Anda di halaman 1dari 52

Aplikasi Teknologi Dalam Pentaksiran 1.0 Pendahuluan Perkembangan Teknologi Maklumat begitu dinamik termasuk juga di bidang pendidikan.

Sebagai seorang pendidik, kita perlu menguasai kemahiran Teknologi Maklumat dalam menyempurnakan tugas proses pengajaran dan pembelajaran. Era teknologi maklumat di zaman ini merupakan satu pembaharuan yang telah memberikan kesan yang mempengaruhi perkembangan sesebuah organisasi yang bergantung kepada teknologi ini. Informasi memberikan maksud data yang telah diproses menjadi panduan dan juga landasan bagi membuat sesuatu keputusan seperti yang dinyatakan oleh Davis dan Olson a data that has been processed into a form that is meaningful to the recipient and is of real perceived value in current or perspective decisions. Maklumat (Information) ialah data yang telah disusun supaya ia mempunyai maksud dan nilai kepada penerima. Penerima mentafsir maksud serta membuat kesimpulan dan implikasinya. Data yang diproses oleh sesuatu program aplikasi menggambarkan kegunaannya yang lebih spesifik dan mempunyai nilai tambah berbanding capaian ringkas daripada sesebuah pangkalan data. Maklumat juga boleh didefinisikan sebagai satu data yang boleh digunapakai dan dieksploitasi untuk mencari maklumat baru sehingga berjaya mengubah ataupun menambah sesuatu keputusan yang telah dibuat. Maklumat juga boleh mengurangkan keraguan dan juga kekeliruan berkaitan sesuatu perkara, kenyataan dan juga kejadian yang berlaku. Teknologi pula boleh difahami sebagai satu mekanisme atau kaedah baru dalam melakukan atau menghasilkan sesuatu yang mana ianya melibatkan ilmu pengetahuan dan juga kepakaran yang pelbagai. Teknologi membawa kepada perubahan yang besar dengan kualiti dan kuantiti sesebuah produk dihasilkan bersama.

Teknologi maklumat pula bermaksud kepakaran dalam bidang pengurusan dan bermula daripada penghasilan sehinggalah penyampaian ke pengguna terakhir dan ianya berkesinambungan dan berterusan sehinggalah objektif tercapai. Teknologi maklumat (IT) sangat relevan dan penting kepada sesebuah organisasi yang ingin syarikatnya berkembang dan berdaya saing di peringkat antarabangsa. Dewasa ini, di Malaysia khususnya, banyak syarikat telah berlumba-lumba untuk menggunakan teknologi maklumat ini secara maksima dan ianya amat jelas diaplikasikan pada syarikat yang berskala besar. Ia juga tidak terkecuali di dalam bidang pendidikan. Sedar atau tidak, ia telah menjadi satu gelombang yang telah mempengaruhi pendidikan di negara kita dari segi penyediaan infrastruktur juga kepada pengajaran dan pembelajaran. Pihak Kementerian Pelajaran mula memberikan penekanan kepada aspek ini dan dengan itu, wujudnya sekolah bestari di Malaysia, makmal komputer di sekolah sekolah dan penggubalan kurikulum pelajaran yang berasaskan teknologi maklumat. 1.1 Maksud pentaksiran Pentaksiran ialah proses membuat keputusan berdasarkan kepada suatu peraturan atau piawaian. (Popham,2000) Pentaksiran adalah sebahagian daripada proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, membuat skor dan menterjemahkan maklumat tentang pembelajaran seseorang murid bagi sesuatu tujuan tertentu. (Lembaga Peperiksaan Malaysia,2000) Dari segi pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah, pentaksiran boleh didefinisikan sebagai satu proses sistematik untuk menentukan sejauh mana objektif pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah tercapai.

Dalam pendidikan dapatlah dirumuskan bahawa pentaksiran ialah satu proses mendapatkan maklumat untuk membuat pertimbangan tentang produk sesuatu proses pendidikan. 1.2 Tujuan pentaksiran: a) Proses mendapatkan gambaran tentang prestasi seseorang dalam pembelajaran. b) Menilai aktiviti yang dijalankan semasa pengajaran dan pembelajaran. c) Mendapatkan maklumat secara berterusan tentang pengajaran dan pembelajaran memperbaiki pengajaran dan pembelajaran. d) Merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang tersusun dan sistematik bersesuaian dengan tahap keupayaan murid. e) Merancang dan melaksanakan aktiviti tindak susul yang berkesan. f) Memperbaiki pengajaran dan pembelajaran. 1.3 Teknologi Maklumat Teknologi merupakan satu konsep yang luas dan mempunyai lebih dari satu takrifan : a) Pembangunan dan penggunaan alatan, mesin, bahan dan proses untuk menyelesaikan masalah manusia. b) Perkataan technology berasal dari perkataan Greek iaitu technologia . Techne bermaksud seni, kemahiran, rekaan. Dan logia pula bermaksud pembelajaran, kajian. c) Teknologi selalunya berkait rapat dengan menggunakan prinsip sains dan proses terkini. d) Dalam bidang ekonomi teknologi ialah tahap pengetahuan semasa dalam menggabungkan sumber bagi menghasilkan produk yang dikehendaki. Teknologi akan berubah apabila pengetahuan teknikal berubah.

e) Takrifan teknologi yang diguna pakai di sekolah-sekolah dan institusiinstitusi pengajian tinggi di Malaysia ialah aplikasi pengetahuan sains yang boleh memanfaatkan serta menyelesaikan masalah manusia yang dihadapi dalam kehidupan seharian. 1.4 Definasi Teknologi Maklumat a) Satu proses pengaliran, penyebaran, pemprosesan dan penyimpanan maklumat menggunakan perantaraan teknologi. b) Boleh ditakrifkan sebarang kaedah yang digunakan untuk memindah, menyebar dan memaparkan maklumat. c) Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat: teknologi berkait dengan pemerolehan, penyimpanan, pemprosesan dan penyebaran maklumat melalui teknologi komputer dan tele-komunikasi. 1.5 1.5.1 Teknologi maklumat dalam pentaksiran. Pengertian Pentaksiran berasaskan web merupakan satu istilah umum yang merangkumi penggunaan komputer dan internet dalam proses pentaksiran. Istilah pentaksiran berasaskan web ini adalah meluas, merangkumi pelbagai kegiatan yang mana teknolgi digital digunakan dalam semua kegiatan meliputi perancangan dan penghantaran pentaksiran, penandaan dalam komputer dan alat-alat atas talian, dan semua proses pelaporan, penyimpanan dan pemindahan data yang berkaitan dengan pentaksiran di peringkat sekolah JISC/QCA (2007) mendefinisikan pentaksiran berasaskan web ini sebagai proses pentaksiran secara elektronik yang mana Teknologi Maklumat Komunikasi (TMK) telah digunakan untuk persembahan aktiviti pentaksiran dan mendapatkan maklum balas. Menurut mereka lagi, kaedah pentaksiran berasaskan web ini adalah berbeza dengan pentaksiran berasaskan komputer (CBA) yang merujuk kepada pentaksiran

dilaksanakan dan ditandakan/periksa dengan komputer, dan pentaksiran berbantukan komputer (CAA) adalah merujuk kepada amalan yang bergantung kepada penggunaan komputer:: Contohnya penggunaan atas talian bagi tujuan forum perbincangan, maklum balas kerja kumpulan, penyelesaian dan penyerahan tugasan secara elektronik atau eportfolio. Sehubungan dengan itu sistem pentaksiran pendidikan kebangsaan

mencadangkan supaya penggunaan teknologi diperluaskan dalam sistem pentaksiran berasaskan sekolah. (Marzita Abdullah, 2009). Pada tahun 2001, Lembaga Peperiksaan Malaysia menyediakan sistem pentaksiran bestari, selaras dengan konsep Sekolah Bestari. Dengan mengambil contoh sistem pengkalan data peperiksaan (Sispa) dan Headcount yang digunakan bagi penilaian dan peperiksaan di sekolah, maklumat mengenai pencapaian setiap murid dalam peperiksaan disimpan, diproses dan dianalisis di dalam sistem pengkalan data. Data pentaksiran boleh diakses dalam bentuk graf, carta pai, carta bar, senarai dan jadual-jadual statistik yang mudah. Ini dapat membantu pentadbiran sekolah serta para guru untuk mengesan kekuatan dan kelemahan yang ada dan seterusnya memudahkan mereka membuat perancangan dan proram susulan yang sesuai dan releven disamping memudahkan urusan dokumentasi dan penyimpanan data. Pentaksiran dalam talian terhad kepada sekolah yang mempunyai infrastruktur yang mencukupi, iaitu komputer yang dirangkaikan (network) dan aplikasi sistem pengurusan pentaksiran. Capaian kepada aplikasi ini boleh dibuat dari mana-mana komputer yang mempunyai sambungan ke internet. Pentaksiran dalam talian akan menggunakan item yang disimpan dalam bank item berkomputer dan boleh diakses oleh pengguna menerusi rangkaian (network). Dengan menggunakan bank item dan rangkaian, guru danmurid boleh menjalankan aktiviti pentaksiran apabila mereka telah bersedia dan memerlukannya.

Pentaksiran berasaskan web adalah cara terbaik bagi mengenalpasti keperluan murid dan dapat menanam keinginan untuk maju jika guru berupaya mengaitkan murid kepada sumber rujukan yang baik dan tepat serta memberikan maklum balas serta merta. Pentaksiran ini berpotensi mengembangkan pemahaman murid terhadap pembelajaran guru dan merupakan satu kaedah latihan dan penilaian yang berkesan. Penggunaan teknologi yang mantap, dapat menyumbang kepada pentaksiran yang berkesan (JISC/QCA, 2007) Antara kebaikan penggunaan teknologi ini adalah penjimatan masa, memudahkan menanda dan penjimatan ruang menyimpan. Dengan menggunakan komputer, guru akan mempunyai lebih masa untuk proses pengajaran dan pembelajaran. (Fabilah Baharom dan Zaidatun Tahir, 2005) Pentaksiran berasaskan web ini lebih bersifat peribadi. Murid boleh melaksanakan pentaksiran pada bila-bila masa di mana sahaja mengikut kesesuaian masa. (Bull, 1999) telah mendapati bahawa murid lebih menyukai pentaksiran menggunakan komputer kerana dapat memberi maklum balas serta mambuat analisis statistik dengan cepat dan tepat berikutan dari penandaan yang lebih cekap dan berkesan (Bennett, 2000) Menurut Vendlinski dan Stevens (2002) pula, teknologi menawarkan keadah pengukuran baru bagi menarik minat murid seterusnya dapat mentaksir pembelajaran yang berupaya memberi maklum balas serta merta prestasi pencapaian murid.

1.5.2

Aplikasi Teknologi Maklumat Dalam Sisitem Pengurusan Ujian dan Tugasan Sub modul berikut terdapat di dalam Aplikasi Pengurusan Ujian dan Aplikasi Pengurusan (Guided Mode) a) Penyelenggaraan Bank Soalan Menambah soalan ke dalam bank soalan

Menukar soalan-soalan yang sedia ada di dalam bank soalan

b) Penyediaan Ujian Menyediakan ujian Menggunakan soalan-soalan dari bank soalan untuk ujian dalam talian. c) Jadual Ujian dan calon Membuat jadual peperiksaan dengan menggunakan ujian yang telah disediakan. Mengagihkan calon untuk setiap peperiksaan.

d) Pelaksanaan ujian Murid melaksanakan ujian dalam talian.

e) Penyelenggaraan keputusan ujian Memasukkan keputusan ujian luar talian. Keputusan ujian dalam talian akan masuk secara outomatik. f) Kemajuan pelajar Memaparkan kemajuan pelajar.

Pelaksanaan Sistem Pengurusan Peperiksaan Secara Online ini adalah merupakan sebahagian dari program dalam Projek Jangka Panjang Lembaga Peperiksaan Malaysia untuk tahun 2001 hingga 2010 dan ianya adalah selaras dengan Program Rancangan Rangka Jangka Panjang ke (3) Kementerian Pelajaran Malaysia dalam usaha untuk mengintegrasikan sistem pentaksiran ke dalam sekolah bestari.

1.5.3

Contoh perisian yang berkaitan dengan pentaksiran a) Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS) Dibangunkan bagi kemasukan prestasi murid berlandaskan

pelaksanaan kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Sistem ini dibangunkan secara atas talian.

b) Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS)

Dibangunkan untuk mengumpul, menyimpan dan menganalisis data peperiksaan dalaman setiap sekolah di seluruh negara.

Merupakan sistem yang dibangunkan secara atas talian yang boleh dicapai oleh semua pihak termasuklah KPM. JPN, PPD dan sekolah. Analisis yang dilakukan melalui sistem ini adalah selaras, berdasarkan skala gred kebangsaan.

Data yang disimpan melaluinya boleh digunapakai oleh semua pihak terutamanya PPD , JPN dan KPM untuk membuat sebarang analisis.

c) EDUWEBTV

Dilaksanakan bagi merapatkan jurang pendidikan di antara Membolehkan guru mengolah dan memprebiu rancangan

bandar, luar bandar dan pendalaman. serta menggunakannya dalam bilik darjah tanpa terikat pada masa siaran dan tempat tayangan.

d) Perisian Hot Potatoes Ia adalah sebuah perisian percuma yang digunakan untuk membina soalan dalam pelbagai bentuk. Antaranya ialah kuiz, mengisi tempat kosong, soalan objekif, soalan padanan dan juga teka silangkata.

Boleh

digunakan

oleh

guru

dalam

proses

pengajaran

dan

pembelajaran dan juga ujian.

Dilaksanakan secara soalan bercetak atau secara online. Perisian ini amat menyeronokkan. Contoh : soalan objektif

10

e) Program MS Excel

Fungsi-fungsi worksheet adalah tool-tool khusus yang melakukan perhitungan kompleks dengan cepat dan mudah. Mereka seperti tombol kunci khusus pada kalkulator canggih yang menghitung akar pangkat dua, logaritma dan evaluasi statistik.

Microsoft Excel memiliki lebih dari 300 fungsi built-in yang melakukan berbagai macam perhitungan. Beberapa fungsi, seperti SUM, setara dengan formula matematika panjang yang bisa Anda lakukan dengan manual. Fungsi-fungsi lain, seperti IF dan VLOOKUP, tidak dapat ditiru olah formula

11

1.6

Kelebihan teknologi maklumat (Komputer) dalam pentaksiran a) Melaksanakan kiraan matematik dengan cepat dan tepat. b) Memaparkan visual statik dan dinamik. c) Memainkan bunyi, suara dan muzik pada masa dan tempoh yang diperlukan. d) Mengenalpasti pengguna yang sah dan tidak sah melalui kata laluan. e) Memproses keputusan dengan tepat dan cepat. f ) Memaparkan pelbagai format keputusan seperti teks, graf, suara dan jadual. g) Memilih dan memaparkan soalan secara rawak. h) Menyimpan keputusan penilaian dan boleh dicapai semula dengan mudah. i) Tidak prejudis dalam memberi markah. j) Mengemukakan maklumat analisis penilaian untuk panduan membuat keputusan. k) Mudah menyampaikan ujian kepada ramai pengguna dalam masa yang singkat. l) Menggurangkan kos tadbir ujian dengan menggunakan keadah ujian dalam talian. m) Meningkatkan penerimaan dan kepuasan calon. n) Memenuhi keperluan keadah ujian dan penilaian masa hadapan.

1.7

Kekangan menggunakan teknologi maklumat dalam pentaksiran a) Perlu alatan yang mencukupi, komputer, internet, perisian. b) Perlu memiliki pengetahuan dan kemahiran ICT. c) Memiliki pengetahuan dan kemahiran memprogramkan komputerpengguna boleh berinteraksi dengan berkesan. d) Laporan keputusan sukar dijadikan bukti pencapaian sebenar murid.

12

2.0

Aplikasi Teknologi Dalam Pembinaan Item Pertimbangan utama dalam membina item soalan ujian dan peperiksaan ialah dari

segi keakuran dengan sukatan pelajaran. Tujuannya ialah supaya item yang diuji itu turut akur dengan peluang kepada calon untuk mengemukakan jawapan. Secara lebih mudah, calon diuji berdasarkan perkara yang dipelajari, bukan perkara yang tidak dipelajari, atau di luar jangkauan mereka. Ujian dan peperiksaan ialah alat pengukuran dan penilaian terhadap pencapaian murid dalam proses pembelajaran. Dalam kata lain, sesuatu piawai atau penanda aras proses pelaksanaan kurikulum dapat digunakan untuk membezakan murid cemerlang, sederhana dan penguasaan minimum. Selanjutnya, langkah campur tangan (intervensi) dalam bilik darjah dapat direka bentuk dengan lebih tepat. Di peringkat sekolah, reka bentuk pentaksiran peringkat tertinggi akan ditentukan oleh mesyuarat jawatankuasa kurikulum sekolah sebelum dipanjangkan kepada panitia mata pelajaran. Jadual Penentuan Ujian akan menjadi panduan asas untuk penyediaan item soalan. Bidang tajuk yang diuji akan diselaraskan jika terdapat lebih daripada seorang guru mengajar mata pelajaran yang sama. Aras kesukaran soalan dan indeks diskriminasi item perlu direka bentuk dengan teliti bagi tujuan pemisahan gred antara calon cemerlang, sederhana dan penguasaan minimum. Memandangkan di peringkat sekolah, gred pencapaian telah ditetapkan berasaskan julat dan skor markah tertentu, maka pendekatan yang lebih konservatif adalah lebih selamat. Guru harus mengambil kira data kiraan kepala (head count), nilai lepas landas (take off value, TOV), dan jangkaan pencapaian sasaran (expected target result, ETR). Hakikatnya proses pembinaan item soalan ujian dan peperiksaan ialah perkara serius dan tidak boleh dilakukan secara sambil lewa. Walaupun sudah biasa dengan

13

penyediaan item pentaksiran berasaskan sekolah sejak mula bertugas, ulang kaji tentang proses dan tatacara pembinaan item ini tidak boleh sama sekali diabaikan. Kesibukan guru dengan pelbagai aktiviti kurikulum, kokurikulum, pengurusan, peningkatan profesionalisme dan kegiatan peringkat daerah, negeri dan kebangsaan sedikit sebanyak akan memberi tekanan kepada guru untuk menyediakan item ujian yang mantap dan signifikan. 2.1 Konsep Item Perkara atau alat yang digunakan untuk mendapatkan respons yang berupa evidens yang boleh dipertimbangkan dalam pentaksiran/pengukuran sesuatu konstruk. Jenis item terbahagi kepada 2, iaitu : i) ii) Item Objektif Item Subjektif

2.1.1 Item Objektif Item Objektif dapat memberi maklum balas segera kepada pelajar mengenai perkembangan dirinya dari aspek kognitif, afektif, kemahiran dan juga personaliti. Item jenis ini membolehkan pelajar meneruskan aktiviti pemulihan atau pengayaan. Ia juga dapat menunjukkan status pencapaian pelajar, sama ada telah menguasai atau sebaliknya sesuatu topik atau kemahiran yang yang diajar. Terapat 2 jenis ujian objektif, iaitu : i) ii) Jenis item respon bebas (separuh objketif) Jenis item respon tetap (objektif) web

Kemampuan seorang guru membuat aneka jenis soalan berasaskan

merupakan pilihan yang tepat untuk membuat pembelajaran menjadi lebih menarik ( interactive-learning ) dan menyeronokkan. Hot Potatoes merupakan satu tool untuk membuat soalan-soalan yang beraneka bentuk. Program Hot Potatoes terdiri atas enam

14

program yang dapat digunakan untuk membuat pengajaran dan pembelajaran secara interaktif. Menurut Atan Long (1982) membahagikan bahan bantu mengajar kepada tiga kumpulan iaitu bahan pendengaran, pandangan dan bahan pandang- dengar. Bahan- bahan bantu mengajar bukan elektronik
o

Bahan bantu mengajar asas seperti papan tulis, buku teks dan papan pamer. Bahan bantu bukan elektronik seperti buku rujukan, grafik model, papan pengajaran dan lain- lain lagi. Bahan bantu mengajar berbentuk elektronik seperti filem tayangan, filem jalur, filem jalur, piring hitam cakera padat audio, komputer dan disket komputer. Bahan bercorak pengalaman dan bahan sebenar daripada alam sekitar seperti lakonan, pantomin, lawatan, projek pameran dan relia.

Pelajar akan berinteraksi dengan komputer melalui susunan pelajaran yang telah diprogramkan oleh guru, samaada dalam bentuk nota, tutorial, latihan dan juga simulasi. Penggunaan mengandungi:

komputer

dalam

bidang

pengajaran

dan

pembelajaran

biasanya

Kemahiran Permainan dan simulasi Analisis statistik Mendapatkan maklumat

Pengajaran Berbantukan Komputer ini boleh dilaksanakan di dalam beberapa kaedah pengajaran dan pembelajaran. Antaranya ialah:

Tutorial Latihtubi dan latihan

15

mulasi Dengan ciri- ciri yang ada, seorang guru yang kreatif dapat memanipulasikannya

dalam menghasilkan Bahan Bantu Mengajar (BBM). Sebelum kita melihat lebih jauh lagi contoh- contoh BBM yang boleh dihasilkan, terlebih dahulu kita mengkaji kelebihan penggunaan lembaran kerja kepada seseorang guru dan pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran iaitu: Penjimatan masa Pemaparan maklumat lebih menarik Pemupukan budaya berfikir Agen motivasi

2.2

Kelebihan Penggunaan Pangkalan Data Elektronik Pada asasnya, terdapat 4 kelebihan kaedah penggunaan komputer dalam

pengajaran dan pembelajaran berbanding dengan cara trasional, iaitu: I. II. Paparan grafik yang berwarna dapat menjelaskan sesuatu konsep itu dengan lebih berkesan berbanding dengan cara kita melukiskannya di atas papan hitam. M e n j e l a j a h setiap muka skrin dengan kursor @ teknik animasi memberikan satu cara pangajaran yang tidak mungkin dapat dilakukan dengna menggunakan sebuah buku teks. III. IV. Perubahan cas pada molekul akibat didekati oleh molekul yang lain boleh disimulasikan oleh skrin komputer. Penjelasan dan juga pengiraan yang kompleks dapat dipersembahkan dengan cepat dan tepat.

2.3

Bina Item Objektif Guna Perisian Hot Potatoes

16

Apakah yang dikatakan Hot Potatoes? Hot Potatoes ialah satu perisian yang direka oleh University of Victoria Language Centre, Canada yang bertujuan untuk memudahkan pengguna untuk membina soalan berbentuk interaktif berlandas internet atau dalam lain perkataan Hot Potatoes membolehkan kita membina bahan-bahan ilmiah dengan mudah tanpa menggunakan bahasa pengaturcaraan. Ianya lebih mudah dari yang disangka, terutama setelah mencubanya.dan menggunakannya dalam pengajaran dan pembelajaran kita.Terdapat enam modul dalam perisian ini. Antaranya ialah JBC Pembinaan item soalan dalam moodle boleh dipermudahkan dengan cara mengimport item soalan yang telah dibina dalam perisian Hot Potateos.Modul membina soalan objektif aneka soalan atau soalan betul / salah. Antara kebaikan atau kelebihan modul JBC ini ialah JBC boleh membina soalan objektif interaktif dengan cara yang paling mudah. Jawapan dan markah akan dipapar tanpa sebarang arahan pengaturcaraan komputer. Anda juga boleh mengubah Configure Output yang telah sedia ada daripada bahasa Inggeris kepada bahasa Melayu atau apa-apa juga yang anda suka dan juga latar belakang. Tapi biarlah dalam bahasa yang baik.Anda hanya perlu mengubahnya sekali sahaja dan pada masa akan datang respon yang sama akan dipapar.

17

2.3.1 Penggunaan Program Hot Potatoes Secara umum, kelima-lima modul yang terdapat dalam software ini memiliki format berikut: 1. Membuat dan menulis soalan 2. Mereka konfigurasi output 3. Menyimpan (save) master 4. Meng-export file atau menyimpan file dalam web document (html) atau CD. Hot Potatoes adalah satu perisian yang mengandungi 5 jenis alat pengarangan yang membolehkan kita mencipta 5 jenis latihan /soalan interaktif berasaskan Web dan alat pengurusan ujian The masher. Ia juga berupaya membina soalan dalam semua bahasa dan menggunakan pelbagai huruf. Ada 5 jenis alat pengarangan soalan yang terdapat dalam Hot Potatoes iaitu JQuiz Soalan Objektif JMix Latihan Menyusun Ayat JCross Latihan Teka Silang Kata JMatch Latihan Membuat Susunan JCloze Latihan Mengisi Tempat Kosong

Masher mempunyai dua fungsi: 1. Web). 2. Setiap unit yang dibangunkan dengan Masher berkongsi set rupa yang sama,dan dihubungkan antara satu sama lain secara automatik dengan butang navigasi dan indeks halaman diberi secara automatik. Jika anda kerap mencbina turutan latihan dan lain halaman -- "units" atau "bab" bahan pengajaran -- Masher boleh membantu anda menyusun dan membina laman web dengan cepat dan mudah. 3. Ia juga digunakan untuk memuat naik fail bukan Hot Potatoes eserver hotpotatoes.net . Bila anda mengeksport latihan untuk mencipta Halaman Ia digunakan untuk mencipta unit latihan Hot Potatoes (dan lain-lain laman

18

Web dari dalam Hot Potato, anda boleh memuat naik secara automatik halaman dan fail media yang dikaitkan kepada hotpotatoes.net; walaubagaimanapun jika anda ingin memuat naik lain-lain jenis fail (dokumen PDF, dokumen Word , imej, dsb.) untuk pelajar anda anda boleh melakukannya menggunakan Masher Berikut langkah-langkah instalasi , pembuatan quiz,dan cara memasukan quiz yang sudah telah dibina di dalam aplikasi web, misalnya Moodle. INSTALASI SOFTWARE HOT POTATOES Langkah untuk mengoperasikan peringkat permulaan hot potatoes ini cukup mudah iaitu: 1. Install hot potatoes (sesuai dengan OS) dengan mendownload versi terbaru di http://hotpot.uvic.ca/ 2. Register produk tersebut dengan cara online melalui http://hotpot.uvic.ca/reg/register.htm atau menggunakan User name: Temporary registration key: ISRB-TRXM-TRKE

Langkah Awal : Menyediakan Folder Kerja Sebelum membina soalan, bahan-bahan sokongan seperti gambar, teks rujukan dan rajah yang akan dimasukkan kedalam soalan/latihan, hendaklah disediakan terlebih dahulu dan disimpan didalam folder yang sama, kerana latihan yang dihasilkan oleh Hot Potatoes adalah bahanberasaskan web dan ini memerlukan penyusunan bahan-bahan sokongan seperti bahan grafik, teks, rajah dan lain-lain dalam folder yang sama. a) APLIKASI HOT POTATOES DALAM JQUIZ

19

1. langkah-langkah:

JQuiz (toolsdalam menu di atas: dengan Klik pilihan untuk membina kuiz)

a. Isilah title untuk memberikan tajuk soalan tersebut. b. Isilah Q sebagai pertanyaan soalan yang dibina. c. Gambar anak panah di sebelah Q bertujuan untuk menentukan nombor soalan. d. Kemudian klik pilihan anda : i) Multiple-choice (pelbagai pilihan)

ii) Short-answer (jawapan pendek) iii) Hybride (gabungan) iv) Multi-select (lebih dari satu jawapan) e. Isilah A, B, C dan D sebagai alternatif jawapan f. Isilah feedback sebagai jawapan kembali setelah pelajar memilih g. Isilah salah satu butang correct untuk jawaban yang benar

20

h. Simpanlah file tersebut dengan menekan tanda disket di kiri atas anda i. Buatlah file htm dengan cara:

1) Klik file 2) Klik create webpage 3) Klik standard format 4) Ketik nama file dengan tidak menggunakan spacing 5) Klik view the exercise in my browser, kemudian akan muncul seperti gambar berikut berikut :

21

2. JCross (tools pembina teka silang kata) dengan langkahlangkah:

a. Isilah title untuk memberikan tajuk soalan. b. Isilah jawapan teka silang kata terlebih dahulu. c. isilah soalan teka silang kata tersebut dengan meng-klik add clues, sehingga muncul seperti berikut:

d. Isilah pertanyaan dengan meng-klik jawapan kemudian klik OK e. Klik OK untuk selesai f. Buatlah file htm dengan cara:

22

1) Klik file 2) Klik create webpage 3) Klik standard format 4) Klik nama file dengan tidak menggunakan spacing 5) Klik view the exercise in my browser, kemudian akan muncul seperti gambar berikut :

3. JMix (menyusun ayat, menu ini khusus untuk pelajaran bahasa) dengan langkah-langkah:

23

a. Isilah title dengan tajuk b. Isilah main sentence dengan kata-kata dengan menggunakan enter c. Isilah alternate sentences dengan ayat yang benar d. Simpan dengan mengklik gambar disket e. Buatlah file htm dengan cara: 1) Klik file 2) Klik create webpage 3) Klik standard format 4) Tekan nama file dengan tidak menggunakan spacing 5) Klik view the exercise in my browser, kemudian akan muncul seperti gambar berikut ini

6) Klik kata yang akan disusun 7) Klik check untuk memeriksa jawapan 4. JClose ertinya isian tertutup, caranya:

24

a. Isilah title dengan judul soal

b. Klik sepotong ayat yang boleh menjadi sebuah soalan dengan cara: 1) 2) 3) 4) Blok kata tersebut baik dengan mouse atau manual Klik grap, maka akan muncul tampilan berikut: Klik clue sebagai petunjuk jawapan Klik alternatif jawapan apabila pelajar menjawab salah misalnya Hirosima dengan Hiroshima 5) Klik OK untuk menyelesaikan seting tersebut

5. JMatch (tools untuk membina soalan padanan) dengan langkah-langkah:

a. Isilah title sebagai tajuk

25

b. Isikan left (ordered) items sebagai pasangan sebelah kiri dan c. Isikan right (jumbled) items sebagai pasangan sebelah kanan d. Isikan default untuk pilihan tetap e. Simpan file tersebut dengan mengklik gambar disket f. Buatlah file htm dengan cara: 1) Klik file 2) Klik create webpage pilihlah salah satu format: 3) Klik standard format 4) Tekan nama file dengan tidak menggunakan spacing 5) Klik view the exercise in my browser, kemudian akan muncul seperti gambar berikut :

26

6) Selain menggunakan standard format, anda boleh juga menggunakan drag/drop format Klik nama file dengan tidak menggunakan spacing Klik view the exercise in my browser, kemudian akan muncul seperti gambar berikut ini:

7) Anda boleh juga menggunakan flash card format Ketik nama file dengan tidak menggunakan spasi Klik view the exercise in my browser, kemudian akan muncul seperti gambar berikut ini

27

3.0

Analisis Item Menurut Mok Soon Sang (1989), penganalisaan item / soalan merupakan satu

kajian yang sistematik terhadap item / soalan yang telah digunakan dalam sesuatu ujian pra. Kajian itu berdasarkan keputusan-keputusan ujian pra itu yang digunakan untuk menentukan Indeks Kesukaran dan Indeks Diskriminasi setiap item / soalan yang telah digubal. Indeks Kesukaran dan Indeks Diskriminasi yang didapati dengan cara demikian akan ditafsir untuk menentukan sama ada item / soalan sesuai digunakan atau tidak. Menurut Ng Kok Fu (Pensyarah Unit Peperiksaan & Penilaian, Institut Perguruan Sultan Abdul Halim, Sungai Petani, Kedah Darul Aman), Analisis Item ialah satu proses menganalisis secara statistik tindak balas calon terhadap setiap item dalam sesuatu ujian untuk membuat pertimbangan mengenai kualiti dan keberkesanan item-item tersebut. Ia memberi maklumat kepada kita mengenai bagaimana sesuatu item itu akan berfungsi dalam ujian. Secara khusus melalui analisisi item, kita akan mengetahui indeks kesukaran, indeks diskriminasi, dan keberkesanan tiap-tiap pilihan (pengganggu) bagi setiap item. Ujian yang baik perlu ada item yang bermutu. Analisis item yang dijalankan selepas sesuatu ujian atau praujian membantu dalam hal pemilihan item. Satu kumpulan item (item pool) yang besar akan memastikan guru memperoleh item yang diperlukan dari semasa ke semasa. Antara kepentingan melakukan analisis item adalah seperti berikut : untuk memastikan item/soalan dan ujian yang dihasilkan itu sesuai digunakan.

28

membolehkan kita menilai kesesuaian item tersebut dari segi kesukarannya, iaitu sama ada item tersebut terlalu mudah atau terlalu sukar bagi sesuatu kumpulan pelajar.

dapat menunjukkan keupayaan sesuatu item itu mengasingkan pelajar pandai daripada pelajar lemah. untuk menentukan darjah ketekalan ukuran yang dihasilkan oleh ujian tersebut dan juga apakah sebenarnya yang diukur oleh ujian ini. menghasilkan pekali / indeks yang dinamakan Indeks Kesukaran Item, Indeks Diskriminasi Item, Indeks Kebolehpercayaan Ujian dan Indeks Kesahan Ujian. Untuk memastikan bank item yang sentiasa mengandungi item

pelbagai strand atau kemahiran yang bermutu, perkara berikut perlu dilaksanakan :

pelbagai jenis ujian dan item yang bermutu dibina analisis item untuk memastikan item bermutu dipilih Item boleh dianalisis, secara empirikal, berdasarkan jawapan yang diberi untuk

mengetahui kekuatan dan kelemahan item. Hasil analisis item boleh digunakan untuk memperbaiki kualiti item berkenaan. Sesuatu item objektif aneka pilihan boleh dianalisis untuk mendapatkan maklumat berikut:

Indeks kesukaran (p) Indeks diskriminasi (D) Keberkesanan distraktor (penggangu)

3.1

Indeks Kesukaran Indeks ini digunakan untuk menunjukkan item / soalan sama ada terlalu sukar,

sederhana atau terlalu senang. Bagi ujian berbentuk objektif (betul/salah, isi tempat kosong, padanan, beraneka pilihan), indeks ini dikira dengan menggunakan nisbah bilangan calon yang memberi jawapan betul bagi item tertentu kepada jumlah calon yang menjawab item tersebut. Nilai indeks ini boleh dihitung dengan cara berikut :

29

Indeks Kesukaran (p)

Bilangan calon yang menjawab dengan betul Jumlah calon yang mencuba item / soalan

Contohnya, satu soalan dapat dijawab dengan betul oleh 30 orang pelajar daripada sejumlah 40 orang pelajar yang menjawab soalan tersebut. Nilai p bagi soalan ini ialah 30/40 = 0.75.

Nilai p ialah antara 0.00 hingga 1.00. 0.0 0.5 1.00

Nilai p

Item

Sukar

Sederhana Sukar

Mudah

Rajah 5.1 : Indeks Kesukaran dan Kesukaran Item

30

Bagi ujian objektif, indeks kesukaran menggambarkan peratusan pelajar yang menjawab sesuatu item dengan betul. Lagi tinggi peratusan pelajar menjawab sesuatu item dengan betul, lagi mudahlah item tersebut (Wood, 1960). Item yang dijawab dengan betul oleh 85% , pelajar akan mempunyai nilai p = 0.85, manakala item yang dijawab dengan betul oleh 50% pelajar akan mempunyai nilai p = 0.50. Sebaliknya, indeks kesukaran item boleh memberi jangkaan peratus pelajar yang dapat menjawab item tersebut dengan betul. Misalnya, jika indeks kesukaran bagi sesuatu item ialah 0.65, ini bermakna 65% pelajar akan dapat menjawab item tersebut dengan betul. Bagi item subjektif (esei); yang markahnya mengambil nilai 0, 1, 2, 3, ; indeks kesukarannya boleh dikira sebagai nisbah markah purata (markah min) kepada julat markah penuh seperti berikut (Nitko, 2004: 317): Indeks Kesukaran (p) Contoh: Suatu item ujian esei berjawapan pendek diberi markah minimum 0 dan maksimum 10. Sepuluh (10) orang pelajar (P) telah menjawab soalan ini dan mendapat markah seperti dalam jadual di bawah. Jumlah markah bagi 10 orang pelajar ialah 63.0. Pengiraan indeks kesukaran item ialah seperti berikut: =

Markah purata Julat Markah Penuh

31

3.1.1 Panduan Indeks Kesukaran Indeks kesukaran item yang dapat menghasilkan indeks diskriminasi item yang maksimum ialah antara 0.50 hingga 0.85, bergantung kepada format item. Indeks kesukaran tersebut ialah : 0.50 bagi item berjawapan pendek/melengkap, 0.70 bagi item objektif lima-opsyen, 0.74 bagi item objektif empat-opsyen, 0.77 bagi item objektif tiga-opsyen, dan 0.85 bagi item objektif dua-opsyen (betul/salah) [Lord (1952) dalam Mehrens & Lehmann (1991)] Indeks kesukaran bagi item-item ujian yang mengukur satu jenis keupayaan (contohnya, membaca) haruslah antara : 0.16 dan 0.84 (item-item mudah, sederhana sukar dan sukar); 0.40 hingga 0.60 (item-item sederhana sukar) bagi item-item ujian yang mengukur dua jenis keupayaan (contohnya, membaca dan menulis) [ Nitko (2004: 323) ]

32

3.1.2 Tujuan Indeks Kesukaran

3.2

Indeks Diskriminasi Item Item / soalan yang baik akan dapat membezakan / mendiskriminasikan antara

mereka yang berkeupayaan rendah dan yang berkeupayaan tinggi. Indeks yang diguna untuk menentukan perbezaan keupayaan pelajar ini ialah indeks diskriminasi item. Mehrens & Lehmann, (1991) Suatu item yang baik (dari segi kuasa diskriminasi) ialah item yang berupaya mengenalpasti dan membezakan calon berpencapaian tinggi (CPT) daripada calon berpencapaian rendah (CPR). Jika item tersebut diberi kepada sekumpulan calon, calon pencapaian tinggi akan menjawab item itu dengan betul, manakala calon pencapaian rendah akan menjawab item itu dengan salah. Dengan kata lain, calon yang menjawab betul item tersebut dapatlah dikenalpasti sebagai calon yang berpencapaian tinggi. Jika kedua-dua kumpulan calon CPT dan CPR mempunyai bilangan calon yang hampir sama menjawab suatu item dengan betul, maka item itu dianggap tidak atau kurang mempunyai keupayaan pengasingan. Petunjuk keupayaan pengasingan item ini dipanggil Indeks Diskriminasi (ID) dan sangat penting dalam ujian jenis pengasingan atau rujukan norma. Ada berbagai cara mengira Indeks Diskriminasi dan perisian Penyemakan Ujian dan Analisis Item ini menggunakan kaedah "point-biserial correlation" atau r-pbis. Di

33

bawah kaedah ini, jumlah skor yang diperolehi oleh seseorang calon dalam ujian yang mengandungi item itu digunakan untuk mengukur pencapaian calon. Dengan itu, koefisien korelasi di antara skor calon dengan skor item dapat dikira. Skor item ialah sama ada 1 (jika calon menjawab betul) atau 0 (jika calon menjawab salah). Jika kebanyakan calon yang mendapat skor 1 bagi sesuatu item itu juga mendapat skor ujian yang tinggi, dan kebanyakan calon yang mendapat skor 0 bagi item yang sama juga mendapat skor ujian yang rendah, maka item itu mempunyai korelasi positif yang tinggi. Oleh itu korelasi ini boleh digunakan sebagai Indeks Diskriminasi. yang digunakan oleh perisian ini adalah seperti berikut: di mana X - skor item Y - skor ujian N - jumlah calon Formula r-pbis

Jadual 3: Tafsiran Indeks Diskriminasi Item

Nilai r-pbis (kunci) 0.4 r-pbis 1.0 0.2 r-pbis < 0.4 0.0 < r-pbis < 0.2 0 negatif

Tafsiran Item ini mempunyai kuasa diskriminasi tinggi Item ini mempunyai kuasa diskriminasi sederhana Item ini mempunyai kuasa diskriminasi tetapi rendah Item ini tiada kuasa diskriminasi Diskriminasi songsang, di mana lebih ramai CPR dari CPT yang menjawab betul. Item perlu diubahsuai/digubal semula.

Perlu diingatkan bahawa hasil analisis item tidak mengatakan suatu item itu baik atau tidak baik dari segi kandungan yang diajar. Contohnya, satu item yang dijawab oleh

34

semua calon dengan betul (IK=1.0) akan mempunyai ID sifar. Ini tidak bermakna item itu tidak baik. Keadaan ini (IK=1.0, ID=0) mungkin kerana guru telah mengajar dengan berkesan sehingga semua calon telah menguasai kemahiran yang diuji itu. Cuma item itu tidak dapat membezakan calon dalam ujian rujukan norma.

3.2.1 Langkah-Langkah Pengiraan Indeks Diskriminasi Item 1. Membahagikan pelajar kepada tiga (3) kumpulan, iaitu pelajar berpencapaian rendah (27% pelajar berpencapaian terrendah), pelajar berpencapaian sederhana (46% pelajar berpencapaian antara terendah dan tertinggi) dan pelajar berpencapaian tinggi (27% pelajar berpencapaian tertinggi). 2. Mengira bilangan pelajar yang menjawab dengan betul di kalangan pelajar berpencapaian rendah (RL Right Lower), bilangan pelajar yang menjawab dengan betul di kalangan pelajar berpencapaian tinggi (RU Right Upper) dan jumlah pelajar berpencapaian rendah dan tinggi (T(L+U) Total). Indeks Diskriminasi boleh dikira dengan membahagikan perbezaan (RU RL) dengan separuh T(L+U) seperti berikut:

Contoh, andaikan seramai 200 orang pelajar menjawab soalan tertentu. Setelah 54 orang (27% daripada 200) pelajar berpencapaian tinggi dikenalpasti, didapati 45 orang daripada mereka dapat menjawab soalan tersebut dengan betul (RU = 45). Seterusnya, daripada 54 orang pelajar berpencapaian rendah, seramai 15 orang dapat menjawab dengan betul (RL = 15). Dalam contoh ini, jumlah pelajar berpencapaian rendah dan tinggi ialah 108 orang (T(L+U) = 54 + 54 = 108). Indeks Diskriminasi boleh dikira seperti berikut:

35

Soalan-soalan yang dibina oleh guru hanya mempunyai Indeks Kesukaran antara 0.00 hingga 0.50. [Hanna dan Dettmer (2004: 252) ] Indeks Diskriminasi untuk soalan-soalan ujian di bilik darjah perlu melebihi 0.20, sekiranya pencapaian pelajar dibahagikan kepada dua (separuh berpencapaian rendah, separuh berpencapaian tinggi). Indeks ini sepatutnya lebih tinggi daripada 0.20, sekiranya pelajar dibahagikan kepada 27% berpencapaian rendah dan 27% berpencapaian tingggi. [Mehrens dan Lehmann (1991) ] Item yang boleh dipilih untuk sesuatu ujian hendaklah mempunyai Indeks Diskriminasi melebihi 0.30. [Nitko (2004: 323) ] Justeru, sebagai kesimpulan, item / soalan yang baik untuk sesuatu ujian perlu mempunyai Indeks Diskriminasi melebihi 0.30.

36

3.2.2 Pertalian antara Kuasa Diskriminasi dengan Kesukaran Kebolehan sesuatu item untuk mendiskriminasi (membezakan pelajar) adalah bergantung kepada indeks kesukaran item itu; Item yang amat sukar atau yang amat senang tidak dapat mendiskriminasi pelajar.

3.3

Analisis Keberkesanan Distraktor (Pengganggu) Analisis distraktor diperlukan menggubal sesuatu item. Selain mengira indeks

kesukaran dan diskriminasi, dalam analisis item juga perlu diketahui tentang distraktor atau pengganggu yang disediakan itu berkesan atau sebaliknya. Apakah semua pilihan jawapan yang disediakan dianggap betul oleh semua pelajar, pilihan jawapan hanya bertumpu kepada pilihan tertentu sahaja atau pilihan yang sama sekali tidak ada pemilihnya.

37

Dengan memeriksa pola pilihan jawapan, kita dapat mengenalpasti beberapa perkara di antaranya : 1) Bilangan pelajar yang menjawab betul. 2) Distraktor mana yang terlalu jelas atau pelajar langsung tidak merasa terganggu untuk membuat pilihan jawapan. 3) Distraktor yang boleh mengelirukan pelajar walaupun dari kumpulan tinggi. 4) Distraktor mana yang dapat menarik pelajar kumpulan rendah, tetapi tidak cukup menarik bagi pelajar dari kumpulan tinggi. Distraktor atau pengganggu dikatakan berkesan bila minimal dijawab oleh 5% pelajar, ataupun 5% x (A + B) Untuk menganalisis distraktor bagi sesuatu Item Q: Pelajar dalam kumpulan atas (A) yg memilih setiap distraktor (penggangu) sebagai jawapan yg betul ditentukan dengan menyemak kertas jawapan kumpulan atas yang telah diasingkan terlebih dahulu; Pelajar dalam kumpulan bawah (B) yang memilih setiap distraktor sebagai jawapan yg betul juga ditentukan.

Jadual berikut menunjukkan hasil analisis tersebut: Item Q Omit Kumpulan Atas (15 pelajar) Kumpulan Bawah (15 pelajar) 0 1 Pilihan Jawapan A B C 2 4 5 10 0 0

D 8 0

Indeks Kesukaran, p = (5+10)/30 = 0.5 Indeks Diskriminasi, D = (5/15) (10/15) = 0.33 0.66 = -.33 3.4 Contoh-Contoh Hasil Analisis

38

Contoh 1: Item 7 (Jawapan: D) A diff r-pbis N B C D* Omit 0.0059 -0.0389 1

0.1765 0.2235 30 38

0.0059 0.5882 1 100

-0.1607 -0.0617 -0.0223 0.2044

Keterangan:
o o o

Item ini sederhana kesukarannya (diff item = 0.5882). Kuasa diskriminasi juga sederhana (r-pbis item = 0.2044). Pilihan A dan B adalah pengganggu yang baik di mana diff masing-masing adalah lebih dari 0.05, manakala r-pbis adalah negatif (diskriminasi songsang). Pengganggu C agak lemah dan patut diperbaiki (diff kurang dari 0.05) Kesimpulan: Item ini boleh diterima jika pengganggu C diubahsuai/diperbaiki.

o o

Contoh 2: Item 18 (Jawapan: B) A diff N B* C D Omit

0.0588 0.8059 0.1059 0.0294 0.0000 10 137 18 5 0

r-pbis -0.0432 0.1417 0.1654 0.0296 0.0000

Keterangan:
o o o

Item ini senang (diff item 0.8059 ) Kuasa diskriminasi yang rendah (r-pbis 0.1417). Pilihan A adalah pengganggu yang baik (diff melebihi 0.05 dan diskriminasi negatif).

39

Pilihan C kurang berkesan kerana mempunyai kuasa diskriminasi yang positif, walaupun dapat menarik lebih dari 5% calon untuk memilihnya. Pilihan D adalah pengganggu yang tidak baik kerana diff < 0.05 dan r-pbis positif. Kesimpulan: Item tidak baik. Pokok soalan dan pilihan perlu dikaji semula.

o o

3.5

Analisis item dengan Quest Satu keperluan utama sebelum menyediakan sesuatu ujian mengikut kebolehan

pelajar ialah penubuhan bank item. Item-item yang berdasarkan aras kesukaran dan mengikut strand kurikulum perlu disediakan. Item yang disimpan dalam bank sebaikbaiknya ditentukur (calibrate). Penentukuran ini membolehkan item disusun dari yang mudah ke sukar pada satu skala atau continuum yang sama. Item dapat ditambah melalui praujian yang dijalankan dari semasa ke semasa. Item baru dari isi kandungan yang sama boleh ditambah ke dalam bank dengan teknik equating. Bank item yang ditubuhkan berdasarkan model Rasch sesuai untuk tujuan tersebut. Item ujian diambil dari bank yang menggunakan skala yang sama bukan sahaja membolehkan guru mentafsir keberkesanan pengajaran sendiri bahkan dapat membuat perbandingan dengan guru-guru yang lain. Berdasarkan analisis ujian, guru perlu mengubahsuai kaedah pengajaran di samping memperbaiki kelemahan pelajar. Item yang akan disimpan dalam bank perlu dianalisis dan ditentukur. Hasil ujian yang menggunakan item yang ditentukur membolehkan guru menentukan kelemahan dan kekuatan pelajar di samping membuat perbandingan antara pelajar. 3.5.1 Program Quest Perisian analisis item yang dibincangkan di sni berpandukan kepada Quest. Quest ialah perisian komputer yang dibina berpandukan Model Rasch. Model Rasch merupakan satu model kebarangkalian. Kebarangkalian kejayaan seorang calon menjawab sesuatu

40

item dengan betul ialah fungsi antara kebolehan calon dengan kesukaran item. Sesuatu model yang baik seharusnya dapat menunjukkan ujian yang sah memenuhi syarat-syarat berikut:

Calon yang berkebolehan tinggi mempunyai peluang yang lebih tinggi untuk menjawab sesuatu item dengan betul Sesiapa pun mempunyai peluang yang lebih baik untuk menjawab item yang mudah Hasil analisis Quest dibentangkan dalam bentuk jadual dan juga gambar rajah.

Analisis fit merupakan suatu analisis yang penting untuk menentukan kesesuaian item dalam sesuatu ujian. Sebelum melakukan analisis, pastikan program telah dimasukkan (Install) dalam satu folder yang diberi nama Quest. Apabila disket yang mengandungi Quest berada di dalam pemacu A, taipkan perkara berikut pada C:\ C:\md quest <Enter> C:\a:pkxarc a:quest c:\quest <Enter> Penganalisisan dengan Quest memerlukan

fail data dan fail kawalan. Fail data mengandungi jawapan calon manakala fail kawalan mengandungi

perintah untuk pelaksanaan. Quest sesuai untuk menganalisis item ujian objektif dan item ujian esei. Contoh fail kawalan di bawah ini boleh diubahsuai untuk menganalisis item ujian esei. Prosedur menganlisis item ujian objektif adalah seperti berikut: (a) Sediakan fail data yang mengandungi respons/jawapan calon dengan sebarang

pemproses perkataan atau DOS Editor. Simpan fail itu dalam bentuk ASCII dengan nama fail seperti BM.dat. Contoh berikut menunjukkan cara untuk menaipkan jawapan calon dengan DOS Editor.DOS Editor menyimpan semua fail dalam bentuk ASCII.

41

Taipkan edit BM.dat pada C:\ Taipkan nombor calon atau pun nama calon dan dikuti dengan jawapan calon seperti berikut: 00001ACDABDACADCBBBBBBA 002ABBBBCCDDDCBBAABBC

(b) Bukakan fail contoh yang dibekalkan itu dengan DOS Editor. Ubahsuaikan fail kawalan seperti contoh di bawah yang mengandungi perintah untuk menganalisis data. Perkara yang perlu diubahsuai ialah tajuk pada perintah Title dan nama fail analisis seperti BM.map ke satu nama yang sesuai. Gantikan jawapan pada perintah key mengikut jawapan yang disediakan dalam Peratuan Memberi Markah. Simpan fail kawalan dalam bentuk ASCII dengan nama fail seperti MTH.ctl. Title Ujian Matematik Bulan Mac 2012 (obj) Set logon >- BM.log data_file <<BM.dat codes ABCD format name 1-3 items 4-23 key DCADBCCBABCDAAADDBDA *item_names <<BM.nam estimate !iter=50 set width = 132 !PAGE show !map = 1,2,3 >- BM.map show !table = 1,2 >- BM.tbl show counts >- BM.cnt show items !order = fit >- BM.itm

42

show cases !order = fit >- BM.cas itanal >- BM.ana kidmap >- BM.kim quit (c) Laksanakan analisis mengikut langkah berikut: C>CD\Quest C:\QUEST>Quest >Submit BM.ctl Tunggu sehingga analisis tamat (d) Cetak hasil analisis terutama sekali hasil berkait dengan item map (BM.map), item fit map (BM.map), person fit map (BM.map), distractor analysis (BM.ana), dan kidmap (BM.kim). (e) Tafsir hasil analisis

3.6

Analisis item dengan Perisian AI v5.0 Perisian AI v5.0 mempunyai kemudahan untuk mengekspot data ke dalam format

data untuk kegunaan perisian QUEST. Dua data fail dapat dijana secara otomatik: fail kawalan (.CTL) and fail data (.DAT). Perisian AI v5.0 mempunyai kemudahan untuk mengekspot data ke dalam format data untuk kegunaan perisian QUEST. Dua data fail dapat dijana secara otomatik: fail kawalan (.CTL) and fail data (.DAT). Perisian ini pada asalnya dibangunkan bagi memenuhi keperluan maktab perguruan untuk membuat analisis item terhadap peperiksaan perguruan asas. Versi yang diperkenalkan di sini adalah dibangunkan semula dalam persekitaran Windows menggunakan bahasa pengaturcaraan Delphi.

43

Secara ringkas perisian Penyemakan Ujian dan Analisis Item membolehkan seseorang menaipkan respon (jawapan) calon bagi satu ujian/peperiksaan aneka pilihan. Kemudian perisian ini akan menyemak dan melaporkan skor serta merta bagi setiap calon, dan menjalankan analisis item serta mengira statistik asas selepas semua respon telah dimasukkan. Antara lain ia mengira Indeks Kesukaran, Indeks Diskriminasi (kunci dan pengganggu), Min, Sisihan Piawai, Skor Mentah dan Skor-z/T. Juga disediakan kemudahan mengenalpasti calon yang menjawab betul/salah atau yang memilih manamana opsyen jawapan. Ini membolehkan anda mengenalpasti calon-calon yang lemah bagi setiap soalan. Perisian ini dapat juga mentafsir setiap item dari segi kesesuaian pengganggu-penganggunya. Hasil analisis item ini dapat membantu anda memilih soalan yang berkualiti untuk dikumpulkan dalam bank soalan/item. Contoh-Contoh Skrin Menggunakan Perisian AI v5.0

Masuk Respon Calon

Senarai Keputusan

Hasil Analisis Item

Tafsiran Item dan Distraktor

44

Calon Menjawab Betul

Calon Menjawab Salah

3.7

Analisis item dengan Perisian PediA v2.0 PediA v2.0 adalah singkatan daripada Program Pengisian Data dan Analisis Item.

Ia adalah perisian komputer yang digunakan oleh para guru untuk memasukkan data atau markah murid. Di samping itu juga ia memudahkan para guru untuk menganalisis setiap item dalam sesuatu ujian. Pengendalian program ini adalah berasaskan kepada MS Excel. Kebaikan utama program ini adalah seperti berikut : a) Mengurangkan masa guru untuk memeriksa jawapan objektif. b) Membantu guru untuk membuat tindaksusul. c) Mengenalpasti kekuatan dan kelemahan murid secara individu. d) Membantu guru mengenalpasti keberkesanan pengajaran. Lain-lain faedah menggunakan program ini ialah : a) Membantu guru mengenal pasti masalah pembelajaran murid agar kelemahan pelajar tidak terus terhimpun. b) Mengkaji ciri-ciri item sama ada sesuai/tidak untuk dijadikan alat mengukur penguasaan murid. c) Membantu guru untuk menentukan kualiti item yang digunakan.

45

d) Mengenal pasti item yang sukar atau mudah berdasarkan indeks kesukaran item. e) Kenal pasti item yang sukar/mudah berdasarkan indeks kesukaran. f) Kenal pasti murid yang telah/belum menguasai perkara yang telah diajarkan. g) Kenal pasti item yang boleh membezakan antara murid yang berpencapaian tinggi dan rendah berdasarkan indeks diskriminasi. h) Bantu guru menambah koleksi item. Apabila guru menggunakan perisian ini, guru hanya perlu mengisi maklumat yang terdapat dalam bahagian `Setup dan juga `Masuk Respon Calon. Selepas itu perisian ini akan memproses data yang telah dimasukkan secara automatik. Perisian ini akan menganalisis setiap item termasuk indeks kesukaran, indeks diskriminasi dan juga keberkesanan distraktor yang digunakan. Ini bermakna kerja-kerja guru semakin mudan dan menjimatkan masa. Di samping itu juga, guru dapat memilih item-item yang berkualiti untuk dijadikan koleksi di dalam bank soalan atau membaiki item tersebut sekiranya terdapat item-item yang lemah.

Contoh-Contoh Skrin Menggunakan Perisian PediA v2.0

Menu Utama

Masuk Respon Calon

46

Analisis 2

Analisis 1

Hasil Analisis 1

Hasil Analisis 2

Julat Gred Markah

47

Rumusan

Senarai Skor Calon 3.8 Analisis item menggunakan MS Excel Secara asasnya analisis item boleh dilakukan dengan menggunakan MS Excel. Dengan menggunakan MS Excel, guru-guru boleh mencari peratusan, indeks kesukaran, indeks diskriminasi dan menganalisis keberkesanan distraktor yang digunakan dengan menggunakan fungsi-fungsi yang terdapat di dalam MS Excel. Penggunaan MS Excel ini agak terbatas secara manual memandangkan tahap penguasaan guru-guru terhadap software ini agak rendah. Di antara fungsi-fungsi yang digunakan dalam melakukan analisis ini ialah COUNTIF, SUM, AVERAGE, STDEV, dan banyak lagi.

48

Namun sekarang telah banyak perisian yang menggunakan MS Excel bagi membuat analisis item. Guru-guru hanya perlu memasukkan data / markah murid sahaja, segala-galanya telah diperoses dianalisis secara automatik. Paparan di bawah menunjukkan contoh format pengisian data dan analisis item menggunakan MS Excel.

Guru hanya perlu memasukkan jawapan murid di dalam column yang disediakan.

Hasil Analisis Item telah tersedia bagi tujuan tindakan guru selanjutnya. Dengan menggunakan MS Excel ini segala kerja guru dapat dipermudahkan dan menjimatkan masa.

49

4.0

Kesimpulan Penggunaan teknologi komputer dalam bidang pendidikan bukanlah suatu yang

baru, malah telah lama diperkenalkan di negara-negara maju seperti Amerika dan Eropah sejak awal 60an lagi. Malaysia tidak ketinggalan dalam menikmati arus pembangunan berasaskan komputer. Dalam konteks pendidikan, ia bukan hanya mampu membantu tugas-tugas pengurusan dan pentadbiran, tetapi berpotensi sebagai bahan yang terpenting dalam pengajaran dan pembelajaran. Dewasa ini, kita tahu komputer banyak membantu guru di dalam mengumpulkan maklumat dan data pelajar malah menyenangkan guru membuat statistik dan pengiraan markah pelajarnya. Justeru tidak terkecuali juga di dalam menyediakan ujian kepada pelajarnya menggunakan bantuan perisian di dalam komputer. Kini ujian boleh di bina menggunakan perisian perisian yang ada sama ada secara percuma atau berbayar. Contohnya, melalui perisian MS Word, guru boleh membina ujian berbentuk online, membina kiuz melalui perisian Hot Potato dan sebagainya. Selain itu, melalui ujian berasaskan komputer, pelajar lebih rasa tertarik dan juga memudahkan guru untuk menyemak markah pelajar. Kesimpulannya, aplikasi teknologi maklumat telah memberikan satu kesan yang amat positif samada kepada guru mahupun kepada pelajar. Semestinya di era globalisasi ini, kemahiran komputer amat penting kepada pelajar untuk menyediakan mereka dengan cabaran di era maklumat dihujung jari ini. Untuk itu, patutlah kita sebagai guru untuk memulakan perkara ini dan memberi peluang kepada pelajar kita untuk berjinak jinak dengan teknologi maklumat ini.

50

Senarai Rujukan

Al Gahmudi, Y.A. S (1987). The Effectiveness of Using Microcomputers in

Learning

Algebraic Precedence Conventions. Doctoral Dissertation, Florida State University. Cockroft, W.H. (1986). Mathematics Count. London. HMSO Frary, Robert B. (1995). More multiple-choice item writing do's and don'ts. Practical Assessment, Research & Evaluation, 4(11). [Available online: http://ericae.net/pare/getvn.asp?v=4&n=11] Funkhouser, C. (1993). The Influence of Problem Solving Software in Students' Attitude about Mathematics. Journal of Research on Computing in Education. 23(3), 339-346.

51

Ibrahim Saad, (1990). Perubahan Pendidikan Di Malaysia : Satu Cabaran. DBP, Kuala Lumpur. Kehoe, Jerard (1995). Basic item analysis for multiple-choice tests. Practical Assessment, Research & Evaluation, 4(10). [Available online: http://ericae.net/pare/getvn.asp? v=4&n=10]

Rudner, Lawrence (1998). Item banking. Practical Assessment, Research & Evaluation, 6(4). [Available online: http://ericae.net/pare/getvn.asp?v=6&n=4]

52

Anda mungkin juga menyukai