Anda di halaman 1dari 16

BAGAIMANA INGIN MENDAPAT KEJAYAAN CEMERLANG?

Intensif Cemerlang Bahasa Melayu UPSR 2010

Nota Ceramah 2010.

KUASAI SEMUA TAJUK TATABAHASA...


1 hingga 30

MORFOLOGI DAN SINTAKSIS


31 hingga 40

2 PETIKAN PELBAGAI FORMAT A


Pintar berbahasa membetulkan yang biasa, membiasakan yang betul. Isikan tempat-tempat kosong dengan pilihan jawapan yang paling sesuai.

Encik Amiruddin menunggu anaknya di stesen bas sejak dari pukul 10.00 pagi. (salah) Encik Amiruddin menunggu anaknya di stesen bas sejak pukul 10.00 pagi. (betul) Semenjak dari hari itu, dia tidak pernah lagi datang ke sini, kata Haikal kepada Alif. (salah) Semenjak hari itu, dia tidak pernah lagi datang ke sini, kata Haikal kepada Alif. (betul)
{Gugurkan perkataan dari kerana perkataan sejak/semenjak dan dari adalah kata sendi yang sama maksud}

dari

akan

kepada

daripada

tentang

1. Adik Munirah terlalu sayang ...... ikan-ikan emas peliharaannya. Jawapannya : _____________ 2. Sumbangan makanan kering itu telah disampaikan ...... mangsa-mangsa tsunami. Jawapannya : _____________

3. Bangunan muzium itu adalah peninggalan ...... zaman Kesultanan Melayu Melaka. Jawapannya : _____________

4. Berhati-hatilah di jalan raya untuk mengelakkan diri ...... ditimpa kemalangan yang ngeri. Jawapannya : _____________ 5. Pihak kerajaan senantiasa mengambil berat ...... kebajikan golongan warga emas di negara ini. Jawapannya : _____________

Disediakan oleh: Guru Bahasa Melayu

Nota Ceramah 2010.

B
1

Pilih kata nama am atau kata nama khas yang paling sesuai untuk mengisi tempat kosong. Nur Fadhilah menaiki Feri __________ untuk pergi ke Pulau Langkawi. A Komuter C Langkasuka B Limousin D Transnasional Tempoyak ialah sejenis makanan yang dibuat daripada __________. A B nanas durian C D nangka rambutan 8 6 Setiap hari Hairullah dan adiknya menunggang __________ pergi ke sekolah. A beca C basikal B pedati D motosikal Alias mengikat sebilah pisau pada galah buluh itu untuk mengambil jantung __________. A B pinang kelapa C D pisang jagung

__________ merupakan satu daripada model yang dipasarkan oleh Proton Edar. A Rusa C Citra B Waja D Kelisa Encik Hamdan masih menggunakan pengimbas __________ yang sudah berusia lima tahun. A Wira 1.5GLI C Unser 1.8 GLX B Yamaha 125Z D Cannon FB 630P Chef Zuraini gemar menggunkan minyak masak ________ untuk setiap resipi lauk-pauk yang disediakannya. A Caltex C Vesawit B Dumex D Johnsons

Setinggi-tinggi __________ terbang, akhirnya hinggap di belakang kerbau juga. A pipit C merpati B kenari D bangau Usman Awang ialah antara __________ yang terkenal di negara kita. A novelis C jutawan B seniman D wartawan Ayah dan emak Abdul Jamil telah berangkat ke __________ untuk menunaikan umrah selama sepuluh hari. A Turki C Mekah B Mesir D Baghdad

10

D
1

Pilih penjodoh bilangan yang paling sesuai untuk mengisi tempat kosong di bawah ini.

Zahid mendeklamasikan beberapa __________ sajak sempena sambutan Hari Guru 2005. A untai C buah B baris D lembar Beberapa __________ air matanya berguguran setelah menerima keputusan UPSR. A titis C jalur B butir D gumpal Baru makan dua __________ sambal belacan sudah terasa pedasnya. A cubit C colek B sudu D genggam Di langit kelihatan beberapa ________ awan hitam sebagi tanda hari hendak hujan. A B kepul kepal C D timbun longgok

__________ lebah membuat sarang di pohon getah tua itu. A sekomplot C sekumpulan B sepasukan D segerombolan Masukkan beberapa hiris bawang putih dan se __________ serbuk kari ke dalam gulai itu. A sudu C longgok B cubit D bungkus Bererapa __________ darah ayam di atas meja itu dilapnya dengan se __________ kain basah. A titik ... helai C colek ... lembar B titis ... keping D tompok ... carik Ibu menghadiahi saya se __________ subang dan se __________ rantai emas. A B butir ... utas buah ... urat C D bentuk ... urat pasang ... utas

Puan Aini membacakan se __________ pantun sebelum mengakhiri ucapannya. A jeda C buah B baris D rangkap

10

Beberapa __________ pukat dimasukkan ke dalam __________ kotak oleh Pak Karim. A helai ... sebiji C rawan ... sebuah B buah ... sebutir D pasang ... seketul

Disediakan oleh: Guru Bahasa Melayu

Pintar berbahasa membetulkan yang biasa, membiasakan yang betul. Sisipkan imbuhan memper- atau memper ...kan pada kata akar yang disediakan .

Nota Ceramah 2010.

Datin Suraya memperluaskan perniagaan fabrik batiknya ke Sabah dan ke Sarawak. (salah) Datin Suraya memperluas perniagaan fabrik batiknya ke Sabah dan ke Sarawak. (betul)
{Apitan memper ... kan menerima kata nama dan kata kerja, awalan memper- menerima kata adjektif}

Para pekerja Jabatan Kerja Raya sedang memperlebarkan jalan utama menuju ke Kuala Selangor. (salah) Para pekerja Jabatan Kerja Raya sedang memperlebar jalan utama menuju ke Kuala Selangor. (betul)
{Apitan memper ... kan menerima kata nama dan kata kerja, awalan memper- menerima kata adjektif}

1. Model itu sedang ...... pakaian yang berasaskan fabrik batik asli tenun Terengganu (raga) Jawapannya : _______________________

2. Cikgu Hajah Norlian sedang ...... carta penulisan Bahasa Melayu kepada murid-muridnya. (lihat) Jawapannya : _______________________ 3. Pihak kerajaan negeri Terengganu sedang ...... jalan menuju ke kawasan Hutan Lipur Sekayu. (lebar) Jawapannya : _______________________ 4. Pihak pemaju perumahan sedang ...... longkang di kawasan itu bagi mengelak banjir kilat berlaku. (dalam) Jawapannya : _______________________

5. Kita perlu ...... usaha dan kesungguhan untuk memperoleh pencapaian akademik yang gemilang. (tingkat) Jawapannya : _______________________

F
1

Pilih kata ganti nama yang paling sesuai untuk mengisi tempat kosong di bawah ini.

Zaleha pergi ke pasar bersama-sama anaknya. __________ membeli pelbagai jenis barangan. A Dia C Beliau B Kalian D Mereka Cikgu bolehkah __________ pergi berjumpa dengan ketua pengawas, kata Farhana. A aku C kami B kita D saya Semua anak buahnya sayang akan mak long kerana __________ baik hati dan pemurah. A anda C kalian B awak D beliau Di manakah __________ simpan buku cerita itu? tanya kakak kepada Muhammad Anwar. A B kita kami C D saya awak

__________ akan berusaha untuk menjuarai kejohanan ini, tuanku, kata ketua kontijen itu. A Beta C Hamba B Patik D Tuanku Maktab Rendah Sains Mara yang baru dibina itu terletak tidak jauh dari __________. A ini C situ B sini D sana Hanisah __________ tertib ketika menghidangi pelanggannya makanan yang dipesan. A sini C begini B situ D begitu Dia tidak tahu __________ tentang pertukaran pegawai pelajaran itu ke Pantai Timur. A B bila-bila apa-apa C D siapa-siapa mana-mana

________ berasa sungguh gembira kerana dapat bertemu dengan rakyat, titah Raja Perlis. A Beta C Hamba B Patik D Tuanku

10

Murid-murid ditegah meletakkan basikal mereka di __________ yang mereka mahu. A bila-bila C siapa-siapa B apa-apa D mana-mana

Disediakan oleh: Guru Bahasa Melayu

Nota Ceramah 2010.

G
1

Pilih perkataan yang paling sesuai untuk mengisi tempat kosong di bawah ini.

Puan Hidayah sedang __________ ubi keledek di dapur. A merebus C menanak B menyalai D menjerang Cik Farhana __________ tepak sirih tembaga itu sehingga berkilat semula. A mencuci C menggilap B mengelap D membasuh Lampu belakang kereta Kancil itu pecah kerana di __________ oleh sebuah lori. A gilis C rempuh B lanyak D senggol Beberapa ekor anak harimau bintang sedang __________ di bawah pokok ara. A B bermain bergurau C D bercanda bersenda

Budak lelaki itu __________ lidahnya kepada adik saya. A menjelirkan C menjalarkan B melunjurkan D menghulurkan Nenek Milah __________ air dari kolam untuk menyiram pokok bayam. A mengaut C mencebok B menyauk D menceduk Suaranya yang __________ itu menandakan ia sudah dewasa. A serak C garau B merdu D nyaring Pokok kobis mesti ditanam __________ supaya pokoknya hidup subur. A B beratur-atur berbaris-baris C D bertindih-tindih bersusun-susun

Segala nasihat daripada Ustaz Mohammad Ali begitu berkesan dan masih __________ dalam hatinya sehingga kini. A B terjalin terlekat C D tersemat termaktub

10

Kepingan-kepingan isi kelapa itu __________ beberapa hari untuk dikeringkan sebelum dijual kepada para pembeli. A B disalai dibakar C D diperam dipanggang

H
1

Pilih kata hubung yang paling sesuai untuk mengisi tempat kosong di bawah ini.

__________ malam telah larut, Zulaikha masih belum pulang. A B Kerana Apabila C D Meskipun Semenjak

Mohammad Farid membuka buku nota Bahasa Melayu, __________ membacanya. A B lalu atau C D untuk selagi

Kita mesti bersikap amanah __________ tidak dibenci oleh kawan-kawan. A kerana C supaya B apabila D walaupun __________ menunggu nasi masak, Mak Milah mencuci pinggan mangkuk. A B Untuk Kerana C D Selepas Sementara

__________ kebakaran itu berlaku, Encik Halim sekeluarga tiada di rumah. A Jika C Tatkala B Kerana D Setelah Lawatan ________ belajar ke Taman Botani, Putrajaya akan diadakan pada minggu depan. A B untuk sambil C D kerana apabila

__________ hujan lebat, kedua-dua pasukan tetap meneruskan perlawanan bola sepak itu. A Sebab C Sekiranya B Kecuali D Walaupun Penduduk Desa Banjar Jaya diarahkan supaya berpindah segera __________ air Sungai Perak semakin naik. A lalu C supaya B kerana D walaupun

__________ kejadian itu, hatinya sentiasa tidak tenteram dan tenang. A Selagi C Semenjak B Apabila D Sementara Kakak Nurul Aina mengucapkan selamat tinggal __________ mengesat air matanya ketika dia hendak berangkat ke Tanah Suci. A maka C sambil B tetapi D malahan
Disediakan oleh: Guru Bahasa Melayu

10

Nota Ceramah 2010.

Pintar berbahasa membetulkan yang biasa, membiasakan yang betul. Isikan tempat-tempat kosong dengan pilihan jawapan yang paling sesuai.

Siapakah yang suka membuang sampah sarap di kawasan padang badminton ini. (salah) Siapatah yang suka membuang sampah sarap di kawasan padang badminton ini. (betul)
{Kata penegas (partikel) -tah digunakan untuk menegaskan ayat penyata dan menyatakan situasi tidak sabar} {Kata penegas (partikel) -kah, -lah, dan -tah digunakan untuk menegaskan frasa predikat (cerita) sahaja}

Bilatah agaknya abang saya akan melangsaikan hutang-hutang lapuknya pada bank itu? (salah) Bilakah agaknya abang saya akan melangsaikan hutang-hutang lapuknya pada bank itu? (betul)
{Kata penegas (partikel) -kah digunakan untuk menegaskan ayat tanya dan menegaskan ayat seruan} {Kata penegas (partikel) -kah, -lah, dan -tah digunakan untuk menegaskan frasa predikat (cerita) sahaja}

1. Apa ...... yang kamu bawa di dalam beg plastik itu? (-kah, -lah, -tah) Jawapannya : ________

2. Pak Cik itu ...... yang telah menghantar saya ke klinik semalam. (-kah, -lah, -tah) Jawapannya : ________ 3. Siapa ...... yang gemar main layang-layang di kawasan lapang itu. (-kah, -lah, -tah) Jawapannya : ________ 4. Buat ...... seperti yang telah dirancangkan jika kamu ingin berjaya. (-kah, -lah, -tah) Jawapannya : ________

5. Oh, alang ...... bertuahnya kamu kerana mempunyai keluarga yang bahagia! (-kah, -lah, -tah) Jawapannya : ________

J
1

Salin ayat-ayat di bawah ini semula dengan menggunakan kata sendi yang betul.

Oleh kerana terlalu letih bekerja, Abdul Halim tertidur di sofa itu. ______________________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________________

Lukisan potret wajah artis terkenal itu ada dengan Encik Raisudin. ______________________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________________

Di masa kejadian itu, Intan masih kecil dan tidak tahu apa-apa lagi. ______________________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________________

Novel yang dibaca oleh kakak itu berkisar sebab pergolakan jiwa remaja. ______________________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________________

Saya datang daripada Kuala Pilah, kata pemuda itu memperkenalkan dirinya. ______________________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________________

Disediakan oleh: Guru Bahasa Melayu

Nota Ceramah 2010.

K
1

Pilih kata bilangan yang paling sesuai untuk mengisi tempat kosong di bawah ini.

Saya bertolak dari rumah ke pejabat pada pukul enam pagi __________ hari. A suatu C tiap-tiap B semua D banyak-banyak Di dalam kotak merah itu terdapat __________ biji limau yang sudah busuk. A B setiap semua C D pelbagai beberapa

Taklimat itu diadakan khas untuk __________ pelajar yang baru mendaftar di kolej itu. A tiap C seorang B para D setengah Anak saya yang __________ sering mendapat markah tertinggi dalam semua mata pelajaran. A B kesatu pertama C D satu-satunya kedua-duanya

Pencemaran berlaku kerana sikap __________ kecil individu yang tidak bertanggungjawab. A B seluruh seorang C D beberapa sebilangan

__________ orang tidak suka makan ikan laut selepas bencana tsunami melanda Asia. A B Semua Separuh C D Setengah Sesetengah

Cikgu Imran telah memanggil _________ orang murid yang bergaduh untuk berjumpa dengan Guru Besar. A kedua C kedua-dua B berdua D berdua-dua Wakil penduduk Taman Rantau Panjang akan mengemukakan __________ masalah tentang taman mereka kepada pihak pemaju esok . A B suatu segala C D bahagian seperdua

__________ pendatang yang masuk ke negara ini dikehendaki memiliki visa yang sah dari segi undang-undang Imigresen Malaysia. A Setiap C Beberapa B Setengah D Sebahagian Sebanyak __________ buah rumah teres telah hangus terbakar di Desa Seri Damai pagi tadi, kata Ketua Polis Balai kepada pemberita. A B seluruh sepuluh C D setengah sebahagian

10

Pintar berbahasa membetulkan yang biasa, membiasakan yang betul. Isikan tempat-tempat kosong dengan pilihan jawapan yang paling sesuai.

Emak Rahimah menghidangi kami sepinggan goreng pisang rangup pada petang itu. (salah) Emak Rahimah menghidangi kami sepinggan pisang goreng rangup pada petang itu. (betul)
{Hukum D-M yang betul, pisang goreng sebab yang diterang ialah pisang dan yang menerang ialah goreng}

Encik Mutusamy bekerja di Mini Estet Ulu Bernam sudah hampir dua puluh tahun. (salah) Encik Mutusamy bekerja di Estet Mini Ulu Bernam sudah hampir dua puluh tahun. (betul)
{Hukum D-M yang betul, estet mini sebab yang diterang ialah estet dan yang menerang ialah mini}

1. Pemandu ...... itu sudah berkhidmat dengan syarikat tesebut hampir sepuluh tahun. (bas mini, mini bas) Jawapannya : _______________________

2. Emak menggunakan lima sudu teh ...... dalam masakan itu untuk menambah rasa pedas. (cili sos, sos cili) Jawapannya : _______________________ 3. Nurliyana Husna membeli sayur-sayuran itu di ...... Sekupang petang semalam . (Mini Market, Market Mini) Jawapannya : _______________________ 4. Satu rampasan ...... telah berjaya dilakukan oleh pihak kastam Kelantan. (mercun terbesar, terbesar mercun) Jawapannya : _______________________ 5. Encik Sani menghadiahi isterinya sehelai ...... yang bersulamkan benang emas. (mini telekung, telekung mini) Jawapannya : _______________________

Disediakan oleh: Guru Bahasa Melayu

Nota Ceramah 2010.

M
1

Salin ayat-ayat di bawah ini semula dengan menggunakan kata pemeri yang betul.

Jamuan ini ...... untuk meraikan tetamu khas ayah dan emak saya. (adalah, ialah) ______________________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________________

Congkak ...... satu daripada permainan tradisional masyarakat Melayu. (adalah, ialah) ______________________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________________

Komputer multimedia yang baru itu ...... hadiah hari ulang tahun kelahiran kakak. (adalah, ialah) ______________________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________________

Antara perkara yang dibincangkan dalam mesyuarat itu ...... masalah disiplin murid-murid. (adalah, ialah) ______________________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________________

Perbuatan merosakkan harta benda awam ...... salah dan boleh diambil tindakan mahkamah. (adalah, ialah) ______________________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________________

N
1

Pilih kata berimbuhan yang paling sesuai untuk mengisi tempat kosong di bawah ini.

Tunku Abdul Rahman dikenali sebagai Bapa __________ Malaysia. A Merdeka C Pemerdekaan B Kemerdekaan D Memerdekakan Api merebak dengan pantas akibat litar pintas __________ elektrik. A B pendawai didawaikan C D pendawaian mendawaikan

Para belia perlu ______ peranan yang positif dalam melaksanakan sesuatu program. C memainkan A mainan D mempermainkan B bermain Encik Shahrin melanjutkan pelajarannya untuk ______ bidang perniagaan. A B mendalam mendalami C D pendalaman mendalamkan

Semua murid tahap dua __________ dalam aktiviti kokurikulum pada petang ini. A terlibat C libatkan B melibat D melibatkan Badan lelaki tua itu kurus kerana __________ akibat penyakit yang dihidapinya. A deritai C deritakan B dideritai D menderita Harta peninggalan jutawan dari negara Mesir itu __________ mencapai kepada tiga puluh juta dollar Amerika. A B ditaksiri taksiran C D menaksir ditaksirkan

Pihak sekolah telah ______ tentang kejadian yang menimpa seorang daripada muridnya. A beritahu C terberitahu B diberitahu D memberitahu Saya akan ______ perkara yang mengaibkan ini kepada ketua pasukan kita. A pemanjangan C berpanjangan B dipanjangkan D memanjangkan Orang ramai sering diingatkan dan dinasihatkan supaya berhati-hati __________ tetamu yang tidak dikenali. A B terima diterima C D menerima penerimaan

10

Disediakan oleh: Guru Bahasa Melayu

Nota Ceramah 2010.

O
1 I II III IV A B C D 2 I II III IV A B C D 3 I II III IV A B C D

. Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.

Seluar yang dipakai oleh Pak Hamid itu agak singkat sedikit. Sungai di kampung itu sungguh singkat airnya sejak bulan lepas. Para penculik itu singkat pemikirannya, kata pihak polis kepada kami. Lawatan Yang Berhormat Ahli Parlimen Teluk Intan ke kampung kami singkat saja. I dan III sahaja III dan IV sahaja I, III dan IV sahaja I, II, III dan IV Kawasan perumahan setinggan di pinggir kota itu terlalu sesak. Pesakit asma biasanya mengalami sesak nafas, jelas Doktor Ramli. Stadium itu penuh sesak dengan ribuan peminat bola sepak tanah air. Sikap boros menyebabkan dia selalu sesak walaupun gajinya lumayan. II dan III sahaja I, II dan III sahaja II, III dan IV sahaja I, II, III dan IV Kakak sedang membantu ibu parut kelapa di dapur. Parut pada pohon durian di belakang rumah itu masih baru. Parut kelapa itu masih elok walaupun telah lima tahun kami gunakan. Siti Sarah dapat menghilangkan parut di wajahnya setelah mencuba petua opah. I dan III sahaja I dan IV sahaja I, II dan IV sahaja II, III dan IV sahaja

Disediakan oleh: Guru Bahasa Melayu

Nota Ceramah 2010.

Baca petikan di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab semua soalan yang disediakan.

Aku telah dibesarkan dalam kemewahan. Setiap permintaanku pasti akan dipenuhi oleh ayah dengan senang hati. Namun, segala-galanya berubah setelah aku ditugaskan di sebuah sekolah rendah yang terletak di kawasan pedalaman, di Ulu Terengganu. Aku mengenali Ariffin setelah mengajar di kawasan pedalaman itu. Ariffin murid yang pintar. Setiap kali masuk ke dalam kelas, aku pasti akan memandang ke arah Ariffin. Wajahnya seiras adik bongsuku. Pada pagi Isnin itu, aku mengambil kedatangan murid-muridku. Aku mendapati Ariffin tidak hadir ke sekolah. Pada mulanya, aku tidak menyangka apa-apa. Maklumlah dalam musim kemarau begini, banyak murid yang demam. Namun, setelah tiga hari berturut-turut Ariffin tidak hadir, hatiku mula berasa ragu dan bimbang. Ada sesiapa yang tahu mengapa Ariffin tidak hadir? tanyaku kepada murid-murid Tahun Enam Cempaka. Zainal selaku ketua kelas, mengangkat tangannya, Kamu tahu, Zainal? tanyaku lembut. Ya, cikgu. Ariffin tidak hadir ke sekolah kerana neneknya sakit, jelas Zainal. Pada petang itu, cuaca cerah. Aku pergi ke rumah Ariffin untuk mengetahui keadaan sebenar. Zainal menjadi jurupandu ke rumah Ariffin. Aku memandu kereta Proton Wiraku ke rumah Ariffin. Aku memandu dengan perlahan melalui jalan tanah merah sejauh tiga kilometer itu supaya tidak merosakkan jalan atau mengakibatkan debu berterbangan. Akhirnya kami tiba di hadapan sebuah rumah usang. Assalamualaikum, aku memberi salam. Tidak lama kemudian, kulihat Ariffin terpacul di muka pintu rumahnya. Dia terkejut melihat kedatanganku. Eh, Cikgu Taufik! Silalah naik, kata Ariffin. Sebaik sahaja naik, kulihat sekujur tubuh terbaring di ruang tamu rumah itu. Tubuh itu diselimuti dengan gebar yang sudah luntur warnanya. Siapa Ipin? tanya Nek Munah sambil matanya memandang ke arahku. Aku segera duduk di sebelahnya. Inilah Cikgu Taufik, nek. Cikgu Taufik inilah yang mengajar Ipin di sekolah, terang Ariffin. Terima kasih kerana mengajar cucu saya, cikgu, kata Nek Munah. Aku terharu melihat suasana itu. Aku berazam untuk membantu Ariffin. Aku mahu Ariffin dan Nek Munah turut sama merasai kesenangan yang kumiliki.

Mengapakah penulis pasti memandang ke arah Ariffin setiap kali masuk ke dalam kelas? A Kerana Ariffin selalu tidak hadir dan ponteng sekolah B Kerana Ariffin merupakan adik bongsu kepada penulis C Kerana Ariffin ialah seorang daripada anak muridnya yang pintar D Kerana wajah Ariffin mengingatkan penulis kepada adik bongsunya Pada hari apakah penulis dan Zainal pergi ke rumah Ariffin? A Isnin C Khamis B Rabu D Jumaat Mengapakah penulis hanya pergi ke rumah Ariffin pada sebelah petang? A B C D Pada sebelah pagi, penulis sedang bertugas Pada waktu pagi, penulis masih belajar di sekolah Pada sebelah pagi, penulis terpaksa menjadi jurupandu Zainal Pada waktu pagi, penulis terpaksa menyiapkan kerja-kerja rumah

Mengapakah penulis bersungguh-sungguh ingin pergi ke rumah Ariffin? A B C D Kerana dia menyangka Ariffin sengaja ponteng sekolah Kerana ingin melihat keadaan rumah dan keluarga Ariffin Kerana Ariffin ialah seorang daripada murid kesayangannya Kerana ingin mengetahui sebab sebenar Ariffin tidak hadir ke sekolah

Siapakah aku dalam petikan di atas? A B Ariffin Zainal C D Nek Munah Cikgu Taufik

Disediakan oleh: Guru Bahasa Melayu

Nota Ceramah 2010.

Baca petikan di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab semua soalan yang disediakan.

Tasik Kenyir merupakan empangan jana kuasa elektrik hidro terbesar di Malaysia yang meliputi kawasan seluas 369 kilometer persegi. Tasik ini juga merupakan destinasi pelancongan yang sangat menarik. Kawasan yang suatu ketika dahulu adalah kawasan hutan, kini telah menjadi sebuah tasik buatan manusia yang begitu luas bagi menghasilkan tenaga elektrik. Tasik Kenyir mempunyai lebih 300 buah pulau yang berasal daripada puncak-puncak bukit yang telah tenggelam. Sebanyak 30 batang sungai mengalir ke Tasik Kenyir. Perkataan Kenyir berasal daripada nama Sungai Kenyir. Sungai ini sudah menjadi sebahagian daripada tasik tersebut. Keunikan alam semula jadi tasik ini ialah tunjang-tunjang pokok mati yang berselerakan yang ditemui di sepanjang perjalanan. Keadaan ini seperti sebuah pengembaraan yang penuh cabaran yang terdapat dalam sesebuah filem. Kayu-kayu balak yang terapung seolah-olah raksasa yang menghuni dasar tasik. Namun, perasaan yang menyeramkan hilang apabila terdengar nyanyian merdu unggas serta deruan enjin bot. Memancing ikan air tawar adalah salah satu aktiviti pelancongan yang terkenal di sini. Ikan air tawar yang banyak menghuni di tasik ini seperti ikan baung, toman, sebarau, kelah, dan kelisa. Ikan kelah dan kelisa adalah antara ikan yang menjadi buruan para pemancing. Jungle tracking di kawasan hutan Tasik Kenyir juga adalah antara aktiviti yang mesti dilakukan. Malah Tasik Kenyir juga mempunyai 14 buah air terjun yang indah dengan deruan air yang memecah kesunyian hutan. Di kawasan tertentu di tasik ini juga sesuai untuk bermandi-manda dan berkelah. Jika ingin menikmati ikan bakar, pengunjung boleh memancing atau menangkap ikan dengan menggunakan penembak. Perjalanan mengharungi Tasik Kenyir memang mengasyikkan. Namun demikian, jangan terperanjat jika terserempak dengan binatang liar seperti harimau, seladang, dan tapir di sepanjang perjalanan. Bagi peminat burung pula, di dalam hutan sekitar tasik ini terdapat banyak spesies burung yang sukar dilihat di tempat-tempat lain. Namun dermikian, kita dilarang menangkap burung-burung ini jika tidak mendapat kebenaran daripada pihak PERHILITAN negeri Terengganu. Keunikan dan keindahan alam yang diceritakan ini hanya dapat dinikmati melalui khidmat perjalanan yang menyediakan kemudahan rumah dalam bot. Bot ini akan membawa para pelancong menjelajah dan menyusuri keindahan kawasan Tasik Kenyir. Tasik Kenyir ialah satu daripada destinasi pelancongan yang terkandung di dalam kalendar Cuti-cuti Malaysia.

Tujuan utama Tasik Kenyir dibina dan diwujudkan ialah A B untuk aktiviti pelancongan. sebagai destinasi pelancongan. C D sebagai empangan yang terbesar. untuk menghasilkan tenaga elektrik.

Bagaimanakah pulau-pulau wujud di Tasik Kenyir? A Berasal daripada tanah daratan B Berasal daripada bukit yang tenggelam

C D

Berasal daripada aliran 30 batang sungai Berasal daripada daratan yang diairi oleh tasik

Mengapakah perjalanan mengharungi Tasik Kenyir agak menyeramkan? A Pokok mati ditemui di sepanjang perjalanan B Terdapat raksasa yang menghuni dasar tasik C Terdapat tunjang pokok mati dan kayu balak yang terapung D Seperti pengembaraan yang terdapat dalam sesebuah filem Apakah aktiviti pelancongan yang terkenal di Tasik Kenyir? A Memancing ikan air tawar B Menyaksikan pelancong memancing C Menangkap ikan dengan menggunakan penembak D Menangkap ikan baung, toman, sebarau, dan kelah Apakah keistimewaan air terjun yang terdapat di kawasan hutan itu? A Alirannya memecah kesunyian hutan C Airnya jernih dan sejuk, terdapat banyak ikan B Sesuai untuk berkelah dan memancing D Aktiviti jungle tracking boleh dijalankan di situ

10

Disediakan oleh: Guru Bahasa Melayu

Nota Ceramah 2010.

Baca petikan di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab semua soalan yang disediakan.

Aku melihat ayah menarik nafas panjang sambil mengeluh dan menggeleng-gelengkan kepalanya. Ibu pula tunduk sahaja. Beberapa titis air mata membasahi pipinya. Aku tahu betapa hancurnya hati ibu dan ayah serta keluarga kami. Harapan yang selama ini diletakkan di atas bahu abang hancur lebur menjadi abu. Aku masih ingat pada petang itu seorang pegawai polis datang ke rumahku. Encik diminta datang ke Balai Polis Labu Kubung sekarang. Anak encik, Rosdhan bin Majid ditangkap kerana disyaki menagih dadah, kata pegawai polis itu kepada ayah. Perbuatan abang benar-benar memeranjatkan keluarga kami. Dia menconteng arang ke muka keluarga. Hati siapa yang tidak hancur dengan perbuatan abang. Anak sulung yang selama ini diharapkan membawa segulung ijazah, bukan sahaja gagal berbuat demikian tetapi menjadi penagih dadah pula. Aku dapat merasai kesedihan dan kekesalan yang ditanggung oleh ayah dan ibu. Harapan mereka hancur berkecai. Harapan penduduk kampung pun begitu juga. Pada suatu masa dahulu, Abang Rosdhan menjadi buah mulut penduduk kampung. Abang Rosdhan merupakan satu-satunya anak Kampung Kunci Air Empat, Labu Kubung yang berjaya menjejakkan kaki di menara gading. Kejayaan itu menjadi kebanggaan penduduk kampung. Kini, nasi sudah menjadi bubur. Abang Fahmi menjadi penghuni di salah sebuah pusat pemulihan dadah. Aku bertekad untuk menebus malu ayah dan ibu. Biar aku dan adik-adikku menjadi penawar duka yang dialami oleh mereka. Mulai saat ini, aku mesti belajar dengan lebih tekun lagi. Akan kubuktikan bahawa aku bukannya seperti Abang Rosdhan. Aku sedar, ayah dan ibu sering berdoa agar Abang Rosdhan kembali ke pangkal jalan. Biarlah dia insaf akan kesalahannya. Biarlah dia pulang ke pangkuan keluarga kami dan meninggalkan tabiat buruk tersebut. Mudah-mudahan dia akan menjadi seorang insan yang berguna kepada agama, bangsa, dan negara. Mungkin dia akan menyambung cita-citanya yang belum kesampaian. Aku penuh yakin Abang Rosdhan mempunyai kekuatan untuk melakukannya.

Apakah harapan penulis terhadap abangnya? A Menjadi seorang yang kuat semangat B Ingin menyambung cita-cita abangnya C Segera keluar dari pusat pemulihan dadah D Insaf akan kesalahan yang dilakukan olehnya Frasa menjadi buah mulut penduduk kampung dalam cerita tersebut membawa maksud A memburukkan nama keluarga. C menjadi kemarahan orang kampung. B memalukan orang-orang kampung. D menjadi bahan percakapan orang kampung. Pernyataan yang manakah yang tidak benar tentang Rosdhan? A Dia abang kepada penulis C Dia ditangkap kerana mengedar dadah B Dia gagal menyambung pelajarannya D Dia pernah menjadi kebanggaan keluarga Mengapakah penulis bertekad ingin belajar bersungguh-sungguh? A B C D Kerana mahu mengubati kekecewaan ibu dan ayah Kerana dia tidak mahu disamakan dengan abangnya Kerana ingin menyambung cita-cita abangnya yang belum kesampaian Kerana mahu membuktikan kepada penduduk kampung bahawa dia seorang yang pandai

Apakah ungkapan yang paling sesuai bagi menggambarkan perenggan akhir cerita berkenaan? A Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih B Menggenggam bara api biar sampai jadi arang C Kalau sesat di hujung jalan, kembalilah ke pangkal jalan D Berapa berat mata memandang, berat lagi bahu memikul

11

Disediakan oleh: Guru Bahasa Melayu

Nota Ceramah 2010.

Beberapa Masalah Penggunaan Kata Dalam Ayat. Seringkali penggunaan bahasa Melayu menghadapi masalah apabila membina ayat terutama dari segi pemilihan perkataan dan penstrukturannya dalam ayat. Baca dan betulkan kesilapan dalam ayat-ayat di bawah.

1. Ada berbagai barang di kedai itu. 2. Ada pelbagai barang-barang di kedai itu. 3. Saya menghadiahkan Salim sebuah basikal. 4. Buku itu dihadiahi kepada Ali. 5. Dia merindukan anaknya. 6. Hakim menjatuhkan pembunuh itu hukuman gantung. 7. Hakim telah menjatuhi hukuman gantung kepada pembunuh itu. 8. Pembunuh itu dijatuhkan hukuman gantung. 9. Bangunan itu adalah Daya Bumi. 10. Perkara itu ialah benar. 11. Bola itu ditendang oleh saya. 12. Bola itu Ali tendang. 13. Di masa cuti sekolah, banyak orang yang balik kampung. 14. Dia menceburkan diri di bidang perniagaan. 15. Dalam bilik itu ada banyak nyamuk. 16. Di atas perhatian pihak tuan, saya ucapkan terima kasih. 17. Bersama surat ini saya lampirkan borang kaji selidik. 18. Saya tidak menyebelahi kedua belah pihak yang bermusuh itu. 19. Saya tidak akan mensiakan peluang ini. 20. Setengah orang tidak suka makan durian. 21. Segala sesuatu yang dilakukan itu bergantung kepada niat seseorang. 22. Rumah Zahari terletak antara Kubu Gajah dengan Selama. 23. Program ini ialah hasil daripada kerjasama antaraUPM dan Dewan Bahasa. 24. Dia belajar dari pengalaman. 25. Buku itu dia hantar ke perpustakaan. 26. Dia datang bila dipanggil. 27. Ahmad telah membesar dan memajukan perniagaannya. 28. Dia memperisteri anaknya dengan anak ketua kampong. 29. Oleh kerana itu, masalah ini harus diselesaikan dengan segera. 30. Agenda mesyuarat adalah seperti di bawah. 31. Silalah datang ke rumah saya pada bila masa. 32. Perangainya sejak akhir-akhir ini berbeza dari kebiasaan sebelumnya. 33. Sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan. 34. Tiap orang diberikan wang saku RM100.00 35. Mereka-mereka yang tidak membayar denda akan ditangkap.

12

Disediakan oleh: Guru Bahasa Melayu

Nota Ceramah 2010.

Soalan 1 hingga Soalan 15 Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan jawapan yang paling sesuai.

Soalan 1 berdasarkan gambar 1

Shahidan sedang __________ bola takraw yang dilambung oleh apit kanannya. A B C D melibas merejam melontar memukul

Gambar 1

Soalan 2 berdasarkan gambar 2

Lelaki tua itu jatuh __________ apabila kakinya tersepak seketul batu yang agak besar. A B C D terduduk tersandar terjelepok terperosok

Gambar 2

Soalan 3 berdasarkan gambar 3

Encik Halili mengantungkan __________ bidai di hadapan kedainya bagi menahan pancaran terik matahari. A B C D sehelai sekeping sekajang sebidang

Gambar 3

Soalan 4 berdasarkan gambar 4

Seekor siput kelihatan __________ di atas seketul batu yang besar A B C D menjulur menyusur mengesot merangkak

Gambar 4

Soalan 5 berdasarkan gambar 5

__________ lah cara membuat kek perasa vanila, kata Chef Wan kepada suri rumah itu. A B C D Sini Situ Begini Begitu

Gambar 5

13

Disediakan oleh: Guru Bahasa Melayu

Nota Ceramah 2010.

Soalan 6 berdasarkan gambar 6

__________ Putera Sultan Selangor telah melawat hospital yang baru itu pagi tadi. A B C D Yang Mulia Yang Berusaha Yang Berhormat Yang Berbahagia

Gambar 6

Soalan 7 berdasarkan gambar 7

Nur Afiqah berusaha __________ diri dengan kawan-kawan di sekolah barunya. A B C menyesuai bersesuaian menyesuaikan

Gambar 7

Soalan 8 berdasarkan gambar 8

Rancangan Hari Ini Dalam Sejarah disiarkan __________ mengenang kembali peristiwa silam. A B C D bagi agar kerana supaya

Gambar 8

Soalan 9 berdasarkan gambar 9

Tan Ah Leong __________ tahi lembu yang bertaburan di atas jalan ketika dia hendak pergi ke rumah kawannya. A B C terpijak tersepak tertendang

Gambar 9

Soalan 10 berdasarkan gambar 10

10

Amboi, cantiknya __________ di tasik itu! kata Nita kepada abangnya. A B C D flora dan fauna pemandangan keadaan suasana

Gambar 10

Soalan 11 berdasarkan gambar 11

11

Puan Zunaidah __________ tangan anaknya ketika hendak melintas jalan itu A B C D menghayun memimpin menolak menarik

Gambar 11

14

Disediakan oleh: Guru Bahasa Melayu

Nota Ceramah 2010.

Soalan 12 berdasarkan gambar 12

12

Hakim telah __________ pencuri itu hukuman penjara selama setahun enam bulan. A B C D terjatuh jatuhkan menjatuhi menjatuhkan

Gambar 12

Soalan 13 berdasarkan gambar 13

13

Pak Cik Dollah sedang __________ rotan untuk membuat beberapa buah bubu. A B C D melayur melentur melentok melentung

Gambar 13

Soalan 14 berdasarkan gambar 14

14

__________ murid sedang mengulang kaji pelajaran di Pusat Sumber Sekolah. A B C D Sekawan Sepasukan Sekumpulan Segerombolan

Gambar 14

Soalan 15 berdasarkan gambar 15

15

Telur ayam kampung itu baru __________ pagi tadi, kata Pak Hamid kepada anaknya. A B C D menetas merekah memecah mengeram

Gambar 15

Soalan 16 berdasarkan gambar 16

16

Rambut Tan Swee Eng kelihatan __________ kerana dia baru bangun tidur. A B C kusut kusam kemas

Gambar 16

Soalan 17 berdasarkan gambar 17

17

Seorang anggota pengakap muda sedang __________ air. Mereka melakukan tugas tersebut secara bergotong-royong. A B C D merebus menanak memasak menjerang 15
Disediakan oleh: Guru Bahasa Melayu

Gambar 17

Nota Ceramah 2010.

Mari kita segarkan minda...


Tuliskan sifat yang berlawan dengan gambar berikut dalam silang kata di bawah.

Sekian seadanya, semoga mendapat kejayaan cemerlang. Selamat Maju Jaya.

16

Disediakan oleh: Guru Bahasa Melayu