Anda di halaman 1dari 2

DOA PELANCARAN HARIAN METRO EDISI SABAH

.
Segala puji-pujian bagi Allah, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w dan keluarga serta para sahabat baginda. Kami merafakkan rasa kesyukuran kepadaMu kerana telah mengizinkan kami untuk berada dan menghadiri Majlis Pelancaran Harian Metro Edisi Sabah. Ya Allah, Kami meminta padaMu akan keselamatan pada agama, kesejahteraan pada tubuh badan, penambahan pada ilmu dan keberkatan pada rezeki. Ya Allah , Tuhan Yang Berkuasa Melaksanakan apa yang dikehendaki, Mulakanlah hari-hari yang kami lalui dengan kerahmatanMu , pertengahannya dengan keberkatanMu, dan disudahi dengan keampunanMu. Penuhilah keseluruhan hari yang kami lalui dengan hidayah, kemenangan dan kecemerlangan.


Jadikanlah usaha kami ini sebagai wahana untuk menyedarkan dan menginsafkan diri kami.Kurniakanlah kepada kami iman yang teguh,mantap dan kukuh demi menghadapi cabaran-cabaran semasa dan dalam mengharungi pancaroba hidup alaf baru.


Kami bermohon kepadaMu; berikanlah perlindungan, kekuatan, ketabahan, keyakinan dan keberanian kepada Yang Amat Berhormat Datuk Seri Panglima Musa Hj Aman yang dihormati dan dikasihi, demi memartabatkan satu umat masyarakat yang bertamadun dan berwawasan yang tahu meletakkan diri di dalam anggota masyarakat bangsa sebagai modal Insan yang lebih seimbang dan menyeluruh dan tahu meletakkan kepentingan dunia bersandarkan akhirat. Semoga agenda politik dan pembangunan Sabah terus cemerlang, kekal di bawah kepimpinan Y.A.B Datu Seri.


Ya Allah berikanlah kami taufiq dan hidayah. Jadikanlah kami insan yang suka mendengar kebaikan lantas melakukannya .Jadikanlah kami insan yang apabila mengetahui keburukan lantas bersegera meninggalkannya.Ya Allah, jadikanlah perhimpunan kami ini sebagai perhimpunan yang diberkati dan dirahmati. Jadikanlah perpisahan kami selepas ini sebagai perpisahan yang Engkau pelihara daripada mara bahaya dan keburukan.

. . .

. .

Anda mungkin juga menyukai