Anda di halaman 1dari 13

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN 27200 KUALA LIPIS, PAHANG DARUL MAKMUR

FORUM PEMILIK CINTAKU :SETELAH ALLAH DAN RASUL


18 OKTOBER 2011
Panelis :1.Ustazah Fatimah Syarha Hj Mohd Noordin
(Penulis buku Pemilik Cintaku:Setelah Allah & Rasul)

2.Dr Farhan Hadi B Mohd Taib


(Penulis novel Denyut Kasih Medik)

ANJURAN: BIRO KEROHANIAN 1, JAWATANKUASA PERWAKILAN PELAJAR(JPP) ,

IPG KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN.

1.0 PENGENALAN

Dewasa ini, kefahaman akidah individu yang beragama Islam dalam masyarakat kita hari ini semakin terhakis.Tiada lagi penghayatan agama dalam diri malahan dapat dilihat dengan jelas berlakunya gejala-gejala yang bercanggah dengan syariat dan kehendak agama Islam dalam masyarakat hari ini. Cara kehidupan yang sebegini telah menjadikan umat Islam hari ini leka dan lalai serta semakin jauh dari Allah. Oleh yang demikian, satu program yang bersesuaian telah dirangka untuk dilaksanakan bagi guru-guru pelatih Islam yang akan bertugas untuk agama, bangsa dan negara sesuai dengan hasrat kerajaan untuk melahirkan guru-guru yang bukan sahaja seimbang dari sudut jasmani bahkan rohani. 2.0 RASIONAL

Profesion Keguruan merupakan satu kerjaya yang mulia dan penuh dengan cabaran. Perubahan zaman yang bergerak pantas telah banyak mengubah cara hidup masyarakat hari ini. Amalan agama jelas sekali telah banyak diabaikan. Justeru tanggungjawab dan peranan seorang guru juga akan bertambah dalam memelihara agama dan juga bangsa. Atas kesedaran inilah, Biro Kerohanian JPP IPG kampus Tengku Ampuan Afzan berhasrat untuk melaksanakan satu program iaitu Forum Pemilik Cintaku:Setelah Allah dan Rasul bagi peringkat IPG kampus Tengku Ampuan Afzan. Melalui hasrat murni ini, setiap guru pelatih Islam diharapkan akan dapat

mengembling tenaga dan idea dalam usaha memartabatkan kehidupan Islam yang sebenar.

3.0 MISI

Melahirkan modal insan yang berkualiti sesuai dengan dasar kerajaan yang amat menitikberatkan pembangunan modal insan. Oleh yang demikian, program kesedaran pendidikan dan kemasyarakatan ini amat sesuai dan dianggap sebagai medium mengetengahkan kualiti insan dalam kalangan guru pelatih. 4.0 MATLAMAT Program ini bermatlamat untuk memberi pendedahan kepada guru pelatih Islam tentang

kepentingan mencari cinta yang diredai Allah dan kepentingan berpegang teguh kepada Islam dalam kehidupan seharian. Program ini juga menyokong sepenuhnya Dasar Pendidikan Kebangsaan yang menitikberatkan aspek Jasmani, Emosi, Rohani dan Intelek. 5.0 OBJEKTIF Objektif Forum Pemilik Cintaku setelah Allah dan Rasul ini ialah :-

5.1 Memberi kesedaran kepada guru pelatih tentang kepentingan mencari cinta yang

diredhai Allah iaitu cinta yang dibenarkan oleh syariat islam.

5.2 Membendung gejala couple yang semakin berleluasa dalam kalangan guru

pelatih. Hal ini secara tidak langsung akan membendung masalah gejala sosial yang berlaku di dalam masyarakat seperti ketelanjuran dan pembuangan bayi.

5.3 Memberi pendedahan kepada guru pelatih bahawa nikmat cinta sebenar bagi

pasangan lelaki dan perempuan ialah nikmat cinta selepas akad nikah.

6.0 TEMA Cinta Sejati Cinta Redha Ilahi 7.0 KUMPULAN SASARAN Semua guru pelatih IPG TAA

8.0 TARIKH CADANGAN PERLAKSANAAN

18 Oktober 2011

9.0 PANELIS JEMPUTAN 1 . Ustazah Fatimah Syarha Bt Hj Mohd Noordin 2. Dr Farhan Hadi B Mohd Taib
10.0

AHLI JAWATANKUASA KERJA Rujuk Lampiran A

11.0

TENTATIF Rujuk Lampiran B

12.0

BIODATA PANELIS Rujuk Lampiran C

13.0

PERBELANJAAN Rujuk Lampiran D

LAMPIRAN A

AHLI JAWATANKUASA KERJA FORUM PEMILIK CINTAKU SETELAH ALLAH DAN RASUL

Pengerusi : Fauzan B. Md Tahib Timb. Pengerusi 1 : Muhammad Fahmi B. Rosli Timb. Pengerusi 2: Norsara Akma B. Mohd Nusir Setiausaha: Abdul Mahfuz B. Abdul Mubin Nik Amirah Syahirah Bt Hamad Bendahari: Muhammad Izzat B. Ishak Nurwati Bt Salleh Program & Aktiviti : Mohd Izuddin B Istakal Abdul Muiz B. Ishak Muhammad Arif B Mold Mazlan Nurul Anis Binti Abu Bakar Nur Aim Bt Md Noor Mahadi Norlida Bt Husin Publisiti & Penerbitan: Mohd Khairi Hadzwan B Johari Mohd Fathi B Abd Ghani Nik Muhammad Nafis B Ahmad Mokhjamil Siti Shuhada Bt Mohammed Dahlan Nor Asmaa Bt Saad Nur Atiqah Bt Che Muhammad

Hadiah & Cenderamata :

Mohd Athooillah B. Hamzah Muhammad Hatikullah B Muhammad Muhammad Al-Hafiz B Rozali Nurul Afidah Bt Mahdom Noor Zehani Bt Mamat Samihatul Afifah Bt Sulaiman

Makanan & Jamuan

Muhammad Syazwan B Mohd Zafarula Khan Muhammad Taqiuddin B Mohd Kamaron Laili Muhammad Farid B Supandi Siti Nurraihan Bt Khairouddin Farah Hanim Bt Ahmad Khidzar Nursyahida Bt Ahmad Tajuddin

Peralatan dan : Persediaan tempat

Mohammad Solehuddin B Abd Raub Mohammad Saiful Amin B Koh Muhammad Imanuddin B Abdul Basir Ayu Siti Jannah Bt Husin Siti Khadijah Bt Razali Norashikin Bt Harun

LAMlPIRAN B

TENTATIF PROGRAM

9.00 malam 9.10 malam

: Ketibaan ahli panel dan peserta : Slot Forum 1: Ahli panel 1 :Ustazah Fatimah Syarha Bt Hj Mohd Noordin Ahli panel 2:Dr Farhan Hadi Mohd Taib

10.00 malam: Slot Forum ke-2 : Ahli panel 1 :Ustazah Fatimah Syarha Bt Hj Mohd Noordin Ahli panel 2:Dr Farhan Hadi B Mohd Taib 10.45 malam : Sesi soal jawab 11.00 malam : Majlis bersurai

LAMPIRAN C

BIODATA PANELIS

1. FATIMAH SYARHA BT HJ. MOHD NOORDIN (BA (hons) UIA, MA. UIA)

Dilahirkan pada 17 Oktober 1984 di Hospital Sultanah Zahirah, Kuala Terengganu. Merupakan graduan UIAM, Kuliyyah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan, pengkhususan

dalam Fiqh dan Psikologi.


Kemudian mengambil Ijazah Bacaan al-Quran bersanad dan Daurah Bahasa Arab di

Universiti Syeikh Ahmad Kiftaro, Damsyiq, Syria. Kelulusan Master di UIAM dalam bidang Fiqh dan Usul al-Fiqh.
Berpengalaman menjadi Peer Tutor di UIAM, Naqibah Study Circle UIAM, Fasilitator

Pro-CAST Consultancy Sdn. Bhd, Ketua Pengarah Kumpulan Panel Editor UIAM, Ustazah di Sekolah Rendah Ibn Kathir, Gombak,
Eksekutif Komunikasi Korporat di Kolej Teknologi Darul Naim, editor dan penulis di

Syarikat Telaga Biru Sdn. Bhd. dan sebagainya.


Penulis bagi novel Seindah Mawar Berduri,Syabab Musafir Kasih,Tautan Hati,Pemilik

Cintaku setelah Allah dan Rasul,buku Palestin,Kami Datang,

Kolumnis bagi Majalah Solusi bagi ruangan Remaja dan Murabbi. Turut berpengalaman sebagai tenaga pengajar di Universiti Malaya di Jabatan Sains

Gunaan dan Pengajian Islam.


Kini, dalam proses menyambung Ph.D.

2 . DR FARHAN HADI B MOHD TAIB

Dilahirkan pada 5 Oktober 1983. suami kepada novelis islamik yang terkenal iaitu

Merupakan

Fatimah syarha binti Mohd Noordin.


Lulusan Ijazah dalam bidang perubatan di Universiti Malaysia Sarawak

Kini bertugas sebagai Pegawai kesihatan di Jabatan Pembedahan Am,Hospital Selayang Merupakan Ahli Pemeriksa Kesihatan Jemaah Haji bagi tahun 2009.
Penulis bagi novel Denyut Kasih Medik dan buku Palestin,Kami Datang

Merupakan kolumnis bagi majalah Solusi bagi ruangan FIZIKR

LAMPIRAN D

ANGGARAN PERBELANJAAN Bil Perkara Butiran Anggaran perbelanjaan Jumlah perbelanjaan 1 Makanan penceramah dan VIP Makan Malam RM5 x 10 orang RM 50 RM 50.00

Cenderamata Penceramah

PLAK 2 unit x RM 45

RM 90

RM 90.00

Banner

1 unit x RM 100

RM 100

RM 100.00

Jumlah : RM 240.00

PENUTUP Justeru, pihak kami sangat berharap agar kertas kerja program Forum Pemilik Cintaku:Setelah Allah dan Rasul ini dapat diluluskan dengan jayanya dan kerjasama dari pihak tuan amat kami hargai dan akan kami kenang sebagai satu jasa baik yang tidak terhingga yang diberikan kepada
kami.

Disediakan oleh:

Disemak oleh:

. (ABDUL MAHFUZ B. ABDUL MUBIN) Setiausaha , Exco Kerohanian 1 JPP , Institut Pendidikan Guru, Kampus Tengku Ampuan Afzan, Kuala Lipis, Pahang.

( MUHAMMAD FAHMI B. ROSLI ) Pengerusi , Exco Kerohanian 1 JPP, Institut Pendidikan Guru, Kampus Tengku Ampuan Afzan, Kuala Lipis, Pahang.

Disokong oleh :

Disemak oleh :

(USTAZ JAMALUDDIN B. ADAM) Penasihat Exco Kerohanian 1, Institut Pendidikan Guru , Kampus Tengku Ampuan Afzan, Kuala Lipis, Pahang

(EN SHAFIE B MAJID ) Timbalan Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar, Institut Pendidikan Guru, Kampus Tengku Ampuan Afzan, Kuala Lipis, Pahang.

Diluluskan Oleh :

(EN JAAFAR BIN IDRIS,.SMP.,AMN) Pengarah, Institut Pendidikan Guru,

Kampus Tengku Ampuan Afzan, Kuala Lipis, Pahang.