan dimulakan dengan definisi yang ditermakan oleh Siminov sebagai emosi negatif:

di mana emosi adalah bersamaan dengan kehendak diperkalikan dengan perbezaan antara informasi penting dan informasi sedia ada. Di sini, informasi merujuk pada kemungkinan untuk mencapai matlamat berdasarkan komunikasi tertentu. Jika suatu organisma tidak dapat menguruskan dirinya dengan teratur disebabkan kekurangan informasi, mekanisme sistem saraf yang mendorong ke arah emosi-emosi negatif akan mula bertindak. Siminov menjelaskan situasi ini sebagai memiliki implikasi-implikasi utama yang berikut: (1) (2) (3) Berlakunya reaksi-reaksi `dominan yakni, rangsangan-rangsangan semulajadi terdahulu mula menerima tindakbalas, dan aktiviti inefektual (inefektual bergantung pada sebarang matlamat biasa) turut terjaga. Aktiviti inefektual tersebut membawa kepada perubahan-perubahan fisiologi yang lazim dengan emosi. Emosi-emosi terbabit mempunyai pengaruh cetusan fisiologi yang kuat.

Sekiranya mekanisme ini menjadi aktif, sesetengah respon tabii semestinya telah terganggu. Persamaanpersamaan antara pandangan Siminov dengan Mandler berkenaan gangguan adalah jelas. Siminov melihat emosi positif dengan cara yang sama. Jika kehendak sesuatu organisma telah dipenuhi, emosinya akan reda, tetapi informasi yang melebihi aras yang diperlukan untuk kepuasan mendorong kepada emosi positif. Emosi-emosi sedemikian akan bertahan sebagaimana yang berlaku pada emosi-emosi negatif dan mungkin memudahkan perlakuan. Siminov mencadangkan bahawa emosi-emosi boleh diklasifikasikan dengan mempertimbangkan: (1) (2) (3) kekuatan kehendak, tahap kekurangan atau kelebihan informasi, keterperincian tindakan yang disasarkan pada usaha memenuhkan kehendak.

Beliau percaya bahawa hanya apabila `tindakan dari kejauhan diperlukan (sebagai contoh pertahanan atau pertentangan, bukannya hanya termaktub pada kebahagiaan atau penderitaan yang dicetuskan oleh kontakkontak semerta) maka kesesuaian emosi-emosi dapat diperhatikan. Beliau memandang emosi dari perspektif yang melibatkan teori emosi secara langsung dan motivasi menerusi implikasi.

Leventhal Teori emosi Leventhal (1974) adalah berdasarkan pada pemprosesan maklumat (namun sila lihat juga pada perbincangan Leventhal dan Scherer bawah hubungan kognisi-emosi di bahagian lain dalam bab ini, serta Leventhal, 1982, dan Leventhal dan Tomarken, 1986). Beliau membahaskan bahawa apa yang beliau terangkan sebagai model emosi sebegini mestilah menyepadukan empat sistem: (1) (2) (3) (4) sistem interpretasi yang menghidupkan reaksi-reaksi emosi, sistem ekspresif, maklumbalas yang mentakrifkan kualiti subjektif emosi, sistem tindakan instrumental, dan sistem reaksi tubuh yang menyenggara sistem instrumental tersebut.

Maka, Leventhal sekadar menekankan apa yang ditegaskan oleh kebanyakan pakar teori emosi yang lain, iaitu teori emosi mestilah berhadapan dengan bagaimana emosi tercetus, dan hendaklah berdepan dengan aspek-aspek subjektif, perlakuan dan fisiologi emosi tersebut. Namun beliau melakukan tindakan ini dengan menggunakan istilah pemprosesan maklumat. Leventhal mencadangkan model emosi dua fasa. Dalam fasa persepsi/motor, kognisi-kognisi yang menggalakkan emosi dan reaksi ekspresif adalah perlu agar maklumbalas berlaku; dalam gilirannya, maklumbalas ini adalah perlu bagi perasaan-perasaan subjektif. Proses tersebut hendaklah melibatkan penilaian maksud, sesuatu yang selalunya dicapai oleh dua jenis penyahkod. Penyahkod pertama adalah automatik dan telah sedia terbina di dalam manakala penyahkod kedua menyusun semula perbezaan-perbezaan daripada pengalaman individu. Justeru, dalam fasa pertama model ini Leventhal membahaskan mekanisme-mekanisme persepsi dorman yang sensitif terhadap ciri-ciri tertentu pada rangsangan, penganalisis ciri lazim terhadap model-model pemprosesan maklumat. Mekanisme-mekanisme ini mencetuskan perasaan-perasaan sebelum reaksi-reaksi ekspresif boleh berlaku. Perasaan-perasaan ini secara mudahnya adalah positif atau negatif berbanding mewakili kategori-kategori emosi yang lebih jitu. Kemudian, diskriminasi emosi yang lebih spesifik berlaku, dan melibatkan maklumbalas dari sistem ekspresif dan autonomik. Semua ini boleh berlaku secara automatik atau sengaja, tetapi menyumbang kepada perasaan subjektif hanya dalam keadaan automatik. Komponen kedua model ini adalah berkaitan dengan tindakan. Aktiviti berlebihan terlibat dan mana-mana aktiviti autonomik dan viseral yang berhubungkait terpisah secara jelas daripada keadaan-keadaan perasaan. Sistem tindakan ini juga mungkin terpisah daripada perasaan jika seseorang sedar akan tindakan-tindakannya maka dia akan menjadi kurang prihatin, atau langsung tidak menyedari, perasaan-perasaan seseorang. Namun begitu, poin terakhir beliau dalam kuarter ini adalah jika tindakan dan keadaan perasaan yang mendahuluinya adalah rapat maka tindakan tersebut mungkin meningkatkan perasaan tersebut. Dalam edisi yang lebih terkini tentang teori tersebut, Leventhal (1986) membuat tujuh andaian. (1) (2) (3) (4) (5) (6) (7) Kajian emosi adalah bagus dimulakan dengan laporan verbal berkenaan pengalaman subjektif. Keadaan-keadaan emosi adalah satu bentuk maksud, jadi jika kognisi adalah maksud, emosi adalah satu bentuk kognisi. Ada beberapa jenis proses kognisi. Setiap maksud berkembang dalam sistem pemprosesan persepsi. Emosi boleh berinteraksi dengan kedua-dua kognisi persepsi dan abstrak. Sistem-sistem maksud berkembang dan berubah. Bagi memahami mekanisme-mekanisme yang mendokong kognisi adalah perlu untuk mempelajari sistemsistem maksud spesifik.

Menuruti andaian-andaian ini, Leventhal menggariskan tiga tahap hirarki pemprosesan. (1) Motor ekspresif.

(2) (3)

Memori skematik atau persepsi yang mengandungi rekod situasi, pengalaman dan reaksi emosi. Memori konsepsual atau abstrak bagi memproses pengalaman emosi dan tingkahlaku terpilih.

Justeru bagi Leventhal, yang paling penting emosi berintegrasi dengan sistem-sistem maksud. Teori persepsimotor, kognitif beliau adalah bersesuaian dengan pandangan Bower (1981, rujuk pada bahagian seterusnya dalam bab ini) berkenaan perkaitan emosi dan memori. Kedua-dua mereka turut mencadangkan bahawa emosi dialami sebagai reaksi terhadap objek dan sebagai reaksi dalam pengalaman tersebut. Dalam rangka kerja ini, emosi bertindak sebagai meter kondisi dalaman dan menyediakan kapasiti bagi jenis-jenis tindakan tertentu, kesedaran yang membentuk matlamat-matlamat baru. Emosi memaklumkan kita tentang keadaan kita dan impaknya terhadap persekitaran, dengan memberitahu kita tentang perasaan-perasaan kita bersangkutan dengan persepsi dan pemikiran.

Bower Rangkaian teori pengaruh Bower diterangkan dengan baik dalam Gilligan dan Bower (1984) dan dinilaikan dengan cemerlang dalam Singer dan Salovey (1988). Teori ini menjurus kepada satu aspek emosi sahaja, yakni mud, dan hubungannya dengan proses-proses kognitif. Aspek ini terkandung dalam kaedah teori formal berkenaan tujuh postulat: (1) Emosi diletakkan di kedudukan tengah dalam rangkaian maksud, dan dihubungkan kepada segala yang relevan, dari idea-idea berkaitan, aktiviti autonomik, corak-corak berotot, corak-corak ekspresif dan peristiwa. Unit-unit meosi ini adalah nod dan bersamaan dengan nodus kognitif. Perkara-perkara emosi dikodkan sejajar dengan sebarang peristiwa relevan dengan mengambil bentuk subjek-respon-objek. Pengaktifan nodus rangkaian semantik menggalakkan pemikiran. Pengaktifan boleh menular dari nod yang dirangsang, terus kepada nodus yang berkaitan, tidak kira konsepsual, emosi atau berkadar langsung. Nodus boleh diaktifkan oleh rangsangan dalaman atau luaran. Pengaktifan dijelaskan dalam (3) rataan secara selektif. Pembelajaran membawa kepada hubungkait baru di kalangan nodus. Apabila rangkaian nodus diaktifkan bersama melebihi puncak aras, hasilnya adalah kesedaran.

(2) (3)

(4) (5) (6) (7)

Sekali lagi, meneruskan eksposisi formal teori berkenaan, empat hipotesis bercambah dari postulat-postulat tersebut. (1) (2) (3) (4) Imbas semula adalah bergantung pada keadaan, yakni memori kian baik apabila ada padanan antara mud pembelajaran dan imbas semula. Wujudnya kekongruenan pemikiran, yakni ada padanan antara kognisi dan mud manusia secara bertema. Kekongruenan mud adalah penting, yakni pembelajaran semakin baik apabila ton emosi berkenaan apa yang dipelajari berpadanan dengan mud manusia. Kekuatan mud adalah penting, yakni kekuatan mud dan pembelajaran menunjukkan korelasi yang positif.

Singer dan Salovey (1988) menyebut tentang beberapa kelayakan dan perkembangan hipotesis-hipotesis berkenaan. Menurut teori rangkaian ini, imbasan semula yang bergantung pada keadaan dipermudahkan oleh petunjuk-petunjuk diskriminatori yang disediakan menerusi konteks, yang ideal apabila ada padanan antara konteks pembelajaran dan imbasan semula. Yang lebih penting, emosi boleh berfungsi sebagai petunjuk kontekstual, tetapi hanya bermakna apabila petunjuk-petunjuk kontekstual bersaing. Kadangkala, sesuatu mud akan membelokkan pencarian pada memori berkenaan bahan yang berkaitan. Hal ini menjurus kepada memori-memori kongruen dari segi mud lebih tersedia dan membawa kepada kekongruenan imbasan semula, atau pemikiran. Tambahan lagi, dalam keadaan apabila mud membantu pembelajaran bahan baru di mana mud itu kongruen dengan segala yang sudahpun berkaitan dengan pengaruhnya, makada adanya kekongruenan mud atau pengkodan. Penerangan ini diterima untuk perluasan idea. Jika maklumat adalah kongruen dari segi mud maka sinambungan kepada nodus yang bervariasi adalah lebih meluas berbanding kepada keadaan apabila mud adalah tidak kongruen. Keadaan ini memudahkan proses dapatan semula maklumat. Peningkatan dalam kekuatan mud membawa kepada pengaktifan lebih banyak nodus yang bersinambungan. Pada masa yang sama, situasi ini membawa kepada peningkatan kesedaran terhadap perkara-perkara yang relevan pada mud. Menariknya, kesan yang dicadangkan ini berbeza dari mud-mud positif ke mud-mud negatif. Mud positif menolak perhatian dari bahan negatif dan mengarah pada bahan positif, manakala mud negatif menolak ke arah memori-memori kegagalan, kelelahan dan yang berkaitan serta menghalang kaedah pengurusan dengan manamana jenis rangsangan luaran.

Ini adalah penerangan yang mencukupi bagi memberi gambaran tentang jaringan teori pengaruh, meladeni secara spesifik sebagaimana ia lakukan dengan hubungkait antara mud dan memori. Bagi tujuan-tujuan semasa, penilaian bukti tentang teori ini adalah tidak relevan. Disebabkan teori ini dinyatakan dalam istilah yang secara jelasnya berkaitan dengan ramalan empirikal, teori ini telah menjana begitu banyak penyelidikan yang turut dikaji oleh Singer dan Salovey (1988). Mereka merumuskan bahawa walaupun ada sokongan yang berpatutan bagi teori ini, sokongan ini bukanlah secara langsung. Sebagai contoh, kekongruenan pengkodan telah ditunjukcarakan secara konsisten, tetapi ada bukti yang menunjukkan bahawa teori ini lebih berhasil bagi mud-mud gembira dan memorimeori positif berbanding terhadap mud-mud sedih dan memori-memori negatif. Teori ini mungkin memerlukan beberapa penjelasan untuk berdepan dengan keadaan tersebut, barangkali dalam arah yang mempertimbangkan motivasi.

Oatley dan Johnson-Laird Oatley dan Johnson-Laird (eg 1987) mengemukakan teori konflik di mana emosi-emosi dilihat sebagai memenuhi fungsi-fungsi utama kognitif. Bahagian signifikan pada teori mereka terletak pada idea-idea matlamat dan rancangan. Dalam konteks ini, matlamat-matlamat adalah perwakilan simbolik akan sesuatu di dalam persekitaran yang cuba dicapai oleh organisma, dan rancangan-rancangan mengubah perwakilan mengikut jujukan, bagi menghasilkan perkaitan antara persekitaran dan matlamat-matlamat. Objektif mereka adalah untuk menawarkan teori berkaitan dengan teori-teori bahasa dan persepsi yang berdasarkan pada sains kognitif. Mereka turut menganggap emosi sebagai peristiwa sosial semata-mata. Emosi bukan sekadar mengkoordinasikan rancangan-rancangan dan matlamat-matlamat individu tetapi turut mementingkan rancangan-rancangan bersaling. Dalam mengetengahkan teori mereka, mereka mahu mengambil kira pengalaman subjektif, perubahan tubuh dan wajah, tindakan-tindakan yang terhasil, kepelbagaian, dan hubungan dengan bahagian-bahagian lain pada kehidupan mental. Teori Oatley dan Johnson-Laird bergantung pada sistem kognitif manusia berkeadaan modular dan tidak sinkronus secara serentak. Dalam sistem sedemikian, emosi bergantung pada dua jenis komunikasi, berproposisi dan tidak berproposisi, dengan jenis pertama berkeadaan simbolik dan berindikasi manakala jenis kedua bersifat mudah dan bersebab. Isyarat-isyarat emosi yang tidak berproposisi menetapkan sistem dalam mod tertentu dan mengekalkannya di situ mod emosi. ... Fungsi-fungsi mod-mod emosi adalah untuk membolehkan satu keutamaan ditukarganti dengan satu keutamaan yang lain di dalam sistem pelbagai matlamat, dan untuk mengekalkan keutamaan ini sehingga ia dipenuhi atau ditinggalkan (1987, ms33). Di mana Bower memilki nod, mereka mempunyai mod. Oatley dan Johnson-Laird menyenaraikan lima mod emosi asas dan sejagat manusia kegembiraan, kesedihan, kebimbangan (atau ketakutan), kemarahan dan kebencian. Mereka mendebatkan bahawa setiap mod emosi ini memiliki pengaruh menghalang terhadap satu sama lain. Mereka percaya bahawa sistem kognitif perlu berada dalam satu mod emosi atau berbolak-balik antara dua mod bagi mencetuskan emosi. Tambahan pula, meskipun mod emosi adalah perlu bagi emosi, mod tersebut ternyata tidak mencukupi. Bagi orang dewasa, sekurangkurangnya penilaian yang disedari terhadap rancangan juga sering terlibat. Situasi ini berlaku berdasarkan pada apa juga isyarat-isyarat proposisi yang tiba di sistem operasi. Keadaan ini pada masa yang sama memberi maksud kepada mod emosi itu, dengan keputusan adalah kemungkinan penjadualan tindakan sukarela. Mereka menggariskan perbezaan antara emosi dan disposisi bertahan terhadap emosi (perwatakan), disposisi sementara, dan tindakan naluri. Oleh itu, poin utama teori Oatley dan Johnson-Laird adalah emosi-emosi mengkoordinasikan sistem saraf modular; emosi telah berevolusi untuk menjalankan fungsi ini. Poin mereka yang lain adalah mirip kepada poin utama Mandler (eg 1976), yakni cetusan emosi apabila rancangan-rancangan tergendala. Mereka mendebatkan bahawa adanya persimpangan yang berbeza dan berulang apabila kejayaan berpotensi rancangan-rancangan itu dinilai. Di saat ini, mod-mod emosi berfungsi untuk membenarkan segala transisi kepada aspek-aspek baru dalam tingkahlaku terancang. Kepentingan ini adalah emosi mengatur rancangan-rancangan tindakan dihasilkan dalam persekitaran-persekitaran kompleks dan agak di luar jangkaan. Kapasiti ini telah dipertingkatkan sebagai jawapan berasaskan biologi apabila berhadapan dengan jenis masalah sebegini. Teori serampang dua mata ini yang mengatakan emosi-emosi adalah berkaitan dengan mengkoordinasikan sistem-sistem modular dan mengisyaratkan persimpangan rancangan-rancangan bergabung di dalam peletakan emosi Oatley dan Johnson-Laird ke dalam dunia sosial berbanding meninggalkan gabungan tersebut di dalam dunia biologi yang menentukan mereka. Menerusi pertimbangan evolusi dan perkembangan individu, mereka menekankan kepentingan perkembangan kesalingan. Dari perspektif ini, interaksi sosial bergantung pada urusan dengan rancangan-rancangan bersaling di mana sistem-sistem kognitif boleh bekerjasama. Ini, menurut mereka, bergantung pada setiap individu memiliki model kendiri.

Oatley dan Johnson-Laird membahaskan bahawa sistem kognitif telah berevolusi dalam keadaan di mana minda menyedari kehadirannya sendiri. Tambahan lagi, model ini telah berubah menerusi campuran bahasa dan budaya. Hanya apabila refleksif kendiri benar-benar terbina maka set lengkap emosi kompleks manusia turut terhasil. Perkembangan ini bergantung, sehingga tahap tertentu, pada cara kita berdepan dengan reaksi individu-individu lain terhadap kita, idea berkenaan biasan sosial. Jadi, emosi dewasa memiliki bahagian integral penjanaan kesedaran kendiri apabila rancangan sosial bertukar menjadi bermasalah. Debat dalaman berlaku tentang penglibatan kekaburan yang tidak dapat dielakkan. Segalanya menjadi lebih kompleks kerana banyak rancangan kita yang bersaling dan seterusnya bergantung kepada kompleksiti bahasa untuk menetapkan rancanganrancangan tersebut. Mereka membahaskan bahawa kebanyakan rancangan bersaling ini berasas pada janji. Akhir sekali, Oatley dan Johnson-Laird mengalihkan tumpuan mereka kepada emosi-emosi kompleks. Di sini, mungkin terdapat banyak jujukan keadaan emosi dengan satu mod menjurus kepada mod yang lain apabila banyak penilaian yang dibuat. Pada masa yang sama, permulaan emosi kompleks mungkin tidak begitu berkembang. Hanya selepas analisis yang boleh dipertimbangkan, maka mungkin emosi kompleks yang lengkap boleh timbul. Mereka percaya bahawa emosi-emosi asas berkembang dari mekanisme-mekanisme biologi sejagat dan emosiemosi kompleks berkembang dari keadaan ini. Walau bagaimanapun, di tahap ini ada variasi yang luas merentasi budaya dan manusia.