Anda di halaman 1dari 1

Petah Bicara (Vandalisme) Selamat sejahtera saya ucapkan kepada Tuan Pengerusi Majlis , guru-guru serta rakanrakan saya

sekalian. Berdirinya saya di sini adalah untuk menyampaikan ucapan yang bertajuk Vandalisme dalam kalangan murid sekolah. Menurut Kamus Dewan, vandalisme bermaksud perbuatan membinasakan atau merosakkan harta benda awam atau persendirian. Kegiatan vandalisme semakin berleluasa dan haruslah dihentikan dengan segera. Rata-ratanya perbuatan ini dilakukan oleh beberapa kategori remaja. Kategori pertama ialah remaja yang hanya ingin mengecapi keseronokan. Pelajar atau remaja suka menyalahgunakan pemadam cecair untuk menconteng meja, dinding dan tandas sekitar sekolah. Kategori kedua pula ialah remaja yang dilamun cinta. Meraka suka manconteng nama pasangan masing-masing. Kononnya untuk meninggalkan kenangan yang manis. Kategori terakhir ialah golongan remaja yang mengalami konflik jiwa yang hebat. Contohnya, remaja yang hidup dalam keadaan kesempitan wang akan melakukan vandalism untuk melepaskan tekanan hidup. Tetapi kalau betul tidak mempunyai wang untuk hidup, kenapa pula boleh membeli kad prabayar dan rata-ratanya, murid sekolah memiliki telefon bimbit yang canggih seperti Samsung, LG dan Sony. Oleh itu, kalau anda melakukan kegiatan vandalisme bermaksud anda termasuk dalam 3 kategori yang saya nyatakan tadi. Jadi segeralah berubah sebelum nasi menjadi bubur. Vandalisme membawa keburukan kepada masyarakat kerana perbuatan ini mencemarkan tempat tumpuan orang ramai. Kerosakkan akibat vandalisme menelan wang yang banyak untuk membaikinya. Dari manakah datangnya wang itu? Duit tersebut hasil daripada titik peluh ibu bapa kita yang bekerja keras untuk membayar yuran PIBG. Walaupun selama ini perbuatan vandalisme tidak dianggap sebagai jenayah dan tidak ada peruntukkan undang-undang. Tetapi remaja yang didapati melakukan kesalahan vandalisme seharusnya didenda supaya menjadi pengajaran kepada murid lain. Kesimpulannya, gejala vandalisme haruslah dibendung dangan segara supaya tidak menjadi duri dalam daging.

Anda mungkin juga menyukai