Anda di halaman 1dari 19

Kerja Kursus Geografi 2012

Ekosistem Hutan Belukar Terganggu di Sekolah Sultan Alam Shah, Parcel G, Persint 1, 62520 Wilayah Persekutuan Putrajaya.

Kerja Kursus Geografi 2012


Bil. Aspek M/S

1.

Tajuk Kajian

2.

Senarai kandungan

3.

Penghargaan

4.

Pendahuluan

5.

Objektif Kajian

6.

Kawasan Kajian Peta : 1. Peta Daerah 2. Peta Kawasan Kajian

7.

Kaedah Kajian

8.

Dapatan Kajian : 1. 2. 3. 4. 5. Konsep Ekosistem Hutan Kepentingan Ekosistem Hutan Faktor Ekosistem Hutan Terganggu Kesan Ekosistem Hutan Terganggu Cadangan untuk Mengurangkan Kesan Ekosistem Hutan Terganggu

Bahan Grafik

9.

Rumusan

10.

Lampiran

11.

Rujukan

Kerja Kursus Geografi 2012

3.0 Penghargaan
Setelah beberapa hari saya berusaha untuk menyiapkan kerja kursus Geografi ini akhirnya dapat disiapkan juga. Saya berasa amat gembira kerana dapat melaksanakan tugas ini dengan teliti dan bersungguh-sungguh.

Pertama sekali, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pengetua cemerlang Sekolah Sultan Alam Shah, En. Rosidi bin Ramley, KMN, AMN. Saya hendak mengucapkan terima kasih kerana telah membenarkan pihak sekolah memberi peluang kepada saya untuk membuat kerja kursus Geografi ini.

Setersunya, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada guru mata pelajaran Geografi saya, En. Zulkifli bin Aman. Beliau telah mengajar cara-cara untuk membuat kerja kursus ini kepada saya.

Akhir sekali, saya hendak mengucapkan terima kasih kepada rakan saya juga. Namanya ialah Aridh Arimi bin Zainuddin. Dia telah membantu saya dalam menyiapkan folio Geografi ini.

Saya harap agar pihak sekolah dapat memberi saya peluang untuk melakukan kerja kursus seperti ini pada tahun yang akan datang.

Kerja Kursus Geografi 2012

4.0 Pendahuluan
Saya telah ditugaskan oleh guru saya untuk menyiapkan Kerja Kursus Geografi. Setelah beberapa hari saya melaksanakan kerja kursus ini akhirnya dapat disiapkan juga.

Tajuk Kerja Kursus Geografi yang telah diberi ialah Ekosistem Hutan Belukar Terganggu di Sekolah Sultan Alam Shah, Parcel G, Persint 1, 62520 Wilayah Persekutuan Putrajaya. Sebab-sebab saya memilih tajuk ini adalah kerana hutan yang terdekat ialah hutan jenis hutan belukar. Sehubungan dengan itu, saya boleh melakukan kajian dengan lebih mudah.

Tempoh yang diberi kepada saya adalah selama 6 bulan iaitu dari bulan Februari hingga Julai. Saya dapat mengambil gambar dan mengkaji serba sedikit tentang hutan belukar tersebut dalam tempoh yang diberi.

Bersyukur saya kerana dapat memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan dalam menyiapkan kerja kursus ini.

Kerja Kursus Geografi 2012

5.0 Objektif Kajian

Mengetahui konsep ekosistem hutan belukar di kawasan kajian. Menyenaraikan kepentingan ekosistem hutan belukar di kawasan kajian. Mengenalpasti faktor yang menyebabkan ekosistem hutan belukar terganggu di kawasan kajian. Memberi cadangan untuk mengurangkan kesan ekosistem hutan belukar terganggu di kawasan kajian. Menerapkan nilai atau unsur patriotisme dalam dapatan kajian.

Saya menghasilkan kerja kursus ini supaya kita dapat menanam rasa cinta akan ekosistem alam flora dan juga fauna.

Kerja Kursus Geografi 2012

6.0 Kawasan Kajian


Kawasan kajian saya di Malaysia ialah di Sekolah Sultan Alam Shah, Parcel G, Persint 1, 62520 Wilayah Persekutuan Putrajaya. Saya memilih kawasan ini kerana kawasan kajian ini terletak di sebelah sekolah saya iaitu Sekolah Sultan Alam Shah. Kawasan ini mempunyai banyak semak-samun yang tebal. Kawasan ini juga mempunyai pokok-pokok yang tebal daunnya.

Untuk pergi ke kawasan kajian tersebut, saya perlu melalui sebuah pagar yang terletak di hujung sekolah. Bentuk muka bumi kawasan ini ialah tanah pamah yang rata. Kawasan kajian terletak hampir 1 kilometer dari Pusat Beli Belah Alamanda. Sekolah Sultan Alam Shah terletak 200 meter dari kawasan kajian saya iaitu hutan belukar.

Kerja Kursus Geografi 2012

Peta Daerah

Kawasan Kajian Persint 1, Wilayah Persekutuan Putrajaya.

Kerja Kursus Geografi 2012

7.0 Kaedah Kajian


1. Pemerhatian Saya telah membuat pemerhatian di kawasan kajian bagi mendapatkan maklumat berkaitan dengan tajuk kajian iaitu ekosistem hutan terganggu di Sekolah Sultan Alam Shah. . Saya dapat melihat banyak lalang tumbuh di situ, denai-denai serta pokok-pokok menjalar yang mempunyai daun yang hijau. Saya juga dapat melihat pelbagai jenis haiwan seperti monyet, ulat beluncas, burung, kerengga dan lain-lain.

2. Soal selidik Saya juga telah mengagihkan sebanyak 20 borang soal selidik kepada 20 orang responden yang terpilih. Responden terdiri daripada kakitangan sekolah dan juga guru-guru Sekolah Sultan Alam Shah. Kaedah ini dijalankan untuk mendapatkan maklumat tentang kepentingan hutan belukar dan kesan-kesan hutan itu terganggu.

3. Rujukan Saya telah membuat pelbagai rujukan daripada gambar-gambar, internet, buku ilmiah dan majalah juga. Kaedah ini digunakan untuk mendapatkan maklumat tentang lokasi hutan belukar berhampiran Sekolah Sultan Alam Shah dan jenis-jenis tumbuhan dan haiwan yang hidup di situ.

Kerja Kursus Geografi 2012

8.0 Dapatan Kajian


8.1 Konsep ekosistem hutan Ekosistem ialah satu kawasan yang terdiri daripada komponen biotik seperti manusia dan haiwan dan komponen abiotik seperti cahaya matahari, udara, air, tanih, batubatan dan galian. Saiz sesebuah ekosistem berbeza-beza. Ekosistem terdapat dalam kolam, paya, ladang, hutan, gurun dan padang rumput. Komponen-komponen ini sentiasa berinteraksi . Interaksi di kalangan komponen-komponen ini dapat dilihat melalui proses aliran tenaga, kitaran udara dan rantaian makanan. Komponen biotik dalam sistem ini ialah pengeluar ( tumbuhan ), pengguna ( manusia dan haiwan ) dan pengurai ( fungi dan bakteria ). Interaksi antara komponen biotik dan abiotik menghasilkan satu aliran tenaga dan rantaian makanan yang berterusan serta memelihara imbangan ekosistem itu . Penerokaan sumber secara berleluasa akan mengganggu keseimbangan ekosistem ini.

Sementara ekosistem hutan pula adalah hubungan antara kumpulan beberapa populasi sama ada flora dan fauna yang hidup dalam lapisan dan di permukaan tanah dan terletak pada suatu kawasan serta membentuk suatu kesatuan ekosistem.Ekosistem hutan terganggu apabila terdapatnya aktiviti manusia yang sewenang-wenangnya meneroka kawasan hutan semula jadi untuk tujuan pembangunan.

Kerja Kursus Geografi 2012

8.2 Kepentingan Ekosistem Hutan

1. Membekalkan oksigen Pokok-pokok yang hidup seperti lalang, pokok-pokok renek dan sebagainya akan membekalkan oksigen melalui proses fotosintesis dengan bantuan cahaya matahari.

2. Zon Penampan mengawal hakisan Akar tumbuh-tumbuhan hutan berfungsi untuk mencengkam tanah dan mengurangkan keporosan tanih. Disamping itu akar-akar pokok juga akan mengurangkan kadar larian air di permukaan bumi. Secara tidak langsung, ini telah mengawal hakisan tanah daripada runtuh.

3.Kawasan Tadahan Air Hujan Kawasan hutan bertindak sebagai penadah untuk menentukan tahap kejernihan air. Akar pokok juga berfungsi untuk menyerap air hujan. Air hujan yang akan mengalir ke sungaisungai utama.

4. Ekopelancongan dan rekreasi Hutan juga satu bentuk pelancongan yang berhubung kait dengan alam sekitar. Hutan boleh dijadikan kawasan rekreasi untuk penduduk sekitarnya seperti dijadikan kawasan beriadah, zoo dan taman rekreasi. Kita perlu menjaga alam sekitar supaya generasi akan datang dapat menikmatinya juga.

Kerja Kursus Geografi 2012

8.3 Faktor Menyebabkan Ekosistem Hutan Terganggu di kawasan kajian. 1. Pembinaan petempatan Melalui pemerhatian saya, saya dapati kawasan hutan di kawasan kajian ini telah banyak dimusnahkan kerana pembinaan petempatan. Permintaan rumah yang banyak menyebabkan kawasan hutan dimusnahkan. Ini menyebabkan ekosistem hutan menjadi terganggu.

2. Pembinaan jalan raya Pembinaan jalan raya juga satu faktor yang menyebabkan ekosistem hutan terganggu. Pembinaan jalan raya telah menggunakan peralatan moden iaitu jentera-jentera berat yang membersihkan dan menebang kawasan hutan. Banyak pokok ditebang dalam proses ini. Secara tidak langsung, habitat akan dimusnahkan.

3. Pertambahan penduduk Apabila penduduk semakin bertambah, permintaan terhadap petempatan juga akan meningkat. Kesannya, pihak pemaju perumahan berlumba-lumba membina kawasan petempatan yang baru atau meluaskan kawasan perumahan mereka. Ini akan memusnahkan kawasan hutan yang sangat luas.

4. Pembinaan sistem perparitan Pembinaan sistem perparitan juga menganggu ekosistem hutan. Banyak longkang atau parit konkrit dibina di kawasan hutan. Pembinaan sistem perparitan adalah untuk mengelakkan kejadian banjir kilat daripada berlaku tetapi pembinaan ini menyebabkan ekosistem hutan terganggu dengan teruk.

Kita haruslah menjaga alam sekitar supaya dunia ini tidak dicemar.

Kerja Kursus Geografi 2012

8.4 Kesan ekosistem hutan belukar terganggu di kawasan kajian.

1. Rantaian makanan terjejas Hutan belukar di kawasan kajian mempunyai banyak hidupan flora dan fauna. Salah satu kesan yang akan berlaku iaitu rantaian makanan akan berkurang.Sekiranya tumbuhan utama seperti lalang dihapuskan,maka banyak haiwan akan kehilangan sumber utama .Banyak binatang yang akan mati dan ini akan menjurus kepada kehilangan flora dan fauna di kawasan kajian.

2. Suhu meningkat Putrajaya merupakan bandar yang mempunyai suhu yang tinggi. Kebanyakan kawasan di Putrajaya mempunyai pokok-pokok yang boleh menyederhanakan suhu. Sekiranya kawasan hutan belukar di kawasan kajian diterokai, maka secara tidak lansung suhu di sekeliling kawasan kajian akan menigkat.

3. Perubahan landskap. Kawasan hutan belukar di kawasan kajian sememangnya indah nian. Sekiranya kawasan tersebut diterokai, secara keseluruhannya pandang darat dan cirri-ciri fizikal kawasan kajian akan terjejas dan akan mengubah keindahan kawasan tersebut.

Kerja Kursus Geografi 2012

4. Keselamatan nyawa terancam Sekiranya kawasan kajian tersebut diterokai,pelbagai perkara buruk akan berlaku seperti kualiti udara terjejas,suhu menigkat.Ini merupakan faktor dimana kesihatan orang awam yang berada berdekatan dengan kawasan kajian akan terjejas terutamanya pelajar Sekolah Sultan Alam Shah. Kita hendaklah memelihara hutan supaya kita dapat hidup dalam aman dan persekitaran yang sihat.

Kerja Kursus Geografi 2012

8.5 Cadangan untuk Mengurangkan Kesan Ekosistem Hutan Terganggu di kawasan kajian.

1. Pembangunan terancang

Pihak kerajaan perlu membuat pembangunan yang lebih terancang untuk meneroka kawasan tertentu. Pihak kerajaan perlu mencari kawasan yang lebih strategik untuk pembinaan sesuatu bangunan. Pembangunan yang terancang dapat menghasilakan bandar yang kondusif.

2. Kempen alam sekitar.

Kempen kesedaran alam sekitar juga perlu diadakan untuk memberi kesadaran kepada pihak yang terlibat dalam pembangunan. Remaja juga perlu diberikan pendedahan yang mendalam tentang kepentingan hutan belukar tersebut.

3. Pendidikan alam sekitar.

Pendidikan tentang alam sekitar juga perlu diterapka dalam sektor pendidikan. Pendidikan alam sekitar boleh diselitkan dalam matapelajaran geografi. Pendidikan alam sekitar bertujuan sebagai pendedahan awal untuk generasi akan datang.

4. Penyelidikan dan pembangunan.

Penyelidikan perlu diadakan untuk mengkaji tentang cara untuk mengekalkan kesuburan tanih di kawasan hutan belukar di kawasan kajian. Penyelidikan adalah sangat penting untuk mengekalkan keadaan kawasan hutan belukar di kawasan kajian untuk generasi akan datang.

Kerja Kursus Geografi 2012

Bahan Grafik

Peta Minda Kesan Ekosistem Hutan Terganggu di Kawasan Kajian

Suhu Meningkat

Perubahan Landskap

Kesan Ekosistem Hutan Terganggu di Kawasan Kajian

Rantaian Makanan Terjejas

Keselamatan Nyawa Terancam

Kerja Kursus Geografi 2012

Jadual Kepentingan Ekosistem Hutan

Membekalkan Oksigen

Kawasan Tadahan Air Hujan

Ekopelancongan dan Rekreasi

Menyerap Karbon Dioksida

Habitat Flora dan Fauna

Kerja Kursus Geografi 2012

9.0 Rumusan
Akhirnya, saya dapat menyiapkan Kerja Kursus Geografi yang diberi. Ini adalah kerana maklumat dan data yang terdapat dalam kerja kursus ini telah berjaya dipenuhi dan mencapai objektif kajian dengan sempurna.

Kajian ini telah dijalankan bagi memenuhi syarat Penilaian Menengah Rendah(PMR) dan juga bagi memberi pendedahan kepada pelajar tentang ekosistem hutan yamg terganggu di kawasan petempatan pelajar.

Melalui kajian ini, para pelajar dapat menyedari akan kepentingan hutan yang terdapat di Malaysia. Secara tidak langsung, pelajar akan berasa lebih bertanggungjawab terhadap alam sekitar dan hutan yang terdapat di Malaysia.

Selepas ini, saya tidak perlu untuk mengharapkan pihak tertentu sahaja untuk menjaga ekosistem hutan dan untuk menyelesaikan masalah kekurangan ekosistem hutan. Sesungguhnya, saya sebagai rakyat Malaysia perlu berasa lebih bertanggungjawab untuk menjaga hutan kita ini.

Saya berharap agar kita semua dapat menjaga alam sekitar supaya generasi akan datang dapat melihat dan menikmati keindahannya.

Kerja Kursus Geografi 2012

10.0 Lampiran
Gambar / Foto

Kerja Kursus Geografi 2012

11.0 Rujukan

Internet : http://www.smktd2geografi.blogspot.com/ http://www.sas.edu.my/portal/kenalisas/pengenalan.html

Buku rujukan : Mohammad Ismail, Khaw Ah Seng, 2009, SUCCESS Geografi PMR,Shah Alam, Selangor, Oxford Fajar

Buku Teks : Abd. Rahim bin Md. Nor, Rozida binti Ismail, Jumaah binti Alias, 2004, Buku Teks Geografi Tingkatan 3, Shah Alam, Selangor, Cerdik Publications Sdn. Bhd.

Anda mungkin juga menyukai