Anda di halaman 1dari 3

Sempena hari ulangtahun arwah Bondaku Hajjah Hawa pada 30 Mei 2012 genaplah usia 79 tahun dan untuk

memperingati hari ulangtahun ini, ingin dikongsi bersama dua resipi kegemaran bondaku di mana ia sering dihidangkan kepada anak cucu sempena Hari Raya atau sebarang keraian. A. SERUNDING DAGING EMAK Bahan-bahan utama : 1 kilo daging batang pinang Bahan -bahan yang di kisar halus: 3 camca besar ketumbar kasar 3 camca besar jintan manis kasar 2 camca besar jintan putih kasar 6 batang serai 2 inci lengkuas 1/2 kilo bawang besar 8 biji bawang putih

2 senduk cili kering yang dikisar minyak untuk menumis 3 senduk gula pasir dan sedikit garam secukup rasa 1/2 biji kelapa parut Cara: 1. Daging dibasuh dan di potong kuib atau cincang. 2. Kelapa parut di goreng tanpa minyak separuh masak 3. Panaskan minyak dan tumis cili hingga separuh masak 4. Masukkan rempah dan bahan yang dikisar halus tadi 5. Apabila mesra masukkan daging dan kacau hingga rata. 6. Tambahkan gula dan garam 5. Akhir sekali masukkan kelapa dan kacau sehingga kering dan sebati. * Serunding ini amat lazat dan di gemari oleh semua anak cucu. B. KUIH KACAU KELEDEK Bahan-bahan:

2 kilo keledek - di rebus, di buang kulit dan di tumbuk hingga lumat. 1/2 - 1 kilo pati santan 6 biji kuning telur sahaja 1/2 kilo gula pasir 1 cawan minyak sapi pewarna kuning Cara: 1. Sediakan kuali besar. Masukkan keledek, pati santan dan di gaul rata supaya tidak bergelintir 2. Pukul telur dan guna hingga hancur di mangkuk yg lain. kemudian masukkan ke dalam kuali dan kacau di atas api supaya tidak berkerak 3. Apabila separuh pekat, campurkan minyak sapi dan pewarna. 4. Jangan ditinggalkan. Kacau hingga pekat dan berkilat 5.Tuang ke dalam pinggan besar atau bekas yang sesuai dan di hias. 6. Biarkan sejuk dan boleh dimakan. * Boleh dijadikan manisan hantaran perkahwinan. Resipi ini resipi asal dan di ambil semasa arwah bondaku masih sihat dan bondaku berharap resipi ini akan dijadikan resipi turun temurun keluarga. Ku doakan semoga roh arwah bondaku dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang solehah dan beriman. Doa dari anak-anakmu semua.

PASTE MEE BANDUNG MUAR Bahan-bahan : Udang kering 2kg (dikisar kering) Lada kering kg (dikisar) Gula 1 kg Garam 3 sudu besar Buah keras 1.00 (dikisar halus) Biskut bijan kg (direndam dan dilenyekkan) Minyak kelapa kg Cara-cara untuk memasak : 1. Mula-mula panaskan minyak kelapa hingga cukup panas ,kemudian masukkan lada kering yang sudah dikisar dan goring hingga garing. 2. Masukkan garam dan gula secukup rasa dan goring hingga sebatui. 3. Masukkan udang kering yang sudah dikisar halus. Gaul dan dimasak hingga sebati dengan lada selama 45 minit dengan api yang perlahan. 4. Kemudian masukkan biskut yang sudah dihancurkan ke dlm lada dan udang. 5. Masukkan buah kering yang dikisar lumat ked lm bancuhan tadi di dalam kuali. 6. Dan akhir sekali,masak hingga warnanya merah tua.

Anda mungkin juga menyukai