Anda di halaman 1dari 12

ULASAN BUKU

1.0 Pendahuluan.

Setelah menerima tugasan Tamadun Islam dan Tamadun Asia daripada Ustazah Mukarramah binti Ibrahim, saya mengambil masa selama dua minggu untuk mencari buku yang sesuai bagi tugasan tersebut. Akhirnya saya berjaya mencari buku yang sesuai dan tajuknya telah menarik minat saya untuk membeli dan seterusnya mengulas buku tersebut.

2.0 Pengenalan Buku

Nama Buku

Adab Muslim En Jaafar bin Salleh Mulia Terang Sdn Bhd Mulia Cetak Sdn Bhd 2010 978-967-5586-09-5 RM 17.00 245 Halaman yang bercetak termasuk kulit

Ditulis/ Disusun : Penerbit Dicetak Oleh Tahun Terbit No ISBN Harga Mempunyai : : : : : :

Buku yang ditulis adalah berbentuk ilmiah. Pengulas : HALIFAH BINTI SIDEK

3.0 Ringkasan kandungan daripada buku ini.

Seorang muslim tentunya memiliki wawasan hidup masa depannya. Dan wawasan itu pastinya berdasarkan al-Quran dan Sunnah Rasulullah S.A.W. Bagi mencapai matlamat itu maka digariskan Adab Muslim dan agendanya sebagai satu disiplin yang perlu ada bagi setiap individu Muslim. Buku yang ditulis lebih memfokuskan amalan yang mempeka adab luhur sebagai agenda bagi mengisi keperibadian seseorang itu untuk mencapai ketaqwaan disisi Allah S.W.T. Untuk itu bagaimana Adab Muslim ini dapat dijadikan amalan hidup kita? Tentunya perlu kepada petunjuk maka buku ini menyajikan jadual masa yang terancang bukan sahaja dari sudut ibadahnya tetapi amalan zikir dan doa harian yang perlu diamalkan dari keutamaan ibadah-ibadah sunnah yang dilakukan oleh Rasulullah S.A.W.

4.0 Skop yang diulas.

Memandangkan buku agak tebal, jadi saya memperincikan ulasan saya kepada dua bab yang utama iaitu Bab 1 bertajuk Masa Keutamaan untuk Ibadah dan Bab 2 iaitu Adab-Adab Harian.

Dalam bab 1, penulis telah membincangkan masa keutamaan untuk beribadah dengan mengadakan jadual harian . Dalam bab ini, penulis telah menerangkan jadual harian dari mula bangun dari tidur sehingga persiapan menjelang tidur yang perlu diikuti oleh orang-orang Islam yang ingin menjadi seorang muslim sejati. Sebagai seorang Muslim, dia wajib mempunyai jadual hidup harian supaya kerja-kerja yang berkaitan dengan dunia dan akhirat dilaksanakan dengan baik dan tidak membuang masa dengan kerja-kerja yang tidak berfaedah.

Dalam bab 2, penulis telah membincangkan tentang adab-adab harian yang perlu diikuti oleh seorang muslim. Terdapat 27 adab yang telah ditulis oleh penulis yang boleh dijadikan garis panduan kepada orang Islam yang ingin menjadi seorang muslim yang sejati. Sebagai seorang Islam, selain daripada mempunyai akhlak yang baik, dia juga perlu menjaga adabnya pada setiap masa dan setiap perkara yang dilakukan. Sebenarnya ada banyak lagi adab yang perlu kita amalkan tetapi penulis telah menulis hanya 27 adab sahaja dalam buku ini.

Penulis ingin menyampaikan kepada pembaca bahawa bukan mudah untuk menjadi seorang muslim yang sejati. Banyak perkara yang perlu kita lakukan sama ada perkara yang sunat, yang wajib dan perkara yang dipertanggungjawabkan kepada kita.

Setelah membaca dan meneliti kepada keseluruhan buku ini, terdapat beberapa kekuatan dan kelemahan yang terdapat pada buku ini.

Penulis telah memilih tajuk buku yang sesuai dengan isi kandungan yang ingin disampaikannya. Gambar laut yang dipersembahkan pada kulit muka depan adalah bertepatan dengan tajuk kerana untuk menjadi seorang muslim yang sejati kita perlu mengharungi pelbagai rintangan dan godaan yang melaut banyaknya. Tajuk Adab Muslim Membentuk Peribadi Solehin, Memiliki Jiwa Muqarabbin, Meraih Sakinah Dalam Kehidupan Ini. Grafik dan warna pada tulisannya adalah menarik yang mana ia telah menarik perhatian saya untuk membeli buku tersebut. Saya yakin, pembaca juga akan tertarik dengan persembahan kulit buku tersebut yang mempunyai auranya tersendiri dan terus untuk memilikinya.

Sumbangan buku ini wajar dibaca oleh semua umat muslimin jika beliau ingin menjadi muslim yang sejati. Bagi pembaca yang telah mengamalkan adab tersebut, ia adalah sebagai mengulangkaji ilmu dan bagi mereka yang baru untuk mengamal adalah digalakkan untuk membaca buku ini kerana banyak panduan yang telah disampaikan oleh penulis. Daripada tajuk-tajuk yang dibincangkan, para pembaca tidak akan menghadapi sebarang masalah kerana penulis telah menulis dengan menggunakan ayat-ayat yang ringkas dan mudah difahami. Penulis juga telah menyelitkan beberapa potongan ayat-ayat A-Quran, doa dan hadis bagi menguatkan isi yang telah disampaikan supaya pembaca boleh mengamalkan adab berserta dengan bacaan doanya sekali.

Buku ini wajar dibaca oleh semua golongan masyarakat terutama golongan kanak-kanak, orang remaja, orang dewasa dan golongan orang tua. Penulis juga telah menyampaikan isi kandungan tulisannya dengan terperinci di mana dengan membaca buku ini sahaja, jika kita mengamalkannya, ia telah melayakkan diri kita sebagai seorang mukmin yang sejati. Penulis telah berjaya menerangkan bagaimana adab-adab perlu dilaksanakan dengan langkah demi langkah yang mudah difahami sebagai contoh dalam bab 2, adab berdoa. Penulis telah menerangkan bagaimana cara-cara berdoa dengan betul, syarat-syarat yang boleh dimakbulkan doa seseorang dan masa yang baik untuk berdoa.

Melalui buku ini, penulis telah berjaya menginsafkan para pembaca terutama sekali adalah saya sendiri kerana dengan membaca buku ini saya telah mendapati bahawa saya masih lagi kekurangan dalam ilmu keagamaan Islam dan banyak adab-adab yang tidak saya ketahui atau telah saya lupai. Dengan membaca buku ini juga ia telah sedikit sebanyak menginsafkan saya tentang perlunya saya mengamalkan adab-adab yang sepatutnya diamalkan oleh seorang muslim.

Setelah diteliti dengan terperinci terhadap buku ini, terdapat beberapa kelemahan pada buku ini yang perlu dibaiki supaya ia menjadi sebuah buku yang boleh dibanggakan oleh penulisnya.

Terdapat banyak ejaan yang salah pada penulisan buku ini. Saya mendapati lebih daripada 100 perkataan yang salah dieja pada buku ini. Terdapat juga pembinaan ayat yang kurang tepat dan penggunaan tatabahasa yang tidak betul. Sebagai seorang penulis yang ingin menyampaikan sesuatu maklumat dalam penghasilannya, dia haruslah membuat semakan terhadap ejaan, tatabahasa dan ayat yang betul sebelum membuat cetakan dan seterusnya menerbitkan buku tersebut.

Dengan kesalahan-kesalahan kecil seperti ini telah menyebabkan minat pembaca untuk meneruskan pembacaannya akan menjadi terbantut dan seterusnya hilang minat untuk membaca pada tajuk yang seterusnya. Oleh itu maklumat yang ingin disampaikan kepada pembaca tidak tercapai dan pembaca akan merasa rugi dengan membeli buku tersebut. Walaupun terdapat kesilapankesilapan yang dinyatakan, namun ia tidaklah mencacatkan keseluruhan isi kandungan buku ini.

Mutu buku ini adalah sederhana dan boleh penambahbaikan dengan memasukkan beberapa contoh-contoh yang sesuai dengan masalah kehidupan seharian supaya pembaca mendapat iktibar dari masalah kehidupan seharian. Dengan contoh-contoh yang sesuai juga dapat menguatkan kefahaman pembaca dengan keperluan-keperluan adab seorang muslim.

Penulis juga perlulah mencari inisiatif ataupun altenatif yang sesuai bagi menghasilkan buku yang menarik perhatian pembaca sebagai contoh perlulah menulis dengan menggunakan tulisan yang berwarna bagi tulisan ayat suci AlQuran, hadis-hadis dan doa-doa pilihan supaya ia lebih menarik dan lebih terang
5

untuk dibaca. Di dalam buku ini saya dapati tulisan yang digunakan tidak terang dan agak kabur. Ia telah menyukarkan pembaca untuk membacanya.

Untuk menjadikan buku ini lebih baik dan menarik minat pembaca, penulis boleh menyertakan gambar-gambar yang sesuai bagi menerangkan pada sesuatu tajuk contoh adab berpakaian bagi lelaki dan wanita. Penulis bolehlah memasukkan gambar cara berpakaian bagi wanita muslimin dan cara berpakaian bagi lelaki muslim . Dengan adanya gambar-gambar tersebut, pembaca akan lebih memahami dan secara tidak lansung akan menjadikan buku itu lebih menarik.

Tiada bahan rujukan yang terdapat dalam buku ini. Pada pendapat saya, penulis merupakan seorang yang mempunyai ilmu agama yang tinggi kerana penghasilan buku beliau tanpa merujuk daripada mana-mana buku. Kemungkinan juga penulis merupakan seorang yang tidak bertanggungjawab kerana mengambil mana-mana penulisan orang lain untuk dimuatkan dalam penghasilan buku ini.

Secara keseluruhannya, buku ini masih boleh menarik perhatian pembaca. Ada beberapa perkara yang boleh dipertingkatkan supaya ia menjadi sebuah buku yang lebih menarik. Apabila kita menghasilkan buku ilmiah yang berbentuk agama, rata-rata pembaca kurang berminat untuk membaca. Jadi sebagai seorang penulis, kita harus bijak menyusun isi-isi, hujah-hujah yang bernas, contoh-contoh yang sesuai, kejelasan dan susunan yang betul terhadap diri pembaca. supaya menjadikan ia lebih menarik dan dapat meninggalkan kesan yang mendalam

REFLEKSI

Syukur, saya telah dapat melaksanakan kerja kursus Tamadun Islam dan Tamadun Asia WAJ 3102 bertajuk Ulasan Buku mengikut perancangan. Melalui kerja kursus ini banyak perkara yang telah saya pelajari disepanjang saya menyiapkan tugasan tersebut. Sebagai warga pendidik, saya telah mendapat banyak ilmu yang berguna berkenaan tajuk tugasan yang telah diberikan. Melalui pembacaan dan pencarian bahan dari pelbagai sumber, secara tidak lansung telah menambahkan ilmu pengetahuan dan maklumat-maklumat yang berguna kepada saya. Ia juga telah menjadikan saya sorang yang rajin membaca buku. Ulasan buku yang telah saya laksanakan, ia telah menjadikan saya seorang yang boleh berfikir secara logik dan menjadikan saya seorang yang berani berhujah dengan fakta-fakta yang kukuh dan dapat memberikan idea-idea dan pendapat yang boleh digunapakai oleh orang lain. Melalui tugasan ini juga ia telah menjadikan saya seorang yang sangat menghargai masa kerana saya perlu menyiapkan tugasan mengikut waktu yang telah ditetapkan. Banyak kekangan yang saya lalui untuk menyiapkan tugasan ini, antaranya ialah bebanan tugas sebagai seorang guru di sekolah, tugas sebagai seorang isteri, tugas sebagai seorang ibu dan tugas sebagai seorang pelajar. Oleh yang demikian, saya perlu bijak mengurus masa supaya semua urusan dapat dilaksanakan dengan sempurna. Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah-pensyarah Pendidikan Islam & Moral terutama kepada Ustazah Mukarramah binti Ibrahim yang telah banyak memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada saya dalam menyiapkan tugasan ini. Begitu juga ucapan terima kasih kepada rakan-rakan kelas matematik
8

yang banyak membantu dan memberikan idea-idea yang boleh dimuatkan dalam tugasan. Dengan siapnya tugasan ini, ia telah memberikan saya banyak pengalaman dan info-info yang berguna mengenai Tamadun Islam dan Tamadun Asia.

10

11

12