Anda di halaman 1dari 2

PETIKAN LAPORAN

Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Laporan Perkhemahan Pengakap Pasukan pengakap SJK (T) Tun Sambanthan, Pahang telah menganjurkan perkhemahan pengakap di Taman Negara selama dua hari bermula pada 4 Mei 2006. Perkhemahan ini disertai oleh 80 orang anggota pengakap dan 5 orang guru pengiring. Tujuan utama perkhemahan ini diadakan adalah untuk mendedahkan murid-murid kepada suasana perkhemahan, memberi pengalaman hidup di hutan dan menanam sikap kerjasama dalam kalangan anggota-anggota pengakap. Berbagai-bagai acara menarik serta mencabar telah dijalankan. Antaranya termasuklah pertandingan memasak dan mengenal berbagai-bagai kehidupan di hutan. Persembahan setiap kumpulan yang terdiri daripada 10 orang peserta turut menyerikan malam penutupan itu. Semua anggota pengakap sangat gembira dapat berkhemah di sini. Segala pengalaman akan terus disimpan dan terpahat dalam hati setiap anggota. Disediakan oleh , Mariamah ( MARIAMAH A/P VELLU ) Setiausaha , Pasukan Pengakap , SJKT Tun Sambanthan. 10 MEI 2006

Perkataan menganjurkan dalam petikan bermaksud ...... A mengendalikan B mengadakan C mengajar D membuat

Bilakah perkhemahan itu berakhir ? A 4 Mei 2007 B 5 Mei 2007 C 6 Mei 2007 D 7 Mei 2007

Berapa A 75 B 80 C 84 D 85

orangkah yang terlibat dalam perkhemahan ini ? orang orang orang orang

Apakah tujuan utama perkhemahan diadakan ? A Aktiviti tahunan pasukan pengakap. B Mengisi masa lapang semasa cuti sekolah. C Mendedahkan kehidupan di hutan kepada anggota pengakap. D Mendedahkan suasana perkhemahan, memberi pengalaman dan memupuk semangat kerjasama.

Pernyataan yang berikut adalah salah kecuali . A persembahan diadakan pada malam pertama. B perkhemahan itu berlangsung di Taman Templer. C acara menarik yang dijalankan termasuklah pertandingan melukis. D semua anggota pengakap sangat gembira kerana dapat berkelah di situ.