Anda di halaman 1dari 22

PRO FORMA KURSUS

PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS

KOD : PKU 3101


SINOPSIS KURSUS. Kursus ini merangkumi definisi, konsep dan istilah dalam Pendidikan Khas. Sejarah perkembangan dan perundangan P.K di dalam dan luar negara. Peranan pelbagai pihak dalam pendidikan kanak-kanak berkeperluan khas dan trenda pendidikan khas semasa turut dibincangkan.

RANCANGAN P&P 3 Kredit ( 3 +0 ) 45 Jam intraksi


KULIAH : 2 JAM TUTORIAL : 1 JAM PEMBELAJARAN KENDIRI: 2JAM

Namun Ku Punya Hati

Senyumku tak seghairah Gerak gaya tidak selincah Mataku tak seayu Kicau burung pun tak semerdu Namun ku punya hati Juga gayaku perasaan Hidupku yang begini Kadar waktu diizin Tuhan 1.Tidak ku minta Lahir ke dunia Tidak kuduga Cacat begini Bukan kuminta Kasih dan sayang Bukan ku rayu bantu simpati Maafkan wahai teman Kumenumpang di sudut dunia Mencari ketenangan Sampai masa ku pergi jua... ( ulang dari 1 )

DEFINISI DAN KONSEP P.KHAS

Chua(1992) P.Khas merujuk kepada program pendidikan yang dirancang khas untuk pelajar-pelajar berkeperluan khas dari segi intelek, fizikal, sosial atau emosi bagi mereka yang tidak mencapai pertumbuhan dan penyuburan biasa hinggakan mereka tidak mendapat faedah sepenuhnya daripada rancangan sekolah biasa.

Slavin(1997) Sebarang program yang diperuntukkan atau ditujukan kepada pelajar-pelajar yang bermasalah seperti kecatatan mental, emosi dan ketidakupayaan fizikal ataupun penambahan kepada pembelajaran biasa dalam kelas

Gearhart dan Weishman(1980) P.Khas sebagai subsistem dalam sistem pendidikan yang bertanggungjawab mengadakan peruntukan kemudahan dan keistimewaan bagi membantu pelajar-pelajar dan belia bersifat luar biasa.

Rumusan Definisi
Satu program pendidikan pendidikan yang ditujukan kepada golongan kurang upaya dari segi intelek, fizikal dan emosi serta sosial yang tidak mengalami pertumbuhan dan perkembangan yang normal.

KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS


Kanak-kanak berkeperluan khas adalah dikenali sebagai kanakkanak yang mempunyai ciri-ciri kelemahan berikut: Kuasa inteleksnya rendah Tidak mempuyai kebolehan untuk belajar dalam masa yang singkat Daya ingatan yang lemah Daya tumpuan yang singkat Lemah dalam 3M Perasaan kurang yakin terhadap diri sendiri, rendah diri, malu dan takut Emosi mudah terganggu Masalah tingkah laku.

KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS

Mc Donnell et.al (1995) Kanak-kanak berkeperluan khas atau pelajar-pelajar istimewa diklasifikasikan kepada pelajar yang rencatan akal, gangguan t/laku, autisme, gangguan pembelajaran, kecatatan deria serta kecacatan fizikal

KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS


Mahmood Nazar (2000) Kanak-kanak yamg berhadapan dengan batasan keupayaan bagi memperoleh keperluan biasa dan untuk hidup bermasyarakat kerana had fizikal atau mentalnya. Lerner (1998 ) Dua kategori : - Risiko untuk gagal dalam pelajaran - Kecatatan mengikut akta /undang-undang

Rumusan:Kanak Berkeperluan Khas


Kurang upaya pendengaran ( hearing impairment) Kurang upaya penglihatan ( visual impairment ) Kerencatan akal ( mental retardation ) Masalah t/laku ( behavioural disorders) Masalah pembelajaran ( learning disabilities) Masalah pertuturan ( language impairment) Masalah pintar cerdas( gifted ) Kurang upaya fizikal ( physical disabilities ) Masalah kesihatan ( health impairment )

Kategori Individu keperluan khas


Masalah Fizikal Masalah Mental Masalah Emosi

Masalah Pembelajaran (learning disabilities)

Kanak-kanak yang telah dikenal pasti dan disahkan oleh pakar klinikal sebagai mengalami kecacatan yang menganggu proses pembelajaran. Perkembangan dari segi fizikal , emosi, sosial dan intelek secara perlahan dan amat berbeza dengan kanak-kanak normal. Kategori kanak-kanak ini akan di bincang nanti.

Kepentingan P.Khas

Menyediakan peluang dan kemudahan pendidikan khas untuk murid-murid dengan keperluan khas Menyediakan pendidikan yang sesuai dan relevan kepada setiap murid dengan keperluan khas Menyediakan peluang untuk mengembangkan bakat dan potensi murid dengan keperluan khas Menyediakan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran yang mencukupi dan terkini Memastikan tenaga pengajar yang mencukupi dan terlatih dalam bidang pendidikan khas

FALSAFAH PENDIDIKAN KHAS

Pendidikan Khas di Malaysia adalah suatu usaha berterusan untuk melahirkan insan yang berkemahiran, berhaluan, berupaya, beriman, berdikari, mampu merancang dan menguruskan kehidupannserta menyedari potensi diri sendiri sebagai seorang individu dan ahli masyarakat yang seimbang dan produktif selaras dengan falsafah pendidikan negara.

PELAKSANAAN P.KHAS DI MALAYSIA

Pendidikan bagi kanak-kanak tersebut dikendalikan oleh dua Kementerian iaitu Kementerian Pelajaran Malaysia dan Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat.

Khidmat yang disediakan oleh Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat

Cacat fizikal yang teruk Rencatan akal sederhana dan teruk Pelbagai kecacatan dan Kecacatan yang tidak membolehkan kanak-kanak tersebut belajar di sekolah-sekolah yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia

Kategori kanak-kanak bermasalah pembelajaran di bawah tanggungjawab Kementerian Pelajaran Malaysia adalah:

Sindrom Down Autisme ringan Attention Deficit Hyperaktif Disorder Terencat akal minimum Bermasalah pembelajaran spesifik (disleksia)

Kurikulum

Kurikulum pendidikan khas sebahagian daripada kurikulum biasa yang diubahsuai bagi memenuhi keperluan-keperluan khas bagi murid-murid yang mengalami pelbagai kecacatan atau kurang upaya

PENDIDIKAN KHAS DI MALAYSIA

Berdasarkan Akta Pendidikan 1996 Peraturan-peraturan Pendidikan Khas (1997) murid-murid dengan keperluan khas bermakna murid-murid yang mempunyai:
kecacatan penglihatan kecacatan pendengaran masalah pembelajaran

Namun Ku Punya Hati

Senyumku tak seghairah Gerak gaya tidak selincah Mataku tak seayu Kicau burung pun tak semerdu Namun ku punya hati Juga gayaku perasaan Hidupku yang begini Kadar waktu diizin Tuhan 1.Tidak ku minta Lahir ke dunia Tidak kuduga Cacat begini Bukan kuminta Kasih dan sayang Bukan ku rayu bantu simpati Maafkan wahai teman Kumenumpang di sudut dunia Mencari ketenangan Sampai masa ku pergi jua... ( ulang dari 1 )

SOALAN ISL

Membuat bandingbeza antara Handicap Disabilities Impairment Membuat hubungkait antara FPK dengan Pendidikan Khas.